Tuesday, May 08, 2012

Anugerah Kepada Datin Seri Rosmah : Tokoh Industri Sukan 2012

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!!

Tajuk Berita Harian hari ini, "Putera Harry Terima Anugerah Di AS". anugerah diberikan oleh Majlis Atlantik yang berpangkalan di Washington atas penglibatan beliau dalam aktiviti kebajikan, antaranya melawat pihak tentera yang tercedera, terbabit dalam badan kebajikan wira tentera, termasuklah Walking With the Wounded, yayasan yang membantu askar dan wanita tercedera. 

lagi berita di Berita Harian

Kalau berita dalam negara semalam, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat anugerah Tokoh Industri Sukan 2012 yang julung kali diperkenalkan. sebelum ini, beliau juga telah mendapat banyak anugerah lain daripada pelbagai pertubuhan dan badan dari dalam dan luar negara. boleh rujuk anugerah yang Datin Seri Rosmah dapat sejak 2008 di AMENO WORLD. klik sini.

lagi berita anugerah Tokoh Industri Sukan 2012 di Kosmo! 


Nota kaki : 
Malam tadi tengok berita masa makan, macam nampak ada lagi anugerah yang Datin Seri dapat, tapi tak pasti anugerah apa sebab sedang khusyuk makan. 

5 comments:

ciK LyndaWawa said...

dapat juak nya anugerah tek..hahaha

ain fathihah fhm said...

semalam mak mah dapat anugerah ijazah kehormat permata negara drpd UPSI. sebok je. haha.

cEro said...

semalam dia dpat PhD dr U mana ntah dlm bidang pendidikan awal kanak-kanak..hmmmmm...

arekymz said...

aku bagi dia anugerah cincin termahal malaysia.
Sekarang nama panggilan baru dia adala The Lord Of The Ring.

Unknown said...

tak lama lagi uncle dapat anugerah seorang lagi cucu .. hehe

permohonan awak nak share entri uncle hari ini kat fb diluluskan.

addlah uncle !