Saturday, June 11, 2011

Seram Sangat Ke?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Saya bukanlah orang yang berani sangat, tidaklah penakut sangat. tengah-tengah lah. ustaz saya pernah pesan, kalau kita takut sangat nanti iblis setan makin mudah nak ganggu. tidak boleh over berani jugak, dikhuatiri sampai ke tahap takbur.

Alhamdulillah saya jarang diganggu jin atau makhluk alam lain. diugut dan dirompak manusia bertopengkan setan pernah lah. kisah seram yang paling saya ingat, semasa berada di tingkatan lima. tidaklah seram mana, tapi cukup membuatkan saya terus senyap tidak bersuara.

Gambar padang simen sekolah diambil dari depan asrama lelaki pada tahun 2000.

Malam tu saya dan classmate belum tido, rancak bersembang. lebih pukul 12 tengah malam kami berdua ke tempat mandi di belakang asrama, kepala paip tertanggal dan air keluar tak dapat dihenti. atur punya atur, memang tak dapat. atas rasa tanggungjawab dan tak nak membazir air, kami berdua ambil keputusan nak tutup paip utama.

Lokasi paip utama nun jauh di depan blok pentadbiran. kena ikut laluan baru di tepi blok kelas sebab jalan depan asrama menuju ke blok pentadbiran ditutupi oleh besi-besi dan cerucuk simen. maklumlah sedang dalam proses membina bangunan kelas baru.

Kami berdua menuju ke blok pentadbiran sambil bersembang. Najib jalan di depan, saya ikut di belakang. lalu di tepi blog kelas, suasana senyap sunyi. tiba-tiba, "WOI!!". suara garau menggertak. terus saya pandang di atas beranda blok kelas, tiada siapa. kami terus berjalan, saya senyap membisu. di depan, Najib menyanyi perlahan seperti tiada apa berlaku.

Lama saya senyap. selepas menutup paip utama di depan blok pentadbiran, saya tanya Najib. ada dengar tak orang panggil 'WOI!' tadi. rupa-rupanya Najib pun dengar, sebab tu dia nyanyi je. kalau tak nyanyi, kang jadi makin sunyi. hahaha.. akhirnya kami berdua meredah tengah padang yang sedang dalam pembinaan untuk balik ke asrama. tak berani lalu di blok kelas dah.

Lakaran pelan lama sekolah. line merah adalah laluan kami berdua ke paip utama yang bertanda X. bintang hijau, lokasi kami berdua disergah suara garau.

Tandas perempuan lama di tepi blok kelas yang agak menyeramkan. atas beranda blok inilah suara garau memanggil kami 'woi!'. gambar diambil pada tahun 2010.

Kawasan lapang ini bekas tapak asrama lelaki. hanya tinggal memori. asrama lama telah diroboh sebaik sahaja asrama baru siap dan dihuni. dulu di belakang asrama adalah hutan dan semak samun.

Semasa tahun 2004, sekolah saya dalam fasa pertama pembinaan menambah bangunan dan membesarkan sekolah. jadi hutan-hutan di sekeliling kawasan sekolah ditebang dan diratakan. orang yang tinggal berdekatan sudah tahu, kawasan sekolah saya adalah tempat jin bertendang dan 'keras'.

Pelbagai kejadian pelik dan mistik berlaku. salah satunya ular sawa sebesar paha orang dewasa banyak muncul dan dibunuh dengan jengkaut. beberapa hari selepas itu, jengkaut tenggelam dalam tanah. dahsyat.. nasib baik dapat di tarik semula dengan jengkaut lain. banyak kali terjadi jengkaut tenggelam semasa proses meratakan tanah. entah apa silapnya.

Kisah saya ni tak cukup seram, tiada kehilangan nyawa. kisah benar pelajar UiTM ini lebih dahsyat. saya baca pagi tadi. agak menarik.. KLIK SINI

Nota kaki :
nama sekolah saya menjadi SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud setelah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2006. pelajar pun dah ramai. zaman saya, jumlah semua pelajar dari form 1 hingga form 5 hanya 120 orang.

Suq Sayarat : Pasar Minggu Jual Kereta Terpakai Di Mesir

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Setelah sepanjang minggu bercerita pasal kakak sulung saya kahwin, baru hari ni keluar tajuk lain. hahaha.. mari bercerita pasal pasar minggu jual kereta terpakai di Mesir pulak.

Hari jumaat merupakan hari yang paling sibuk di Mesir. semua orang pakat nak keluar jalan-jalan, mana tak sesak. kadang naik tensen dengan suasana yang sesak. melangkah di tepi jalan raya pada hari jumaat boleh mengundang pecah gegendang telinga dengan bunyi hon yang bertalu-talu.

Salah satu tempat yang paling sesak adalah Suq Sayarat di Nasr City, Cairo. sebuah pasar minggu tempat rakyat jelata menjual kereta terpakai. dekat sangat dengan rumah. ini salah satu keunikan di Mesir, di mana mereka menyediakan tempat khusus bagi mengadakan pasar minggu menjual kereta terpakai. berkoyan-koyan lah warga Mesir di situ.

Kawasan ini seluas mata memandang, besar punya. sampai ke tiang elektrik ketiga sana. kalau hebat, try lah kira kereta yang ada di sini. takde kerja. hahaha.. saya tidak pasti berapa kapasiti kereta yang boleh muat dalam kawasan ni, tak pernah pulak nak kira.

Pasar menjual kereta terpakai ni dibuka pada setiap Jumaat dan Ahad. walaupun begitu, bilangan orang menjual kereta pada hari Ahad tidak seramai hari Jumaat. tapi tetap sesak jugak.

Actually kawasan Suq Sayarat ini bertembok. jadi penjual yang ingin menjual kereta di dalam kawasan Suq Sayarat perlu membayar LE10 untuk sebuah kereta. bayangkan berapa untung orang punya kawasan ni sehari dengan bilangan kereta beribu-riban tersebut. bukan ada modal apa pun, sediakan tempat je.

Biasanya, petang khamis lagi dah ada kereta berbaris nak masuk ke Suq Sayarat. punya tak nak sesak pagi Jumaat. tapi ramai jugak yang ambil kesempatan menjual kereta di luar kawasan Suq Sayarat. tak nak keluar modal bayar masuk lah tu. mereka ni lah yang mengundang kesesakan lalu lintas di kawasan Suq Sayarat. geram..

Daripada kereta model lama ke kereta model baru, hampir semua ada dijual di pasar kereta ni. macam pesta sungguh diorang berjual kereta. tapi keadaan kereta di Mesir agak menyedihkan, jangan harap kereta tanpa calar di Mesir. hampir 100% kereta ada calar. yang tak bercalar, mungkin hanya kereta 30 minit baru keluar dari kilang. hahaha..

Mercedez Benz mata belalang dan BMW model 5 series ibarat kereta untuk pergi kebun di sini. sedih tengok, calar balar merata. tengoklah Mitsubishi Lancer kat atas tu, entah ke mana saja tuannya bawak. mereka lebih pentingkan kualiti enjin.

Pasal harga pula, dah confirm lagi murah dari Malaysia! jom beli kereta kat sini, tapi nak bawak balik Malaysia, saya tak tahu lah berapa cukainya. hehehe..

Nota kaki :
suq sayarat adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud pasar kereta.

Thursday, June 09, 2011

Gambar Sekitar Rewang Dan Majlis Perkahwinan Anak Sulung Haji Dahari

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Minggu ni memang layan kisah majlis perkahwinan saje. excited saya dapat abang ipar ni tak habis lagi. frust jugak sebab tak dapat bersama dalam majlis perkahwinan kakak sulung. nasib baik ada internet, ada Facebook, dapatlah tatap gambar-gambar majlis. kalau orang duduk berjauhan zaman dulu, dah beranak pinak pengantin, baru dapat tengok kot.