Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!
Sekarang tengah syok cuti Chinese New Year walaupun hanya meringkuk di dalam hostel sunyi tanpa penghuni. giler punya sepi lah..
sumber gambar : The Dorkfish Express
Oleh kerana tak ada kerja lain nak dibuat di hostel, malam kelmarin Syafiq ajak keluar ronda-ronda. yang bestnya, meronda semata-mata nak rempuh roadblock besar-besaran JPJ malam kelmarin semasa perlawanan Kedah menentang Kelantan. semua simpang utama ada sekatan.. Syafiq ni syok sebab dia lalu sekatan JPJ boleh lepas, so teruja nak rempuh roadblock banyak kali.
Masuk sekatan pertama bersama saya menunggang motosikal, JPJ tanya macam-macam, tengok lesen, check roadtax. semua lepas.. tengok kat tepi jalan, ramai jugak yang diberi 'surat cinta'. haha.. sabor je lah yer.
Lepas rempuh satu sekatan, kitorang pergi duduk minum-minum makan-makan kat kedai. lama sikit, kitorang gerak balik. lalu kat satu lagi sekatan.. kali ni nasib tidak baik. kitorang disuruh ke tepi. dah berhenti, sorang polis pun tak mai datang! diorang tengok je.. eh? takde yang nak check aku ke?! dah takde yang check, kitorang pun jalan je lah. ngeeee =D
Best jugak buat JPJ ni sibuk. haha.. maafkan kami abang JPJ, kami saje je nak observe macamana kalian bekerja. lalala~

