Monday, August 13, 2012

Demam

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Siapa pun tak nak sakit. bila sakit, semua benda dibuat pun rasa tak best. lemah dan layu je rasa.. 

Hari ni, sekali lagi dugaan demam datang menjenguk. bagi saya, demam di bulan puasa sungguh memeritkan. seluruh badan saya lemah, semua sendi sengal-sengal dengan hidung menghasilkan air berlebihan sehingga melimpah ruah seperti pili air yang getahnya sudah haus dan tak boleh ditutup rapat lalu airnya terus menitik. tambah azab lagi bila asyik bersin tanpa henti. seksanya.. dugaan di penghujung Ramadhan. 

Akhirnya petang tadi saya ke klinik. tujuan utama adalah nak mintak slip sakit sebab tanpa sengaja saya sudah tidak masuk dua kelas pada sebelah pagi. sebenarnya pagi tu saya ingat nak masuk kelas jugak walaupun sakit, tak nak skip. tapi disebabkan badan rasa lemah, saya terlajak tidur sampai pukul 10.30 pagi. alamatnya, terpaksa lah saya batalkan niat murni hadir ke kelas sebab kelas dah mula 9.30 pagi. heee.. 

Namun seperti selalunya yang saya jumpa di klinik kesihatan kerajaan. doktor melayan sungguh ala kadar. sentuh saya pun tidak. nak katakan sibuk, langsung tak ramai pun pesakit yang datang petang tadi. hurmm.. sampai bila agaknya attitude macam tu ada pada doktor klinik kerajaan di Malaysia.. 

Saya dibekalkan dengan ubat batuk, antibiotik, ubat selsema dan ubat demam. dapat slip cuti sakit jugak. hehe.. insyaAllah saya akan makan ubat ikut masa yang ditetapkan. sungguh saya nak sihat cepat. tak nak dah azab berpuasa dalam keadaan sakit. 

ubat demam saya kali ni.. antibiotik kena dihabiskan! 

Sebenarnya kena banyak minum air kosong masa sahur dan berbuka dalam bulan puasa. tapi sejak kebelakangan ni, saya agak kurang dah minum air kosong. mungkin ini antara penyebab saya demam. huhu.. 

nota kaki : 
Nak rehat-rehat pulak.. (^^,)

9 comments:

amranaiman said...

jg kesihatan bro.. kang x raya plak.. semoga cpt smbuh :D

emy|farid said...

kalau bulan posa ramai yg abaikan minum air kosong ni. emy pun sama. hri tu selsema n tekak dah rasa perit. nsib bek tak demam terus. pakej pulak kan. dah la bulan posa.

take a rest n semoga cpt sembuh, amin

missSenget said...

moga lekas sembuh..!

Shahirah Zainol said...

daerah kota star? kat kedah ka? :O

Aisumi Chan Kawa'i said...

cuaca panas.. get well soon ya asada :)

izfanora said...

cuaca panas hujan yang tak tetap.. silalah jaga kesihatan anda..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

me got the same problem. asyik duk batuk2 and achumm achumm, efek dr berpenat lelah berperang dengan debu di rumah jugak kot (kemas2 rumah kan) hahaha.

ok, get well soon, friend! dh banyak ubat tu, jadi tolonglah rajin2kan diri makan ubat ok!

last but not least, selamat berhari raya!!! :p

miss niedNied said...

cepat-cepat sehat:D dan boleh pergi kelas tnpa terlajak perahu. heeeee
slmt hari raya jugak! :D

azah87 said...

Hehe..dramatic tol ayt asada..pe2 pon lau rasa badan tu membahang jer..mandi pon ok gak..dpt kurgkan bahang badan..air badak bleh gak jadi batu loncatan utk cepat kebahkan demam..air mati mmg tersangatlah perlu utk menyingkirkan pns bdn yg terperangkap dlm bdn melalui perkumuhan..apa yg pntg rht yg ckup dan ubat mesti habis k..get well soon yeah!! :)