Saturday, June 04, 2011

Excited! Menantu Untuk Mak Dan Ayah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Saya tak tahu macamana nak mulakan pengkhabaran yang sangat gembira ni. serius saya teruja! excited yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. hari ini saya akan ada abang ipar! hahaha..

si baju hijau tu kakak saya. gambar ambil dari Facebook beliau.

Pada pukul 2 petang ni, 4 Jun 2011, majlis akad nikah kakak sulung saya dengan tunangnya akan dilangsungkan. ayah saya sendiri akan menyempurnakan akad nikah tersebut selaku wali mujbir. sejarah ni, pertama kali ayah saya menikahkan anak sendiri setelah banyak kali menjadi jurunikah orang lain. hihi..

Saya dapat bayangkan bagaimana sibuknya kat rumah sekarang. saya dapat rasa bagaimana riuh dan meriahnya kat rumah! semua ahli keluarga berkumpul. tapi sadis.. hanya saya sorang tak dapat bersama dalam majlis perkahwinan kakak sulung. memang takde rezeki sungguh nak jadi saksi kakak sendiri kawen. uhh..

Majlis Persandingan pula akan dilangsungkan pada esok hari. Ahad, 5 Jun 2011. sekali dengan majlis Khatamal Quran tiga adik saya dan dua orang anak kawan mak. menjadi kebiasaan di Sarawak, bila ada majlis perkahwinan akan diadakan sekali majlis khatamal Quran.


Kad Jemputan Kahwin kakak saya. bagi yang tinggal berdekatan, jemputlah datang..

Majlis Persandingan diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan, tak jauh dari rumah. lebih kurang 2 minit jalan kaki. ada dua pelamin dibuat, satu di rumah, satu lagi di dewan. kata kakak saya, warna tema perkahwinan pilihan beliau kaler ungu. siyes tak sabar nak tengok gambar semasa majlis! padahal belum majlis persandingan pun lagi. hahaha..

Semoga majlis berlangsung dengan meriah dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. yang paling utama, semoga perkahwinan ini membawa bahagia hingga ke syurga. amiin..

Nota kaki :
dalam kad jemputan tu, tertinggal nama adik bongsu saya, Abdul Ghafur Bin Hj. Dahari. nanti dah dapat gambar, saya kongsikan kat sini.. (^^,)

Thursday, June 02, 2011

Gambar Sunset Di Cairo Dari Bumbung Bangunan

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Petang hari tu suasana tenang, damai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. saya duduk sambil minum-minum melihat matahari terbenam dari bumbung bangunan asrama. frust takde internet lebih dua hari.. sekali sekala menikmati senja di atas bumbung, best jugak.




Menyaksikan keindahan ciptaan Allah sungguh mendamaikan. bila tengok sunset ni, dapat juga tenangkan fikiran saya dari kekusutan. lebih-lebih lagi dah nak exam sekarang ni, memang kena tenang betul lah. minggu depan sudah mula exam!

Nota kaki :
summer kali ni macam lebih meriah je. tak tahu lah apa yang menyebabkan suasana nampak meriah. seperti ada hati yang sedang berbunga-bunga. hahaha..

Wednesday, June 01, 2011

Kisah Di Sebalik Image Anjing Liar

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Kelmarin, dengan penuh semangat waja saya menangkap gambar anjing-anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan rumah. anjing-anjing semacam guard di kawasan ini. mereka akan menyalak dan mengejar orang asing yang lalu, lebih-lebih lagi pemungut sampah yang digelar 'arab bekiya'. saya tidak tahu apa dendam anjing terhadap pemungut sampah, mungkin ada antara mereka pernah bunuh atau ganggu anak-anak anjing tu dulu.

anjing akan menyalak beramai-ramai ke arah 'arab bekiya' yang menunggang kereta keldai.

Petang itu sungguh meriah, ada pameran buku dari Malaysia dan ramai orang main bola di dataran. anak kecil berkejaran dengan riang gembira. burung-burung berkicauan di atas pokok, ada yang menari, ada yang makan sushi. saya berjalan dengan kamera di tangan, tangkap gambar sana, ambil gambar sini.

Saya nampak anak anjing yang sedang menginjak dewasa termanggu di tepi jalan, saya hampiri. snap gambarnya yang innocent. melihat saya mendekatinya, anak anjing tu bingkas bangun lalu bersembunyi di balik tayar kereta di tepi jalan. barangkali tidak biasa dihampiri sebegitu dekat.

anak anjing innocent.

Di sebelah sana, sekumpulan anjing sedang beristirehat. my oh my, teruja ingin mengambil gambar mereka dari dekat, lalu saya hampiri kumpulan itu dengan niat yang suci. tidak ada apa yang ditakutkan, mereka sudah kenal saya. setiap hari lalu di jalan yang sama, mereka pandang je saya.

Sampai di jarak lebih kurang semeter, mereka pandang saya, saya pandang mereka. sebaik sahaja kamera dihulurkan, mereka menyalak kuat! mau gugur jantung. saya berundur, ketiga-tiga mereka bangkit terus menyalak seperti mahu menerkam. apa lagi, saya lari sekuat hati. ya ampun, Tuhan je tahu macamana degupan jantung masa tu. mujur ada mak cik jual tembikai baling batu dan halau mereka. takut pulak diorang dengan batu. huh!

Mati-mati ingat anjing-anjing takkan kejar sebab sudah kerap kali nampak saya lalu di situ. sangkaan saya jauh meleset, mereka akan kejar sesiapa sahaja yang cuba dekat!! alhamdulillah tak jadi apa. larian saya masih laju seperti zaman menjadi atlit sekolah. hahaha..

Bila saya belek gambar di kamera, rupanya image gempak dikejar anjing liar telah tersimpan. walaupun blur, image tersebut penuh dengan cerita! saya pun tak sangka dapat snap gambar masa tu.

ini dia, image dikejar anjing liar. mereka jahat atau saya yang mengganggu?

Semalam kawan saya turut menjadi mangsa, dikejar anjing liar semasa mengambil bola yang terlepas ke tempat mereka baring. sejak kebelakangan ini, lagak anjing-anjing liar semakin bermaharajalela. kadang rasa lawak, kadang rasa kesian, kadang rasa bahaya. tak tahu reaksi mana yang patut saya tunjukkan kepada anjing-anjing ni.

Ini geng mereka. ada lebih banyak sebenarnya. gambar ini saya ambil dari tingkap bilik bila dengar bunyi mereka buat bising mengejar 'arab bekiya'. sangat menakutkan. kadang mereka buat gathering besar-besaran di dataran semasa tengah malam. entah apa je yang dibincangkan, bising kemain..

Tak tahu langkah mana yang patut diambil. nak pukul atau baling batu, kesian pulak. kalau tak pukul tak baling, kita yang kena kejar. haih.. sekarang saya ambil langkah sedia untuk berlari je lah. hahaha..

Nota kaki :
sebenarnya saya tak takut anjing. cuma masalahnya sekarang, anjing pun tak takut dengan saya!