Wednesday, August 31, 2011

Macam Tu Ke Sambut Merdeka?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Alhamdulillah.. Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka selama 54 tahun. kalau dikenang pengorbanan pejuang yang menuntut kemerdekaan ini dulu, sungguh besar jasa mereka. paling saya kagumi pengorbanan Rosli Dhobi di Sibu, Sarawak. walaupun dianggap sebagai pembunuh oleh penjajah, di mata rakyat Sarawak beliau adalah pencetus semangat dalam menuntut kebebasan di negeri sendiri. bayangkan di usia 16 tahun, beliau sudah mempunyai semangat berjuang yang hebat demi tanah air.

Bila saya tengok remaja zaman merdeka malam tadi, hati saya jadi sakit. kononnya sambut merdeka, tapi sebenarnya kekacauan yang mereka timbulkan. melalak laung merdeka tengah malam sambil minyak motor dipulas-pulas, bunyi sungguh memekakkan telinga. tak dapat bayangkan macamana bentuk telinga mereka yang boleh tahan bunyi bising macamtu. uhh!

Belum lagi yang main mercun.. lontar sana sini. pesta itu, pesta ini. timbul dalam benak kepala saya, macam tu ke sambut merdeka? apapun, saya harap semangat menghayati kemerdekaan mereka sekuat bunyi mercun yang mereka mainkan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54. sama-sama kita hayati kemerdekaan yang telah kita kecapi ini. semoga dengan adanya penghayatan itu, kita lebih mencintai tanah air dan lebih bersemangat mencurahkan bakti kepada negara.

Sunday, August 28, 2011

Nak Tengok Anak Bulan Syawal Dah??

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! Selamat berpuasa.. (^^,)

Ape punya cerita lah blog ni. berhabuk kemain lagi sebab tak dijenguk oleh tuannya. cerita gadis gojes hari tu pun belum bersambung! maafkan saya.. ampun.. serius punya bizi. entah apa yang bizi sangat, saya pun tak tahu. kalah tugas perdana menteri.

Sedar-sedar je sekarang ni orang nak tengok anak bulan syawal 1432 Hijrah. ya ampun, esok! esok ye adik-adik.. dah nak raya rupanya kita ni. Ramadhan kian meninggalkan kita. samada kita dapat apa yang sepatutnya kita dapat daripada Ramadhan, itu tanya kepada amalan kita sepanjang empat minggu lepas. cemana?

Lebih separuh daripada Ramadhan tahun ni saya jalani di kampung. cerita pasal makan untuk berbuka kat Malaysia memang sungguh heaven! kat bazaar ramadhan seolah-olah ada banjir makanan. macam-macam makanan yang sedap-sedap. tapi ada jugak yang suam-suam saje. hehehe.. (tiba-tiba cerita pasal makanan, ini memang saje nak bagi jeles perantau kat Mesir dan sewaktu dengannya).

Buat BBQ untuk berbuka pun senang sebab semua bahan mudah nak dapat. lalala~

Sambung cerita tengok anak bulan Syawal tadi, sebenarnya saya baru tahu esok orang nak tengok anak bulan syawal, 29 ogos 2011. saya sangat berharap Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Rabu sebab banyak benda belum settle kat rumah ni. hahaha.. itulah sibuk sangat sampai dah nak raya baru gelabah!

Mungkin hari ni hari yang sibuk untuk saya. adeh... hari-hari pun sibuk!

Nota kaki :
Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menyambutnya.

"hari raya dirai, Kemerdekaan dihayati." (ini slogan TV1 punya..)

Monday, August 15, 2011

Kisah Musafir Ke Tanah Air

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Hampir seminggu berada di Malaysia, baru nak update. siyes punya busy memanjang sampai tak terjenguk blog ni. kesian sungguh.. actually sekarang dah berada di Sarawak setelah bermusafir sejak 9 ogos. bermusafirlah sangat kan..

Ini dia cerita yang nak dikisahkan. bermula dari Cairo Airport, barang-barang saya overweight. entah macamana pekerja Gulf Air boleh pulak timbang hand luggage saya. 16 kilo! memang sah-sah la overweight sebab sumbat PC dalam tu. boarding pass saya ditahan sehingga saya kurangkan isi dalam beg. sumpah frust! terpaksa keluarkan monitor 19 inci bagi kat member yang masih tunggu di luar kaunter check in.

Sudah keluarkan monitor, masih jugak overweight! merayu punya merayu, akhirnya uncle tu bagi lepas.. berat hand luggage hanya dibolehkan 7 kilo tapi beg saya 10 kilo lebih. yang buat saya frust dan bengkak hati, ade je passenger lain bawak hand luggage bapak lebih besar dan lebih berat daripada saya! redha je lah.. memang takde nasib monitor tu nak jejak Malaysia.

Selesai part check in, bersedia untuk masalah kat imigresen pulak. saya ni jenis yang malas buat visa masa duduk kat Mesir. saya balik hari tu dalam keadaan visa dah expired. hehe.. nasib baik akak imigresen tu baik, tunjuk kad pelajar je, terus dia bagi lepas. risau jugak kena denda sebab ada pelajar sebelum ni kena bayar denda LE150.

Flight Gulf Air terbang seperti yang dijadualkan. bayangkan saya tempuh semua tu dalam keadaan selsema, batuk-batuk dan sakit tekak. ade sekali tu hingus meleleh tanpa sedar.. siyes tersipu-sipu malu dengan para gadis yang sama flight. tak dapat nak macho-macho depan diorang dengan baju K-POP baru saya. hahahaha..

Transit di Airport Bahrain lebih 2 jam, berbuka puasa di situ dengan makanan disediakan dari dalam flight. kenyang jugak dengan sandwich. takde selera sangat sebenarnya, makan apa yang ada sebab saya nekad tak nak keluar duit kat Bahrain.

Tak banyak cerita di Bahrain. hanya duduk-duduk sambil tengok orang. sempat berkenalan dengan Dede Sukander dari Bandung, Indonesia. beliau bekerja di Bahrain, tetapi dihantar balik ke Indonesia atas sebab masalah visa. yang sadisnya, Dede ditahan di lokap imigresen Bahrain lebih 3 bulan, keluar sehelai sepinggang dengan tiket balik dan duit 300 Dinar. tengok muka dia, boleh nangis kesian..

Sambung perjalanan ke Malaysia. dalam flight, aktiviti saya tengok movie hindustan, tapi lebih banyak tidur dari menonton. hahaha.. tukar-tukar tempat duduk memang dah kerja saya. duduk lama-lama di satu tempat boleh mengundang kebosanan. Alhamdulillah sampai ke KLIA seperti yang dijadualkan..

Ade gadis gojes menanti ketibaan saya di KLIA.. kisah bersambung. lalala~