Monday, December 06, 2010

Atabah : Bandar Di Tengah Kota Cairo

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga penuh ceria di penghujung Dzulhijjah 1431H. senyum-senyum selalu, semoga senyuman anda turut memberi keceriaan kepada insan lain yang sedang berduka.

Sabtu hari tu, saya bersama dua orang lagi sahabat, fadzrul dan haziq diberi amanah untuk menempah trofi Anugerah Pelajar Cemerlang Sarawak di Mesir yang akan dinobatkan Khamis ini. yang pastinya bukan saya mahasiswa cemerlang itu. uhh..

Perjalanan kami agak aneh, tidak terus ke tempat tujuan sebenar. kami bertolak dari rumah seawal 8.00 pagi, berkunjung ke kediaman seorang pegawai Education Malaysia di Mohandesin dan kemudian, dari situ baru lah menuju ke Atabah, lokasi sebenar kedai menempah trofi.

Atabah sebenarnya tempat terbuka yang menempatkan beribu kedai menjual pelbagai jenis barangan. jika diamati, setiap kedai mempunyai jenis barangan yang tertentu dan terletak pada lokasi yang tertentu. ada lokasi menjual minyak wangi, berderet lah dengan kedai minyak wangi. ada lokasi menjual pakaian, berlonggok dengan pelbagai jenis pakaian. nak cari barang bertukang buat rumah, barang mesin jahit, barangan dapur, handphone.. semua ada kat Atabah. serba lengkap!

Malangnya, kami tiba terlalu awal di Atabah. pukul 10.00 pagi, kebanyakan deretan kedai di Mesir belum memulakan perniagaan. kedai tempat nak tempah trofi pun tak bukak lagi. akhirnya kami ambik keputusan berjalan-jalan di sekitar Atabah. saya mencadangkan berjalan ke tempat yang belum diterokai oleh kami, dan hasilnya...

Statue Ibrahim Pacha (1789-1848). Ibrahim Pacha ni anak kepada Muhammad Ali Pacha dan merupakan seorang general pada abad ke-19. beliau mengetuai askar Mesir seawal usia remaja, tak tahu lah start umur berapa. Dikenali sebagai Raja Muda (Wali) Mesir, Sudan, Syria, Hijaz, Morea, Thasos dan Crete. beliau menjadi Pemangku Raja dari Julai hingga 10 Oktober 1848.

Dekat statue ni terpahat nama general lain yang pernah berjuang untuk Mesir. awal tahun 2010 saya pernah sampai ke statue ni, tapi tak ambik gambar. kali ni, dapat jugak ambik gambar walaupun hanya dengan kamera henpon.

Setiap nama pasti punya sejarah. tapi nama tempat ni saya kurang pasti apa sejarahnya. kami bertiga berjalan melalui jalan-jalan ini. menyusuri Jalan Adli kemudian berpatah balik ke Abdel Khlek Sarwat seterusnya ke Kasr El Nile dan akhir sekali Masjid Kekhye sebelum ke bazaar Atabah semula.

Suasana di jalan ini sedikit seperti kota London. tempat pejalan kaki yang bersih dan cermin ruang pameran kedai di sepanjang jalan. tempat ini tidak sesesak di lokasi sebenar tujuan asal kami. agak lengang dan kita boleh berjalan dengan tenang. yang peliknya, barang nampak sempoi, tapi harga cecah ratus-ratus, ribu-ribu. telan air lior je la den nengok.

Suasana Jalan Adli seawal 10.30 pagi. deretan kedai ada yang belum beroperasi. kat area ni takde jejantas, semua ikut terowong nak lintas jalan. tapi kalau nak koboi, boleh je lintas kat atas jalan. sendiri tanggung lah lepas tu.

Lagi benda menarik kat jalan ni, reka bentuk bangunan yang unik dan antik. boleh panggil antik ke berseni ea? nampak cam sebuah bandar lama yang sudah mengalami kemodenan tetapi mengekalkan bangunan lama yang masih dalam keadaan baik. entah ade ke tidak orang tinggal, tak pasti lah. kalau tengok dari papan tanda, seolah-olah banyak hotel dan rumah tumpangan je kawasan ni.

Kalau nak tahu, setiap simpang ada abang dan pakcik polis berjaga. mungkin untuk keselamatan para pelancong kat kawasan ni.

Abang Fadzrul meng-usha jam. hampir semua kedai jam tangan dimasuki. mencuba pelbagai jenis jam, tetapi tak beli. cuba je.. penat tuan kedai keluarkan itu ini, siap kira diskaun lagi. insyaAllah nanti datang lagi. hehe..

Harga jam agak mahal dari tempat lain, tetapi selepas potongan harga, lebih kurang pulak. ke potongan harga tu sekadar menarik hati pelanggan? hurmm..

Jalan punya jalan, terjumpa Statue Mustafa Kamil Pasha (1874-1908). beliau merupakan seorang journalist dan peguam. disanjung sebagai salah seorang pejuang yang menyumbang kepada kemerdekaan Mesir. kepada yang rajin menulis tu, esok-esok sape tahu anda akan dikenang sebagai pejuang negara. entah-entah ade gak statue camni. kena tulis benda elok-elok la. heee..

Haziq nak jugak.. bergambar dengan buku lagi, cam ade aura nak jadi pelajar cemerlang tahun depan je haziq ni. pegi mana-mana pun bawak buku kuliah. semangat kena ada. beliau single lagi, ade yang berkenan? saya pun single jugak.

Masjid Kekhye di penghujung Kasr El Nile Street. lokasi terakhir sebelum bergerak ke lokasi sebenar dengan tujuan asal. selepas zohor baru kedai-kedai kat Mesir ni banyak bukak. baru lah kami boleh buat tempahan trofi. hari rabu ni siap. itu pun penat tawar menawar untuk dapat harga yang berpatutan.

Selepas jauh berjalan, sempat lagi kitorang bergelut dengan orang ramai masuk ke bahagian kedai pakaian. saja meng-usha.. terus ke tempat perfume. sempat juga beli sebotol minyak wangi sebesar ibu jari dengan harga LE5. sebenarnya saya baru tahu ceruk kedai perfume yang selalu orang sebut-sebut tu daripada fadzrul. hehe..

Jam 3.00 petang bertolak balik dari Atabah. itu pun kena menapak ke tempat lain terlebih dahulu untuk membeli buku. akhirnya.. jam 6.00 petang, selepas maghrib baru sampai di pintu rumah. dan malam tu, tak larat dah nak join main futsal..


Nota kaki :
koleksi gambar raya aidiladha belum dapat keluar lagi. hee.. entah bila baru muncul agaknya yer..

48 comments:

M. said...

yeah! dah hupdate! :D

best nya blaja negara org! g ushar tempt tmpt brsejarah :)

eh eh! kwn single? HIHIHI!

EzzEddin said...

ohh thumbs up bro..
explore sejarah dan tamadun islam dan satu perkongsian menarik..

faizalnizam said...

interesting place. tgk dalam gmbr tu memang cantik tempatnya.

syazwan safwan said...

wah!! bestnya belajo di negara org ni..hehe..menyesal x belaja bersungguh-sungguh dulu..haha..
denga kata kasut kulit kat sana murah kan?

Anys Amyra said...

seronoknya berjalan kat tempat orang lagi2 di timur tengah.tengok dan perhatikan kehidupan orang arab.ouhh!

Anonymous said...

bestnya ! gi jejalan lagi amik tangkap gamba bebanyak ye !
rasa macam ada kat sana la. xD

LyNn HaMzAh said...

seronoknya berjalan di negara orang...

baincardin said...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

puteri azny said...

balik msia belikan ole-ole untuk sy eh.HAHAHA

bes giler dapat kutip pngalaman kt ngara orang :)

cEro said...

teringinnya nak jelajah negara org mcam ni..
hm...

M a W a D D a H said...

asada...nak perfume satu...tak kira..tak kira...

jgn ckp xbeli utk adah sudah...huhu...cedey...

p/s: bukannya ritu dah de ke gambor masa ari raya aidiladha...ke ade bnyk sngt koleksi tue..ermmm..

sugar2 kapas strawberry said...

ada beli ole2 untk saya tak?kekeke

hans said...

wah
bestnya Asada
asada
nanti simpankan lah duit Mesir yang elok2 n hadiahkan dekat aku

selamat tahun baru

P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

P/S : Cek Nuffnang Dah Sampai..Yehaa!

Awek Neskepe said...

Angin rindu ke Cairo..

Salam Maal Hijrah.. :)

najihah sahami said...

waa..banyaknye statue kat sana ek..huhu

'Athifah Markzzaki said...

bawak saya pegi atabah nanti!! hehe ;DD

PUAN PIA said...

hehe.. xsangka, kalau lelaki beli jam pun, boleh berjam2 lama jugak ek.. hehe.. ingatkan , tengok dan terus beli.. hehehe

lady-D said...

lawa..lawa..bestnye jalan2 tmpt org..

Kak Mahh said...

Dik,
masukkan banyak lagi gambarnya...nak pergi jauh tengok gambar pun jadilah.

Rina Rossoneri said...

kirim salam ye kat dia..lalalalala eheee

Verdict said...

huarghhh......zzzzzz......

emieysandra said...

bestnyer pi jalan-jalan.

♥ shiMawar ♥ said...

haha..setiap pic tu, asada jek yg sakan tengok kamera.. ;)

cantiknye tempat ni..mesti sgt best kalau dpt bergambar dengan pakai baju pengantin.. (tiba2 out of topic!)

siapakah gerangan yg dpt trofi tu..? takpe..wlupun kamu x dapat, tp dapat pegang jugak..kira ok le tu.. :)

za said...

siyes tempat ni lawa.. muke mcm kaer la brader. huhu

kerangRebus said...

alahai..jeles!jeles!nk pegi sane jugak jejalan..cntek r temat sane..eh,sane panaas nye same mcm sini x?ke angin die sjuk eh? hee =_=

CIK TOM said...

wah nmpk best!!asada tlg beli perfume 1 kat cik tom boleh??hehe...

Ieda_ishida said...

wahhh..bestnye g tempat org... nk itot...

Ieda_ishida said...

wahhh..bestnye g tempat org... nk itot...

Lun said...

kalau di Lowyat, da siap tawar menawar, tak beli diaorg maki hamun dpn org ramai ~_~

kalau dkat jalan TAR, kalau pas tanya harga, org x beli, kene pukul dengan pembeli.. manusia

pzy.krol said...

patut la da lame tak bwalking..bzi nerjalan rupenyeeee,,,,

Lovely Bella said...

waa.. seronot!! tp x besh jugak jenjalan x dpt nak shopping.. adeh terseksa batin.. heheh thanks sbb sudi singgah :)

Anonymous said...

Assalamualaikum...
ade accnt fb?

Kik0 ♥ QiLaH said...

tolong bawa pegi sana boleh abg ensem? hehee

Scha Nazri said...

fuyoo. ramai peminat pakcik. ahakss. nnti nak buat statue syaz plak lah. haha. wee~

Unknown said...

huhu...seronokny dapat jalan2..

TunTeja said...

Hamboii.bestnye jalanjalan cari makan.eh.bukan jalanjalan cari jam :D

Okeh.nanti trofi Anugerah Pelajar Cemerlang tu bley bagi saya.hehe

arekymz said...

assalam.
best nye berade diluar negare kan.
emm.
mahal x barang2 kat sane?
bile nak pulang malaysia ni?
hehehe.

- elina - said...

wahh , bestnyaa.
meleh air liur baca entry ni .
haha

hans said...

ko ubah kedudukan layout ek?
dah kemas
hehehe

suka2

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

tiafazunia said...

npe rambot da xmcm kt header tuh ? semart!

Anzur Anuar said...

best tak belajar tempat orang?
(apa punya soalan)
kompom la best!!! huhu. :D

Entry terbaru: Dunia Akhir Zaman [Video]

Mr. Asada said...

@cimut munniey :
hehe.. saya rasa la beliau single. tapi muda lagi la. lala~

Mr. Asada said...

@EzzEddin :
hee.. tenkiu. nanti ade masa saya kongsi lagi.. ;)

Mr. Asada said...

@Fyzal :
tempat yang saya jalan ni memang lawa. tapi the other side, dekat bazaar Atabah sangat crowded. sesak dengan orang.

Mr. Asada said...

@syazwan safwan :
takpe.. sekarang pun boleh belajar sungguh-sungguh lagi. kumpul duit sungguh-sungguh pun boleh gak. hehe..

boleh dianggap murah harga kasut kulit kalau dibandingkan dengan harga di malaysia. harga kat malaysia mahal mybe sebab tax kot.

ciK LyndaWawa said...

apa yang best kat sia?kmk tauk ada cairo ya tru games.huhu

CIK TOM said...

gmbr 1st nmpk asada nerd je..hehe ;p

Cikgu Armiza said...

Cairo...nampak beshh...
bila la yea dapt ke sana lawat rakan2 ....^_^