Tuesday, August 21, 2012

Perutusan Budak Malaysia Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!!

Sebelum pergi jauh, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua berada. semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini menambahkan lagi keceriaan dalam hari-hari kita sekaligus mengeratkan lagi ukhuwwah yang sedia terjalin.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah selama kewujudan blog ini. mana lah tau ada yang terasa hati dengan apa yang saya tulis dan apa yang kongsikan di sini. yang betul pada saya tak semestinya betul pada orang lain. jadi pada kesempatan ini, saya minta maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah fakta dan apa jua "ter" yang saya pernah buat.

Kepada rakan-rakan blogger, rakan-rakan facebook, sahabat-sahabat semua, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan dan kesalahan selama kebersamaan, selama perkenalan kita.  samada kesalahan yang saya sengajakan atau tidak sengajakan. yang sengaja tu, gurau-gurau je. jangan lah marah-marah ea. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Terima kasih juga kepada pengunjung yang datang menjenguk ke sini. sudi-sudilah datang selalu. hehehe..

Semoga semuanya happy ceria dengan senyuman di Hari Raya.. (^^,)

Hari raya pertama.. 

Raya tahun ni, sehari je saya betul-betul rasa beraya. lepas tu, duk umah je sepanjang hari. sadisnya raya! huhu.. Apapun, raya tetap raya..

Nota kaki :
Hari raya ketiga baru nak buat entry raya..

6 comments:

n4dh!3r4 said...

wah3.. raya di rumah mertua ye. ehh bakal mertua =P

selamat hari raya aidilfitri asada :)

Mr. Asada said...

@n4dh!r4 :

hehe.. selamat hari raya aidilfitri nad.. :P

Anonymous said...

Salam aidilfitri!
Ececece..beramah mesra ngan bakal mertua ke?

Samala kt sini. Sehari je beraya. lain2 sume dok umah je. Petang2 je selalu hujan, layan la kuih raya sampai terlelap. hahaha

Wahidah said...

kt sini smpai raya kedua je rs raya..masuk raya ketiga dh mcm bese

blog-tips-kurus said...

Selamat Beraya!

*udah 4 Syawal le bro.. :)

emy|farid said...

ye ye awek! hehehe