Sunday, September 26, 2010

Koleksi Gambar Sopan Santun Beraya

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga sihat dengan penuh ceria di mana jua berada. yeah! masing-masing sudah sibuk dengan kerja, sudah berlambak dengan assigment. tak terkecuali aku yang sedang membizikan diri sampai blog ni bukan tahap bersawang je, malah lebih super dahsyat dari tu.

Masih syok beraya? aku call rumah dua hari lepas, kat kampung orang masih buat open house raya di mana-mana. adeh.. betul sangatlah tu, aku kalau kat Malaysia, selagi tak habis Syawal, selagi tu masih raya! cuti dah habis pun masih boleh beraya.. balik je kerja, sambung beraya. entah mana datangnya semangat makan yang tak reti nak surut.

Ahh.. bak kata orang tua-tua, usah di kenang benda yang takde. hahaha.. kat Egypt dah habis dah raya. yang tinggal hanya gambar-gambar saja.. kali ni nak kongsi koleksi gambar raya 1431 H.

Tahun ni lebih sikit meriahnya dari tahun lepas. tahun lepas kitorang berlapan je raya bersama kat sini. masak untuk makan-makan raya pertama je. raya kedua dah pergi main bowling. tapi tahun ni agak ramai, 17 orang.. terasa jugak meriahnya..

Gambar pertama di pagi 1 Syawal.. berjalan kaki ke tempat sembahyang raya di Suq Sayyarat. time ni masih lengang, belum ramai orang. tempat sembahyang ni tak jauh dari kompleks kediaman pelajar Malaysia.

Suasana selepas sembahyang raya.. penuh dengan umat manusia.. setiap tahun, kawasan tempat menjual kereta ni akan dibuka untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya. (nak tengok video sebelum dan selepas sembahyang raya, ada kat post sebelum ni.)

Kami Satria Jubah Hitam!! hehe.. gambar balik dari sembahyang raya. takde baju raya tahun ni. guna baju tahun lepas-lepas punya.. duit raya pun takde! adeh.. sadisnya..

Gambar ni mesti ada setiap tahun. ambik gambar ngan adik kat bawah bangunan Asrama Kenyalang. bila dibandingkan dengan gambar-gambar sebelum ni, cam sama je.. hahaha

Raya pertama ada makan-makan lepas sembahyang raya. tapi takde gambar best nak dikongsi. makan-makan dengan kenyangnya, lepas tu tak larat nak bangun..

Malam raya kedua kitorang buat BBQ ikan. dah selalu sangat ayam, terus tahun ni tukar jadi ikan.. layan jugak..

Sementara tunggu bakar ikan, duduk melayan makan biskut raya.. tak banyak pun. sebab yang membuatnya ada dua orang je! yang lain tukang makan. lalala~

Ok.. gambar ni memang saja nak tunjuk. jejaka yang penuh dengan kasih sayang. hahaha.. naikkan saham bakal suami mithali

Menu simple je. nasik ngan ikan. pastu buah anggur, air berbotol-botol. ikan banyak giler.. tapi orang sopan santun cam saya, cukup lah dengan sekor ikan dan sepinggan nasik. tapi sekarang rasa rugi lak tak makan banyak hari tu.

Raya ketiga adik aku dengan housemate-nya buat open house(berdua je). heh.. pasal makan-makan free ni usah disebut, pasti nakkk memanjang.. ni para jejaka yang sakan beraya. (aku takde dalam gambar.. jangan di cari.)

Ni la biskut-biskut raya diorang berdua tu buat.. boleh jugak menaikkan suasana raya dengan biskut ni. aku suka cheese cake hari tu. entah la.. nak panggil kek ke biskut ea? hahaha..

Menu open house rendang ayam, mee jawa, nasi impit & kuah kacang. jangan tanya mana ketupat, mana lemang okeh. walaupun macam tu, semua sedap! maklum saja free.. sayangnya hanya sempat makan sikit je rendang ayam. cepat giler habis..

Tengok.. penuh sopan santun dak ni ambik makanan. sape la dak sopan ni ea..

Gambar yang paling aku suka sebab aku senyum dengan sempurnanya. hehe.. jejaka baju purple tu blogger jugak, tapi sudah berpunya..

Gambar ramai-ramai Hari Raya Aidilfitri 1431 H.. kalau bukan hari raya susah nak tengok semua ni pakai baju melayu dengan samping. kepada yang tengah cari calon suami, semua yang di dalam gambar ni bujang. cuma tak pasti single ataupun tidak. yang confirm-nya.. jejaka berbaju hijau (tiga dari kanan) masih single. hehehe..

Ini entry raya ke entry mempromosikan bakal suami? hahaha.. layan jer la..

Begitulah sambutan raya para perantau macam kami ni. takde lah semeriah sambutan raya di Malaysia. walau apa pun.. raya tetap raya di mana pun kita berada. yang penting, puasa enam jangan tak habis pulak. karang dah syok sangat pergi open house di sana sini, puasa enam bulan Syawal tak cukup. rugi tu..


Nota kaki :
Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah sepanjang berblogging ni. mohon maaf jugak sebab lama giler tak update blog.. sampai ada yang kasi ingat kat FB suh update blog. hihi..

Selamat Hari Raya.. err.. ada lagi kan?

Tuesday, September 14, 2010

Raya Si Perantau : Suasana 1 Syawal Di Egypt

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu di hari raya. pehh.. masih dalam mode raya lagi ni. saya raya sebulan penuh. hehe.. tapi puasa 6 jangan lupa ea. walaupun raya sudah mencecah hari kelima, saya masih belum dapat duit raya. sadisnya..

Gambar pagi raya, lepas makan-makan. kenyang giler..

Hari ni nak berkongsi suasana pagi raya di Egypt. orang lain tengah syok beraya dengan family tersayang, si perantau macam saya ni hanya dapat mendengar dan baca kisah-kisah best beraya di kampung. apa pun, raya tetap raya..

Ini rakaman sebelum sembahyang raya. bunyi takbir raya agak lain sedikit dari takbir raya kita di Malaysia. tapi kalimah yang disebut tu sama.. alunan je lain. apa yang menakjubkan, orang sangatlah ramai. penuh sesak dengan umat manusia..



Kawasan tempat solat sunat hari raya ni sebenarnya kawasan untuk menjual kereta yang dibuka pada hari Jumaat dan Ahad. hari jumaat la yang paling crowded. orang berpusu-pusu bawak kereta ke sini untuk dijual. kebiasaannya kereta terpakai. kalau hari jumaat dan ahad, penuh dengan kereta. hari raya pulak, kawasan ni akan penuh dengan manusia..

Uniknya, kita boleh tengok pelbagai bangsa di dunia berkumpul kat kawasan ni time hari raya. mungkin juga sebab kawasan ni menjadi tempat kediaman pelajar dari seluruh pelusuk dunia. Malaysian Student's Complex yang menempatkan asrama pelajar Pahang, Selangor, Terengganu, Kedah dan Sarawak pun tak jauh dari sini. berjalan kurang 5 minit dah sampai.

Kat bawah ni plak suasana selepas sembahyang raya..



Solat sunat hari raya diimamkan oleh imam dari masjid As-Syarbini. kalau tengok kat rakaman atas ni, nampak menara masjid As-Syarbini (minit 0.10). kalau nak dapat tempat kat dalam masjid tu mybe kena datang sebelum subuh kot. saya datang lepas subuh, dapat lah tempat kat luar masjid.

Sembahyang raya kat sini agak awal.. 7.30 pagi (12.30 tengahari waktu Malaysia). lebih kurang sejam setengah lepas subuh.

Belakang tu tempat solat perempuan, sebab crowded sangat, keadaan macam bercampur plak. sampai imam masjid tegur guna pembesar suara sebab orang-orang ni bercampur laki perempuan. huhu..

Banyak kali jugak beraya kat sini, termasuk raya korban. hari raya korban pun sama jugak macam ni lah keadaannya.. sesak dengan umat manusia. takjub tengok orang ramai. macam-macam perangai. para gadis-gadis pun ramai. hehe..


Buat ke sekian kalinya saya ucapkan.. Selamat Hari Raya~~ ^^


Nota Kaki :
Musim raya ni macam agak sunyi dunia blogging. huhu..

Saturday, September 11, 2010

Raya Si Perantau : Video Ucapan Hari Raya ASaDa RyutaRo



Pertama kali buat video ucapan raya.. macam ni la jadinya. tak reti sangat meng-edit video..

tQ kepada semua yang sudi nengok.. =P

Mohon maaf andai ada yang terlepas kata, tersalah bahasa, terasa hati atau apa jua kesalahan, sengaja atau tak sengaja.. saya mintak maaf.. hee..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. =)



Nota kaki :
jangan lupa duit raya tu ea.. lalala~