Friday, April 29, 2011

Masuk Spring : Tiada Daylight Saving Time Di Egypt

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Saya agak pelik sekejap tadi, kenapa sudah pukul 5 pagi orang belum azan subuh? ingatkan orang kat masjid lupa nak azan. rupa-rupanya jam di komputer saya telah bertukar secara automatik mengikut Daylight Saving Time (DST).

Saya kurang arif berkenaan DST ni. apa yang saya faham, oleh kerana siang menjadi panjang semasa spring dan summer, jadi azan subuh pun awal. bila jam dianjakkan sejam lebih awal mengikut DST, takde lah nampak awal sangat subuh tu.. [apa punya penjelasan ni? hahaha..]

Yang sebenarnya, ini bagi meng-awalkan waktu bekerja semasa spring dan summer. siang dah start awal, takkan lah masa kerja tak ikut waktu siang. macam tu lah.. kalau masih kurang mengerti, mari kita sama-sama tengok apa kata pakcik Google kat sini - [Daylight Saving Time]

Namun, bermula tahun 2011, Egypt telah memansuhkan DST. maksudnya, tiada lagi anjakan jam. beza waktu Egypt dan Malaysia akan kekal 6 jam sepanjang tahun. [sumber : www.timeanddate.com] sekarang tok bilal dah azan subuh pukul 3.57 pagi. baru masuk spring.. summer nanti entah pukul berapa la agaknya azan subuh.

View petang di Al-Azhar Park, Cairo - [lagi gambar Spring 2010]

Bila masuk Spring ni, muncul lah niat mahu menjelajah Al-Azhar Park seperti tahun lepas. berposing tak hengat di taman bunga. hehe.. tapi bunga tak muncul lagi rasanya, sebab pokok kat depan rumah saya belum keluar daun pun!

Apa kaitan dengan pokok tu pulak?

Sebenarnya pokok kat depan rumah saya ni mengikut musim di Egypt. so, kita boleh lihat perubahan empat musim dengan perubahan pokok 'YangSayaPun-TakTahu-ApaNamanya' itu. jom lihat perubahan pokok ajaib ni.

Masa Summer. ini pun dah nak masuk autumn. gambar di ambil pagi raya aidilfitri.

Masa Winter, awal Februari. daun pokok ni tak habis luruh lagi. maafkan saya, puas cari gambar yang takde muka model, tapi tak jumpa. hahaha..

Ni dia masa Spring.. siyes lawa! ada satu peringkat pokok ni merimbun kaler merah saja. time tu boleh tengok ramai model yang berposing. hihi..

Apa pun, tunggu saja keluaran gambar taman bunga tahun ni. ingat nak pergi ke park lain jugak selain Al-Azhar Park. tapi pada pengetahuan saya, Al-Azhar Park lah yang paling lawa dan paling dekat nak pegi. (^^,)

23 comments:

n4dh!3r4 said...

pastikan gambar taman bunga tahun ni tak banyak bersertakan model. haha!

al-lavendari said...

uncle tak tahu, rupanya kat mesir pun ada DST macam kat USA juga.

kat sini (NS) musim durian, tapi kali ini tak berapa menjadi.

Ayuni said...

cantiknye kt saner....

cik nani said...

pokok yg berbunga di musim spring tu mcm pokok kat maktab saya je..seyes x tipu..hehe..~

Aida Azryn said...

hensem la kawan asada tu.. haha.. *gedix :P

sizuka[Izzati] said...

muka model haruslah masuk.HAHAHA.

cik-terompah said...

kat sini musim hujan :)

zulaikha said...

bestnya!! nak gi sana! nak gi sana!

lavenderlover said...

canteknyer gambo2 ni..mansoura pon ritu cantek gak dgn bunga2 yg so beautiful..hehe..

fareha said...

oh, tgk gamabr lagi rasa nak prgi Egypt

Fina Fento said...

nak tengok gambar pokok tu penuh bunga saja :D

jaya jr said...

huu..bes2..ni laa advantage duk oversea..macam2 bleh rase

Nava Kishnan said...

Egypt is a great place and nice amazing artifacts, can see from your pics.

Fakhrul1409 said...

hohohoho..tok aji kita..hehehehe :D

cik heroin said...

bykkan gmbar & ibrah dr spring lg ye inche asada ! cayok ! ^^,

[sutera kasih] said...

sy pun tak fhm apa kmu explain psl DST tu hehe

Ujaja said...

bia bna ktk tok?? mun bna la..kmk cuma nak ucapkan...hoyeaaaahhhh!!! bok da asa kat obesi mun xda daylight saving..hahaha

Madam Sooyaree said...

Sini ada DST pun, Isyak kul 11 malam! Kalau tak tengah malam baru nak Isyak, hehehe

Kimmy Ai said...

sabar2.. nanti buat plan pegi sana okeh.. ;)

Harmaya ;) said...

wow~!awal li jak subuh ;D huhuhu

zida said...

zida tak faham dengan menatang alah ni. nasib 2011 ni Egypt dah kensel benda ni. HAHA

i am S!L4H.. said...

bwk balik 1 ranting die kt malaysia. ngeee

CIK TOM said...

cantknya pemandangann...