Sunday, March 20, 2016

Tips Berjimat Cermat Untuk Si Boros

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Actually topik ini pernah dipaparkan satu masa dulu. saya ketengahkan semula atas sebab pentingnya mengamalkan budaya berjimat cermat lebih-lebih lagi bila melibatkan pengurusan kewangan. orang yang berjimat dan orang yang boros adalah sangat berbeza!

Orang yang boros sememangnya sangat sukar menyimpan duit. ada saja yang terdetik untuk dibelanjakan. walaupun kadang-kadang benda yang dibeli itu langsung tidak mendatangkan faedah kepadanya. dalam erti kata lain, hanya menghabiskan duit dengan berbelanja. satu kepuasan bagi mereka apabila menghabiskan duit yang ada di tangan!

Jadi sebelum wang anda dihabiskan dengan puas dan akhirnya merana dihujung bulan, maka ada baiknya anda mengamalkan tips berkesan ini.

Pertama : Bagi orang lain pegang duit belanja anda.
Bila duit belanja orang lain pegang, dengan rasa segan anda akan minta duit untuk berbelanja. ini akan mengurangkan perbelanjaan anda bila keseganan wujud dalam diri. namun sangatlah tidak berkesan terhadap mereka yang tidak tahu malu mintak duit hari-hari. adeh!


Kedua : Tidak perlu guna kad credit atau kad hutang.
Penggunaan kad kredit akan membesarkan peluang untuk berbelanja secara bebas. di samping anda mendapat kepuasan yang sangatlah best berbelanja, anda juga akan mendapat 'kepuasan' terhadnya gaji di setiap bulan. hahaha.. padan muka. [tak di nafikan banyak kebaikan penggunaan kad credit bagi bukan si boros.]

Ketiga : Mengurung diri di dalam rumah.
Walaupun cara ini tidak baik untuk kesihatan, namun sangatlah berkesan. anda tidak perlu mengurung diri sepanjang minggu, cukuplah dengan 2 hari dalam seminggu. kalau rasa masih banyak jugak berbelanja, tingkatkan hari pengurungan. hehe..


Keempat : Bawa hanya sedikit duit mengikut keperluan apabila keluar dari rumah.
Cara ini juga sangat bagus. walaupun macam tu, sangatlah sukar bagi seorang boros meninggalkan separuh duitnya di rumah. pelbagai alasan yang terkadang tidak munasabah digunakan untuk membawa semua duit. jadi, sila praktikkan point satu. tapi bila tak cukup duit, jangan pulak pergi ke ATM cucuk duit! tahan lah dulu nafsu tu.

Kelima : Berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.
Cara ini terbukti sangat berkesan bagi yang berbelanja untuk makanan. selain dapat berdiet, anda juga mampu untuk berjimat. akan tetapi berpuasa kurang baik untuk si boros yang suka membeli barang kerana lebihan duit akan digunakan untuk membeli barang lain. jadi, untuk si boros membeli barang, sila praktikkan point empat.

Keenam : Amalkan budaya menabung.
Amalan menabung sangatlah baik untuk masa depan. mulakan dari sekarang bagi yang belum start menabung. diakui menabung adalah sangat sukar bagi si boros yang suka mengorek tabung. jadi sila gunakan tabung yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. jika anda menggunakan tabung yang boleh dibukak dengan mudah, tahap keinginan mengorek akan berada di tahap klimaks.


Cukup dulu setakat enam cara ni. kalau ada lagi point lain yang anda amalkan, boleh lah kongsi-kongsi. ayat biasa dalam iklan berjimat cermat, saya boleh, kena anda tidak?

Anda perlu tahu menilai, mana keperluan dan mana keinginan. sekiranya mampu menilai kedua perkara ini dengan baik, anda akan menjadi seorang yang senang hati suatu hari nanti. harus sentiasa berusaha memajukan diri. tanamkan dalam diri semangat "hari ini mesti lebih baik dari hari semalam". berusaha perbaiki kelemahan, nescaya akan jadi yang terbaik!

Nota kaki :
bila harga barang banyak naik, mengamalkan budaya berjimat cermat sangat penting bagi menampung keperluan lain. pilihan di tangan kita. bak kata pepatah, timun di tangan tuhan, pisau di tangan tuan. hiris nipis, nipis jadinya. hiris tebal, tebal jadinya. (^^,)

19 comments:

syAzAnA said...

kena start berjimat ni.

laskar pelangi said...

pewit pakar kewangan =D

trimas atas nasihat tu.pelangi boleh dikatakan boros gak..ada jer nak beli bila g mall..adess!

Yuni Aisyah said...

Wah! sejak bile lak jd penasihat kewangan nie.???bgus2..:D

hidayah azman said...

akan dicuba.tips yg agak boleh diterima pakai.kalau tak mesti akhir bulan mkn indomee saje

adawiyah rahman said...

hahaha.nice tips.
tips no 1 pnah try.
bg mmber pgg kat atm tros.
smggu pstu mnx balik.:P
xbleh r..
last2 every month smpan duet msok tabung aji je.
slesaiii.yela kt tbung aji kan susah nk kua kan sbb xd atm. :P

Ila Aqilah said...

saya senang nak buat yg ke3 dan yg ke6..hehe..

Armiza said...

YUP2..tip bersiap sedia untuk elaun sem depan...=)

Cik Nyna said...

yang no 2 tu..biasa nya anak org berada je yang pakai ... yg jenis nak makan pandai2 cari sendiri mcm sy ni xpakai tu semua ;p

pwincess Lov3y dOv3y said...

aiyookk..
ini tip memang sangat sesuai untuk sy lorh..

CIK TOM said...

tips ke 5 n 6 cik tom pernah amal...kalau tabung tue lagi bagus tabung yg xleh buka..kalau tak akan sentiasa korek tabung tue...heheheh

gHadiSZ said...

ha..asada..i pun ada ikot cara dktok.mun kuar jgn mbak duit byk.hahahah.

sizuka[Izzati] said...

fuhhhhh hebat bermadah encik asada nih.haha.ok semua orang.mula berjimat!

S..U..D..@..I..S said...

boleh juga beli SSP selain ada cabutan bertuah...lmbat sikit nak tukar ..
taung menabung amalan bijak

pyejal said...

ada orang buat teknik guna sampul surat. berkesan dan mampu mengawal perbelanjaan.

lihat segalanya di
http://pyejal.blogspot.com

evagurl (podshop) said...

haha. bab boros ni agak terase sket =P

thanks for the tips! sgt berguna ^_^

Rozuan Ismail said...

orang kita ni memang puasa suka.tapi bila bab buka puasa,macam2 beli .last2 membazir jugak =)

[sutera kasih] said...

mengurung diri tu tak patut sungguh hehe..sebaiknya berpuasa sunat smbil2 dpt jimat & diet hihi

Hanim Mahali said...

bulan puasa memang bulan paling menjimatkan. sebab saya ni boros tang makan.
nak makan je ...

BELAJAR BAHASA said...

Menghadapai orang boros perlu cara tersendiri, salam blogger dari saya di Indonesia