Friday, January 21, 2011

Jangan Sampai Tidak Tahu Apa-apa

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Ustaz Azhar Idrus [gambar dari google]

Malam tadi mendengar rakaman pengajian kelas Ustaz Azhar Idrus yang diberikan oleh kawan saya berkenaan dengan Saham Kematian. rakaman pengajian selama satu jam 20 minit tersebut disampaikan dengan sangat menarik. ditambah pengisian ilmu yang padat, sangat membantu kekeliruan dalam memahami agama Islam.

Bercerita tentang saham kematian, teringat kisah sebuah keluarga di kampung saya satu masa dahulu. saya kongsikan di sini sebagai iktibar kepada kita yang kelak akan turut sama menemui sakratulmaut. keluarga yang ingin saya ceritakan ini bukanlah keluarga yang besar. tidak punya anak yang ramai.

Satu ketika, seorang ahli keluarga itu sakit tenat. datanglah seorang daripada mereka meminta ayah saya pergi menjenguk. oleh kerana ayah tiada di rumah, emak memenuhi hajat keluarga tersebut lalu pergi berziarah.

Apa yang mengejutkan, setiba emak saya di rumah mereka, ahli keluarga hanya duduk di sisi orang sakit tanpa berbuat apa-apa. kedatangan emak adalah semata-mata untuk membacakan surah Yassin kepada si sakit. apabila ditanya, rupa-rupanya, dalam keluarga tersebut, tidak seorang pun yang pandai mengaji! Astaghfirullah al-Azim..

Beberapa hari kemudian, si sakit menghembuskan nafas terakhirnya. "daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua lah tempat kembali."

Apa yang menghantui saya sehingga hari ini, rumah mereka tidaklah terlalu jauh dari rumah kami. emak dan ayah saya pula adalah antara guru mengaji al-quran. ramai orang kampung menghantar anak untuk belajar mengaji secara percuma. waima saya sendiri pun mula belajar mengaji di bawah asuhan mak dan ayah. akan tetapi, dalam ingatan saya, tidak pernah antara ahli keluarga tersebut datang belajar mengaji.

Di mana silapnya?

Berhubungkait lah dengan rakaman pengajian yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan Saham Kematian. alpa dengan nikmat dunia sehingga lupa akan saham untuk menempuh kematian. bukanlah larangan untuk berjaya di dunia, tetapi tuntutan untuk tidak meninggalkan amalan buat bekalan hari akhirat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Setiap daripada kita pasti akan menempuhi mati, maka persiapkanlah bekalan. kepada yang punya anak, didiklah menjadi anak yang soleh dan solehah agar bisa mendoakan saat selepas kematian kelak. kepada yang punya harta, beramal jariah lah, bersedekahlah dengan harta tersebut. kepada yang punya ilmu, sebarkanlah ilmu itu. semoga bermanfaat buat insan lain dan menjadi sumber saham pahala suatu hari nanti.


Nota Kaki :
sangat seronok dan menarik kelas pengajian Ustaz Azhar Idrus. tersengih-sengih dengar. lebih-lebih lagi bila sampai part soal jawab soalan. ade je jawapan best daripada beliau. ringkas dan bersahaja, tetapi sangat menjawab soalan!

untuk mendengar dan melihat rakaman pengajian dan kuliah daripada Ustaz Azhar Idrus, anda boleh ke laman web beliau di http://www.ustazazhar.com/v1/

81 comments:

terokai seni said...

moga jadik pengajaran pada kita semua

♥ AMOYELLA said...

huhu....semoga sama-sama terhindar daripada perbuatan sebegini...

Fariehan Ibrahim said...

yup2, ustaz azhar idrus sgt best.
xbosan dgr ceramah dia. pndai dye wat lawak! xD

btw, nice entry.
sama2 cri saham kematian, sbb mati adlh wajib dan tmpt terkhir kita nti. =)

ekane said...

manusia terlampau kejarkan dunia smpaikan terlupa akhirat.

saperakue said...

ceramah ustaz azhar mmg best...
x heran la masa dia datang kat ump nie ramai gila yang turun mencari..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

and yes pernah dgr beliau ceramah di laman youtube. mmg lucu apabila dgr cara beliau jwb soalan para "penanya".

apa yg dialami, yg didengar mahupun yg dilihat dapat menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

selamat hari Jumaat encik asada:)

Anonymous said...

saya pernah dengar ceramah beliau...
mmg best...kdg2 lawak...
ceramah beliau soal "braces" pun best jugak...(^_^)

TunTeja said...

ustaz Azhar Idrus ni lecturer asada ke atau asada denga ceramah die dari video?

sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan kesabaran (Al-asr : 2-3)

khusnul khatimah...itu impian kita semua :)

Cik Bayu said...

ustaz ni best.
happening.ayat sempoi je..

Keyyah said...

yup suka jugak dgr ceramah ustaz azhar idrus... mmg bersahaja n kelakar...heeee

M a W a D D a H said...

cerita yang menarik...

amat sedih kalau ade famili yang xpandai mengaji..huhu...

asada, kalau xpaham ape yang ustaz azhar idrus, tanya lah adah...

peace..;)

Ayuni said...

hm, sedih kn ramai org Islam x tau mengaji.....

Anonymous said...

asada pn dah mule buat quote box tu. hek2

Anonymous said...

oh ya. nasiblah syukur amat dilahirkan dlm famili yg leh ajar semua tu kan~

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

Ustaz azhae mmg best:)
saye pun selalu dgr rkaman dy~

cikpia said...

ustaz azhar memang sempoi.... ceramah dia memang padat, tapi tak membosankan.... best!!

eh, kitak paham nya klaka terengganu ka???

Cikgu Armiza said...

dimana silapnya...
mungkin k malu untuk belajar..atau mungkin ad punca2 lain...hanya mereka dan ALLAH yang tahu

insyaALLAH..mudah2-an diberikan petunjuk...amin..

sugar2 kapas strawberry said...

terigt dekat mummy..mummy ckp..kalau dia da xde..tolong bacakn yassin kat tepi dia nti..dia :(

aryu said...

adek sy selalu p dgr ceramah beliau..

setiap selasa.beliau akan dtg ceramah kat masjid kg sy ne...

p/s ; pernah jugak tersempak dgn beliau..:)

LINDA ALEEQA said...

be ist...:)
semua org melakukan kekhilafan,tp jgn sampai kita jahil dgn aturan agama...smga keluarga kita tidak termasuk dlm golongan di atas....

Miss Kira said...

nasib baik parents kira jenis yg anak2 mesti wajib khatam quran..x kesah la sekali or bnyk kali..

fya zainal said...

kanak2 dari kecik harus diajar mengaji

Yuni Aisyah said...

baca entry nie teringgat lak pd seseorang yg masa hidupnya hanya mencari kekayaan dan keseronokkan dunia hingga lupa akhirat...bila saatnya mati tiada satu harta pun dibawa yg hanya amal ibadah sewaktu hidup...moga arwah di ampunkan dosa2nya sewaktu hidup..terfikir n insaf yg hidup ini hanya pinjaman sementara...

Miss Bluepinkiey said...

sedih ny kalau anak2 x tau baca ayat2 quran...

Imran@Copenhagen said...

Yep. Ceramah Ustaz Idrus memang best.
Dan boleh blajo bahase teganu skali

Unknown said...

sedeynye kalau macam tuh......

Aqilah Rosli said...

thanks kongsi ilmu. sangat best!

eelobor said...

serius beb, ustaz azhar memang kelassss. pernah nak pegi dengar secara live di masjid hulu kelang itu ari, tapi ustaz azhar terpaksa batalkan ceramahnya kerana kurang sihat dan baru keluar dari wad. jemaah yang datang untuk mengikuti ceramah@kuliah maghrib dari ustaz azhar memang ramai dan anggota RELA yang terpaksa berkawal lalulintas & tempat parking kereta.

nur aisya humaira said...

tu laa kan, remaja2 skang macam tk pentingkn alquran...macam mane plak generasi yg akn datg...klu da ibubapa tk thu mengaji,ank2 lagi laa...
kadang2 terpk,camne ye aku nanti nk jdi mak ayah..mampu ke tidak nk didik ank2 nanti...diri sendiri pn masih lgi di awang-awangan dgn ilmu agama...mintak2 ALLAH bgi rahmat setiap ari kpd sye & semua..:)

Ustaz Azhar memang best...

Nida n' Hanafi said...

Itulah ujian Allah buat hamba-hambanya yg terpilih..

Teringat kisah seorang ustaz di kampung Kak Nida... namun majoriti anak-anaknya adalah seorang PENAGIH DADAH

Cik Yana said...

Ustaz Idrus memang best!
btw, tak mustahil zaman sekarang ramai tak tahu mengaji.
Ingat lagi mase kecik2 dlu, balik sekolah mesti pedi mengaji ngan tok guru.
Tapi zmn sekarang susah dah nak jumpe budak2 balik sekolah pegi kelas mengaji.

shada wentz said...

mudah2han kita semua sentiasa dipelihara olehNYA. amin~

:)

Unknown said...

nice entri..kebanyakkan org skrg dah x berapa pentingkan belajar mengaji Al-Quran. Alhamdullillah, i adikberadik di didik mengaji oleh my mum sendiri..

Unknown said...

suka entri ni :)

dan sgt suka dgn ustaz azhar ..

CEO said...

insyaallah...semoga kita semua tidak alpa dengan keasyikan duniawi sahaja.

faINa989 said...

bila bertambahnya umur, tp x bertambah amalan....makanya fikirlah, umur makin tua..tp amalanku x bertambah...

pernah dgr ceramah seorang ustaz...

saat paling sedih bg seseorang ialah bila ketika beliau telah mati, dia melihat orang sedang solat jenazah...sebab dia melihat org lain mampu menambah amalan, tetapi dia dah x dapat..

Ketika itu dia akan berkata, andai aku punya masa ketika aku hidup, pasti aku akan menambah amalanku....

najihah said...

entri yg menginsafkan. lu pun dapat pahala baii bila buat entri cengggini. i.Allah n alhamdulillah ala kulli hal :D

Nur Qistina said...

didiklah anakmu dengan didikan agama sebaiknya..kerana kelak yg bermanfaat adalah kamu..=)

orang muo said...

silapnya dpd kedua2 orang tuanya... semoga mereka mendapat hidayah dan ada yg prihatin memimpin mereka ke arah yg betul

Bungasunti-Maternityandnursing said...

kalau kecik2 bg ilmu agama.besar2 mcm mn pun drg lupa.1 hari drg akan blk jgak pd asl drg dbesarkan.,lainkan mmg xdbesarkan dgn cara tu.

nuriz said...

ustaz azhar , seronok dgr dia ceramah ada lawak di samping ilmu dia kongsi

lady-D said...

ustaz azhar mmg best..selalu gak dtg bg ceramah agama kat opis dla..skang ni kalo x pndai mengaji n kalo malu nak gi blaja sbb dah tua kan ada jual CD..usaha tu penting..malu sesat jalan kan..

aLya maNip said...

alhamdulillah. syukur rasanya ada ibu seorang ustazah :)
alya pernah dengar ceramah ustaz azhar kat youtube. seyes bez die punye ceramah. bersahaja n x boring. kadang2 terasa nak dengar ustaz ceramah cam azam dalam KCB. lembut n menusuk jiwa. agaknya, selaen lakonan ada tak ustaz yg berceramah cam tu ea..:)

Anati Soki said...

sama2 ktia jadikan pengajaran untuk membawa ke jalan hodup yg lebih lurus :) amin ..

budaksowt said...

mudah2an semua ni jadi pengajaran buat kita semua..

Shila said...

sekarang bagaimana keadaan mereka?

harap2 ada perubahan...

CIK TOM said...

perkongsian yg bagus..ustaz azhar ni mmg femes kat terengganu...huhu

Ali ridha said...

langsung tak tahu apa-apa,payah juga ni.

# # Jiwa kacau bilau !# #

# # jika-aku-miliki-kamu !# #

adie said...

memang seronok dgr ceramah ustaz azhar ni. dalam melawak ade pedasnye.

kakngah said...

sama2 la kita amik iktibar...

Johari Hamzah said...

semoga dapat kita jadikan iktibar..

penyampaian ustaz azhar memang bersahaja dan menarik tapi penuh dengan makna.. :)

hans said...

sedih aku baca kisah keluarga yg tinggal berdekatan rumah ko tu
haih
apa2pun yups dalam kita sibuk mencari kebahagiaan dunia jangan lupa mencari kebahagiaan akhirat juga

nice entry

Korang Ada Petua Hilangkan Masalah Bibir Pucat?Kongsikan!

platipus said...

dh lama tak bc entri2 kesedaran..
bgus bro asada..

thniah..

Hampasnyior said...

kita duk huhahuha kejar dunia... kita lupa, mati ngn kita dekat je... haiissshhh...

Ieqa Swetluv said...

sebab itulah sepatutnya dari awal kena berikan didikan agama dan pengamalan yang berterusan. bila nampak situasi macamni, kita nak salahkan siapa?

aQmaR 0n The Blog said...

Da lame sy x ngaji nie..huhuk.. nak buka pon asik bertanguh..sigh~

emieysandra said...

sy pun blajar mengaji asuhan dr abah & ma..alhamdulillah.. :)

pzy.krol said...

waahhh....keinsafan..

meo said...

bagusnye... layan ceramah..

fiezah91 said...

wohooo.. entri best.. semoga tok dijadikan pengajaran..

Kak Long said...

aa... ade penah tgk jugak video ustaz azhar ni dekat utube.. yg ckp tganu pekat tu kan.. hihi

bes la die bg ceramah.. kelakar tapi ada makna.. mmg ade style la ustaz tu..

pelik jugak eh sbnanye kisah yg awk kongsi dlm entri ni.. tertanye2 dlm ati sy ape yg membuatkan ahli keluarga tsbt x pergi belajar mengaji..

syahira ariff said...

ustaz azhar idrus ni mmg banyak topik2 best yg dikupas
suka dgr ceramah2 dia kt u tube
kalau d klgn kwn sy,ceramah dia ttg tunang,cinta la plg kwn2 sy suka.hahaha

amirah said...

lau tak silap ustaz ni loghat percakapan pekat lah.kdg2 tak faham apa yg disampaikan

ayulunera said...

akhir zaman....semoge kite tak tergolong di kalangan2 org2 seperti itu....
wah..sempoi gak ustaz idrus ni...dslr tuh..ehehe...
haa...suke tgk video die kat utube..sempoi je...klako lak tu..molek..molekk

Solehah said...

Ustaz azhar ni memang ada aura tarik orang muda. btl tu asada, jangan la sampai tahap kita tak tau apa2 langsung kan. peranan tu rasanya ada kat bahu semua orang. mak, ayah, anak, kawan, semua la..

Unknown said...

aku ade 80gig ceramah ustaz ni..ehhe..mmg layan le

Bunga said...

semoga kita sendtiasa berada di jalan yang betul..

tomatokering said...

nie semua boleh jadik pengajaran utk kita semua kan . mintak2 tak ade org islam yg tak tahu alif ba ta skali pon .

T said...

Salam, U all right? Stay safe ok.

Anonymous said...

asada.. macy isau asada sangat.. cepatlah balik.. cepatlah dengar khabar.. cepatlah balik asada... :(

Cikgu Armiza said...

mendoakan asada dari jauh..
jangan lah berlaku yang buruk2 harapnya...

CIK TOM said...

asada pe khabar kat cairo??bimbang cik tom sbb kat sana isytihar darurat...semoga asada dan semua pelajar malaysia dalam keadaan selamat dan dijauhi dari segala marabahaya...amin.....

serius bimbang sbb lama xdgr khabar dr asada :(

Anonymous said...

abdul salam dahari... baliklah :(

mesticun said...

satu peringtan buat kita semua.

# # mark zuckerberg berjumpa kembar jesse eisenberg !# #

alexayussida said...

ceramah ustz azhar sgt best n bole blaja bhsa tganu jgk:)

shahjiehan said...

abg hensem!..hehhe.. kawan serumah dtg menziarah...

CIK TOM said...

2 hari lepas cik tom bc paper metro psl bdk sarawak yg balik...nmpk cam muka asada je dlm paper metro tue...

bila nak update entry ni??nak tahu kaba berita...

zahidah dihaz said...

thank for sharing...


New entry: The handsome suit

Hafriz Mohamad said...

ustaz azhar yg paling mantop d abad ini..! ^_^

Miss Yaty said...

astaghfirullah..harap cite ni jadi pengajran pada kita semua..kalau tak kita anak2 sape lagi yang akan bace yasin untuk ibu dan ayah kita kelak....

Raji and Yeen said...

huhu betul ambil ni sebagai pengajaran harap2 kita semua dpt mendidik anak yg akan menconstantkan pertambahan pahala kita
amin2