Sunday, January 22, 2012

Rempuh Roadblock JPJ

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh! 

Sekarang tengah syok cuti Chinese New Year walaupun hanya meringkuk di dalam hostel sunyi tanpa penghuni. giler punya sepi lah.. 

sumber gambar : The Dorkfish Express

Oleh kerana tak ada kerja lain nak dibuat di hostel, malam kelmarin Syafiq ajak keluar ronda-ronda. yang bestnya, meronda semata-mata nak rempuh roadblock besar-besaran JPJ malam kelmarin semasa perlawanan Kedah menentang Kelantan. semua simpang utama ada sekatan.. Syafiq ni syok sebab dia lalu sekatan JPJ boleh lepas, so teruja nak rempuh roadblock banyak kali. 

Masuk sekatan pertama bersama saya menunggang motosikal, JPJ tanya macam-macam, tengok lesen, check roadtax. semua lepas.. tengok kat tepi jalan, ramai jugak yang diberi 'surat cinta'. haha.. sabor je lah yer. 

Lepas rempuh satu sekatan, kitorang pergi duduk minum-minum makan-makan kat kedai. lama sikit, kitorang gerak balik. lalu kat satu lagi sekatan.. kali ni nasib tidak baik. kitorang disuruh ke tepi. dah berhenti, sorang polis pun tak mai datang! diorang tengok je.. eh? takde yang nak check aku ke?! dah takde yang check, kitorang pun jalan je lah. ngeeee =D 

Best jugak buat JPJ ni sibuk. haha.. maafkan kami abang JPJ, kami saje je nak observe macamana kalian bekerja. lalala~ 


Monday, January 16, 2012

Saya Dan Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! 

Sebelum ini sudah banyak kali dan ramai orang menyatakan kepentingan bahasa Inggeris kepada saya, namun saya masih lagi belum begitu fasih menggunakan bahasa tersebut. pertuturan saya masih lagi dalam pelat Melayu. bila dikenang, saya sudah belajar bahasa Inggeris dari umur lima tahun sehingga sekarang! err.. 

Semasa di sekolah rendah, saya memperolehi A dalam bahasa Inggeris hanya di tahun satu. itu pun sebab bahasa Inggeris mudah. selepas itu sehingga ke sekolah menengah, saya hanya mampu dapat gred B dan C di dalam peperiksaan. pernah dapat A, tapi itu hanya dalam ujian bulanan. 

Semasa di Mesir, pada tahun 2007 buat pertama kalinya saya mendapat keputusan cemerlang dalam bahasa Inggeris. Mumtaz! itu kerana standard bahasa Inggeris yang diguna pakai adalah mudah. jarang jumpa pelajar Malaysia gagal bahasa Inggeris di Mesir. setelah itu saya langsung tidak mendalami lagi bahasa inggeris. 

Saban tahun berlalu, sekarang bahasa Inggeris merupakan bahasa perantara yang paling penting untuk saya. hampir lima tahun meninggalkan pelajaran bahasa Inggeris, lalu dengan jarang diguna pakai, saya perlu mempelajarinya semula! hambik kau.. belajar daripada asas semula. betul lah kata pepatah, kalau sesat, balik lah ke pangkal jalan. haha.. mungkin ada kaitan pepatah ni. 

Bagi saya, bahagian paling sukar nak faham dalam bahasa Inggeris adalah grammar! banyak kali ulang dah, banyak kali jumpa dah, tapi saya memang mempunyai masalah memahaminya. semoga dipermudahkan.  insyaAllah.. 


Kelas bahasa Inggeris saya setiap Isnin dan Khamis yang diajarkan oleh Miss Hafiza best wooo... sangat menarik cara pengajaran beliau. 

Sunday, January 15, 2012

Hidup Kembali

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahh!! 

Macam satu keajaiban pulak bila saya masih dapat meneruskan penulisan di dalam Blog Budak Malaysia ni. separa sengaja blog ini telah dibiarkan mati tanpa kubur selama dua minggu. tuannya membizi tak tentu hala, akhirnya ada pihak menutup blog ini dengan kejamnya. hahaha.. sape suruh ekau tak bayor. 

Sekarang mahu aktif menulis seperti sebelum ini. ahh.. kalau nekad tapi tidak terlaksana, hampeh jugak. seharusnya saya perlu istiqamah dengan apa yang saya niatkan, insyaAllah.. 

Kehidupan di dunia baru telah saya jalani lebih sebulan. alhamdulillah, ketabahan bertambah hari demi hari. semoga semakin tabah serta kuat semangat menempuh cabaran yang mendatang. yeah! seronok dapat ramai sahabat dan kawan baru yang sama berjuang mencari pengalaman hidup.


Sumber gambar daripada Harith Photograph, ambik masa jogging pagi tadi. [sebenarnya nak bagitahu tuan blog ni sedang menjalani gaya hidup sihat, diet yang seimbang. lalala.. ] 

Nota Kaki : 
Ramai pulak yang kata saya semakin montel. errrkk..