Tuesday, August 26, 2014

Kisah Tragik : Usop Naik Bas

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman.


Ada kisah tragik yang saya nak kongsikan kali ini. buat memanas blog yang semakin menyepi sejak akhir-akhir ini. kisah yang diceritakan oleh kawan saya ini sangat menyentuh hati.

Usop seorang kanak-kanak yang taat, baik suruhan ibu bapanya, baik suruhan neneknya, Usop tak pernah ingkar. Suatu ketika, Usop dihantar oleh neneknya ke stesen bas Hentian Putra untuk pulang ke Kelantan bertemu ibu bapanya.


Setelah bas bergerak tidak jauh dari Hentian Putra, Usop yang duduk di kerusi belakang bangun dan menghampiri pemandu bas. 

"Abang, nanti kalau sampai Kuala Krai, bagitau ye." Pinta Usop. 

"Okay dik," jawab pemandu bas. 

Selang beberapa minit, Usop menghampiri pemandu bas lagi. 

"Abang, dah sampai Kuala Krai ke?" tanya Usop. 

"Belum dik. takpe, duduk dulu. nanti dah sampai, abang bagitau." balas pemandu bas. 

Usop kembali ke tempat duduknya semula. belum pun lama duduk, Usop berdiri lalu menuju ke arah pemandu bas lagi. 

"Abang, dah sampai belum?" tanya Usop. 

"Tak lagi dik." jawab pemandu bas. 

Penumpang yang lain berasa tidak senang dengan tingkah laku Usop kerana kerap kali berulang alik dari belakang ke depan, dari depan ke belakang. selang beberapa ketika, Usop kembali ke arah pemandu bas. 

"Dah sampai ke bang?" tanya Usop. 

"Belum dik, jauh lagi." jawab pemandu bas dengan nada yang geram. 

Usop kembali ke tempat duduknya. penumpang yang lain memandang geram ke arah Usop. bergerak ke depan, ke belakang bas membuatkan penumpang lain tidak selesa. beberapa minit kemudian, Usop bangun lagi menuju ke arah pemandu bas. 

"Sampai tak lagi bang?" tanya Usop. 

"Aku cakap belum! belum la! ko duduk je, nanti dah sampai aku bagitau la!" jawab pemandu bas dengan nada marah. 

Usop kembali ke tempat duduknya. semua penumpang turut marah dengan sikap Usop yang kerap kali bertanya dan berulang alik ke depan dan ke belakang bas. Usop diam membisu di tempat duduknya lalu tertidur. semua orang merasa tenang. 

Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari bas sudah pun melepasi Daerah Kuala Krai. ketika hampir memasuki Kota Bharu, pemandu bas baru teringat akan permintaan Usop. Usop masih belum sedar daripada tidurnya. semua orang berasa kasihan dengan Usop, sudahlah masih kanak-kanak, keseorangan pula jauh daripada keluarga.

Pemandu bas berbincang dengan semua penumpang yang lain samada hendak pusing semula ke Kuala Krai atau terus ke Kota Bharu. Selesai berbincang, mereka sepakat berpatah balik ke Kuala Krai kerana kasihan akan nasib Usop.

Setelah sampai di Kuala Krai, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati.

"Adik.. adik.. dah sampai dah Kuala Krai." kata pemandu bas sambil mengusap kepala Usop.

"Oh.. ye ke? terima kasih bang." ucap Usop sambil menggosok mata baru bangun dari lenanya.

Usop segera membuka begnya lalu mengeluarkan sesuatu.

"Eh.. adik tak nak turun ke? tanya pemandu bas kehairanan.

"Tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. cuma nenek ada pesan, kalau sampai Kuala Krai, makan nasi yang nenek bagi ni. takut nanti sakit perut pulak." jawab Usop sambil membuka bekas nasi lauk ayamnya.

Okay.. sekian.. sian Usop.. (^^,)

Nota kaki :
gambar saya google, sumber dari link pada gambar. jangan marah, senyum-senyum saja.. 

Wednesday, April 16, 2014

Blogging Itu Ohsem!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!!

Okay.. last update sebelum entry ini adalah pada 20 November 2012.. kalau dikira, itu hampir 2 tahun yang lepas!! serius sangat lama tak update!! sampaikan blog ni kehilangan domain budakmalaysia.com .. saya nak renew tapi memang dah tak boleh. domain budakmalaysia.com sudah dilelong dalam GoDaddy.com .. akhirnya saya terpaksa akur menggunakan URL lama, dimana mula-mula dulu dicipta untuk blog ini.. akudakmalaysia.blogspot.com .. sedih.. 

Sejak senyap dari dunia blog, banyak benda pasal blog saya dah lupa dan perlukan kajian semula. banyak jugak benda yang dah berubah. well, zaman berubah.. bak kata pepatah, sekali air bah sekali zaman berubah

Teringat zaman kegemilangan Blog Budak Malaysia.. saya rasakan dunia blogging itu sungguh ohsem! blogger bagaikan satu keluarga besar. walaupun tak pernah jumpa, tapi mesra kemain lagi berkomen sana sini. 

Antaranya, Miss N yang bertukar menjadi Miss Jari.. beliau orang pertama yang saya kenal dalam dunia blog. entah-entah sekarang dah jadi Puan Jari. seperti Cik Helena yang sekarang sudah punya anak dan family.. MissShilaSenget yang saya kenal long long time ago.. Macy yang selalu muncung marah kat saya. Aida Azryn yang selalu jadi model. Hans Hanis yang selalu menagih satay 50 cucuknya, Sizuka Izzati yang selalu tolong ubahsuai blog saya, Mawaddah yang bersantai selalu kat sini dan ramai lagi!! kalau nak sebut semua, mau tak habis.. 

Ada antara mereka masih aktif berblog, ada yang jadi seperti saya, senyap entah ke mana. apa pun, dunia blogging sungguh ohsem!! sebab blogging jugak lah orang jadi rajin membaca seperti anda yang sedang baca entry ni. 

Hari ini kerajinan saya datang untuk mengembalikan blog yang lama dah hilang dari carian google. sampai saya nak jenguk pun memang takde! nasib baiklah boleh redirect semula ke URL lama. bermula semula dunia blogging saya.. semoga terus bersemangat ohsem!

Nak jugak show off muka sendiri zaman dulu-dulu punya.. (^^,)

Tuesday, November 20, 2012

Pidato Bahasa Inggeris : First Time In English

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Orang kata, takkan ada yang kedua kalau takde yang pertama. 13 November haritu, buat pertama kalinya saya menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris mewakili Kolej Universiti Insaniah sempena Karnival Amal Islami Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) kali ke 4. dapat menjadi wakil pun sebab takde yang datang audition, saya sorang je datang audition! siap mintak diawalkan masa audition sebab saya ada urusan lain. huhu.. 

Lepas terpilih, saya diberi tujuh tajuk pidato untuk mencari bahan dan menulis teks sendiri. tetapi saya sangat sibuk dengan peperiksaan akhir yang akan menjelma, so teks tu memang tak menjadi langsung. saya hanya mengharapkan Miss Hafiza, lecturer Bahasa Inggeris saya selaku pengurus peserta untuk mencari isi sebelum tarikh pertandingan. sempat jugak la buat tiga kali meeting, sama-sama cari isi dan bahagikan tajuk untuk bangunkan teks. tapi teks tu tak berapa menjadi. 

Lepas je habis peperiksaan akhir saya 10 November, team pidato Bahasa Inggeris bergabung kepala buat teks sepenuhnya, tapi tak habis jugak. saya terpaksa minta tolong cikgu English sama mengajar dulu dan cikgu English New Zealand untuk menterjemahkan teks pidato. actually, team pidato Bahasa Melayu dah siap beberapa teks yang mana tajuknya sama je, so boleh guna isi untuk teks pidato bahasa Inggeris. masalahnya, format teks untuk pidato bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah berbeza! so?? 

Rombongan peserta daripada Kolej Universiti Insaniah yang akan menyertai Karnival Amal Islami bertolak ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan 11 November. bayangkan team pidato Bahasa Inggeris hanya bersedia dengan dua tajuk daripada tujuh tajuk yang akan diundi pada 12 November. saya memang dah get ready untuk menggoreng speech di atas pentas. hahaha.. 

Sampai masa undian tajuk, Alhamdulillah, tajuk pidato perempuan adalah 'Technological Advancement Pampered One's Life', dah siap teks tu. tambah pulak memang Nadia sendiri yang buat. tapi malangnya saya dapat tajuk 'Student's and The War of Thoughts' yang mana tajuk tu kitorang tak ready pun lagi!! hambik.. dari petang sampai ke malam siapkan tajuk tu sebelum pertandingan esoknya. tiga orang lecturer English bergabung kebijaksanaan buatkan teks untuk saya. hehe.. 

Sepanjang malam saya pulun menghayati teks pidato yang baru siap. pukul tiga pagi saya masih beraksi di depan tingkap melihat bayangan sendiri di cermin. huhu.. berbekalkan semangat confident nak menang, saya tak nak mengaku kalah. selagi belum naik pentas, selagi tu masih ada masa untuk berusaha. sehingga masa menunggu turn naik pentas pun saya masih pulun! siap kena warning supaya rendahkan suara sebab juri nak dengar orang kat depan sedang berpidato. hahaha..

Dengan konfidennya saya berhujah..

Saya naik pentas dengan 80% ready. well, memang tak sempat lah nak 100% bersedia. semua last minutes. walau bagaimanapun, saya dapat present dengan agak baik meskipun ada sangkut kat part nak sebut contoh solutions untuk masalah war of thoughts. yang bestnya, ngam-ngam masa untuk buat conclusion. tapi, bila tengok rakaman saya berpidato, seriously saya tak puas hati dengan diri sendiri. saya yakin, boleh buat lagi power dari tu. 

Keputusan pertandingan diumumkan pada majlis penutupan Karnival Amal Islami pada 14 November. saya kurang yakin dapat masuk ranking tiga teratas sebab persembahan saya takde lah hebat mana. tambah-tambah, ada lima lagi peserta lelaki lain dari universiti berbeza yang mana saya rasakan diorang lebih hebat walaupun saya tengok persembahan dua orang je. maklum lah, saya pertama kali ikut pidato Bahasa Inggeris. pronunciation pun bukannya betul sangat. masa tunggu keputusan diumumkan, tak tau nak nervous atau tidak.. 

Apa yang mengejutkan saya, bila diumumkan keputusan, nama saya disebut untuk ambik hadiah tempat ketiga! huishh!! siyes terkejut..

Budak yang dapat nombor tiga tu dan team pidato Bahasa Inggeris nya.. 

Sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral dan semangat kepada saya. tak lupa juga  komen-komen negatif, insyaAllah saya ambik secara positif sebagai motivasi untuk memperbaiki diri. kepada Miss fiza, Miss Sha, Miss Zu serta teammates yang beri tunjuk ajar, thank you so much. lihatlah duniaaaa.. ops! macam anugerah artis popular plak. lalala~

InsyaAllah kalau ada lagi pidato Bahasa Inggeris, saya nak join lagi. dengar desas-desus, Karnival Amal Islami kali ke 5 akan dianjurkan oleh UIA, tak pun IKMAS di Sarawak. kalau kat Sarawak, boleh la balik kampung dengan tambang kapal terbang free. kehkehkeh.. (^^,)