Wednesday, September 28, 2011

Hilang Ghaib Ku Sangka Mati

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! (^^,)

Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya..

Kisah ni nak kata musibah pun ye, nak kata kelakar pun boleh. minggu lepas kami serumah dikejutkan dengan kehilangan kucing kesayangan seantero rumah. tak lain tak bukan, si Boboy tu lah. biasa ade je nampak Boboy ni mendagu di kerusi ruang tamu. kalau tidak pun, terbongkang atas kerusi di dapur.

Lewat petang Ahad nampak lagi Boboy ni ikut makan bersama kucing-kucing lain. pagi Isnin tak nampak dah. mula ingat Boboy pergi main rumah jiran sebelah, so takde la tercari-cari sangat. tengahari tak nampak bayang, masa bagi makan lewat petang pun masih tak nampak. mula dah rasa kehilangan Boboy. dalam kepala takde lain, samada mati kena langgar atau diambil orang yang lalu lalang. tapi yang menjadi kemusykilan, kalau mati mana jasadnya?

Pasrah dengan kehilangan Boboy. awal pagi Selasa, semasa menyidai di ampaian saya dengar bunyi macam periuk besar ditolak sesuatu di belakang rumah. takde lah nak tengok, nak check ke ape sebab saya sangka kucing tengah bermain kat kawasan tu.

Tengahari Rabu, mak saya tergerak hati nak selongkar tempat menyimpan periuk besar sebab dengar bunyi kucing mengiau seolah-olah terperangkap. akhirnya terjumpa lah si Boboy yang menghilang dua hari. kesian sungguh, dua hari tanpa makan minum. mujurlah periuk tu tidak terlingkup rapat sebab menindih kotak telur. ada la ruang udara nak bernafas..

Dari cerita mak, Boboy keluar dari bawah periuk besar tu terhuyung hayang. memang lemah sungguh dah. kotor kemain.. yang bestnya, Boboy tak buat 'kuih' pun kat bawah periuk. cuma dia sendiri kotor kena 'air ketumban'. kalau tak dijumpai lebih lama, mungkin Boboy mati kebulur terperangkap bawah periuk. yang kelakarnya, macamana lah dia boleh terperangkap. sungguh-sungguh sangat bermain lah tu kot. hahaha..

Boboy yang kepondanan..

22 comments:

Verdict said...

air ketumban?

Salwa said...

kesian dia dua hari tak makan minum. nasib baik jumpa.

Unknown said...

muehhe..boboy mencungap2 selepas dijumpai

al-lavendari said...

Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Nasib baik boboy tak mati,
Dapatlah awak bermain dengannya.

Vivian said...

kenak dgn aek ketumban? nya branak ka apa?

Azhafizah MN said...

kesian boboy..nape die tak jerit mintak tolong ye..ish ish..lawak pun ade..^_^ tapi kucing Fiza kalau lewat makan pun dah lemah..ish ish

meowwmania said...

alahai kesiannya...

mujur boboy tak pape

budak ciput said...

terpeanjat boboy... hehe.

kucing kn ade 9 nyawa.. :)

Unknown said...

SALAM,
DAH LAMA TAK KE DAPUR NI !

Miss A said...

fuh, nasib baik jumpa gak boboy tu.. kalau lebih seminggu memang mati la die.. kucing aku pun selalu hilang, sebab dia suka cari port2 tersoroh nak tido.. kdg2 satu hari x nampak sbab duk tdo je.. ish3

NIA said...

HAHAHAHA boboyboi betul lah

munamuni said...

huhu, comel :D

♥ Nana BamBam ♥ said...

wahhh..bukan men agy....cungap2 tak die? ahha

Anonymous said...

air ketumban???
boboy yg ponadan??

erkkk

eva said...

aie 2 hari dalam ya jak??? tedah eyh.. adohey.. nasib bait mak ktk jumpa tek.. berolah juak boboy ya eyh.. bgs juak mun ada taek, sak tak org crk cne bau.. nak alu jumpa nya.. hahaha..

emieysandra said...

2hri eh? nsib bek takde pape :)

Shila said...

kesian kt boboy...!!


isk..kalo laa tb2 jumpa je bangkai die, mesti dengan periuk2 tu kene tanam sekali..

iKhRam said...

ni mesti sebab boboi main nyorok2 nie..
kan dah kene sorok dengan hantu kopek kat dalam peiuk.. hahaha

azah sofi said...

bOboy2..nasib umo pnjg..terus gelojoh ar nya mkn pas ya oO..ahahaha..

ceksumolek's said...

nakal sangat nih.. terperangkap dalam periuk da haa..

Anne Wahid said...

tedahnya lok...kenak nya boboy yang kepondanan??

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

loh!..haha, terbaring baring kucing comel tu. nampak sgt keletihan, atau diapakah ia sampai begitu jadinya??? curious....