Thursday, February 02, 2012

Tidak Seperti Cuti Pun

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!!!

Bermula 12 tengahari tadi, saya sudah pun memulakan cuti yang panjangnya lebih kurang seminggu. tapi, sesungguhnya cuti ini bukanlah sebenarnya cuti. assignment yang dibekalkan sepanjang minggu sangatlah melambak banyaknya. hampir semua subjek ada task yang diberi. errr.. bukan kijo ekau setadi ke jang?? ha'ah.. 24 jam sehari, 7 hari seminggu! 

Nak rasa stress pun memang tak patut lah kot. kooottt je lah. hahaha.. 

Esok saya akan ke Subang Jaya atas ajakan adik supaya bersama beliau ke sana. mungkin menghabiskan cuti di sana. hmm.. mungkin itu perkara yang patut dibuat bila sendiri takde duit nak ke mana-mana. hihi.. boleh la habiskan assignment yang 'sikit je' tu. kaaaannnn.. 

Yang pertama perlu dihabiskan adalah English. mau separuh buku latihan nak kena buat. lepas tu kena taip email men-describe about diri sendiri, hantar ke e-mail miss Fiza. okeh.. insyaAllah habiskan benda tu dulu nanti. err.. 'nanti' tu tak tahu lagi bila. ngee =D 

Management Mathematic benda kedua perlu dihantar, tarikh exam nya pun paling dekat lepas habis cuti. subjek lain lagi? erkk! tuntasnya, cuti ini bukanlah masa nak lepas buku dari tangan. huhu.. 

Ehh?? ni blogging pulak kau jang.. rehat la jugak derr.. 

Mengikut plan asal, saya nak balik ke Sarawak cuti ni. bestfriend kahwin woo.. tapi sangat sadis, banyak halangan yang menjadikan rancangan tu tersadai di kalendar sahaja. apa pun, tahniah buat Wan Hanif Fauzi yang akan melangsungkan perkahwinan beliau esok. semoga terus bahagia dalam kehidupan berumahtangga. maafin gue ngak bisa datang di majelis perkahwinan lou.. 

Apa pun, doakan saya, semoga diberi kemudahan dalam menghadapi segala dugaan yang datang. semoga terus tabah. amiin..

Wednesday, February 01, 2012

Aktiviti Sihat Di Waktu Petang

Nik lari panjat pokok sebab kena marah dengan abang long. 

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! (^^,)

Antara aktiviti petang saya yang menarik dan sihat sekarang adalah berjalan di sekitar kampung dan bendang di sini. kena pulak dengan musim menuai padi, boleh tengok transformers bumble bee mengganas di dalam bendang. sungguh 'peghok' tengok mesin padi menuai. ye lah, tempat saya memang takde langsung mesin padi.

Hari tu masa padi tengah menghijau, best berjogging pagi-pagi. siyes sangat mendamaikan mata memandang. tapi sekarang aktiviti jogging dah takde, kita berjalan je. hihi.. 

Bumble Bee sawah padi mengganas...

Selain dapat menurunkan jumlah lemak dalam badan, berjalan petang-petang tengok bendang ni boleh mengurangkan stress banyak kerja. lebih best bila berjalan ramai-ramai. macam-macam aksi nak dibuat geng-geng ni. demam pun boleh sihat.

Kat sini, masa petang boleh tengok makcik-makcik memancing di tali air. mula agak janggal tengok mak cik memancing, dah selalu tengok, terbiasa pulak. malah sekarang macam nak join pulak mereka memancing. hehe..

Nota Kaki :
hope dapat kekalkan aktiviti sihat ni untuk kesihatan diri jugak. ngeee..

Monday, January 30, 2012

Abang Charlie Lebih Gempak Daripada Hafiz Awan Nano

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!!! 

Malam ni khusyuk sungguh tengok Anugerah Juara Lagu (AJL26) melalui streaming online. pilihan utama semestinya Hafiz melalui lagu Awan Nano. mula tak menjangka si Hafiz boleh menang juara, ingat boleh menang vokal terbaik je. bila umum lagu Seribu Sesalan Tiga Suara dapat tempat kedua, dapat agak dah Awan Nano boleh menang juara. seriusly puas hati dengan penilaian 30 orang juri pada AJL kali ni. 

Tapi, ada kisah di sebalik perjalanan AJL sebentar tadi. setelah diteliti, nampaknya Abang Charlie lebih gempak dari persembahan Karma oleh Faizal Tahir, malah lebih gempak daripada Hafiz Awan Nano!! bayangkan je lah sekali sebut je nama abang Charlie, semua bingkas bangun!! hahaha.. 

Masa tengah syok tengok persembahan lagu Tiga Suara, tiba-tiba abang Charlie yang kejam melintas depan laptop. sekarang semua sudah fobia dengan kelibat abang Charlie, gara-gara kekejaman dia membengkak serta merabak leher saya dan seorang lagi roomate saya. boleh tengok kesannya kat leher saya dalam entry sebelum ini, Ciuman Berbisa Charlie. 

Balik kepada topik, memang patut lah Hafiz Awan Nano menang AJL kali ni dengan lagu yang best dan vokal yang super best walaupun sebenarnya, abang Charlie lebih menggempakkan. ngeeee =D 

Tahniah buat Hafiz, sempoi pakai t-shirt, seluar sukan dan berkaki ayam ambik hadiah. hahaha.. 

sumber gambar daripada : sah dan tak sah