Wednesday, August 31, 2011

Macam Tu Ke Sambut Merdeka?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Alhamdulillah.. Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka selama 54 tahun. kalau dikenang pengorbanan pejuang yang menuntut kemerdekaan ini dulu, sungguh besar jasa mereka. paling saya kagumi pengorbanan Rosli Dhobi di Sibu, Sarawak. walaupun dianggap sebagai pembunuh oleh penjajah, di mata rakyat Sarawak beliau adalah pencetus semangat dalam menuntut kebebasan di negeri sendiri. bayangkan di usia 16 tahun, beliau sudah mempunyai semangat berjuang yang hebat demi tanah air.

Bila saya tengok remaja zaman merdeka malam tadi, hati saya jadi sakit. kononnya sambut merdeka, tapi sebenarnya kekacauan yang mereka timbulkan. melalak laung merdeka tengah malam sambil minyak motor dipulas-pulas, bunyi sungguh memekakkan telinga. tak dapat bayangkan macamana bentuk telinga mereka yang boleh tahan bunyi bising macamtu. uhh!

Belum lagi yang main mercun.. lontar sana sini. pesta itu, pesta ini. timbul dalam benak kepala saya, macam tu ke sambut merdeka? apapun, saya harap semangat menghayati kemerdekaan mereka sekuat bunyi mercun yang mereka mainkan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54. sama-sama kita hayati kemerdekaan yang telah kita kecapi ini. semoga dengan adanya penghayatan itu, kita lebih mencintai tanah air dan lebih bersemangat mencurahkan bakti kepada negara.

19 comments:

Madam Sooyaree said...

Haha, itu semua semangat nak berparti kot, bukan pasal merdeka, hehehe

eddy syrol said...

ini menunjukkan bahawa ramai di antara kita masih belum merdeka...

[sutera kasih] said...

bunyi mercun..ibarat bunyi bedilan perang...























tak suka dgr bunyi mercun

lady-D said...

org kita mmg suke kalo bab kecoh2, huhahuha,weng sana sini, party2 bagai camtu..mlm2 rase nak luruh jantung dgr bunyi mercun sana sini..

shandye. said...

rasa bertuah sebab berpeluang sambut raya dgn merdeka sekali dalam satu perayaan.

hehehe....

Angah said...

mcmtu la generasi melayu baru,susah nak cari yg betul2 patriotik mcm kita kan asada...

jeragang said...

tu fenomena biasa sejakakhir2 ini macam bebudak kawasan kediaman bando di eropah n us...
mereka bukan apa tidak diberi pemahaman yang betul ramai orang bertanggungjawab do kritik jer

TunTeja said...

Menghargai nikmat kemerdekaan :) Lama gile tak singgah blog asada!

Elie Lily said...

kita ni nama je negara da merdeka, tapi org2 nya kebanyakan masih lagi tak merdeka..sama2 renung diri..

selamat hari merdeka..selamat hari raya! :)

emieysandra said...

sama2 la hayati erti kemerdekaan ini..


SELAMAT HARI RAYA ASADA ;)

Hans Hanis said...

sokong sangat entry nih
diorang masih xfaham maksud merdeka tu yg sebenar

Unknown said...

merdeka le cenggitu kononnya

Jo Qusary said...

Tak byk aktiviti sempena menyambut kemerdekaan tahun nie utk disertai anak2 muda... mungkin itu salah satu puncanya.

iKhRam said...

kita ni terlalu selesa sebeanrnya sedangkan kemerdekaan bila-bila masa saja boleh ditarik balik..

semua kemajuan negara berdasarkan setiap perpaduan dan tolak ansur

perakra remeh temeh usah dijadikan isu.. kalau itu umpama sekam dalam api yang meruntuh perpaduan.

Unknown said...

biasa la tu budak baru nak naik..tatau pape tp ikut jee mcm lembu kene cucuk idung..

jiranmafiarussia said...

daripada main mercun pung pang pung pang kan lebih baik sujud syukur ramai-ramai menghargai negara yang telah merdeka. kan?

laskar pelangi said...

btl tu, bila part merdeka..ramai jer nak tunjuk motor dia paling kuat..kasi bingit telinga jer..nak menunjuk dia ada motor la kot...huuu

Cik Amni said...

sikpat salahkan miak nektok juak.. tangga la apa cerita yang disajikan dan diagung2 kan? mat rempit memanjang masok panggung... mun urang paham, paham la.. mun nak sik paham, sidak rasa cerita ya menghargai mat2 rempit tok... senyum jak la mun dah luar rumah ya bisin2... huhuhu...

Anne Wahid said...

kampung kmk orang riya sunyik jak merdeka...