Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga di hari minggu yang unik dan best ni keceriaan dan kebahagiaan masih lagi bersama kita. kepada yang tengah bersedih dilanda musibah, semoga terus tabah. yeah! hadapi dengan senyuman..
Khamis, 30 September hari tu kira hari bersejarah jugak la untuk aku. kali pertama naik keretapi dari Tanta ke Cairo. sebelum ni pergi balik naik van atau nama popularnya tremco.
Pukul 8.30 pagi aku dengan dua orang lagi member bertolak dari Cairo ke Tanta. pergi naik bas. first time jugak naik bas. huhu.. alhamdulillah takde apa-apa masalah. cuma driver bas je yang kena saman dengan polis trafik. tak pasti sebab kesalahan apa..
Bercerita dengan gambar lebih senang. meh layan.. [kalau nak tengok gambar besar sikit, click kanan mouse - new tab]

Sebelum apa-apa, senyum dulu. hehe..

Jarak Cairo dan Tanta ni boleh tahan jugak. lebih 100 kilometer dari rumah aku. naik bas hari tu 2 jam perjalanan guna highway. kalau tengok map kat atas ni, boleh nampak kehijauan bumi Tanta berbanding dengan tempat aku tinggal sekarang, pinggir padang pasir..
Kitorang bertiga sampai kat Tanta hampir tengahari, terus pergi carik makanan. siyes lapar! kitorang makan sekor ayam bakar, nasi arab, sup dan salatoh. gambar makanan pun lupa nak ambik sebab dah lapar. hahaha..

Lepas makan, ambik teksi pergi ke Masjid Badawi. tempat paling popular kat Tanta. solat jamak pastu duduk rehat-rehat. dalam masjid Badawi sangat lawa selepas diubahsuai awal tahun hari tu. sejuk je kat dalam masjid walaupun kat luar panas giler.
Di dalam masjid Badawi ni menempatkan makam seorang sufi yang bernama Sayid Ahmad El-Badawi. sempat ziarah ke makam beliau. nama masjid ni pun mungkin sempena nama sufi ni kot.

Gambar Masjid Badawi dari luar dengan model tak berbayar. ingat nak ambik nampak keseluruhan masjid, tapi kena menapak jauh lagi. cuaca sangatlah panas. cam tak terlarat je. huhu..
Selesai ambik gambar ni, kitorang bertiga pergi mencari baju lak. jersey untuk main futsal. hehe.. kebanyakan harga barang di Tanta jauh lebih murah berbanding di Cairo. lama jugak berjalan-jalan. cuaca yang panas membuatkan tekak cepat kering. asik nak minum air je. nasib baik tak kembung perut dengan air.

Bangunan stesen keretapi Tanta. masa ambik gambar ni, tiba-tiba ada seorang brader arab ni tegur, "beutiful.. beutiful.." .. err.. aku senyum je.

Landasan keretapi Tanta. nak balik Cairo dah. time ni sebenarnya dah 3.47 petang. jam kat stesen keretapi ni dah di set awal, undurkan masa sejam sepatutnya mula 1 Oktober. daylight saving habis bila nak masuk winter.
Alhamdulillah petang tu tak sesak dengan umat manusia. payah gak kalau ramai orang, sebab kitorang naik 'keretapi ayam'. camana nak explain 'keretapi ayam' ea.. dia sama cam keretapi yang muncul dalam filem hindustan.. kalau sesak, mybe kena bergayut! hahaha..

Tanta dikenali sebagai kawasan delta terluas di Egypt. jadi, perjalanan menuju ke Cairo adalah kawasan pertanian.. menghijau je.. best! dapat tengok macam-macam tanaman.. jagung, padi, gandum, anggur, orange, keladi, pisang, bawang.. tanam lalang pun ade!

Member aku kata, bangunan 4 tingkat dalam gambar atas ni rumah ayam! maknanya ayam kat Egypt lagi moden dari ayam kat Malaysia sebab diorang duduk rumah batu. hihi..

Macam best je diorang bercucuk tanam kan. tersusun habis.. tumbuhan kaler hijau pudar kat dalam gambar atas ni adalah kobis! kobis kat Egypt ni besar-besar..

Ni pulak ladang orange. siyes sangat luas dan buah tengah lebat. masa winter nanti orange ni la yang akan memenuhi kedai buah-buahan. orang arab Egypt panggil orange, 'burtu-al'. dalam bahasa arab standard 'burtuqal'.

Ada kawasan yang dah habis menuai, ada kawasan yang baru nak menanam. makin dekat dengan Cairo pulak, padi diorang dah masak. tak serentak..

Petani dah moden, jarang tengok guna kerbau untuk membajak. hampir semua guna jentera. ada jugak tengok pengembala kambing ngan unta hari tu, tapi tak sempat nak capture gambar.

Tengok teliti gambar ni, driver 'tok-tok' tengah meng-usha tiga orang awek yang nak melintas landasan keretapi. ini penempatan besar diorang. mungkin bandar. kalau tengok papan tanda kat perhentian keretapi, nama tempat ni 'Qalyub'.. dari Tanta menuju ke Cairo, banyak jugak bandar dilalui.

Style rumah kat kawasan perkampungan Egypt, tingkat paling atas akan dibiarkan tak siap. nanti anak dia kawen, terus buat rumah lagi setingkat kat atas. hihi..

Macam ni je la rumah diorang. takde risau nak tukar cat tiap-tiap tahun. tapi jangan terkejut.. luar nampak setinggan, dalam macam kondominium!

Sungai Nil yang menjadi nadi penghidup bumi Mesir. ada tempat untuk kaki pancing jugak tu. tapi aku belum pernah lagi memancing kat sini sebab aku duduk kat kawasan padang pasir. huhu..

Bila dah sampai kat stesen Syoubra Al-Khemah ni, maksudnya kita dah sampai ke Cairo. takde dah kawasan pertanian. yang ada hanya bangunan batu yang tinggi-tinggi dan bunyi hon yang tak henti.. baru perasan jugak ada LRT lalu kat atas tu.
Kitorang turun kat Stesen Keretapi Ramsis, perhentian terakhir keretapi tu sebelum berangkat ke Tanta balik. naik 'keretapi ayam' memakan masa lebih lama berbanding naik van. tapi tambang naik van dua kali ganda daripada tambang 'keretapi ayam'. kalau nak jimat masa, kena naik van.. kalau nak jimat duit, naik 'keretapi ayam' sebab dia ada potongan harga student!
Panjang jugak entry ni ea. dah macam program Jejak Rasul di bumi Anbia' lak. hihi..
Nota kaki :
hari ni takde promosi menantu.. tapi nak tanya, apa pendapat anda lepas tengok header baru blog ni? tiba-tiba saya macam nak ada header jugak untuk blog ni.. =P