Friday, October 15, 2010

Lunaskan Sebelum Tidur

Assalamualaikum dan salam mesra. selamat hari Jumaat kepada semua.. semoga Jumaat yang tiba membawa sinar lebih ceria. yeah! esok dah sabtu.. mesti hepi punya. boleh rehat-rehat dari kerja dan kelas kan. tapi sebelum tu, lunaskan amanah anda sebelum rehat esok. lalala~

Hari ni nak kongsi empat perkara yang senang je nak buat. takde keluar peluh pun. modal air liur dan keikhlasan hati untuk mendapatkan redha Allah SWT.

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA :
"Wahai Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.

3. Sebelum para muslim meredhai kamu.

4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah.

Bertanyalah Aisyah RA:
"Wahai Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda :
Jika engkau hendak tidur,

Bacalah surah Al Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad. Alloohusshomad. lam yalid walam yuulad. walam yakul lahuu kufuwan ahad. ( 3 x )

Berselawatlah untukKu (Rasulullah) dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari akhirat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Allahumma shollii 'alaa saidinaa Muhammad wa'alaa aaliihi saidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir. maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanallahi Walhamdulillahi walaailaaha illallaahu Allahu akbar ( 3 x )

[sumber : Tafsir Haqqi]

Keterangan sikit :

"Perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. maka seakan-akan engkau telah melaksanakan haji dan umrah."

Bukanlah maksud kat sini lepas buat benda tu kita tak perlu dah nak pergi haji dan umrah. dalam hadith ini, ia simbolik betapa besarnya pahala yang diberikan kepada mereka yang bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir..

Amalkan membaca ayat Qursi sebelum tidur bagi mengelak gangguan jin dan makhluk seangkatan dengannya..


Nota kaki :
apa kata kepada sesiapa yang belum pernah buat, praktikkan sebelum tidur malam ni. tak susah mana pun. sambil baring pun boleh buat..

hehe.. selamat beramal (^^,)

41 comments:

ceksumolek's said...

love this :)

Faizal Sulaiman said...

terima kasih atas perkongsian:)

Keyyah said...

insyaallah..akan cuba buat lepas ni..hehe

rhapsody LiN said...

thankx for share bro

=)

[noriza] said...

saling ingat mengingatkan antara satu sama lain...terima kasih asada..entri terbaik!

faINa989 said...

nice.=)

sugar2 kapas strawberry said...

senang je kn?so marilah kita sama2 buat :)

sHi Ma said...

terima kasih sbb berkongsi... :)

Si gadis bunga said...

terima kasih indirectly mengingatkan kami semua ;)
yes, lepas nie kene praktiktakn.

cikpia said...

nice one...... jom amalkan bersama!!!!!

nabilah_2908 said...

great...sy ni..kdg2 buat..kdg2 tk..bila dh ngntuk sngt tido gitu je...hmm..apa lagi..jom jadikan amalan... ;)

thnks di atas perkongsian ni... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
OH MALAYSIA

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq for sharing...

Anonymous said...

dapat ilmu baru hari ni..thanks..sangat2 bermanfaat...

Post Terhangat...

Makan Kaki RM20

Aida Azryn said...

Wah~~ Info yg berguna! :)

saperakue said...

ait..ait..kapten
thnx for da info...
slama nie nampak katil terus terjun..

aien said...

thanks atas perkongsian..
sedang cuba mengamalkannya.. ^_^

Unknown said...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN DAN TAZKIRAH INI.

zahidah dihaz said...

thanx for info...
tag for you @ http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2010/10/pakaian-tradisional-contest.html

BENA said...

sharing yang bagus asada ! thanx ! =)

Unknown said...

wah2 wah2...heee
thnks!

Seindah.Bidadari said...

LIKE this....dah post kat fb!!! selamat malam..

ciK LyndaWawa said...

bagus tu..=)

paan said...

terima kasih utk ilmu yg berguna ini :)

Entri terbaru -> Tag Blogwalking 2010 dari Sue

Verdict said...

kalu selalu ada peringatan gini, kamu makin tambah tahu..
haha

syahira ariff said...

sabtu cuti?
soobbb sobbbb ni nak kuar air mata ni
kat azhar cuti hari jumaat jer,esok da mula kelas,
uwaaaaa

Cikpuan Qiqi said...

ASADA!!!!!!!!!!!!!!

thanx share.qiqi slalu bc ayt kursi je..yg ni lebei baik....n qiqi pon xtau..ble asada da share bru tau detmbhn lg=)

Anonymous said...

apa maksud yg pertama tu asada? yang khatam tu..

Rowena Zainuddin said...

insyaAllah akan kmk amalkan malam tok...
:)

cik dayah said...

insyaAllah.. akan saya amalkan lepas nie.. thanks berkongsi ilmu.. :)

cik dayah said...

insyaAllah.. akan saya amalkan lepas nie.. thanks berkongsi ilmu.. :)

M a W a D D a H said...

info yang bagus asada...;)

kena selalu praktikkan...

CIK TOM said...

info plg best!!
kalo makcik2 baca ni konpem nak amik jadi menantu ;D

Wanie-san said...

nice entry.
bagus di amalkan..:)

ILA HonEyBuNNy said...

alhamdulillah..info berguna sgt....tq sharing..salam ziarah..

masturah mj said...

bgus good info..saya siap catat lgi ni..hihi

Unknown said...

thnkz 4 this info! :)

khadijah nas said...

gud info!

UNICHI YJ said...

insyaallah akn diamalkan..
thx for diz info...nice;)

Rosliza Roslan said...

slm singgah

Puan Sue said...

salam..bagus pesanan ni..Dan ianya jd lebih bagus sbb dikongsi bersama
kat sini..

Anonymous said...

Trima kasih Alhmdulilh..sama2 lah kte mgamlknyya..amin