Tuesday, January 04, 2011

Penghargaan Khas Blogger Dedikasi

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman di mana jua berada. selamat hari selasa saya ucapkan, semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. yeah!

Semalam saya tidak berkesempatan membuat entry penghargaan ini. kerja-kerja menyesuaikan blog kepada domain baru belum benar-benar sempurna. jadi saya tangguhkan dulu sehingga pagi ini.

Alhamdulillah.. sudah mempunyai domain sendiri. tapi hosting belum lagi. hehe.. sebenarnya saya sudah memasang hajat mahu tukarkan kepada domain sendiri apabila berada di Malaysia nanti. namun, tindakan Cik Tom menukar blog beliau kepada domain sendiri minggu lepas menyebabkan saya jeles.

Tidak lama selepas itu, Cik Jannah Asila pemilik blog Jannah's Handwritten pula menaiktaraf blog beliau kepada domain sendiri. makinlah saya jadi excited. setelah mengenalpasti kelebihan domain berbayar melalui entry nukilan Cik Tom di sini dan di beberapa blog lain, saya terus membuat perbincangan bersama Cik Jannah Asila dan memohon tunjuk ajar daripada beliau.

gambar ambik dari Jannah's Handwritten

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Jannah Asila Ishak kerana sudi membantu saya secara langsung dalam proses pembelian domain yang saya gunakan sekarang. walaupun pelbagai masalah yang timbul berikutan servis internet beliau yang kurang memuaskan, beliau tetap tidak berputus asa untuk terus membantu dari langkah pertama hingga selesai semuanya.

Tidak lupa juga kepada blogger-blogger lain yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung. tanpa tutorial yang dikongsikan, tanpa tunjuk ajar dalam blogging, saya pastinya tidak mengetahui banyak perkara. terima kasih.. terima kasih.. dan terima kasih..

Juga kepada pengunjung setia blog ini, anda inspirasi saya. kewujudan anda amat-amat saya hargai. andalah yang memberi keceriaan kepada blog ini. andalah pembakar semangat untuk terus berblogging. satu nikmat kepuasan kepada saya apabila sesuatu yang saya taip dapat dikongsikan kepada semua.

Setahun berkecimpung dalam dunia blog. pada mulanya saya hanya berniat menjadikan blog sebagai diari elektronik untuk bercerita, meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. namun, setelah beberapa lama, saya menyedari bahawa blog boleh menjadi medium perkongsian yang mesra sekaligus membina ukhuwwah di kalangan blogger. kalau nak mencari calon menantu untuk mak, kat dunia blog pun boleh!

Tanpa sedar saya mula jatuh hati dengan blog dan tanpa sedar saya dah menaip panjang lebar ni. hahaha.. berbanyak-banyak terima kasih kepada semua.. sebagai penutup kata, terimalah pantun daripada saya..

kalau ada jarum yang patah,
jangan diguna menjahit kain,
kalau ada silap dan salah,
jangan bagitau kat orang lain.

pisang emas bawa belayar,
masak sebiji terus dimakan,
saya budak baru belajar,
kalau kurang tolong tambahkan.

38 comments:

maiMOONyet said...

hehehe. tahniah wei dh ada domain sendiri. aku punya domain tempoh dah nak abis ^^

fiza said...

Salam Asada,

Thanks for drop by & leave comment :-)

Wah...siap ada penghargaan khas lagi...bagus (^_^)

~M!sS rARa~ said...

slmt berblogging :)

rossoneri said...

congratz bakal dapat domain..skrg musim org beli domain

Syafiqah Sabki said...

beetul tuh..me too..oso fall in luv with blog..x de blog rase idop sepi.aicewah..huahua

Anisa Hang Tuah said...

wah wah..menarik (:
terus & terus berblog
nanti nis skodeng
hehe

liyana said...

syabasshh beti! hehe.. ada blog mmg best. tmbah kenalan baru.. :)

amirah said...

eh2 baru perasan blog ni da tukar jd budakmalaysia.com
-asada hepi so tahniah la

cemomoi said...

anak itik main-main
main air tepi perigi
kalu aku tak join
nanti miss ko punya n3 (eja entri ye baru sama rima)

hooo mintak maaf aku rosakkan pantun warisan melayu la pulak dahhhh

e.l.i.z.@ said...

wowieee...sdh ada domain sendiri..omedeto!

fariehan ibrahim said...

pergh!
da dpt domain lh dia.
congrates2! :))
papepn, keep it up.

d_LA said...

wahhhh..wahhhh..wahhhh..nak jugakkkkk domain...best ker bile ade domain sndiri ni??apakah perasaan saudara asada??

TunTeja said...

Tahniah asada! teruskan berblogging.Ingat..menulis dari hati.baru kita puas hati dan orang yang baca pun puas hati.weee :)

platipus said...

pergh..tahniah bro..sudah maju bertapak2 la..

hans said...

wah
asal semua dah ada domain sendiri nih
ku nak jugalah macam nih

P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

FareedSairi said...

hohoho. tahniah2! den ngan BlogLarian pun baru dapat domain sendiri :) kalo da tukar hosting nanti, leh ajar den lak ye.hehehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

haha, fifiey jugak yg kuno.. belom punya domain.. -sigh-

btw, happy blogging. suka baca cerita2 dr mr.asada yg duk jauh niii!

Kimmy Ai said...

keluar juge akhirnya entri ni.. (^___^)

rajin2 update selalu! ;)

f_aRa_aINa989 said...

tahniah asada dh ada domain sndr!!

=)

diana said...

semua dah pakai domain sendiri..
tetiba akak jeles ..
hahahaa
nak pakai jugak la nanti..

zmah said...

Tahniah!bilalah akak nak buat domain sendiri ni...nak tolong akak tak?

zuana's dear diary said...

camne nk wat tuh? domain sendiri?
means xde blogspot??

nnt ajar lak yer

=))))) bulehhhh? hihihi

Armiza said...

bunga raya bunga melati,
manakan sama dengan si lada,
walaupun saya masih tak reti,
nanti nak blaja dengan asada..

baik...saya mengaku awal2..pantun ni sungguh x best..tapi sila baca seolah2 dia best yea...hihihi..^_^


...tahniah2...anda semakin maju ke hadapan...=P

Cik Yana said...

pakai domain sendiri dah,,
congratz,,
walaupun cik Yana tak tahu pape pasal benda2 ni,,
tahniah2,,
hahaha~

tomatokering :) said...

tanpa saya sedar , saya telah komen entri anda . hahaahha

wah~berdomain ye .. jaga kau . haha :P

alexa yussida said...

mmg pnjg lebarrr.,..nasib baik sedar juga:)

i am S!L4H.. said...

ape rse ad domain sndri erkk??
ish3...x pnah rse pon..T____T

Miss Yaty said...

wah! asada pun dah domain..sume pun nak domain..yaty nak domain jugaklah..hihi

tahniah asada :)

iKhRam said...

tahniah..
sentiasa menyokong
dan mengahrapkan anda juga begitu..
supaya sama2 boleh membangind an bersemanagt utk terus berkongsi..

CIK TOM said...

wah tahniah asada dah berdomain!!i loike...

welcome to the club...huhu..jgn jeles2 yup..hehe

-telordibasuh- said...

.com senang di hack hahahaa...hati2

saya_arief said...

teringin nak ade domain jugak.
:D

Afzainizam said...

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat Maju Jaya... Di harapkan Tahun ini adalah terbaik dari sebelumnya...

Bulatkan tekad mencapai impian ... Bukan sekadar manis dimulut.. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam

yupppp kita semua sokong....domain sendiri mmg membanggakan

Assalamualaikum salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua.

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan

Mr PenyuBiru said...

wahh..dah ade domain sendiri.tahniah! nnt try aa sewa hosting & pakai wordpress pula.

hans said...

aku dah fikirkan kan dah nama untuk domain aku
hehehehe

P/S : Pandang Kemana Tu? Rimaslah!

Ummi Hanie said...

eh da tukar domain rupenye...igt lg sembang2 kat wall hans tuh?sy le Nisa Fadzil tu...hehe ;p

Nur Qistina said...

tahniah asada! ^^,

Anonymous said...

perlu memeriksa:)