Wednesday, February 01, 2012

Aktiviti Sihat Di Waktu Petang

Nik lari panjat pokok sebab kena marah dengan abang long. 

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! (^^,)

Antara aktiviti petang saya yang menarik dan sihat sekarang adalah berjalan di sekitar kampung dan bendang di sini. kena pulak dengan musim menuai padi, boleh tengok transformers bumble bee mengganas di dalam bendang. sungguh 'peghok' tengok mesin padi menuai. ye lah, tempat saya memang takde langsung mesin padi.

Hari tu masa padi tengah menghijau, best berjogging pagi-pagi. siyes sangat mendamaikan mata memandang. tapi sekarang aktiviti jogging dah takde, kita berjalan je. hihi.. 

Bumble Bee sawah padi mengganas...

Selain dapat menurunkan jumlah lemak dalam badan, berjalan petang-petang tengok bendang ni boleh mengurangkan stress banyak kerja. lebih best bila berjalan ramai-ramai. macam-macam aksi nak dibuat geng-geng ni. demam pun boleh sihat.

Kat sini, masa petang boleh tengok makcik-makcik memancing di tali air. mula agak janggal tengok mak cik memancing, dah selalu tengok, terbiasa pulak. malah sekarang macam nak join pulak mereka memancing. hehe..

Nota Kaki :
hope dapat kekalkan aktiviti sihat ni untuk kesihatan diri jugak. ngeee..

Monday, January 30, 2012

Abang Charlie Lebih Gempak Daripada Hafiz Awan Nano

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!!! 

Malam ni khusyuk sungguh tengok Anugerah Juara Lagu (AJL26) melalui streaming online. pilihan utama semestinya Hafiz melalui lagu Awan Nano. mula tak menjangka si Hafiz boleh menang juara, ingat boleh menang vokal terbaik je. bila umum lagu Seribu Sesalan Tiga Suara dapat tempat kedua, dapat agak dah Awan Nano boleh menang juara. seriusly puas hati dengan penilaian 30 orang juri pada AJL kali ni. 

Tapi, ada kisah di sebalik perjalanan AJL sebentar tadi. setelah diteliti, nampaknya Abang Charlie lebih gempak dari persembahan Karma oleh Faizal Tahir, malah lebih gempak daripada Hafiz Awan Nano!! bayangkan je lah sekali sebut je nama abang Charlie, semua bingkas bangun!! hahaha.. 

Masa tengah syok tengok persembahan lagu Tiga Suara, tiba-tiba abang Charlie yang kejam melintas depan laptop. sekarang semua sudah fobia dengan kelibat abang Charlie, gara-gara kekejaman dia membengkak serta merabak leher saya dan seorang lagi roomate saya. boleh tengok kesannya kat leher saya dalam entry sebelum ini, Ciuman Berbisa Charlie. 

Balik kepada topik, memang patut lah Hafiz Awan Nano menang AJL kali ni dengan lagu yang best dan vokal yang super best walaupun sebenarnya, abang Charlie lebih menggempakkan. ngeeee =D 

Tahniah buat Hafiz, sempoi pakai t-shirt, seluar sukan dan berkaki ayam ambik hadiah. hahaha.. 

sumber gambar daripada : sah dan tak sah 

Saturday, January 28, 2012

Ciuman Berbisa Charlie

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Minggu ni terasa sangat seksa bagi saya gara-gara ciuman berbisa charlie di pangkal leher. kesan ciuman berbisa tersebut, leher saya bengkak, lebam dan berasa sangat pedih. lebih seksa apabila saya tidak dapat menggerakkan leher seperti biasa. hendak menoleh, saya kena palingkan badan sekali.

Saya sudah diberitahu akan bahaya gigitan serangga bernama charlie dan saya sangat berhati-hati apabila nampak kelibat charlie. sebelum ini saya tak pernah kenal charlie tu siapa, bila dah bermastautin di Alor Star, kerap pulak nampak charlie ni. tambah best, hostel saya di tepi sawah. untuk makluman, sawah padi adalah habitat charlie yang kejam.

Ini dia charlie atau semut kayap, bukan Charlie and The Chocolate Factory tau..

Tengah malam Ahad hari tu, saya dengan innocent nya bersengkang mata menonton movie 'yang tak ingat dah tajuknya'. maklumlah meringkuk di hostel masa cuti Tahun Baru Cina, aktiviti malam semestinya tengok movie. menonton dalam gelap di depan laptop seolah-olah menonton di panggung wayang. tanpa sedar, saya terlena sehingga pagi.

Bangun je pagi tu, rasa sangat pedih kat tengkuk, bergegas tengok kat cermin. tak nampak apa-apa. saya dah syak gigitan charlie sebab situasi saya tidur malam tu seolah-olah menjemput kehadiran charlie. laptop terpasang dalam gelap, dan cahaya skrin laptop mungkin menarik perhatian serangga. hmm.. sudah nasib. redha je lah.. lepas mandi, kesan  merah sudah ternampak di pangkal leher. pedih!

Hari ketiga, paling pedih, paling sakit time ni, saya sapu Krim Gamat Serbaguna keluaran Emas Ayu Sekeluarga. kawan saya bagi cuba, kot kot boleh kurang. tapi lepas sapu gamat dalam 30 minit, saya lap dengan tisu sebab bila saya google pasal gigitan charlie, orang yang pernah kena tu bagitau tak boleh sapu apa-apa kecuali ubat diberi doktor. hmm.. dari apa yang saya alami, lepas guna gamat tu lah sakitnya berkurang!

Keadaan terbaru pagi tadi, sebenarnya kena pastikan kawasan kena ciuman charlie sentiasa kering. untuk itu, saya sapu bedak berubat Aiken setiap kali lepas mandi. yang putih tu bukan nanah, tapi bedak. syukur tak merebak ke tempat lain, sebab ada kes merah pedih charlie merebak dan lebih membesar.

Seriusly sangat dahsyat ciuman charlie. rasa nak nangis pun ade bila mengenang diri terseksa menahan pedih, sakit. Alhamdulillah, sekarang dalam proses nak sembuh walaupun masih rasa sedikit sakit bila menoleh. ini dugaan namanya, leher dah jadi tak sehensem dulu. hahaha.. hope parut dia boleh hilang..

Nota Kaki :
Mungkin nanti ada mangsa gigitan charlie, hope bersabar menghadapi dugaan pedih sakit tersebut. apa pun, lebih baik mencegah daripada mengubati. lepas ni sebelum masuk tidur kena sentiasa mengibas tilam atau tempat tidur. kalau ada ridsect (aerosol), sembur dulu.. bagi mati serangga-serangga bahaya ni. lebih-lebih lagi kalau tinggal di kawasan sawah padi.