Monday, January 16, 2012

Saya Dan Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! 

Sebelum ini sudah banyak kali dan ramai orang menyatakan kepentingan bahasa Inggeris kepada saya, namun saya masih lagi belum begitu fasih menggunakan bahasa tersebut. pertuturan saya masih lagi dalam pelat Melayu. bila dikenang, saya sudah belajar bahasa Inggeris dari umur lima tahun sehingga sekarang! err.. 

Semasa di sekolah rendah, saya memperolehi A dalam bahasa Inggeris hanya di tahun satu. itu pun sebab bahasa Inggeris mudah. selepas itu sehingga ke sekolah menengah, saya hanya mampu dapat gred B dan C di dalam peperiksaan. pernah dapat A, tapi itu hanya dalam ujian bulanan. 

Semasa di Mesir, pada tahun 2007 buat pertama kalinya saya mendapat keputusan cemerlang dalam bahasa Inggeris. Mumtaz! itu kerana standard bahasa Inggeris yang diguna pakai adalah mudah. jarang jumpa pelajar Malaysia gagal bahasa Inggeris di Mesir. setelah itu saya langsung tidak mendalami lagi bahasa inggeris. 

Saban tahun berlalu, sekarang bahasa Inggeris merupakan bahasa perantara yang paling penting untuk saya. hampir lima tahun meninggalkan pelajaran bahasa Inggeris, lalu dengan jarang diguna pakai, saya perlu mempelajarinya semula! hambik kau.. belajar daripada asas semula. betul lah kata pepatah, kalau sesat, balik lah ke pangkal jalan. haha.. mungkin ada kaitan pepatah ni. 

Bagi saya, bahagian paling sukar nak faham dalam bahasa Inggeris adalah grammar! banyak kali ulang dah, banyak kali jumpa dah, tapi saya memang mempunyai masalah memahaminya. semoga dipermudahkan.  insyaAllah.. 


Kelas bahasa Inggeris saya setiap Isnin dan Khamis yang diajarkan oleh Miss Hafiza best wooo... sangat menarik cara pengajaran beliau. 

18 comments:

Hans said...

semoga tahap english kita berdua semakin meningkat

Rozuan Ismail said...

belajar private class ke?

Si BuDaK KaChAk said...

sy pun masih merangkak lagi dengan bahasa inggeris ni....

T_T

syAzAnA said...

grammar selalu memeningkan kepala. huhu

Fay said...

i dont like english.. hehehe

aLya maNip said...

woww..tebalnye buku..hihi.selamat mentelaah bahasa inggeris ye asada!! :)

cikpia said...

he he..... semoga terer pasni!!

Bui Junaidi said...

KMK AGIKLAH FAIL BAB KELAKAR OMPUTEH TOK..

nekmo said...

saya pun.....=.=" sobsobsob.. :|

ChaCha said...

rsnye blaja bi ni spjg hayat...grammar tetap fail..muahhaha...adeeiii

Model Busana Muslim Murah said...

semangat dan sukses yahh..slm kenal

Aida Azryn said...

aida kalau bab english ni kureng sikit.. haha.. T.T

Makiko Saba said...

Nak komen, boleh?

This is just a thought. I have been blogging for almost four years, but sadly I don't see many local bloggers interested at coming back to my blog and read. I thought it must be because of the language I use.

Everyone is welcome to my blog and read. My only wish is to be able to help fellow Malaysian or other readers to improve their English from my entry.

I find Arabic and Japanese extremely difficult, just like when I was starting to learn English and Malay. Hopefully I could continue learning so I could master a few more languages in the next phase of my life ^^

~Nana BamBam~ said...

bahasa english ada grammar nye memang payah untuk difahami..pening.

Anonymous said...

@Makiko Saba : Maybe we are in the same boat. I'm not saying that I'm fluent in english but by the look of my blog which is gloomy I think english is making a barrier to my blog. I think we should make an adjustment here... Something POP and WOW hehe...

[sutera kasih] said...

kmk pun sdg improve bi..maka dr kecik bah blja bi..pun sik pas2 juak kaka bi ayoooooooo

ciK LyndaWawa said...

yarabi..rami na jpj sia eh....nang xpat lepas mun gia...

mr. khairul anuar said...

Grammar susah? Hmm...secara peribadi, setiap individu mempunyai tahap pemahaman berbeza mengikut minat. Ada yang belajar 3, 4 kali pun masih tak faham-faham. Tetapi, aku bersyukur kerana aku mudah memahami English grammar. All the best ye.