Tuesday, August 09, 2011

Entry Sebelum Kembali Ke Tanah Air

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua. kat mesir sekarang, cuaca panas memang sangat mencabar keimanan. jalan di siang hari boleh mengundang pengsan kalau tak betul gaya. tapi takpe, ini Ramadhan terakhir saya di Bumi Anbiya'.

Hari dalam minggu ni rasa macam panjang giler walaupun sama je 24 jam sehari. haha.. tak nak rugi minggu terakhir berada di Bumi Mesir. selain sibuk berpindah rumah sementara Asrama Pelajar Sarawak dibaik pulih hari tu, saya juga sibuk jalan sana sini beli sumthing untuk bawa balik Malaysia.

Tinggal lagi 15 jam sebelum saya terbang ke Malaysia. flight saya pukul 1.30 petang dari Cairo Airport (6 jam lewat dari waktu Malaysia). singgah di Bahrain dua jam lebih kemudian terbang ke Malaysia. jika lancar perjalanannya, insyaAllah akan sampai ke KLIA pukul 9.40 pagi, 10 Ogos 2011.

Selepas ini akan bersambung pengembaraan saya di Malaysia pulak. tak tahu nak gambarkan perasaan saya macamana. sedih ada, happy pun ada. sedih bila akan berpisah dengan sahabat-sahabat dan member-member di sini. bertahun-tahun bersama menempuh susah senang di negara orang. entah bila akan bertemu lagi.

Happy pulak sebab akan balik ke tanah air. well, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. tetap jugak baik di negeri sendiri.

Semoga perjalanan balik saya dipermudahkan dan Allah SWT sentiasa memayungi perjalanan saya dan pelajar lain yang balik ke Malaysia. amiin..

Nota Kaki :
Merana sakit tekak dan batuk-batuk sekarang. takut pulak orang tak bagi naik flight. uhh..

47 comments:

SweetyMui2 said...

dah habis study or balit cuti??

azzah said...

aiehh balit swak ktk bro..yah..selamat pulang ke tanah air..hehe have a safe journey okay?

Anonymous said...

Selamat PUlang Encik Asada. Salam Ramadhan :D

laskar pelangi said...

Salam Ramadhan ye Asada =)

wah dah nak balik Malaysia ye:) Semoga selamat sampai,InsyaALLAH.Mestilah sedih nak berpisah dengan kawan kawan yang susah senang bersama kan..kiranya Asada dah abis belajar ke?

hidayah azman said...

selamat balik.mmg best balik malaysia.tp,suasana mesir ttp dihati.ramadhan kareem.

Umie Nadhirah said...

dah abis ka ktk blaja sia?
Alhamdulillah =‘)
welcome 2 M’sia. eseh.

ira said...

welcome back to Malaysia!

cik bulan said...

selamat pulang ke tanah air..*pergh..ayat xleh blah..hahaha..=]..skema kemain..^^

diNa de SoLa said...

selamat kembali ke mesia yg x kurang panasnya..kehkehkeh
n happy ramadhan :)

iPai said...

harap2 lepas n tak kena tahan .. welcome back to malaysia (ada gaya paramugara tak ?)


wah mesti sedeyh2 kan nak berpisah dgn kawan2 .. memahami ...

shandye. said...

semoga selamatlah perjalanan saudara untuk pulang ke tanah air...

amin...

nur aisya humaira said...

assalam asada..:)

da abis study ke??

semoga selamat sampai..:)

atai said...

Insya Allah, ada jodoh bertemulah kembali nnt dgn geng2 tu...

amin. :)

NIA said...

aik?dah back for good ke?

Anonymous said...

wah..selamat kembali ke tanah air.

owh sakit tekak ye. pakai topeng gas. kompem dapat naik flight..teeheehee.. (^.*)v

Hafizin Jamil said...

tak de cenderahati ke asada??haha

Shila said...

eh..da abes study eh???

aryu said...

selamat kembali asada dan salam ramadhan =)

Izza - Jiejah said...

moga selamat kembali ketanah air terchenta ;-))

wani said...

wahh asada nak balik malaysia ye...
selamat pulang anak perantauuu

Unknown said...

welkam back asada
balit kuching tek bila?
raya dtg rumah..hahaha

Tieah Madian said...

Tetiba touching baca entri ni.. Dapat rasakan yang perpisahan itu satu bentuk kesedihan.. Even 2 minggu bersama pun kita dah rasa satu kehilangan apatah lagi dah bertahun kan??? Jauh plak dari keluarga dan negara sendiri.. Huhuhu..

*Balit Kuching lah kan??? Bestlah.. Di Kuching salu molah events dengan blogger2..


Entry Terbaru : Nota Tun Dr Mahathir Bertajuk "Menghancurkan UMNO"

aziahmk said...

Dah Habis belajar ke asada?? Cepat je masa kan??? Apa2 pun, Tahniah Dah complete study ye, akak doakan yg baik2 Saja Utk asada Dan diri akak jugak... Keep in touch ya....

lavenderlover said...

welcome back home..=)

asnizaziz said...

semoga dipermudahkan perjalanannya sampai ke malaysia..selamat berpose :)

Unknown said...

waahhh asada nak balik malaysia! :p :p

ieza ashaari said...

semoga dipermudahkan segalanya.. :)

sila jaga kesihatan dengan baik.

monalea said...

selamat kemabali ke sarawak. semoga mudah semuanya

Unknown said...

selamat kembali pulang

sHi Ma said...

selamat kembali ke malaysia...

Salmiza S. said...

selamat pulang ! :)

Rtp Farra Arisha said...

welcoming u back to tanah air malaysia. have a good and safe journeyyyy!! ;)

Ana Farhana said...

Dah nak balik dah.....:)
selamat kembali ke malaysia...

dayu_myself said...

smoga prjalanan asada baik2 saja ye..
msti best dpt braya bersma keluarga thun ni kan...
tahniah2!!!

^____^

Nur Fatihah said...

selamat sampai saudara.

[sutera kasih] said...

sekarang jam 10:35 am 1o/8/2011..msti dah sampey KL ya oh..

iKhRam said...

lumrah manusia
bertemu dan berpisah..

cuma mana yang indah mana yang pahit jagn kita lupakan..

yang baik jd pengajaran dan yang tidak baik jadikan sempadan

selamat berjaya bro..!

Hans Hanis said...

selamat pulang malaysia abang asada
:-)

RHI said...

semoga selamat sampai....Amin

Amirah Rashid said...

ape perasaan nak balik tanah air? ehehe :D semoga selamat perjalanan kembali k ;D

Amira said...

cuti or abis stdy ni? hehe. pepun slmt pulang:)

Hans Hanis said...

yeyeyeyeyeyeye
asada dah sampai
:-))))

Hans Hanis said...

dah boleh update entry dah kut?
hahahaha

♥ Nana BamBam ♥ said...

cian die, dah makan ubat ke ? huhu

Anonymous said...

eh eh ni baru btol2 budakmalaysia.com
heee
welcome back~~~

M a W a D D a H said...

asada! mane nya sourvenir tuk adah?? lupa la tue...sedey...

bella ahmad said...

raya kat sana dengan sini mana lagi best?