Monday, September 06, 2010

Kenapa Nak Tunggu Sampai Lima?

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua.. semoga semuanya sihat walafiat dan penuh semangat menjalani ibadah puasa di hari-hari terakhir Ramadhan. yeah!

Kepada yang dah sampai kat kampung, selamat bermesra dengan family. semoga Ramadhan kali ni dan Syawal yang akan menjelma lebih bermakna, lebih meriah. kepada yang tak dapat balik ke kampung, bersabar sajo lah yer.. senasib la kita. huhu..

Baru jap tadi terjumpa tajuk yang agak menarik jugak la kat kosmo. bukan kisah jutawan yang hilang, tapi ni kisah pemandu bas ekspress yang dikenakan lima saman. dahsyat bila dengar lima saman dalam masa sejam.

Tahniah kepada pasukan JPJ yang buat teknik penyamaran di dalam bas ekspress sempena Ops sikap ke-22. mungkin dengan kaedah ini dapat mendisiplinkan pemandu bas ekspress yang mengabaikan tanggungjawab memandu bas secara melulu tanpa menghiraukan keselamatan penumpang.

Cumanya.. timbul dalam benak fikiran saya, kenapa kena tunggu sampai lima kesalahan? kenapa tak tegur pada kesalahan pertama? sedangkan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu berkenaan sangatlah major. memotong di garisan berkembar! guna telefon bimbit semasa memandu bas! bas ye.. bukan kereta sorong. berpuluh penumpang dalam bas tu.

Saya kurang pasti bagaimana tugas seseorang yang boleh menyaman orang ni. tapi saya agak terkejut bila pemandu tu disaman selepas melakukan lima kesalahan di mana pegawai JPJ menyamar jadi penumpang menyedari kesalahan itu seawal kesalahan pertama.

Perlu dikumpulkah kesalahan itu terlebih dahulu? risau juga tak sempat nak saman, pemandu dah arwah..
Sumber Berita : KOSMO!
Geram jugak dengan si pemandu ni. dengan selamba kata tak sedar buat kesalahan tu semua. dah biasa sangat la buat macam tu. huh!

Pernah naik bas ekspress dari Kelantan ke Kuala Lumpur dan pemandunya sangatlah dahsyat mengalahkan pemandu F1.


Nota Kaki :
Kepada yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. pulanglah dengan bawa senyuman kemeriahan untuk keluarga tersayang.. =)

48 comments:

sweetsal said...

bila di fikirkan balik memang gerun nak naik bas express..ramai sgt pemandu yang memandu terlalu laju, tak hiraukan keselamatan penumpang dan kenderaan yg lain, bila dah kena saman pun dia tak serik jugak, camne lah nak jadi pemandu berhemah...

BENA said...

betoi jugak tu. cbe bygkan kalu nk saman yg ke 3 dah arwah. ish3. tp takut bile nek bas ke kl. sbb highway yyyy die mngerunkan. lebeh ske nek kete. heee~

Faizal Sulaiman said...

mak aihhh

berkat bawak laju sgt la tuh.hahaha

speed track melambak raya ni.tunggu ajelah:P

Solehah said...

btl tu..bila dihebohkan macam diorang yang kurenggg..tunggu dah arwah semua baru nak tegur, isk2...

CIK TOM said...

seram teringat pengalaman nek bas ekspress yang laju+burok..huhu..betul jugak perlu ker tunggu 5 saman??huhu..xsempat kumpul innalillah dulu..lalala~

Mr. Asada said...

sweetsal :
tu la.. naik bas ni seronok sbnrnya. tapi bila ada pemandu yang tidak berhemah, jadi seriau nak naik.


ribena.illina :
sbb highway menggerunkan tu la pemandu kena bawak elok, baru la penumpang rasa selamat.
naek kereta ni ada baiknya. tp bila semua orang nk naik keta, mau jammed tak bergerak atas highway.

Mr. Asada said...

FaizalSulaiman :
padan muka dengan si pemandu tu. sambil lewa je bawak nyawa orang dlm bas.
speed trap ni best. tp kan ada pemandu bas yg dah dpt kesan area speed trap. huhu..


Solehah :
teknik menyamar tu bagus dah. cuma kurang setuju bila dia guna teknik tunggu-tunggu.

Mr. Asada said...

Tomato Gurl's Life :
hoho.. dah ada pengalaman ea. dahsyat kan. sangat mendebarkan. berpeluh dingin je mengenangkan kita pun ada dlm bas..

Unknown said...

taktik camtu myb berkesan,tp agk2 kalo bas tu dah trgolek trlentang tgh jln masuk gaung (nauzubillah),
aishh..dah x hengat ape2,dah x tahu ape jadi...
tak dan dah nak selamatkan nyawa org..
ape pun,ajal maut kt tgn DIA..
brhati2 la slalu walau kt mane brada..

LyNn HaMzAh said...

sekarang nie memang tak berani la nak naik bas...sebab pemandu bas ekspres semua bawa bas laju2...

khairul_bariyyah said...

penat balik awal.kena buli cuci lantai garaj.. wuwuuu~~

Keyyah said...

tawakkal je la balik naik bas express.. kalo dh nak jadi, bw kete sendiri pun ley xcident..ni mak Keyyah cakap k..hehe..

selamat hari raya Asada

Unknown said...

Ohhoooii...scary!!aku cukup benci dgn org yg drive smbil cakap ngn enset...mmg aku takutt...huhu..

TERBARU: Bayyinat-penjelasan

Nur Hawa Mohd Zin said...

wow!!! manyaknye saman dia...pelik kan..macam mana pemandu ni boleh dibenarkan memandu..sedangkan dia lagi melibatkan banyak nyawa org..44 orang penumpang..bahaya kalu jadi pape..

Mak Su said...

kes terlebih konfiden agaknya pemandu tu

kerangRebus said...

sib bek i naek tren...huhu...xde terlibat kesalahan jln raye pon ~~0_0

NAZ said...

haha ikut rukun kot hahaha

ain fathihah fhm said...

kadang2 ada rasa gerun bila naik bas. tambah bila dipandu laju.

lagi suka naik keretapi. hehe

Aku Skema said...

smalam balik naik bas..seat depan skali..sbb takut sgt driver tu bawak mcm org gila,aku trus tido x bangun2 slama 7 jam..haha

Anonymous said...

last skali naik bas ekspres awal tahun lepas. takut dh nak naik bas ekspres bila dgr kjadian eksiden melibatkan bas semakin meningkat.

Review Filem : Grown Ups

Berpindah Dari Blogger Ke Wordpress

hazeleyed lady said...

Malaysian Laws are lenient!
i suppose that is one of many reasons why there are countless outlaws around.
Mereka tak takut ...denda pun ala kadar...banyak kesian!

Semuga semua yang nak balik kampung dilindungi Allah sentiasa (Semua kita lah)

fara said...

penyaman pon nak kumpul duet raye gak kot. huhu~

hans said...

hahahaha
banyak kali weih aku naik dengan pemandu bas 'f1'
cuak pun ada kadang2
tambah2 kalau rasa macam bas tu melelong

P/S : Tips - Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak!

Aidi-Safuan said...

hahahahahha... gler rekod la! 5 saman dalam sejam. kacak siot! ferrari patut hired pakcik driver nih. :P

kusut said...

tunggu sampai lima? atau mungkin drebar tu daredevil sgt.. spy JPJ tu tak sempat duduk lagi dah start buat salah kot! hehe

noorafzan.blogspot.com said...

pernah juga naik bas yang mmg berdesup lajunya.

tapi tak kurang jugalah yang bawa macam siput.

adeh~

Anonymous said...

nanti bukan takat pemandu dah arwah.. JPJ pun arwah jugak~

¶A.K.I¶ said...

iskkk~ terok btl!

teringt zaman blaja dl..
naek bas ekspress..
12jam dari perlis ke kluang.
haii... ALLAH ye yang tau mcm mne dlm hati... doa sntiasa agar slmt semua... syukur alhamdulillah

chenta said...

mmg rasa tak tenang kalau naik bus yg dipandu laju..nak tido pun tak boleh..tp skrg pandu sendiri :)

'AQILAH said...

:D alhamdulillah dah selamat sampai di rumah...

nabilah_2908 said...

hmm...

xpernh rasa lagi...kalau time stdy dulu...

KL balik ke Melaka...apa la sngt yer tk..? huhu

tp bagus la pihak JPJ buat tindakan mcm ni..biar driver2 ni gerun sikit n lebih rasa tanggungjwb thdp penumpng.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
LAGU RAYA FAVORITE

sukemakan said...

erm...penah naek bas yg mcm nie...
menakotkan
tp naseb baek
xde pape jadi!

ps: selamat ari raye! =)

Aida Azryn said...

Haish~ tetiba gerun pulak bila sebut pasal JPJ.. :P

nur.sa said...

betoi. perlu tunggu sampai lima baru mahu saman? kot-kot dia dah agak pemandu tu akan ada lagi kesalahan kot. tu sebab pegawai jpj tu tunggu sat before bagi saman. tapi sangat ramai driver bas yang bawak laju, potong kat double line dan selekoh. expert la sangat kot. huhu

matahati-aishahazhar said...

selamat hari raya aidilfitti

syahira ariff said...

kalau saman dah sampai sepuluh,senang2 tarik jer lesen dia kan asada

cikpia said...

agaknya time 4 kesalahan awal tu si JPJ cam konfiden bley idop lagi.... mai kesalahan ke5 dia rasa cam nak mati dah, terus dia saman.... he he.....

in☂an Jun$u said...

oh..adakah ini suatu taktik nk soh pemandu tu byr saman berlipat ganda?huhu..

♥ shiMawar ♥ said...

ye le..bleh pulak dia tggu sampai 5 kesalahan..kot le x sempat, kn ke teruk dh tu..

pernah naik bus yg dipandu mcm pelesit..pastu siap driver tu gaduh2 dgn makwe dia kt telefon..jerit2 mcm ape jek..msa tu seram sejuk x hengat le..alhamdulillah, selamat sampai.. :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

driver bus kat penang pon bawa bus mcm F1...

tu belum nak p area balik pulau~

kuussss semangat..

apa2 pon selamat hari raya

Ain Zulaikha said...

jangan kata pemandu bus, teksi pun diorang kena pantau gila-gila.. sebab selalu sangat naik teksi diorang tak hormat penumpang, lepas tu tanya nak pergi mana kasar2, igt orang pekak ke.. hehehehe.. lepas tu ada lagi, pemandu teksi suka letak harga sesedap perasa je.. kesian lah saya yang masih belajar mengenal ABC lagi.. T___T

baguslah diorang buat cmni......

|| A r a W a n i || said...

Salam Ramadhan..
Sabar lah beraya diperantauan ya nak..
hihihi..
eyh, pasal pemandu bas tuh..
ish ish ish..
*geleng kepala*
nakal tol. Kalau jadi ape2? bukankah boleh mendatangkan kesusahan?

Anonymous said...

mungkin dia fikir lebih afdal tunggu sampai 5 kot. haha xD

selamat hari raya asada :)


* tak pernah naik bas.

± said...

aku kalau naik bas,pilih2 gak kompeni yg rekod cantek...tp kalau time raya, nak2 tiket habis, mmg main redah je bas cap ayam sekalipun

moga sape yg balik kg dgn apa jua kenderaan selamat smpai

salam aidilfitri asada!
nape ko x hantar kat salam perantau,sure ramai awek2 follower kat blog ni simpan...huhu

Ieqa Swetluv said...

tu yg cuak nek bas tu da le nk kne balik ganu nek bas huhh~

TrahAssan said...

sebab nih lah saya tak suka naik bas nak pergi mana2 T____T gerun bila dengar berita pasal pemandu bas banyak buat hal . lagi2 sekarang nih banyak kemalangan melibatkan bas . tapi tulahh kekadang ni pemandu bas banyak yg tak buat tak kisah . hmm apa2 pun selamat hari raya ! :)

mira_nas said...

sangat takut naik bas macam nih..
ada sekali tu naik bas.. dia bawa punyala laju.. dari 3 jam perjalanan jadi 2 jam je...

hans said...

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin
maaflah selama nih aku suka menyakat ko yer
hehehe

P/S : Download Lagenda Budak Setan The Series : Episode 5