Wednesday, September 28, 2011

Hilang Ghaib Ku Sangka Mati

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! (^^,)

Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya..

Kisah ni nak kata musibah pun ye, nak kata kelakar pun boleh. minggu lepas kami serumah dikejutkan dengan kehilangan kucing kesayangan seantero rumah. tak lain tak bukan, si Boboy tu lah. biasa ade je nampak Boboy ni mendagu di kerusi ruang tamu. kalau tidak pun, terbongkang atas kerusi di dapur.

Lewat petang Ahad nampak lagi Boboy ni ikut makan bersama kucing-kucing lain. pagi Isnin tak nampak dah. mula ingat Boboy pergi main rumah jiran sebelah, so takde la tercari-cari sangat. tengahari tak nampak bayang, masa bagi makan lewat petang pun masih tak nampak. mula dah rasa kehilangan Boboy. dalam kepala takde lain, samada mati kena langgar atau diambil orang yang lalu lalang. tapi yang menjadi kemusykilan, kalau mati mana jasadnya?

Pasrah dengan kehilangan Boboy. awal pagi Selasa, semasa menyidai di ampaian saya dengar bunyi macam periuk besar ditolak sesuatu di belakang rumah. takde lah nak tengok, nak check ke ape sebab saya sangka kucing tengah bermain kat kawasan tu.

Tengahari Rabu, mak saya tergerak hati nak selongkar tempat menyimpan periuk besar sebab dengar bunyi kucing mengiau seolah-olah terperangkap. akhirnya terjumpa lah si Boboy yang menghilang dua hari. kesian sungguh, dua hari tanpa makan minum. mujurlah periuk tu tidak terlingkup rapat sebab menindih kotak telur. ada la ruang udara nak bernafas..

Dari cerita mak, Boboy keluar dari bawah periuk besar tu terhuyung hayang. memang lemah sungguh dah. kotor kemain.. yang bestnya, Boboy tak buat 'kuih' pun kat bawah periuk. cuma dia sendiri kotor kena 'air ketumban'. kalau tak dijumpai lebih lama, mungkin Boboy mati kebulur terperangkap bawah periuk. yang kelakarnya, macamana lah dia boleh terperangkap. sungguh-sungguh sangat bermain lah tu kot. hahaha..

Boboy yang kepondanan..

Monday, September 26, 2011

Jadi Cikgu Lagi

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Lebih seminggu tak dapat update blog. siyes tak dapat! sibuk yang tak dapat disangkal lagi. sejak Isnin minggu lepas, saya sudah berkhidmat menjadi cikgu di Sekolah Kebangsaan Empila, Kota Samarahan. kebetulan pula, minggu lepas adalah minggu persediaan untuk temasya Sukan Tahunan Sekolah. saya datang melapor diri terus dipanggil attend meeting Sukan Tahunan! hahaha..

Hari Selasa ada pemilihan atlit rumah sukan. saya ditempatkan bersama cikgu di Rumah Kelisa yang bertemakan warna merah sebab ikut nama cikgu yang saya ganti. agak digeruni jugak Rumah Kelisa ni sebab ada atlit terbaik dan terhebat sekolah. saya pun kalah bila lumba lari 100meter. tapi itu mungkin sebab saya dah lama tak berlari, dulu saya atlit jugak okeh!

Hari Rabu dan Khamis saya menjadi guru pengiring kepada empat pelajar SK Empila ke Kem Bina Juara Seni Khat. walaupun takde lah letih macam hari buat pemilihan atlit, tapi saya khusyuk belajar teknik menulis khat bersama budak sekolah rendah. banyak jugak benda baru saya dapat tahu. satu hari suntuk di dalam dewan pun tetap best.

Hari Jumaat buat raptai perbarisan lintas hormat perasmian Sukan Tahunan Sekolah. siyes punya panas Jumaat hari tu. nasib baik raptai habis sebelum tengahari. pagi saje dah membahang, kalau tengahari mau terbakar terus gamaknya. hahaha.. 

Tahun ni agak special sebab buat julung kalinya temasya Sukan Tahunan Sekolah diadakan di Stadium Mini Kota Samarahan. sebelum ini pihak sekolah adakan di padang sekolah sahaja. so semestinya memerlukan persediaan teliti untuk bawa rombongan beratus murid yang perlu sentiasa diawasi. itu pun ade jugak yang terlepas kawalan! uhh.. 

Semalam dah selesai temasya Sukan Tahunan Sekolah. dengan kerjasama guru-guru dan PIBG SK Empila, semuanya berjalan lancar. cuma part penutupan je ada sedikit tersasar daripada rancangan asal disebabkan hujan lebat. overall, semua okay.. 

Syok jadi penyokong setia Rumah Kelisa semalam. cikgu memang perlu over dari budak-budak. hahaha.. walaupun dapat tempat kedua keseluruhan, acara balapan lelaki 12 tahun ke bawah di sapu bersih oleh Rumah kami. acara balapan perempuan 12 tahun ke bawah pun tak kurang hebatnya. hehehe.. 

Seperti biasa, bila dah all out semalam, hari ni badan pun dah rasa sengal sana sini. nasib baik lah ada cuti hari ni. boleh la buat rehat-rehat. walaupun berhabisan letih, pengalaman tu sangat best. ditambah dengan cikgu-cikgu semuanya sangat-sangat friendly dan menceriakan. tensen yang datang pun boleh hilang..

Nota kaki :
Belum ada lagi gambar nak dikongsi dalam entry ni, insyaAllah akan menyusul gambar-gambarnye. ngeee..

Friday, September 16, 2011

Malaikat Maut Lalu Di Kampung

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Malam hari Rabu lepas, kira-kira pukul 11.30 malam, anjing menyalak sayu. lain benar bunyi mereka menyalak bersahutan, seolah-olah ketakutan oleh sesuatu. ohh.. anjing nampak malaikat maut lalu di kampung lah tu, bisik hati saya. kalau tidak penduduk kampung ini, penduduk kampung sebelah yang meninggal dunia esok pagi. lalu saya suarakan kepada mak, apa yang saya rasa.

Pagi Khamis, mak saya dapat berita seorang penduduk kampung meninggal dunia, suami kepada orang yang pernah bekerja di rumah kami semasa saya kecik dulu. Innalillah Wa inna ilaihi Roji'uun..

Sebenarnya sudah banyak kali terjadi, bila anjing menyalak sayu begitu pasti disusuli dengan berita kematian keesokan paginya. ini mungkin bukan fakta kehadiran malaikat maut, hanya firasat saya. walaupun begitu, kita harus tahu, malaikat maut sememangnya sentiasa dekat dengan kita yang hidup. kita je tidak sedar akan kehadirannya.

Al-Fatihah untuk arwah Mohammad Sahi Bin Leman. semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman kepada Allah SWT. amiin..

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. persoalannya, sudahkah kita bersiap menempuhi sesuatu yang pasti itu?