Tuesday, May 10, 2011

Demam Datang Menjenguk

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman.

Suasana pagi yang sunyi di Nasr City, Cairo.

Bangun pagi ini, badan panas semacam, tak surut lagi dari semalam. aduhai.. demam datang menjenguk lagi. bukannya best kalau demam ni. nak buat apa pun terasa lemah.

Sebenarnya sudah dua hari demam datang, tapi hari ni rasa lebih dari semalam. saya kurang pasti apa penyebabnya. selesai Indoor Games Festival pelajar Sarawak di sini hari sabtu lepas, tangan saya sedikit menggigil. saya anggap biasa, mungkin sebab letih main ping pong dan lambat makan tengahari. saya menjamah nasi pukul 4 petang hari tu.

Seharian semalam pula badan rasa lain macam, terkesan dihembus angin malam kot. pukul 2.30 pagi semalam saya keluar dengan member mencari makanan hanya memakai long sleeve nipis. sebenarnya tak sangka angin kat luar tu sejuk. haih..

Saya cuba melawan supaya tidak memanjakan demam, tapi akhirnya rebah juga di katil. perlu rehat yang lebih skit kot. cepat-cepat lah pergi demam oi.. jangan habiskan lemak yang saya dah kumpul.

Tapi kan.. dalam tak sihat semalam, dapat juga skor markah tinggi kat karaoke online. hehe..

Nota kaki :
harap demam kali ni tak menyusutkan berat badan saya secara melampau. baru bergembira dapat naikkan berat badan lagi..

Thursday, May 05, 2011

Mood Jiwang : Karaoke Lagu Rock Kapak

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Pagi semalam tergerak hati mencari lagu yang bermain di bibir. tak tahu tajuk lagu dan siapa penyanyi, jadi search guna lirik lagu yang saya duk ulang tak tau hujung pangkal tu. jumpa jugak! dunia di hujung jari, search je, 90% boleh jumpa.

| ..Jika ada kesilapanku, maafkanlah diriku oh sayang.. dan izinkan aku bertanya, mengapa kau berubah hati.. |

Ini lirik yang saya duk ulang masa mandi. puas cuba ingat macamana permulaan lagu, tak dapat-dapat. lupa lirik sungguh.. boleh plak masuk lagu lain. hahaha.. dah cari, rupanya lagu Pesanan Buat Kekasih, Kumpulan Spring.

Bila jumpa lagu ni, bersemarak mood jiwang. terus download lagu rock kapak lain dan akhirnya layan jiwang karaoke sendirian.. waima tengah taip entry ni pun lagu jiwang berkumandang di corong speaker.

Tak tahu kepada siapa lagu ini ditujukan. sekadar melayan hati yang sedang sunyi. bila dikenang, dilayan, terasa bait-bait lagu Pesanan Buat Kekasih tersebut kena sangat dengan kisah saya. hahaha.. apa pun, semoga beliau bahagia dengan teman baru.

Bila sudah tidak berteman, antara aktiviti hujung minggu di Malaysia hari tu adalah karaoke dan menyumbang lagu bersama member. walaupun sebenarnya agak bizi dengan hal-hal lain, sempat jugak beberapa kali buat konsert.

konsert : menyumbang lagu bersama member.

Sudah lebih setahun tidak berkaraoke dan menyumbang lagu. nasib baik saya dulu pemenang pingat emas lari berganti sambil menyanyi peringkat sekolah. pastinya tidak mudah untuk dikalahkan. yang best nya, asal karaoke je lagu tema adalah lagu rock kapak! jiwang yang amat. hahaha.. sabor je lah.

Sekarang addicted dengan karaoke online plak. lawan dengan penyanyi dari negara lain. nak lawan saya karaoke? jom! saya guna nama Saleem. boleh jenguk dan daftar kat website ni [www.karaokeparty.com].

Tuesday, May 03, 2011

Cairo - Jeddah - Malaysia : Kisah Basi Ops Piramid!!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Sekian lama kisah ini saya simpan untuk dikongsi. walaupun sudah basi dalam simpanan, kisah ini akan saya hebahkan hingga ke anak cucu supaya mereka menghargai nikmat keamanan. entah sempat ke tidak nak bercucu. beristeri pun belum. hahaha..

Agak dahsyat pengalaman yang dilalui. bagi saya, pengalaman berada di negara yang sedang bergolak sangat mendebarkan. bayangkanlah bunyi tembakan kedengaran di sekeliling kawasan kediaman kita. tengok api marak di tepi jalan tanda demontrasi. berita tv menyiarkan kekecohan dan kemusnahan akibat serangan marah rakyat Mesir. ngeri seyh..

Ketika kemuncak pergolakan, saya berada di Kaherah dengan kerisauan yang melampau memikirkan keselamatan adik yang terkandas di Alexandria. sudahlah tidak dapat dihubungi lebih sehari kerana talian telefon dan internet disekat. tup tup bila dah dapat call, dengar cerita kereta yang mereka naiki baru saja ditembak 3 peluru sesat semasa nak keluar dari sempadan Alexandria. atas nasihat tentera yang berkawal, mereka membatalkan hasrat menuju ke Cairo.

Seminggu tidak lena tidur dek ketakutan. kalau tiba-tiba rumah diserang beramai-ramai oleh kumpulan yang sengaja ambil kesempatan, memang takde lah kudrat nak melawan.

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia ambil langkah memindahkan rakyatnya ke Jeddah buat sementara dan seterusnya ke Malaysia. walaupun begitu, urusan pemindahan itu bukannya mudah. demi keselamatan, hadapi saja dengan kekuatan.

Gambar : jalan masuk ke Cairo Airport. tentera berkawal di mana-mana dengan kereta kebal.

3 Februari 2011, kumpulan pelajar Sarawak seramai 23 orang termasuk dalam senarai pelajar Malaysia pertama yang akan terbang ke Jeddah dengan flight MAS pada pukul 12.30 tengahari. oleh kerana masalah yang timbul, dengan bas menghantar ke airport datang lambat. kumpulan kami lalu diarahkan menaiki penerbangan kedua dengan flight Air Asia. terus menunggu..

Seawal 9 pagi kami sudah menunggu bas di Dataran Kompleks Pelajar Malaysia. bas lambat, pukul 12.30 tengahari baru sampai ke airport. padahal, bukannya jauh jarak airport dari kompleks. sampai kat airport kena tunggu di luar, ramai sungguh umat manusia. nasib baik masih dalam winter, jadi tak terasa sangat bahang matahari.

Pelbagai drama berlaku di depan Cairo Airport. lakonan demi lakonan. tak nak bercerita pasal lakonan.. wartawan menemuramah dengan pelbagai soalan, tak tahu kami sedang kelaparan sebab tidak ada tempat nak beli makanan yang betul-betul dinamakan makanan kat situ! hanya roti pengalas perut.

Akhirnya, menjelang maghrib baru kami dapat masuk ke dalam Airport. terima kasih kepada pegawai airport yang memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk terus masuk ke balai menunggu dengan kaunter khas.

Semua muka keletihan menunggu di dalam airport cairo. sekitar jam 10 malam barulah flight kami dibenarkan bertolak ke Jeddah.

Sampai di Airport King Abdul Aziz Jeddah sekitar jam 1 pagi 4 Februari. kumpulan kami disambut dengan flash kamera dan kamera rakaman TV, ramai jugak wartawan dari pelbagai stesen TV Malaysia. terasa sangat kami ni pelarian dari Mesir. hahaha..

Di Airport Jeddah, kami menunggu lagi untuk mendapatkan visa kecemasan dengan bantuan Pegawai Malaysia di Jeddah. sambil menunggu, ada yang tido, ada yang bersembang, ada yang duk perati orang. saya tengok muka orang lain semua lesu, termasuk saya yang dah layu.. pukul 9 pagi baru selesai urusan visa kecemasan, saya antara orang terakhir.. sabor je lah.

Ini part paling best! Di Jeddah kami ditempatkan di Madinatul Hujjaj iaitu asrama milik Tabung Haji Malaysia. oleh kerana kami kumpulan awal daripada lebih 11,000 pelajar Malaysia, jadi kami dapatlah bilik. pelajar datang kemudian, ada yang bermalam kat garaj sebab asrama tak muat.

Empat hari di sini, makan tak henti! boleh dikatakan takde istilah lapar.. kenyang memanjang. hahaha.. tambahan kitorang tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama, so takde benda jugak dibuat melainkan 'perbincangan' dan 'mesyuarat' dalam bulatan sambil mulut mengunyah. dah penat, tido.

7 Februari 2011, tiba giliran kami untuk terbang ke tanahair. muka senyum dah bila sampai giliran balik Malaysia. namun, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Flight pukul 7 malam, kami sampai kat airport pukul 12 tengahari. menunggu lah di sana dengan penuh tabah.

Masuk ke balai menunggu, ada kejadian cemas. boarding pass member yang tersengih dalam gambar di atas tercicir tak tau ke mana! muka dah cuak, kalau takde boarding pass, tak boleh masuk flight. hahaha.. cari punya cari, jumpa jugak. mujur pelajar Malaysia yang jumpa. kalau makcik cleaner sapu, tak tahu lah ke mana dibuangnya..

Gambar bersama Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar Malaysia dan Wakil Kerajaan Negeri Sarawak.

Pagi 8 Februari tiba di KLIA, rombongan kami disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot. kumpulan pelajar Sarawak seramai 23 orang disambut oleh Yayasan Sarawak selaku wakil Kerajaan Negeri. wartawan serbu bukan main lagi. malam tu kecoh family kat rumah tengok berita kitorang dah sampai. Alhamdulillah..

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA, TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI SARAWAK, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA BADAN YANG TERLIBAT DALAM MISI OPS PIRAMID.


Nota kaki :
Adik saya sudah sampai dua hari awal kat rumah. mereka ikut rombongan pelajar Sabah yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri Sabah. adik sampai kat rumah, wartawan datang temuramah dia pasal kisah kereta kena tembak tiga kali tu.

Punya la panjang kisah. ini pun dah dipendekkan. panjang sangat, mau 2 hari baru habis baca. hehe.. lepas habis kisah ni, baru la masuk sambungan merayau di KL hari tu. [sini]