Monday, January 30, 2012

Abang Charlie Lebih Gempak Daripada Hafiz Awan Nano

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!!! 

Malam ni khusyuk sungguh tengok Anugerah Juara Lagu (AJL26) melalui streaming online. pilihan utama semestinya Hafiz melalui lagu Awan Nano. mula tak menjangka si Hafiz boleh menang juara, ingat boleh menang vokal terbaik je. bila umum lagu Seribu Sesalan Tiga Suara dapat tempat kedua, dapat agak dah Awan Nano boleh menang juara. seriusly puas hati dengan penilaian 30 orang juri pada AJL kali ni. 

Tapi, ada kisah di sebalik perjalanan AJL sebentar tadi. setelah diteliti, nampaknya Abang Charlie lebih gempak dari persembahan Karma oleh Faizal Tahir, malah lebih gempak daripada Hafiz Awan Nano!! bayangkan je lah sekali sebut je nama abang Charlie, semua bingkas bangun!! hahaha.. 

Masa tengah syok tengok persembahan lagu Tiga Suara, tiba-tiba abang Charlie yang kejam melintas depan laptop. sekarang semua sudah fobia dengan kelibat abang Charlie, gara-gara kekejaman dia membengkak serta merabak leher saya dan seorang lagi roomate saya. boleh tengok kesannya kat leher saya dalam entry sebelum ini, Ciuman Berbisa Charlie

Balik kepada topik, memang patut lah Hafiz Awan Nano menang AJL kali ni dengan lagu yang best dan vokal yang super best walaupun sebenarnya, abang Charlie lebih menggempakkan. ngeeee =D 

Tahniah buat Hafiz, sempoi pakai t-shirt, seluar sukan dan berkaki ayam ambik hadiah. hahaha.. 

sumber gambar daripada : sah dan tak sah 

13 comments:

Miss Kira said...

yup..outfit yg plg sempoi skali...

emy|farid said...

aduhai...... itu kayap ke? kayap dri serangga ke? adeh, sakit tak??

missSenget said...

charlie tu mmg mnyeramkan..

cuba kutip, pastu kurung dia dlm satu bekas xde ruang udara langsung...

pastu tgk berapa lama die bole bertahan..

org kata die haiwan kebal..

Rozuan Ismail said...

memang trade mark kot abg tuh

Nurul Iman Rosman said...

tau takpe,
memang sempoi giler lah hafiz malam tu.

sejarah bebenor dlm AJL, hee ;)

sugar2 kapas strawberry said...

simple je kan si hafiz tu.hehehe..rasa mcm baju t ngn track suit dia tu yg dia buat basuh kete je.haha

zahidahwahid said...

kmk teka hafiz menang lepas dengar nya dapat vokal terbaik....

shandye. said...

hafiz menang vokal terbaik sbb dia nyanyi dgn sempurna. cuba dengar betul2. mmg semuanya perfect.

walaupun persembahan dia biasa-biasa je, ditambah dgn hanya pakai t-shirt dan seluar track lipat kaki dan berkaki ayam... tapi performance dia jujur...

=)

Hans said...

hahaha
tahu xper
lelaki gagah pun cuak bila berhadapan dengan Charlie tu
hehehehe

♥ p a a n i ♥ said...

sempoi je hafizzz..hoho! congratz to hafiz!

Sham said...

salam kenal bro...

pasal nila aku gaduh dengan orang rumah semalam...aku nak tgk final australian open...tp sebagai suami mithali aku mengalah jua akhirnya...

al-lavendari said...

tapi hadiahnya kecik sangat berbanding dengan hadiah Maharaja Lawak Mega.

nurkaloi said...

pkai baju lawa-lawa tak bererti boleh menang kannn...semuanye terletak pada bakat dan kehebatan......