Saturday, July 09, 2011

Membalas Pantun Orang Hebat

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!


Tuan tanah Blog Komensen, uncle Al-Lavendari mengadakan pertandingan berbalas pantun yang menyediakan hadiah RM100.00 untuk seorang pemenang. pertandingan ini bersempena genap 100 orang follower di blog PU.E.C ORANG X RE.T yang juga blog kedua Tuan Haji Al-Lavendari.

Saya cukup berminat kalau bab berbalas pantun. bila dengar ada contest macam ni, teringin sangat nak menunjukkan bakat walaupun sebenarnya tak lah hebat mana. tapi, tidak salah jika mencuba, mana tau dinobat sebagai pemenang. bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. hehe..

Dengan otak yang hampir berkarat dengan pantun merapu selama ini, saya beli tiga rangkap pantun yang dijual..

pantun dijual :

Anak sepat di dalam sawah,
Elok dimasak dengan pegaga,
Bila dah dapat gading bertuah,
Tanduk hendak letak di mana ?

saya jawab :

Sekalipun Jebat dibunuh Tuah,
Setianya tetap sampai ke mati,
Sekalipun dapat gading bertuah,
Tanduk tetap di dalam hati.

pantun dijual :

Pisang emas masak se sikat,
Masak pulut janganlah hangus,
Sudah kemas perahu ku ikat,
Kenapa hanyut di bawa arus ?

saya jawab dengan senyuman :

Niat hendak pergi tadarus,
Tapi lemas di Sungai Buluh,
Masakan tidak di bawa arus,
Ikatan kemas di tiang rapuh.

pantun dijual :

Anak senangin anak tenggiri,
Masuk ke kelong mengelak pukat,
Jika tak ingin dibuat isteri,
Kenapa diusung merata tempat ?

saya jawab :

Walau dingin di tengahari,
Mentari tetap bersinar jua,
Walau tak ingin dibuat isteri,
Kami tetap kawan setia.

Saya karang pantun selepas sahaja contest ini diumumkan hari tu. tak sangka pantun kedua saya hampir sama dengan pantun Kakcik Seroja. sebelum lebih banyak pantun lain keluar ikut serta, baik saya publish awal. tinggal lagi seminggu sebelum tarikh tutup Pertandingan Berbalas Pantun ini.

Sesiapa yang ingin turut serta mencuba bakat berpantun, boleh klik banner di atas untuk mengetahui terma dan syarat pertandingan. semoga ada juga ole-ole yang saya dapat dari pertandingan ni, teringin nak merasa kemenangan. hehehe..

Sebagai penutup, saya bagi lagi serangkap pantun..

Buah durian berduri-duri,
Jatuh terjepuk di atas tanah,
Kesian durian tu..

sekian.. ceria selalu.. (^^,)

Wednesday, July 06, 2011

Wordless Wednesday : Santai Berehat


view page Facebook Wordless Wednesday
.

Summer Di Mesir : Suasana Petang Di 10th District, Nasr City, Cairo

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Suasana petang semasa musim panas di Mesir sentiasa meriah. kalau dekat dengan kediaman saya di sini, kita boleh lihat orang bermain futsal di mana-mana terutamanya di dataran Suq Sayarat, 10th District(Hayyu Asyir). kalau hari Jumaat Suq Sayarat akan dibanjiri oleh kereta, pada hari lain pula akan dipenuhi oleh anak muda yang bermain futsal.

Di Mesir sukan bola sepak adalah sangat popular. tak hairan kalau tengok budak kecik tepi jalan main bola dengan skill yang super hebat. pasukan bola sepak Mesir sudah banyak kali menjuarai Liga Bola Sepak Piala Afrika.

Dataran Malaysian Students Complex Hayyu Asyir.

Dataran di kompleks kediaman pelajar Malaysia turut menjadi tempat budak-budak arab ni main. boleh kata sepanjang masa ada budak arab main bola. student Malaysia biasanya main futsal sekitar 7 pagi dan petang selepas asar je. waktu lain budak-budak arab lah yang conquer.

Dataran Suq Sayarat 10th District, Nasr City.

Banyak padang futsal boleh diwujudkan dalam dataran Suq Sayarat yang luas ni. orang yang main pulak dari pelbagai negara. Dari Arab Mesir, Nigeria, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi negara lain.

Pernah jugak main futsal di dataran Suq Sayarat. kawasan ni sangat sesuai jadi tempat beriadah sebenarnya. ingat lagi dulu rajin berjogging di Suq Sayarat, tapi sekarang kawasan ni jadi kawasan menakutkan di awal pagi dan lewat malam. banyak sangat kes ugut, geng mengugut berkumpulan guna parang pun ada!

Senja di Nasr City, Cairo. gambar diambil dari tepi jalan utama yang menghubungkan 10th District dan 7th District (Hayyu Sabek). Nasr City juga disebut sebagai 'Madinet Nasr' di Mesir.

Nota kaki :
Suasana Suq Sayarat pada hari Jumaat sangat berbeza pada hari lain. dalam entri Suq Sayarat : Pasar Minggu Jual Kereta Terpakai Di Mesir saya ada letak gambar sesak dengan kereta di situ.