Saturday, October 09, 2010

Sebahagian Daripada Seratus!!

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. selamat berhujung minggu dan semoga ceria selalu. senyum senyum pengubat duka. tapi kalau terlebih senyum, orang ingat lain pulak. hihi..

Hujung minggu macam ni, best sangat kalau dapat berehat di rumah. tapi bagi pekerja restoren makanan segera, hujung minggu macam ni lah paling tak best sebab ramai giler pelanggan yang datang. tokey kedai hepi la.. si pekerja lak patah tulang rusuk bekerja buat itu dan ini.

Adeh! ape plak merepek sampai ke pekerja restoren?? ada restoren nak cari pekerja? err.. chop!

Pernah anda dengar pasal www.100penulis.com ??

Sebenarnya kali ni saya nak memperkenalkan Blog 100Penulis kepada anda semua. walaupun macam tu, blog yang saya perkenalkan ini bukan blog mencari pekerja restoren. bukan jugak agent kerja kosong.

Sangat rugilah kepada yang belum berkesempatan menerjah ke blog 100Penulis ni.

Kenapa??

Sebab anda belum tengok dan baca hasil penulisan seratus orang blogger kat dalam ni!!

Yang sebenarnya, Blog 100Penulis ni mengumpul blogger di dalam sebuah blog. bukanlah tujuan utamanya untuk mencari trafik semata-mata, tetapi Blog 100Penulis turut menjadi satu medium perbincangan isu-isu semasa dan hal-hal yang lain.

Lebih meriah lagi apabila seratus orang penulis berkongsi pelbagai tips, pesanan dan pengalaman hidup dengan gaya penulisan yang pelbagai di dalamnya!

Walaupun masih baru, Blog 100Penulis telah menarik ramai blogger untuk menyertainya dan sudah pasti, perancangan teliti admin menjadi tunjang keberkesanan 100Penulis sebagai medium menyatukan para editor.

Setelah menyertai Blog 100Penulis sejak sebulan yang lalu, aku dapat tengok peningkatan yang ketara di dalam blog ni. seakan magic!

Perkara yang paling menyeronokkan aku apabila bersama Blog 100Penulis ni, bilamana para editor 100Penulis saling membantu meningkatkan prestasi blog rakan-rakan yang lain. aku bukanlah otai dalam berblogging, apabila ada yang sanggup menjadi pembimbing, terasa sangat best!

Gambar : Muka depan Blog 100Penulis.

Gambar : Page 100Penulis di Facebook

Kata ASaDa RyutaRo :
Tak sama bila kita berblogging untuk 'mencari traffic' dengan 'mencari kawan'.. pada aku, berblogging bukan terletak pada bestnya traffic yang masuk.. tapi best berblogging terletak pada keikhlasan seseorang nak berkawan dan mengingatkan kita.

Lagi best kalau berblogging ni dapat cari calon menantu untuk mak! hehehe..

Jom ke Blog 100Penulis!!

Nota kaki :
Kawan biar berjuta, musuh jangan dicari.. enjoy blogging! (^^,)

36 comments:

Anonymous said...

"Lagi best kalau berblogging ni dapat cari calon menantu untuk mak! hehehe.."

kantoi di situ...hahaha....

Mr. Asada said...

@PIDUT ASiS :
hahaha.. ada yang berkenan, sila email =P

Anonymous said...

confirm la ramai yang berkenan..muka market...hahaha

Farah said...

Saya suka yang kata Asada tu :)

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq for information ni. Betul kata asada...blogging cari kawan lagi best..yang lain tu kalu dapt Alhamdulillah

Ara Drew said...

ayat ujung ya kesempatan juak...haha..

enjoy blogging..kwn pun byk...

Lea Isnawi said...

saya sokong kata-kata ASaDa RyutaRo!!!

betul2..jangan tamak mencari trafik..baek tamak mencari kawan.

PUAN PIA said...

Ak pun setuju gk kata asada tu..
Sbb ak pun xreti sistem nuffnang tu..
Yg best psl blogging ni, sebab kita leh share sikit pasal pengalaman hidup dan dlm masa yg sama melihat kehidupan org len, dan insaf diri..

Unknown said...

setuju dengan kata2 tn.blog..
blogging ni meluas aplikasinya,
kalo niat baik,insyaAllah sume baik2 aje..
mcm aku,suka2 aje nak blogging ni,di samping ++ kenalan..
:)

Tieah Madian said...

Pasni confirm G12 100%..
1st group habis semua asgmnt aku rs..
Hehe..

cikpia said...

oooo, wat assignment ke3 ek??? aku tak wat lagi wei!!!!

Anonymous said...

hahaha . betul tu .

lezaqasandra said...

gd luck!!!

Unknown said...

Nice. Goodluck utk kamu bro :)

Entry Baru:
-Insaf sekejap

Unknown said...

chaiyok2,,,goodluck

NIA said...

habeslah tergugat G6 camnih.kakaka~

Anonymous said...

hahaha...xbes2 si asada ni nk cari calon menantu utk mak...
hehehhee..da smpai seru ke?

peace :D

virgo_mania said...

erk... tak faham la

Cikgu Jaja™ said...

owh~ baru tau pasal blog 100 penulis nie..oke i'll cekedout =)

kerangRebus said...

owh eh~~erk?calon?wah..bukn main lagi ha..ptutla bsmangat berbelloog..hehe

Fina Sophie said...

market tinggi ni asada. hahahaha :D

CIK TOM said...

really nice blog..good luck!!

Cik Aien said...

yang terBAIK hanya di 100 penulis :)

sugar2 kapas strawberry said...

da full kn?

kz said...

yang terbaik hanya di 100penulis!hoyeahh!=D

ciK LyndaWawa said...

dah join??hehe

paan said...

idea yang sangat menarik..hehe.nak try apply la..bro dah join ker ??

M a W a D D a H said...

x abis2 promote diri...:p

Raja Fiqri said...

:) promote.. Jangan tak promote.. Hihi..

Sambil promote 100penulis sambil promote diri sendiri.. Hahaha..

[noriza] said...

dari mata turun ke hati..sekali baca nak datang lagi..

ikhlasnya hati saling mengingati..
terbinalah ukhwah tersimpul mati


بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.



-maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan pada komentar ini-

Unknown said...

dulu rase nk join juge..tp ase cam haishhh....layak ke echah?newbie lagi..hik9

Anonymous said...

As6 : wahhh,meriahnya entry ni..tapi betul, 100penulis ni sangat best..dan kadang2 rasa macam 1 family =P

fat said...

As6
bes kn kalo kita blogging and ada org nk kawan dgn kita... =)

latest entry : Hurm, mcm mana ek kura2 kentot?

Fariehan Ibrahim said...

AS6

salam 1malaysia,
opss! bukan salam 100penulis ;PP

*ttibe. hahaa XD

Danial Jaafar 🇲🇾 said...
This comment has been removed by the author.
Danial Jaafar 🇲🇾 said...

As 6
salam pagi. benar, blogging ni best pada yang ikhlas blogging, bukan traffic semata-mata. kalau traffic semata-mata, time tak update, takdak nak jengok2 blog kita LOL =P

jupe mung di 100penulis~ hehehehe

Latest entry: Monorail In Sunway