Wednesday, August 08, 2012

Kelas, Assignment Dan Masa Versus Malas

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh! 

Hari ni kelas saya bermula pukul empat petang, so agak relaks pada waktu pagi. dalam bahasa mudahnya, takde lah kalut-kalut bila bangkit lewat. sudah jadi kebiasaan pulak tidur selepas subuh dalam bulan puasa kali ni. boleh dikira dengan jari bilangan hari saya terus bangun aktif buat kerja itu dan ini seperti hari ni. isk.. sadis sungguh. saya tidak salahkan sesiapa, memang terang lagi jelas salah sendiri yang merelakan mata dipejamkan semula selepas solat Subuh. 

Sudah sebulan semester kedua saya lalui di sini, apa yang dapat saya rasa, pengurusan masa saya agak teruk berbanding semester lepas. semester lepas, walaupun selalu masuk lambat ke kelas, namun saya dapat meluangkan banyak masa untuk menghadap buku selepas kelas atau pada malam hari, tak pun waktu awal pagi saya sempat buat nota. tapi semester ini, saya agak kecewa dengan diri sendiri, rasa malas bermaharajalela. bukak buku sekejap, dah tutup semula. huh! banyak kali lecturer Statistic mengingatkan, "kelas satu jam, kena balas dengan review sendiri tiga jam". tapi saya tak berkesempatan lagi melaksanakannya. 

Penyakit malas sangat berbahaya. bila difikirkan jumlah tugasan yang diberi oleh lecturer, sungguh tak logik untuk disiapkan apabila menghidap penyakit malas. padahal tidak lah banyak mana yang perlu dibuat. cuma kadang-kadang saya yang mencipta pelbagai alasan untuk menangguhkan kerja. akhirnya, tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan. 

Kisah pembentangan kelas Accounting hari sabtu, 28 Julai hari tu, sungguh mengecewakan! 

Kumpulan saya sudah dapat artikel account untuk diringkaskan seminggu sebelum. tetapi saya simpankan di dalam folder sebab belum ada arahan bertindak daripada lecturer. malangnya kami terlepas satu kelas hari Ahad, sekaligus terlepas arahan bertindak. hari Rabu masuk kelas, baru dapat tahu kena hantar report hari Khamis,  hantar slide show hari Jumaat, presentation hari Sabtu. ambik kau.. artikel panjang tak bersentuh pun lagi. dah la 20 markah untuk semua tugasan. nasib baiklah lecturer boleh bagi excuse hantar report hari Jumaat. itu pun memang kelam kabut sungguh dengan kepayahan nak memahami artikel. 

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya walaupun markah sedikit rendah daripada apa yang saya jangkakan. tak boleh nak buat kali kedua. itulah markahnya untuk carrymark nanti. kena lebih usaha untuk exam midterm Jumaat ni pulak. nasib baiklah tidak terlalu banyak chapter yang masuk dalam midterm, insyaAllah boleh cover markah kat presentation. transformasi demi untuk mencapai sesuatu yang lebih baik itu bagus. hehe.. 

Sebenarnya kita sudah merancang untuk itu dan ini. namun, kedatangan penyakit malas memang boleh merosakkan rancangan dan susun atur masa. saya yakin, apa yang boleh mengatasi penyakit malas saya sekarang ni hanyalah azam yang super tinggi untuk berubah kepada yang lebih baik. cer bagi rajin untuk ganti penyakit malas ni. haha.. 

Semoga saya boleh buat yang terbaik untuk semester ini. amiin.. (^^,)

19 comments:

blog-tips-kurus said...

All the best! (>.<)

ieza ashaari said...

lama menyepi.. bila muncul, mesti ada keluhan sana sini.. hahaha..

biasa lah hidup.. :)

Noor Atikah Ramli said...

penyakit M, penyakit paling bahaya.xde sape boleh ubat kecuali diri sendiri.hihihi

Hans Hanis said...

nih kira dekat kedah la nih?
bila nak belanja aku satay?

Jenny Pa-un said...

good luck. all the best :)

Shahirah Zainol said...

Belajaq kat mana dah la ni? Dulu mesir kan?

shandye. said...

boleh relate.
perkuliahan masa bulan puasa mmg mencabar sikit. dahla letih berpuasa, lepas tu kena ke kuliah, siapkan tutorial, kemaskini nota, blablabla...

alih2 selalunya habis sahaja kuliah (kalau kelasnya di sebelah pagi) terus sahaja terjelepuk di katil dan minta tangguhkan yang lain2. malas jadi raja.

bertangguh lama2 satu kerja apapun tak terbuat.

lepas tu baru tercungap-cungap mahu bereskan semuanya.

hehe...

ciK LyndaWawa said...

babh..ngabang datang umah..hehehe

Mr. Asada said...

@to blog-tips-kurus :

tq.. (^^,)

Mr. Asada said...

@izfanora :

haha.. kongsi kestresan kat sini. ngee..

lama tak nampak an, an, an.. :P

Mr. Asada said...

@Cik Rongoks :

yep! sangat betul.. kalau bukan diri sendiri nak ubah sifat malas tu, siapa lagi an. mak cik cleaner tak leh nak buat apa, sengih2 je tengok kita.. :P

Mr. Asada said...

@Hans :

kat kedah la ni.. mai laaa.. aku dah ajak, dia lak yang nak tangguh an.. :P

Mr. Asada said...

@Jane. P :

tq jane.. ;)

Mr. Asada said...

@Syahirah Zainol :

belajaq kat kedah dah la ni. cheq tak mengaji kat mesir dah.. ;)

Mr. Asada said...

@shandye :

itu lah yang saya alami sekarang. huhu.. habis kelas rasa letih giler je. padahal duduk dgr lecture je pun dlm class..

sekarang rasa banyak giler asgment, cmna pun, kene settle semua jugak tu. huhu..

Mr. Asada said...

@ciK LyndaWawa :

raya kali tok sik ngabang kamek. diam rah menua orang lain. huhu.. :P

cEro said...

All the best, good luck!
Rindu zaman belajar dulu2.. *sob sob..

Unknown said...

pakcik!
kenapa ada statistic...accounting bagai... knp bukan arabic, syariah..n so on??

erk,dh lama tak dtg sini, so tak taw cite.

Ape2 pon, You never walk alone, Allah is always with u (us)...

Cik Tikus said...

macam2lah Cik Asada kita seorg ni
Selamat Hari Raya Aidilfitri :)