Showing posts with label Contest by Asada Ryutaro. Show all posts
Showing posts with label Contest by Asada Ryutaro. Show all posts

Monday, July 05, 2010

Pemenang Contest Gambar Best By Asada

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yeah! dan akhirnya~ inilah pemenang Contest Gambar Best Asada.. Tahniah kepada pemenang kerana gambar-gambar anda telah memikat hati juri. jangan sampai terus jadi bini sudeyh. hahaha..

Tempat Pertama : Puput @ http://pesantokmoyok.blogspot.com/
Gambar : mak mertua & kakaknya, mak cik Nik.

Tempat Kedua : Nida @ http://nisajijah.blogspot.com/
Gambar : Caklempong Soccer

Tempat Ketiga : Nabil_Potter @ http://nabil-potter.blogspot.com/
Gambar : Dania

Tempat keempat : Misz Fatin @ http://atentiqa.blogspot.com/
Gambar : Kegembiraan melepasi rintangan.

Tempat kelima : E.L.I.Z.A @ http://www.elizadianna.com/
Gambar : Ibu Mengandung

Tempat Keenam : Wanjunsmile @ Azizun @ http://wanjunsmile.blogspot.com/
Gambar : Zaman main-main tepung

Tempat Ketujuh : Durratul Ain @ http://durratul-ain.blogspot.com/
Gambar : PCK seksi

Tempat Kelapan : Carl Samsudin @ http://carlsamsudin.blogspot.com/
Gambar : Feeling-feeling jadi jurufoto National Geographic

Tempat Kesembilan : Rhapsody Lin @ http://lahirbalik.blogspot.com/
Gambar : Childhood moments

Tempat Kesepuluh : Mawaddah @ http://mwdah.blogspot.com/
Gambar : Bot penambang "confirm menang"

Tahniah sekali lagi kepada pemenang.. dan setinggi-tinggi terima kasih asada ucapkan kepada semua peserta yang join dan support contest ini. sangat-sangat menghargai penyertaan anda semua..

Apa yang asada hepi sangat bila buat contest ni, makin ramai kenalan! siyes! semoga perkenalan ini bertambah erat dan semoga tiada penghujungnya.

Kepada yang kalah, jangan kecik hati, jangan merajuk ngan asada ea. hehe =P

Dikesempatan ni, asada memohon maaf andai dalam penganjuran contest ini ada perkara yang mengguris jiwa dan perasaan anda. andai ada terkasar bahasa, asada mohon maaf. segala kekurangan dalam penganjuran contest ini asada akui dan pastinya asada akan cuba untuk memperbaiki dari masa ke semasa. yeah!

Terima kasih juga kepada para juri yang tolong mengadili contest ni.. MaCy, Nur Azman, Azhar Abdullah, Yus DC dan kawan-kawan yang lain.. ramai seyh juri.. hahaha..



Nota kaki :
Kepada para pemenang di atas, sila emailkan alamat anda kat email asada, monkeyluffy98@yahoo.com selewat-lewatnya 10 Julai 2010.. bagitau nama yang diguna pakai kat dalam contest sekali, karang ada yang guna nama laen, asada tak tau plak. penghantaran hadiah hanyalah di dalam Malaysia sahaja. 12 julai hadiah tu nak terbang ke Malaysia. hehe..

sorry lagi sebab dah terlambat sejam. ngeee =P

20 Gambar Terpilih : Contest Gambar Best by Asada

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda. semoga dalam keadaan bahagia bersama insan tersayang. senyum-senyum selalu semoga hari anda sentiasa ceria..

Ini bukan keputusan akhir.. sekadar perkembangan selepas pemilihan dan saringan oleh para juri. keputusan akhir iaitu pemenang contest akan diumumkan pada sebelah malam nanti.

Sebelum apa-apa, asada mohon maaf atas keterlambatan mengumumkan senarai gambar terpilih ini atas sebab-sebab yang sememangnya tak dapat dielakkan. fuhh.. Tuhan je tahu camana peningnya nak membuat saringan gambar-gambar ni. semuanya sangat-sangat memukau mata si penatap.

Buat pengetahuan, asada dah mula menyaring dan memilih gambar sejak tutupnya contest gambar best ni. tak selesai-selesai jugak sehingga semalam. terus asada tulis nama semua peserta, bawa kawan-kawan(juri) duduk berbincang. akhirnya, beberapa jam yang lepas 20 gambar ini terpilih sebagai gambar terbest daripada 152 peserta. [lebih 200 gambar untuk dipilih sebab boleh taruk banyak gambar. huhu..]

Dengan tema GAMBAR TERBEST! dan kisah di sebalik gambar, para juri telah bersetuju memilih gambar-gambar ini sebagai 20 gambar terbest di antara yang BEST. [tak ikut susunan]

**jika mau baca kisah gambar, sila ke entry peserta dengan klik link di bawah gambar.

Tahniah kepada peserta-peserta yang layak ke pemilihan seterusnya di mana akan menentukan pemenang Contest Gambar Best Asada ini. kepada yang tidak terpilih, jangan kecewa kerana adat pertandingan ada kalah dan menangnya. (ayat ni bukan kena simpan untuk pengumuman malam karang ke? ngee~..)

Apa-apa pun, terima kasih yang tidak terhingga asada ucapkan kepada semua peserta contest ini. semoga dengan contest ini, hubungan sesama kita ini semakin erat dan mesra. apa yang asada harapkan, semoga perkenalan ini tiada penghujungnya~

**Siyes sangat sukar memilih gambar yang terbest apabila peserta telah memilih gambar terbest masing-masing dan letak banyak-banyak.. lain kali kena letak syarat satu gambar je dah cukup. =P

Nantikan keputusan akhir malam ini jam 8 malam. yeah!


nota kaki :
nasib baik malam ni takde match FiFa. huhu..

Friday, July 02, 2010

Contest Gambar Best Asada Dah Tutup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. semoga anda dalam keadaan sihat dan bahagia bersama insan tersayang. (^^,)

Wallaweh! lama giler tak update!! hahaha..

Sekarang dah habis exam.. tapi pc pulak buat hal. adoii~~~ masih dalam proses membaiki. uhh.. macam2 hal je kan..

Tanpa membuang masa.. dengan ini asada yang tak kurang hensemnya mengumumkan bahawa contest gambar best Asada telah ditutup dengan hadirnya post ini. ngeee~~

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang join contest pertama asada ni. sungguh tak sangka lebih 100 orang yang join. masa mula-mula lancarkan contest ni, takut jugak takde yang sudi join. ye la, hadiah dah beli.. orang yang join belum ada. hahaha.. tQ sangat-sangat kepada anda yang join. terubat juga kerisauan tu.. hihi..

Pemenang contest gambar best ni insyaAllah akan diumumkan pada 5 Julai 2010.. sabar menanti saat debaran pengumuman pemenang ea.. hehe.. para juri akan menilai gambar-gambar para peserta.

Lupa lak.. oleh kerana peserta sangat menggalakkan, maka penganjur menambah bilangan hadiah. hadiah utama, dua set piramid crystal egypt akan diberi kepada pemenang tempat pertama dan kedua. seterusnya 8 lagi pemilik gambar terbaik dan terbest akan mendapat hadiah misteri khas daripada asada yang juga dari egypt. hoO yeah!

Siyesli gambar-gambar peserta yang join contest ni sangat giler lawa! sampai asada nak pilih gambar daripada peserta yang letak gambar banyak-banyak tu kena bincang dengan juri gak! hahaha.. belum peringkat saringan pun lagi. adeh!

Apa-apa pun.. good luck kepada semua peserta.. tQ yang tidak terhingga lagi..



nota kaki :
Nenek kawan asada hari ni meninggal dunia (tengahari khamis). semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa. al-Fatihah..
**kawan asada ni juri contest gambar best jugak.. =)

Saturday, June 05, 2010

Hadiah Dari Egypt Untuk Dimenangi!!

CONTEST INI SUDAH DI TUTUP..

Salam mesra salam muhibbah kepada anda. semoga anda berada dalam kebahagiaan dan ketenangan. terima kasih yang tidak terhingga kepada anda yang memberi sokongan kepada blog ini. yeah!! tanpa sokongan anda blog ini tiada seri.. anda membuatkan hati ini berbunga-bunga.. Terima Kasih, Terima Kasih & Terima Kasih asada ucapkan..

Pejam celik, pejam celik.. Wallaweh!! ini adalah entry ke 100 asada!! hohoho~

Dengan rasa bestnya asada menganjurkan sebuah contest untuk para blogger. ye lah.. asyik asada je yang join contest. memang best sangat join contest, leh menang hadiah free! hehe.. kali ni biarlah asada pulak yang buat. hope ada yang sudi join..

Syarat-syarat adalah sangat mudah!!
  • Buat satu entry khas dengan tajuk Contest Gambar Best by AsaDa. UPLOAD GAMBAR TERBEST yang anda ada. tak kiralah gambar anda sorang atau ramai-ramai. takpun gambar orang kenduri kawen. asalkan bukan gambar lucah. yang pasti, gambar tu anda punya.. bukan cilok dari pakcik google atau orang lain.
  • Ceritakan kisah sebelum atau semasa atau selepas gambar tu di capture secara ringkas mengikut kreativiti anda. jangan panjang sangat sampai cecah lantai. karang merangkak asada nak baca..
  • Copy banner di atas. letakkan di dalam entry dan di side bar blog anda. pastikan ia di-link terus ke entry ini.
  • Anda boleh letak seberapa banyak gambar. tetapi hanya satu gambar daripada anda dipilih untuk dipertandingkan.
  • Dah siap buat semua syarat, letakkan link atau url entry anda tu di ruangan komen entry ini untuk asada terjah. selesai..
  • Nama peserta akan asada letak dan link kat tepi blog ini. so, sila bagi nama glamour anda.
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 1 JULY 2010.. masuk je 2 july, tutup..
Penilaian pemenang adalah berdasarkan:
  • Gambar dan kisah di sebalik gambar yang TERBEST & MENARIK akan dikira sebagai pemenang.
  • Juri penghakiman adalah asada dan kawan-kawannya. hehe..
Hadiah Pemenang-pemenang :
  • Pemenang tempat pertama akan menerima set Kristal Egypt berbentuk Piramid dan hadiah misteri khas daripada AsaDa..
ni hadiah untuk pemenang tempat pertama..
  • Pemenang tempat kedua juga akan menerima set Kristal Egypt berbentuk Piramid dan hadiah misteri khas daripada AsaDa..
ni hadiah untuk pemenang tempat kedua..
  • Pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah misteri daripada Asada. jika penyertaan adalah menggalakkan, Asada akan menambah bilangan pemenang mengikut kesesuaian.
yeah!! apa lagi.. jom la godek-godek folder gambar tu.. cari gambar yang best punya untuk join contest ni.. tak kira la gambar kucing atau beruang.. janji gambar tu anda yang punya, bukan pakcik google, bukan milik orang lain..



nota kaki :
peserta contest digalakkan untuk follow blog ini supaya mudah mengetahui perkembangan contest ini. tiada paksaan.. heee =)