Tuesday, August 21, 2018

Hiking : Nak Mula Balik

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh! 

Sedar tak sedar, rupanya hampir dua tahun tak menjenguk blog ni. bila tengok blog rakan blogger sebaya yang selalu sama-sama blogwalking dulu, ramai dah slowdown menulis. tapi ada jugak yang maintain kencang macam abang hans. bila tengok entry-entry dalam blog ni, rasa dalam hati tu semangat nak mula menulis, bercerita balik. tapi biasanya seminggu lepas tu, senyap sunyi lah pulak. maafkanlah hamba atas kelemahan ini. kekangan masa, kesibukan kerja memang punca utama. haha.. 

Okay lah.. saya mulakan cerita hari ini dengan aktiviti yang dah sekian lama saya tinggalkan. kalau dulu, aktiviti mendaki gunung ni memang saya cukup suka. tapi takde lah banyak gunung dan bukit yang saya dah tawan. seingat saya, yang dah berjaya saya naik ke puncak, Gunung Santubong dan Gunung Serapi di Sarawak. paling mencabar pernah dibuat Gunung Sinai di Mesir. mencabar bagi saya sebab berjalan dalam gelap dan suhu yang sejuk sampai tahap kebas tangan. mula bergerak naik ke Gunung Sinai pukul 12 tengahmalam, kita sampai ke puncak lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi sebelum subuh. boleh tengok matahari terbit. Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah. 

Pemandangan atas Gunung Sinai

Bila dah lebih tujuh tahun tak hiking dan takde aktiviti sukan yang konsisten, ditambah usia yang semakin meningkat, saya dapat rasa, risiko untuk dapat penyakit seperti masalah jantung dan lain-lain penyakit tu sangat tinggi. betul-betul ni! sekarang menulis dalam mode sedar diri, harap jangan hilang lagi keinginan untuk hidup sihat ni. haha.. 

Untuk permulaan, awal Ogos hari tu pergi ikut rombongan kursus naik Bukit Semarak di Sungai Petani. biasa orang panggil Bukit H. tak tinggi sangat, kira okay la untuk permulaan bina stamina yang dah sekian lama 'semput memanjang' bila bersukan. lapangan kerja sekarang mungkin akan menjadikan saya lebih kerap bersukan dan buat aktiviti yang sihat. semoga terus istiqamah. amiin.. 

Atas puncak Bukit H atau Bukit Semarak Sungai Petani, Kedah

Petang ni akan cuba naik Bukit Batu Putih, Melaka. kalau ikut peta, memang di Melaka. tapi dekat je dengan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. ada gambar, ada cerita, nanti saya kongsi. doakan semangat hiking ini berterusan, mana la tau, suatu hari nanti sampai ke puncak Kinabalu. hehe.. 

akhir kata.. selamat kembali menulis. (^^,)

Wednesday, October 19, 2016

Thursday, October 13, 2016

Cara Hidup Sihat Inspirasi Hari Sukan Negara

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!!

'Sekian lama menyepi' umpama ayat yang biasa saya taip setiap kali buat entry. niat nak aktif menulis namun sering terbatas dengan pelbagai urusan. nak kata sibuk sangat, takde la jugak. doakanlah semoga motivasi untuk terus menulis kali ini berterusan lama.

Sejak tidak lagi bergelar 'student', aktiviti sukan saya juga menjadi sepi. tiada futsal, tiada jogging. akhirnya berat badan bertambah dengan drastik. tahun 2010 saya masih lagi naik turun gunung, main futsal hampir setiap petang dan lain-lain aktiviti untuk sentiasa fit. selepas berkahwin, aktiviti itu bukan berkurang, tetapi hampir tiada. rasanya baru sekali main futsal awal tahun ni dengan rakan sekerja, saya akui stamina tak sekental dulu. niat nak main futsal selalu tu ada, tapi ada saja halangan yang kadang saya fikir balik boleh dielakkan untuk terus bersukan.

Merenung badan yang bertambah 'sado' di perut, stamina yang selalu semput walaupun bukan buat kerja berat, makan minum tidur berulang kali, lalu saya ambil keputusan untuk berjogging dan bersenam setiap petang. Alhamdulillah berkekalan sejak dua minggu ini. walaupun ada harinya saya tak dapat jogging sebab hujan, saya tetap bersenam di dalam rumah, ambil masa sekitar 30 minit sudah mencukupi. cukup la kot, berpeluh lebat jugak melompat sana sini. target buat masa ini, kempiskan perut. hahaha..

Saya banyak tengok video di youtube untuk belajar cara senaman yang betul. equipment untuk betul-betul sado buat body memang takde lah. belum lagi ke arah itu. tapi akan difikirkan selepas ini. biarlah target sekarang untuk kempiskan perut dan terus fit. ramai sangat dah menegur perut saya sudah maju dan sebagainya. bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat bukan saja baik untuk penampilan, namun baik untuk kesihatan diri kita sendiri. jangan dah sakit baru nak bersenam, itu mungkin sudah terlambat.

Jom! sama-sama amalkan gaya hidup sihat. jangan setahun sekali je time Hari Sukan Negara. hehe..

Gambar Disember 2009 ni bukti saya dulu kurus dan kacak.
biarlah jadi bukti ke anak cucu.. hahaha

Gambar tahun ini bersama isteri yang menampakkan kekentalan lemak di leher saya..

Nota Kaki :
Ada orang kata, bila dah kahwin, jadi gemuk, berat badan naik, itu tandanya bahagia.. saya percaya! siapa setuju?

Sunday, March 20, 2016

Tips Berjimat Cermat Untuk Si Boros

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Actually topik ini pernah dipaparkan satu masa dulu. saya ketengahkan semula atas sebab pentingnya mengamalkan budaya berjimat cermat lebih-lebih lagi bila melibatkan pengurusan kewangan. orang yang berjimat dan orang yang boros adalah sangat berbeza!

Orang yang boros sememangnya sangat sukar menyimpan duit. ada saja yang terdetik untuk dibelanjakan. walaupun kadang-kadang benda yang dibeli itu langsung tidak mendatangkan faedah kepadanya. dalam erti kata lain, hanya menghabiskan duit dengan berbelanja. satu kepuasan bagi mereka apabila menghabiskan duit yang ada di tangan!

Jadi sebelum wang anda dihabiskan dengan puas dan akhirnya merana dihujung bulan, maka ada baiknya anda mengamalkan tips berkesan ini.

Pertama : Bagi orang lain pegang duit belanja anda.
Bila duit belanja orang lain pegang, dengan rasa segan anda akan minta duit untuk berbelanja. ini akan mengurangkan perbelanjaan anda bila keseganan wujud dalam diri. namun sangatlah tidak berkesan terhadap mereka yang tidak tahu malu mintak duit hari-hari. adeh!


Kedua : Tidak perlu guna kad credit atau kad hutang.
Penggunaan kad kredit akan membesarkan peluang untuk berbelanja secara bebas. di samping anda mendapat kepuasan yang sangatlah best berbelanja, anda juga akan mendapat 'kepuasan' terhadnya gaji di setiap bulan. hahaha.. padan muka. [tak di nafikan banyak kebaikan penggunaan kad credit bagi bukan si boros.]

Ketiga : Mengurung diri di dalam rumah.
Walaupun cara ini tidak baik untuk kesihatan, namun sangatlah berkesan. anda tidak perlu mengurung diri sepanjang minggu, cukuplah dengan 2 hari dalam seminggu. kalau rasa masih banyak jugak berbelanja, tingkatkan hari pengurungan. hehe..


Keempat : Bawa hanya sedikit duit mengikut keperluan apabila keluar dari rumah.
Cara ini juga sangat bagus. walaupun macam tu, sangatlah sukar bagi seorang boros meninggalkan separuh duitnya di rumah. pelbagai alasan yang terkadang tidak munasabah digunakan untuk membawa semua duit. jadi, sila praktikkan point satu. tapi bila tak cukup duit, jangan pulak pergi ke ATM cucuk duit! tahan lah dulu nafsu tu.

Kelima : Berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis.
Cara ini terbukti sangat berkesan bagi yang berbelanja untuk makanan. selain dapat berdiet, anda juga mampu untuk berjimat. akan tetapi berpuasa kurang baik untuk si boros yang suka membeli barang kerana lebihan duit akan digunakan untuk membeli barang lain. jadi, untuk si boros membeli barang, sila praktikkan point empat.

Keenam : Amalkan budaya menabung.
Amalan menabung sangatlah baik untuk masa depan. mulakan dari sekarang bagi yang belum start menabung. diakui menabung adalah sangat sukar bagi si boros yang suka mengorek tabung. jadi sila gunakan tabung yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. jika anda menggunakan tabung yang boleh dibukak dengan mudah, tahap keinginan mengorek akan berada di tahap klimaks.


Cukup dulu setakat enam cara ni. kalau ada lagi point lain yang anda amalkan, boleh lah kongsi-kongsi. ayat biasa dalam iklan berjimat cermat, saya boleh, kena anda tidak?

Anda perlu tahu menilai, mana keperluan dan mana keinginan. sekiranya mampu menilai kedua perkara ini dengan baik, anda akan menjadi seorang yang senang hati suatu hari nanti. harus sentiasa berusaha memajukan diri. tanamkan dalam diri semangat "hari ini mesti lebih baik dari hari semalam". berusaha perbaiki kelemahan, nescaya akan jadi yang terbaik!

Nota kaki :
bila harga barang banyak naik, mengamalkan budaya berjimat cermat sangat penting bagi menampung keperluan lain. pilihan di tangan kita. bak kata pepatah, timun di tangan tuhan, pisau di tangan tuan. hiris nipis, nipis jadinya. hiris tebal, tebal jadinya. (^^,)

Tuesday, September 09, 2014

Segmen : Nak Blog URL by Macam-Macam Cerita

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!! 

Sejak lama menyepi dalam dunia blog, banyak benda yang saya dah lupa. lebih-lebih lagi cara untuk setting blog. cara nak letak 'itu ini' kat dalam code HTML dan lain-lain lagi. samada caranya dah berubah atau memang saya yang dah tak ingat, kedua-duanya boleh dijadikan alasan. 

Mungkin dengan rajin ikut serta dalam segmen simple seperti anjuran blog Macam-Macam Cerita ini boleh menjadi satu sebab untuk saya rajin semula belajar selok-belok dalam dunia blog. boleh juga menjadi satu cara untuk menjejaki semula rakan-rakan blogger lain yang dah lama menyepi. al-maklum lah, saya sudah menyepi selama dua tahun! huhu.. 

Pelbagai cerita nak saya ceritakan dalam blog, tapi belum punya kesempatan. jadilah cerita saya itu tenggelam ditelan masa. akhirnya saya pun terus lupa cerita yang nak diceritakan.. hahaha.. 

Sebagai pemanas blog, jom ikut serta segmen simple ini. tambahkan lagi blog untuk blogwalking dan meluaskan lagi jaringan perjalanan ke blog-blog lain. tambah kenalan di samping mau hadiah. lalala.. kepada thisni3zahata, saya nak hadiah. =P 



Blog Macam-Macam Cerita ni boleh tahan dah lama jugak wujud. since 2009 lagi. dia punya entry pun mau cecah ribu riban jugak dah. rata-rata sebulan lebih 30 entry dihasilkan. aktif penulis blog ni menaip. rasanya kelajuan menaip beliau dah masuk tahap tinggi punya..

Blog Macam-Macam Cerita seperti namanya, mengandungi pelbagai cerita, berkongsi kisah kehidupan, rencah masakan dan banyak lagi. blog ringkas tetapi penuh dengan isi kandungan. bagi saya, blog beliau tidak serabut, tidak juga berat lebih muatan, cer kamu tengok.. 

Follower blog Macam-Macam Cerita belum ramai, tapi saya percaya traffik ke blog tersebut boleh dikategorikan agak kencang. mungkin beliau perlu letak widget follower tu kat atas supaya orang boleh nampak dan boleh follow selepas baca cerita-cerita menarik di blog tu.

Banyak pula saya komen, kang orang nak bagi hadiah terus tak jadi. huhu.. okay lah. thisni3za, saya nak hadiah. heeee.. (^^,)


Nota Kaki :
Saya baru selesai menempuh sesuatu yang cukup sibuk dan sangat-sangat bersejarah dalam hidup saya. ada masa esok lusa, saya akan ceritakan.. hehe..

Tuesday, August 26, 2014

Kisah Tragik : Usop Naik Bas

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman.


Ada kisah tragik yang saya nak kongsikan kali ini. buat memanas blog yang semakin menyepi sejak akhir-akhir ini. kisah yang diceritakan oleh kawan saya ini sangat menyentuh hati.

Usop seorang kanak-kanak yang taat, baik suruhan ibu bapanya, baik suruhan neneknya, Usop tak pernah ingkar. Suatu ketika, Usop dihantar oleh neneknya ke stesen bas Hentian Putra untuk pulang ke Kelantan bertemu ibu bapanya.


Setelah bas bergerak tidak jauh dari Hentian Putra, Usop yang duduk di kerusi belakang bangun dan menghampiri pemandu bas. 

"Abang, nanti kalau sampai Kuala Krai, bagitau ye." Pinta Usop. 

"Okay dik," jawab pemandu bas. 

Selang beberapa minit, Usop menghampiri pemandu bas lagi. 

"Abang, dah sampai Kuala Krai ke?" tanya Usop. 

"Belum dik. takpe, duduk dulu. nanti dah sampai, abang bagitau." balas pemandu bas. 

Usop kembali ke tempat duduknya semula. belum pun lama duduk, Usop berdiri lalu menuju ke arah pemandu bas lagi. 

"Abang, dah sampai belum?" tanya Usop. 

"Tak lagi dik." jawab pemandu bas. 

Penumpang yang lain berasa tidak senang dengan tingkah laku Usop kerana kerap kali berulang alik dari belakang ke depan, dari depan ke belakang. selang beberapa ketika, Usop kembali ke arah pemandu bas. 

"Dah sampai ke bang?" tanya Usop. 

"Belum dik, jauh lagi." jawab pemandu bas dengan nada yang geram. 

Usop kembali ke tempat duduknya. penumpang yang lain memandang geram ke arah Usop. bergerak ke depan, ke belakang bas membuatkan penumpang lain tidak selesa. beberapa minit kemudian, Usop bangun lagi menuju ke arah pemandu bas. 

"Sampai tak lagi bang?" tanya Usop. 

"Aku cakap belum! belum la! ko duduk je, nanti dah sampai aku bagitau la!" jawab pemandu bas dengan nada marah. 

Usop kembali ke tempat duduknya. semua penumpang turut marah dengan sikap Usop yang kerap kali bertanya dan berulang alik ke depan dan ke belakang bas. Usop diam membisu di tempat duduknya lalu tertidur. semua orang merasa tenang. 

Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari bas sudah pun melepasi Daerah Kuala Krai. ketika hampir memasuki Kota Bharu, pemandu bas baru teringat akan permintaan Usop. Usop masih belum sedar daripada tidurnya. semua orang berasa kasihan dengan Usop, sudahlah masih kanak-kanak, keseorangan pula jauh daripada keluarga.

Pemandu bas berbincang dengan semua penumpang yang lain samada hendak pusing semula ke Kuala Krai atau terus ke Kota Bharu. Selesai berbincang, mereka sepakat berpatah balik ke Kuala Krai kerana kasihan akan nasib Usop.

Setelah sampai di Kuala Krai, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati.

"Adik.. adik.. dah sampai dah Kuala Krai." kata pemandu bas sambil mengusap kepala Usop.

"Oh.. ye ke? terima kasih bang." ucap Usop sambil menggosok mata baru bangun dari lenanya.

Usop segera membuka begnya lalu mengeluarkan sesuatu.

"Eh.. adik tak nak turun ke? tanya pemandu bas kehairanan.

"Tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. cuma nenek ada pesan, kalau sampai Kuala Krai, makan nasi yang nenek bagi ni. takut nanti sakit perut pulak." jawab Usop sambil membuka bekas nasi lauk ayamnya.

Okay.. sekian.. sian Usop.. (^^,)

Nota kaki :
gambar saya google, sumber dari link pada gambar. jangan marah, senyum-senyum saja.. 

Wednesday, April 16, 2014

Blogging Itu Ohsem!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!!

Okay.. last update sebelum entry ini adalah pada 20 November 2012.. kalau dikira, itu hampir 2 tahun yang lepas!! serius sangat lama tak update!! sampaikan blog ni kehilangan domain budakmalaysia.com .. saya nak renew tapi memang dah tak boleh. domain budakmalaysia.com sudah dilelong dalam GoDaddy.com .. akhirnya saya terpaksa akur menggunakan URL lama, dimana mula-mula dulu dicipta untuk blog ini.. akudakmalaysia.blogspot.com .. sedih.. 

Sejak senyap dari dunia blog, banyak benda pasal blog saya dah lupa dan perlukan kajian semula. banyak jugak benda yang dah berubah. well, zaman berubah.. bak kata pepatah, sekali air bah sekali zaman berubah

Teringat zaman kegemilangan Blog Budak Malaysia.. saya rasakan dunia blogging itu sungguh ohsem! blogger bagaikan satu keluarga besar. walaupun tak pernah jumpa, tapi mesra kemain lagi berkomen sana sini. 

Antaranya, Miss N yang bertukar menjadi Miss Jari.. beliau orang pertama yang saya kenal dalam dunia blog. entah-entah sekarang dah jadi Puan Jari. seperti Cik Helena yang sekarang sudah punya anak dan family.. MissShilaSenget yang saya kenal long long time ago.. Macy yang selalu muncung marah kat saya. Aida Azryn yang selalu jadi model. Hans Hanis yang selalu menagih satay 50 cucuknya, Sizuka Izzati yang selalu tolong ubahsuai blog saya, Mawaddah yang bersantai selalu kat sini dan ramai lagi!! kalau nak sebut semua, mau tak habis.. 

Ada antara mereka masih aktif berblog, ada yang jadi seperti saya, senyap entah ke mana. apa pun, dunia blogging sungguh ohsem!! sebab blogging jugak lah orang jadi rajin membaca seperti anda yang sedang baca entry ni. 

Hari ini kerajinan saya datang untuk mengembalikan blog yang lama dah hilang dari carian google. sampai saya nak jenguk pun memang takde! nasib baiklah boleh redirect semula ke URL lama. bermula semula dunia blogging saya.. semoga terus bersemangat ohsem!

Nak jugak show off muka sendiri zaman dulu-dulu punya.. (^^,)

Tuesday, November 20, 2012

Pidato Bahasa Inggeris : First Time In English

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Orang kata, takkan ada yang kedua kalau takde yang pertama. 13 November haritu, buat pertama kalinya saya menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris mewakili Kolej Universiti Insaniah sempena Karnival Amal Islami Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) kali ke 4. dapat menjadi wakil pun sebab takde yang datang audition, saya sorang je datang audition! siap mintak diawalkan masa audition sebab saya ada urusan lain. huhu.. 

Lepas terpilih, saya diberi tujuh tajuk pidato untuk mencari bahan dan menulis teks sendiri. tetapi saya sangat sibuk dengan peperiksaan akhir yang akan menjelma, so teks tu memang tak menjadi langsung. saya hanya mengharapkan Miss Hafiza, lecturer Bahasa Inggeris saya selaku pengurus peserta untuk mencari isi sebelum tarikh pertandingan. sempat jugak la buat tiga kali meeting, sama-sama cari isi dan bahagikan tajuk untuk bangunkan teks. tapi teks tu tak berapa menjadi. 

Lepas je habis peperiksaan akhir saya 10 November, team pidato Bahasa Inggeris bergabung kepala buat teks sepenuhnya, tapi tak habis jugak. saya terpaksa minta tolong cikgu English sama mengajar dulu dan cikgu English New Zealand untuk menterjemahkan teks pidato. actually, team pidato Bahasa Melayu dah siap beberapa teks yang mana tajuknya sama je, so boleh guna isi untuk teks pidato bahasa Inggeris. masalahnya, format teks untuk pidato bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah berbeza! so?? 

Rombongan peserta daripada Kolej Universiti Insaniah yang akan menyertai Karnival Amal Islami bertolak ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan 11 November. bayangkan team pidato Bahasa Inggeris hanya bersedia dengan dua tajuk daripada tujuh tajuk yang akan diundi pada 12 November. saya memang dah get ready untuk menggoreng speech di atas pentas. hahaha.. 

Sampai masa undian tajuk, Alhamdulillah, tajuk pidato perempuan adalah 'Technological Advancement Pampered One's Life', dah siap teks tu. tambah pulak memang Nadia sendiri yang buat. tapi malangnya saya dapat tajuk 'Student's and The War of Thoughts' yang mana tajuk tu kitorang tak ready pun lagi!! hambik.. dari petang sampai ke malam siapkan tajuk tu sebelum pertandingan esoknya. tiga orang lecturer English bergabung kebijaksanaan buatkan teks untuk saya. hehe.. 

Sepanjang malam saya pulun menghayati teks pidato yang baru siap. pukul tiga pagi saya masih beraksi di depan tingkap melihat bayangan sendiri di cermin. huhu.. berbekalkan semangat confident nak menang, saya tak nak mengaku kalah. selagi belum naik pentas, selagi tu masih ada masa untuk berusaha. sehingga masa menunggu turn naik pentas pun saya masih pulun! siap kena warning supaya rendahkan suara sebab juri nak dengar orang kat depan sedang berpidato. hahaha..

Dengan konfidennya saya berhujah..

Saya naik pentas dengan 80% ready. well, memang tak sempat lah nak 100% bersedia. semua last minutes. walau bagaimanapun, saya dapat present dengan agak baik meskipun ada sangkut kat part nak sebut contoh solutions untuk masalah war of thoughts. yang bestnya, ngam-ngam masa untuk buat conclusion. tapi, bila tengok rakaman saya berpidato, seriously saya tak puas hati dengan diri sendiri. saya yakin, boleh buat lagi power dari tu. 

Keputusan pertandingan diumumkan pada majlis penutupan Karnival Amal Islami pada 14 November. saya kurang yakin dapat masuk ranking tiga teratas sebab persembahan saya takde lah hebat mana. tambah-tambah, ada lima lagi peserta lelaki lain dari universiti berbeza yang mana saya rasakan diorang lebih hebat walaupun saya tengok persembahan dua orang je. maklum lah, saya pertama kali ikut pidato Bahasa Inggeris. pronunciation pun bukannya betul sangat. masa tunggu keputusan diumumkan, tak tau nak nervous atau tidak.. 

Apa yang mengejutkan saya, bila diumumkan keputusan, nama saya disebut untuk ambik hadiah tempat ketiga! huishh!! siyes terkejut..

Budak yang dapat nombor tiga tu dan team pidato Bahasa Inggeris nya.. 

Sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral dan semangat kepada saya. tak lupa juga  komen-komen negatif, insyaAllah saya ambik secara positif sebagai motivasi untuk memperbaiki diri. kepada Miss fiza, Miss Sha, Miss Zu serta teammates yang beri tunjuk ajar, thank you so much. lihatlah duniaaaa.. ops! macam anugerah artis popular plak. lalala~

InsyaAllah kalau ada lagi pidato Bahasa Inggeris, saya nak join lagi. dengar desas-desus, Karnival Amal Islami kali ke 5 akan dianjurkan oleh UIA, tak pun IKMAS di Sarawak. kalau kat Sarawak, boleh la balik kampung dengan tambang kapal terbang free. kehkehkeh.. (^^,) 


Monday, October 22, 2012

Kek Lapis Sarawak Sekitar Penang, Kini Dibuka Untuk Tempahan!!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahh!! 

Mai beli.. mai tempah.. 

Kek Lapis Sarawak pelbagai jenis, mereka sedia menerima tempahan dari sekitar PENANG, sekali dengan penghantaran percuma ke rumah anda.  

Kek Lapis Sarawak pelbagai variasi rasa

Kek Lapis Prune 
Kek Lapis bluberi
Kek Lapis Pandan
Kek Lapis Sweet Seventeen
Kek Lapis Nugget Milo
Kek Lapis Milo Bar
Kek Lapis Cadbury
Kek Lapis Cheese
Kek Lapis Oreo 

Totally homemade!! 
Menggunakan bahan yang berkualiti dan dijamin HALAL.. 

Harga berpatutan, malah sangat MURAH!! 
RM40 sebiji (1 1/2Kg)


Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi : 

Amelia @ Amy : 013-4553134 
Cik Aini : 013-4349403


PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA!! 
NO DELIVERY CHARGE!!

Sunday, October 21, 2012

Semangat Di Saat-saat Akhir

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Siang nanti adalah kertas pertama saya untuk peperiksaan akhir semester ini. ikut jadual mula pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang, saya akan memerah otak untuk mengarang kisah sejarah kebanggaan negara. rekaan atau ke laut kisahnya, esok baru boleh tahu. 

Semangat mentelaah sejarah dan dasar-dasar kerajaan di minit-minit akhir sebelum peperiksaan sememangnya berkobar-kobar sekarang ni. bukan sahaja semangat patriotik membara dalam diri, malah semangat pulun mahukan keputusan gempak juga sedang membara. semoga saya diberi ilham untuk menjawab soalan yang dikemukakan esok. jawapan betul atau salah belakang kira, yang penting usaha untuk menjawab kena ada.

Kalau tengok carry-mark saya untuk subjek Pengajian Malaysia, bukan menjadi satu masalah untuk lulus.  tambah beberapa markah sudah confirm lulus. tetapi apa saja yang ada pada lulus? biarlah puas hati dengan keputusan tertinggi hasil usaha dan kegigihan.

Seriusly saya tak nak buat ala kadar untuk paper ini. sangat berharap semangat yang ada ini tak pudar ditelan tarikan-tarikan seperti movie-movie best, game yang mengasyikkan dan lain-lain lagi. entah kenapa  di saat-saat nak menempuh peperiksaan pelbagai jenis hiburan datang dekat. bisikan syaitan sungguh. uhh!!

Geng kelas Pengajian Malaysia group Muamalat 

Kepada sahabat-sahabat yang akan turut sama berjuang di medan peperiksaan esok, jom sama-sama gunakan masa yang ada untuk buat review akhir sebelum exam. buat yang terbaik dan jangan pernah berputus asa. selamat maju jaya..

Sempena dengan peperiksaan yang bakal berlangsung ni, saya dengan rasa rendah diri ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memohon maaf andai ada silap dan salah yang mengundang ketidakselesaan, menjadi punca terguris perasaan dan lain-lain. saya akui, saya bukanlah insan yang sempurna. semoga dengan kemaafan dan doa yang diberi saya dapat menduduki peperiksaan ini dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Semoga kita sama-sama dianugerahkan kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat serta berada di bawah lindungan Rahmah dan Redha Allah SWT. amiin..

Friday, October 19, 2012

Jom Jadi Geng Bui

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Sudah agak lama saya tidak join segmen yang di anjurkan sahabat blogger. Blog Budak Malaysia ni pun senyap sepi lama dah, tuannya bizi dengan hal lain. kesian dengan nasibnya, ibarat hidup segan mati tak ndak. huhu.. 

Segmen yang saya ikut serta ni adalah daripada Blog Bui Junaidi. blog seorang cikgu sekolah di Sarawak dan juga blogger tegar. beliau juga antara pengunjung dan pengkomen kencang Blog Budak Malaysia. saya je yang dah jarang mengomen kat blog orang lain sejak kebelakangan ni. maafkan saya.. 


Kepada pemilik-pemilik blog, mai la join sekali segmen yang Bui Junaidi anjurkan ni. sambil berkunjung ke blog orang lain, kenal mengenal dan stalking men-stalking, boleh juga meningkatkan traffic blog. jom!! ramai-ramai.. 

Wednesday, October 17, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Yang Best!!

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Mungkin ramai dah tau pasal Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ni. saya dengar pasal benda ni sejak awal tahun 2012 hari tu lagi, tapi masih tak confirm dapat ke tak. sekarang heboh balik pasal kad diskaun setelah senyap seketika. mungkin ada yang dah dapat kot. 


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia nak meringankan beban mahasiswa di seluruh negara. saya sangat-sangat bersetuju pasal benda ni, maklumlah bakal meringankan belanja banyak benda untuk orang macam saya. setiap warganegara Malaysia yang belajar di IPT tak kira ambik diploma ke, ijazah ke, master ke, semuanya bakal menerima bantuan diskaun yang best ni.

Sebelum ini saya dah dapat baucer RM200 untuk beli buku, sekarang lagi canggih. mau tersengih je bila dapat diskaun kat banyak tempat. tapi jangan pulak harga barang dan perkhidmatan dinaikkan untuk cover diskaun yang diberi. huhu..

Saya dapat bayangkan segala diskaun yang bakal diterima, antaranya tiket kapal terbang, tiket bas, makan kat kfc dan lain-lain lagi. kalau tengok diskaun yang bakal diberi oleh pihak Firefly, 50% daripada harga asal, boleh jadi sama harga tiket bas sebelum diskaun sekarang! 

Antara diskaun yang bakal dinikmati oleh para siswa dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia adalah seperti kat bawah ni :

B̲U̲K̲U̲ ̲/̲ ̲A̲L̲A̲T̲ ̲T̲U̲L̲I̲S̲

• MPH BOOKSTORES (10% off)
• IMLAQ BOOK CENTRE (10% off)
• BORDERS (10% off)
• RONA (5% - 20% off)
• KIANG TRADING (10% off)
• KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD (5% - 15% off)
• KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD (3% off)
• KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD (2% - 10% off)
• K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD (10% off)
• KMK RESOURCES SDN. BHD. (10% off)
_______________________________________

̲K̲E̲L̲E̲N̲G̲K̲A̲P̲A̲N̲ ̲S̲U̲K̲A̲N̲ ̲/̲ ̲P̲E̲R̲A̲L̲A̲T̲A̲N̲ ̲/̲ ̲P̲A̲K̲A̲I̲A̲N̲

• BATA (10% off)
• KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% - 45% off)
• TEXLINE LINO (5% - 10% off)
• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)
______________________________________

̲K̲L̲I̲N̲I̲K̲ ̲K̲E̲S̲I̲H̲A̲T̲A̲N̲ ̲/̲ ̲O̲P̲T̲O̲M̲E̲T̲R̲I̲ ̲/̲ ̲C̲E̲R̲M̲I̲N̲ ̲M̲A̲T̲A̲

• POLIKLINIK AN-NISA' (20% off)
• QUALITAS HEALTH (10% off)
• FOCUS POINT (20% - 50% off)
• MENARA OPTOMETRY (10% - 60% off)
______________________________________

̲M̲A̲K̲A̲N̲A̲N̲ ̲D̲A̲N̲ ̲M̲I̲N̲U̲M̲A̲N̲

• KFC (5% off)
• DAILY FRESH (10%)
• A&W (50% off)
• COFFEE BERRY (20% off)
• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)
• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)
• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)
• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)
• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)
• MY JAVA COFFEE (10% off)
• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++ @ 2pcs classic pancake)
• STATION ONE PRODUCT (5% off)
• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)
• BANGI KOPITIAM (10% off)
______________________________________

̲P̲E̲N̲G̲I̲N̲A̲P̲A̲N̲ ̲D̲A̲N̲ ̲P̲E̲N̲G̲A̲N̲G̲K̲U̲T̲A̲N̲

• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)
• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)
• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)
• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% - 15% off)
• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)
• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)
• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)
• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)
• RAPID KL (50% off)
• MAS (25% off)
• FIREFLY (50% off)
_______________________________________

̲S̲A̲L̲U̲N̲ ̲/̲ ̲P̲U̲S̲A̲T̲ ̲/̲ ̲P̲R̲O̲D̲U̲K̲ ̲K̲E̲C̲A̲N̲T̲I̲K̲A̲N̲

• FOOT MASTER (30% off)
• PARIS HILL (30% off)
• PROACTIV (5% off)
• CLARA (10% off)
• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% - 20% off)
______________________________________

̲P̲R̲O̲D̲U̲K̲ ̲I̲T̲

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% - 5% off)
• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)
• IFAMILY (15% off)
_______________________________________

L̲A̲I̲N̲-̲L̲A̲I̲N̲

• BKZ BIKERZ (special rate)
• ROLLER STAR ARENA (10% off)
• DOUBLE SITE (10% - 15% off)
• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% - 5% off)
• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD (4% off)
• MYDIN (special rate)

Actually banyak lagi benda yang akan dapat diskaun. nak tulis semua kat sini memang jenuh la. ini pun main copy je. boleh klik kat gambar kad siswa 1Malaysia kat atas tu untuk ke web Kad Diskaun Siswa 1Malaysia untuk maklumat lanjut. kat situ ada senarai syarikat dan organisasi yang turut serta memberi diskaun.

Apa yang diharapkan, para mahasiswa IPT menggunakan kad diskaun ini dengan bijak. bukan dengan cara yang salah dan berboros disebabkan diskaun. perlu diingat tujuan asal kad diskaun ni untuk meringankan beban belanja, so kena bijak menggunakannya..

Harap dapat la kad ni sebelum bermula semester depan. lagi cepat lagi bagus. kalau ikut jadual agihan, IPTS bakal dapat kad tu Oktober 2012. kena alert sentiasa nih.. ngee.. (^^,)

Friday, October 12, 2012

Carry-Mark Sebelum Final Exam

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Sekarang mungkin lecturer sedang berusaha gigih mengira markah bagi seluruh course-work semester ini. ada antara lecturer sudah mengumumkan carrymark yang saya dapat. tapi banyak subjek lagi yang masih mendebarkan hati. masakan tidak, ada dua midterm yang saya rasa mungkin mendapat markah yang sangat teruk. subjek Foundation of Muamalat, karangan jawapan saya terkeluar tajuk. subjek Marketing Management pulak tak sempat nak jawab semua soalan.

Kalau semester lepas, saya tak rasa berdebar macam ni, mungkin kerana sudah dapat agak berapa yang saya akan dapat. lagi pun memang berusaha keras untuk dapatkan carrymark tinggi. hanya satu subjek yang agak rendah markahnya, 42.7/60. itu pun sebab saya tak buat habis benda yang lecturer nak mengikut masa yang ditetapkan. jadi saya hilang 5 markah. 

Semester ini saya dapat rasakan kesungguhan mencari markah agak berkurangan berbanding semester lepas. sedikit mengecewakan apabila dapat carrymark yang memerlukan usaha lebih untuk dapat A+ masa peperiksaan akhir nanti. apa pun, selagi belum berakhir perjuangan semester ini, usaha, kerajinan dan kesungguhan mesti dipertingkat dan diteruskan. memang terasa agak payah. tetapi demi untuk mendapatkan pengajian percuma, saya akan cuba sedaya upaya, insyaAllah. (^^,)

Termotivasi oleh berita Harian Metro 6 Oktober hari tu.. Sasar Tak Bayar PTPTN, Buat PhD Awal

Sunday, October 07, 2012

Masa Yang Berlalu Pantas

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Akhir Jun 2012, semester kedua saya bermula di sini. makan tidur, makan tidur.. tup-tup sekarang dah hujung semester. lagi dua minggu nak start final exam. entah apa je jawapan yang akan dijawab dalam exam nanti, saya pun tak tahu. seriusly sangat pantas masa berlalu sehingga tak perasan umur saya dah jadi 1/4 abad. 

Awal semester hari tu, saya pasang azam tak nak masuk kelas lambat lagi macam semester lepas. tetapi azam tak cukup kuat. habit masuk lambat 15 minit masih lagi bermaharajalela. liat sungguh nak bangkit dari katil waktu pagi. padahal takde pekdah nye bergolek-golek atas katil. uhh! kecewa dengan diri sendiri, lambat sejam adalah rekod terbaru semester ni. 

Semester ini saya mengambil banyak subjek dengan berani dan gahnya sebab result semester lepas agak gempak. tetapi nampak gayanya, CGPA bakal turun kalau tindakan drastik tidak diambil bagi membendung budaya malas dan makan tengah malam yang mengundang tidur berlebihan. lepas bulan puasa hari tu dah okay dah berat badan, tetapi sekarang dah naik lebih 10% agaknya. saya dapat rasai lemak berlebihan menempek di perut. 

21 Oktober ini paper pertama final exam saya bermula. semoga saya terus bersemangat dalam mengharungi semester ini. sokongan daripada orang terdekat, orang tersayang, orang di sekeliling dan semua sangat diperlukan. doa dan dorongan amatlah saya harapkan. insyaAllah semester ini akan tamat 10 November nanti, perjalanan lain pula akan menyusul. chaiyok!!

Kalendar exam sudah ditampal dekat katil, bagi diri sendiri sentiasa beringat yang exam semakin dekat. 

Monday, September 17, 2012

15 Punca Kasih Sayang Lelaki Pudar Dan Beralih Arah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Dalam sibuk study sebelum menempuh exam tidak lama lagi, saya sempat mendengar rakaman ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bertajuk Menempuh Gerbang Perkahwinan buat ke sekian kalinya. selalu dah mengulang dengar.

Biarlah kali ini saya kongsikan apa yang saya dapat daripada ceramah motivasi tersebut. antara isi menarik adalah 15 punca pudar kasih sayang lelaki terhadap pasangan. ceramah ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam perancangan mendirikan rumahtangga. walaupun begitu, tidak bermakna sesiapa yang telah berkahwin boleh mengabaikan perkara ini.

Mungkin perkara ini nampak remeh bagi sesetengah orang. namun, tanpa sedar ia boleh menghakis perasaan sayang pasangan dan boleh mendatangkan benci jika tidak diambil perhatian.

15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar sayang lelaki terhadapnya :

1. Perempuan itu comot.
Orang lelaki cukup tidak senang apabila isteri atau pasangan dalam keadaan comot. kalau comot time buat keje sekejap tu okey la, boleh dimaafkan. tapi kalau dah sepanjang masa comot? err..

2. Perempuan yang cerewet.
Pandangan peribadi saya, tiada masalah jika seorang perempuan itu bersikap cerewet. namun, jika terlampau cerewet, itu boleh mengundang tension kepada si lelaki. buat itu tak kena, ini tak kena. adeh!

3. Cemburu yang melampau.
Cemburu sememangnya tanda sayang. namun apabila diekspresikan secara melampau, maka ia boleh mengundang rimas si lelaki. bayangkan kalau sampai tahap lelaki tak boleh menjeling ke arah lain, terus nak jeles. awas.. itu menimbulkan benci si lelaki.
4. Perempuan yang cincai, cuai.
Cincai dan cuai terjadi apabila tidak memberi sepenuh perhatian dalam melakukan sesuatu. cuba dan berusahalah untuk jadi seorang yang kemas dalam melaksanakan tanggungjawab. buat kerja dengan kemas, kan lawa..

5. Perempuan bermulut celupar.
Tak menjaga bahasa yang keluar dari mulut sangat berbahaya. kalau mulut bau longkang, mungkin ada yang masih tahan, tapi kalau bahasa setaraf dengan longkang, silap-silap kerusi meja boleh terbang. ada je lelaki yang diam, tetapi dalam hati mungkin akan timbul benci. take note yang ini..

6. Cabul. melawan cakap suami.
Tak salah melawan kalau memang perkara betul. melawan tak pasal-pasal tu yang bahayanya. suami dah bagitau jangan beli karpet abang pakistan, nak jugak beli. padahal karpet tahun lepas berlambak dalam stor. selalu sangat buat, fed up lah si suami..7. Mencabar pasangan.
Bukan bermaksud orang lelaki tidak boleh menerima cabaran, tapi kalau cik kak cabar yang bukan-bukan? mau rasa terhina si lelaki.

8. Perempuan yang cetek hati, pendek fikiran.
Orang yang cetek hati susah diajak berbincang dan tidak dapat memberi pandangan. dalam menyelesaikan masalah, cuba untuk bagi sedikit pandangan, idea dan buah fikiran. janganlah sepanjang masa jawapan 'entahlah' yang keluar. hehe..

9. Caci, mencela, mengutuk.
Perkara yang dinamakan mencaci, mencela, mengutuk ni, semua orang tak suka. kalau mengkritik, biarlah dengan berhemah. lagi lah kalau depan orang ramai, jangan caci maki. selalu jugak saya dengar cik kak mencela suami sendiri depan orang. ayat 'abang ni lambatlah..' itu pun mencaci tau. selalu buat, bahaya tu..10. Canggah. membangkang tak sudah-sudah.
Bukanlah bermaksud si isteri langsung tak boleh nak berbahas. kalau dah si suami salah, bersabar dulu, carilah waktu tenang untuk canggah dengan cara yang berhikmah. jangan cik abang tengah panas terus nak bangkang.

11. Culas. perempuan yang malas melampau.

Bila sampai point ni, teringat drama Dalil Cinta lakonan Fahrin Ahmad yang mendapat isteri super malas. sikap malas melampau sampai diri sendiri tak terurus memang dahsyat lah. buang sifat malas untuk jadi lebih disayangi.

12. Curiga yang keterlaluan.
Apabila langsung tidak dipercayai, lelaki akan punya kemahuan untuk memberontak. berilah kepercayaan kepada lelaki tetapi jangan melampau. si lelaki pulak, jangan hancurkan kepercayaan yang diberi. sekali kepercayaannya hancur, susah untuk si dia yakin buat kali kedua.13. Perempuan yang curang.
Ini memang benar-benar nyata. kalau lelaki itu menerima perempuan yang curang, maksudnya dia ada potensi untuk berlaku curang. please lah.. cuba sedaya upaya untuk setia. kalau tak serasi jugak, mohon dengan cara yang betul. jangan curang..

14. Canggih yang melampau.

Ini trend zaman sekarang, semua benda nak matching. apabila sudah sampai tahap melampau sehingga pasangan tak dapat nak mengadakan, ia boleh mengundang keretakan rumahtangga. bayangkan kereta kaler merah, garaj kete pun kena merah, sofa ruang tamu kena merah, kasut kena merah. saya pernah jumpa kes bercerai sebab suami tak dapat beli tv besar!!

15. Chance tak ade.
Kalau semua benda yang pasangan mintak tak boleh, jual mahal.. camane? nak suruh si suami ketuk lutut?
suami : pah, malam ni masak untuk abang ea.
isteri : malam ni tak boleh, kuku baru lepas kilat ni.
suami : kalau macam tu.. malam ni kita tidur awal lah.
isteri : isk.. abang ni, pah nak tengok wrestling la malam ni.
suami : (uhhhh.. kecewa...)

Ini antara yang dapat saya kongsikan buat kali ini. banyak lagi isi menarik dalam rakaman tu untuk sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga. bukan untuk bakal pengantin saja, malah untuk sesiapa yang sedang single, sedang meng-usha calon, juga untuk mereka yang sedang berumahtangga. tiada tarikh expired untuk perkara ini.

Semoga apa yang saya kongsikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah rumahtangga. dedikasi khas untuk kawan-kawan yang sudah kawen dan bakal berkahwin dan untuk saya sendiri. selamat menjalani rumahtangga yang bahagia. lalala~


Nota Kaki :

Entry ini adalah entry yang pernah saya kongsikan pada 5 Januari 2011. sekali lagi saya ketengahkan pada hari ini memandangkan isinya takkan pernah lapuk dan basi. tambahan pulak, saya dah semakin susah mencari masa aktif di blog. uhh..

Tadi ternampak ada salah satu lukisan dalam entry ini dikongsikan dalam page iluvislam.com di Facebook. terasa macam nak melukis semula. hihi..

Thursday, August 23, 2012

Sadisnya Raya Saya

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Dah masuk hari kelima Syawal, saya masih lagi dengan rutin harian raya yang sadis. hanya hari raya pertama saje saya beraya, itupun sebuah rumah. kalau zaman kecik-kecik dulu, hari raya keempat ni mau beratus rumah yang saya dah naik beraya. duit raya mau berkepuk-kepuk dah. tapi itu hanya tinggal kenangan. zaman dah tua ni, duit raya tok sah la diharapkan sangat. mohon duit zakat untuk sambung study pun tak lepas weh! 

Tetapi, walaupun dalam raya yang macam tak raya ni, keazaman nak beraya saya masih lagi kuat. semalam dengan rasa bestnya saya pergi ke Pudu Sentral membeli tiket bas ke Penang. nak beraya umah mak andak kat sana. bas saya akan bertolak dari Pudu pada pukul 9 pagi esok, dijangka sampai ke Butterworth kira-kira pukul 2 petang. kalau bas tu laju, maybe sampai awal lagi.. tapi sepanjang pengalaman saya naik turun bas ekspress kat Malaysia ni, takde lagi bas yang sampai lambat. bertolak lambat pun masih lagi sampai awal!! 

Gambar kakak-kakak dan adik-adik saya yang beraya di kampung nenek di Sibo Laut. dua orang takde, saya dan adik yang baru kahwin Jun lepas, dia beraya bersama family suami di Johor. 

Tahun ini, walaupun saya berada di Malaysia, saya masih tidak beraya di kampung. atas pelbagai sebab sebenarnya, bukan sengaja tak nak balik kampung. sebab utama adalah harga tiket kapal terbang yang tak berperi kemanusiaan terhadap saya. boleh pulak harganya melambung tinggi sampai RM600 untuk perjalanan dua hala. bukan tak nak beli awal, tapi duit datang pun di minggu-minggu akhir nak raya. sadisnya!! bila harga dah naik, terfikir pulak duit tu untuk keperluan lain. sebab lain pulak, assignment yang melambak dan perlu dihantar lepas cuti raya. kalau beraya kat kampung, memang tak pandang dah assignment ni. huhu.. 

Kalau nak cerita kesadisan raya kali ni, mau menangis berhari-hari. hari raya pertama saya beraya di Port Dickson bersama keluarga kekasih hati, petangnya balik ke rumah pak cik di Subang. hari raya kedua, saya hanya duduk sorang-sorang kat rumah tengok tv, pak cik balik Sarawak, malam baru pak cik balik. hari raya ketiga, duduk kat umah lagi ngan pak cik tengok tv. semalam lain sikit, saya ada keluar kena cahaya matahari. huhu.. hari ni, entah ke mana pulak saya. ada yang nak jemput datang beraya ke? hihi.. 

Apa pun, raya tetap raya. Selamat Hari Raya untuk semua. semoga happy-happy, ceria-ceria lah hendaknya.. saya nak nangis nih mengenang nasib diri. hahaha.. 

Tuesday, August 21, 2012

Perutusan Budak Malaysia Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!!

Sebelum pergi jauh, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua berada. semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini menambahkan lagi keceriaan dalam hari-hari kita sekaligus mengeratkan lagi ukhuwwah yang sedia terjalin.

Sempena bulan Syawal yang mulia ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah selama kewujudan blog ini. mana lah tau ada yang terasa hati dengan apa yang saya tulis dan apa yang kongsikan di sini. yang betul pada saya tak semestinya betul pada orang lain. jadi pada kesempatan ini, saya minta maaf andai ada terkasar bahasa, tersalah fakta dan apa jua "ter" yang saya pernah buat.

Kepada rakan-rakan blogger, rakan-rakan facebook, sahabat-sahabat semua, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan dan kesalahan selama kebersamaan, selama perkenalan kita.  samada kesalahan yang saya sengajakan atau tidak sengajakan. yang sengaja tu, gurau-gurau je. jangan lah marah-marah ea. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Terima kasih juga kepada pengunjung yang datang menjenguk ke sini. sudi-sudilah datang selalu. hehehe..

Semoga semuanya happy ceria dengan senyuman di Hari Raya.. (^^,)

Hari raya pertama.. 

Raya tahun ni, sehari je saya betul-betul rasa beraya. lepas tu, duk umah je sepanjang hari. sadisnya raya! huhu.. Apapun, raya tetap raya..

Nota kaki :
Hari raya ketiga baru nak buat entry raya..

Monday, August 13, 2012

Demam

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Siapa pun tak nak sakit. bila sakit, semua benda dibuat pun rasa tak best. lemah dan layu je rasa.. 

Hari ni, sekali lagi dugaan demam datang menjenguk. bagi saya, demam di bulan puasa sungguh memeritkan. seluruh badan saya lemah, semua sendi sengal-sengal dengan hidung menghasilkan air berlebihan sehingga melimpah ruah seperti pili air yang getahnya sudah haus dan tak boleh ditutup rapat lalu airnya terus menitik. tambah azab lagi bila asyik bersin tanpa henti. seksanya.. dugaan di penghujung Ramadhan. 

Akhirnya petang tadi saya ke klinik. tujuan utama adalah nak mintak slip sakit sebab tanpa sengaja saya sudah tidak masuk dua kelas pada sebelah pagi. sebenarnya pagi tu saya ingat nak masuk kelas jugak walaupun sakit, tak nak skip. tapi disebabkan badan rasa lemah, saya terlajak tidur sampai pukul 10.30 pagi. alamatnya, terpaksa lah saya batalkan niat murni hadir ke kelas sebab kelas dah mula 9.30 pagi. heee.. 

Namun seperti selalunya yang saya jumpa di klinik kesihatan kerajaan. doktor melayan sungguh ala kadar. sentuh saya pun tidak. nak katakan sibuk, langsung tak ramai pun pesakit yang datang petang tadi. hurmm.. sampai bila agaknya attitude macam tu ada pada doktor klinik kerajaan di Malaysia.. 

Saya dibekalkan dengan ubat batuk, antibiotik, ubat selsema dan ubat demam. dapat slip cuti sakit jugak. hehe.. insyaAllah saya akan makan ubat ikut masa yang ditetapkan. sungguh saya nak sihat cepat. tak nak dah azab berpuasa dalam keadaan sakit. 

ubat demam saya kali ni.. antibiotik kena dihabiskan! 

Sebenarnya kena banyak minum air kosong masa sahur dan berbuka dalam bulan puasa. tapi sejak kebelakangan ni, saya agak kurang dah minum air kosong. mungkin ini antara penyebab saya demam. huhu.. 

nota kaki : 
Nak rehat-rehat pulak.. (^^,)

Wednesday, August 08, 2012

Kelas, Assignment Dan Masa Versus Malas

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh! 

Hari ni kelas saya bermula pukul empat petang, so agak relaks pada waktu pagi. dalam bahasa mudahnya, takde lah kalut-kalut bila bangkit lewat. sudah jadi kebiasaan pulak tidur selepas subuh dalam bulan puasa kali ni. boleh dikira dengan jari bilangan hari saya terus bangun aktif buat kerja itu dan ini seperti hari ni. isk.. sadis sungguh. saya tidak salahkan sesiapa, memang terang lagi jelas salah sendiri yang merelakan mata dipejamkan semula selepas solat Subuh. 

Sudah sebulan semester kedua saya lalui di sini, apa yang dapat saya rasa, pengurusan masa saya agak teruk berbanding semester lepas. semester lepas, walaupun selalu masuk lambat ke kelas, namun saya dapat meluangkan banyak masa untuk menghadap buku selepas kelas atau pada malam hari, tak pun waktu awal pagi saya sempat buat nota. tapi semester ini, saya agak kecewa dengan diri sendiri, rasa malas bermaharajalela. bukak buku sekejap, dah tutup semula. huh! banyak kali lecturer Statistic mengingatkan, "kelas satu jam, kena balas dengan review sendiri tiga jam". tapi saya tak berkesempatan lagi melaksanakannya. 

Penyakit malas sangat berbahaya. bila difikirkan jumlah tugasan yang diberi oleh lecturer, sungguh tak logik untuk disiapkan apabila menghidap penyakit malas. padahal tidak lah banyak mana yang perlu dibuat. cuma kadang-kadang saya yang mencipta pelbagai alasan untuk menangguhkan kerja. akhirnya, tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan. 

Kisah pembentangan kelas Accounting hari sabtu, 28 Julai hari tu, sungguh mengecewakan! 

Kumpulan saya sudah dapat artikel account untuk diringkaskan seminggu sebelum. tetapi saya simpankan di dalam folder sebab belum ada arahan bertindak daripada lecturer. malangnya kami terlepas satu kelas hari Ahad, sekaligus terlepas arahan bertindak. hari Rabu masuk kelas, baru dapat tahu kena hantar report hari Khamis,  hantar slide show hari Jumaat, presentation hari Sabtu. ambik kau.. artikel panjang tak bersentuh pun lagi. dah la 20 markah untuk semua tugasan. nasib baiklah lecturer boleh bagi excuse hantar report hari Jumaat. itu pun memang kelam kabut sungguh dengan kepayahan nak memahami artikel. 

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya walaupun markah sedikit rendah daripada apa yang saya jangkakan. tak boleh nak buat kali kedua. itulah markahnya untuk carrymark nanti. kena lebih usaha untuk exam midterm Jumaat ni pulak. nasib baiklah tidak terlalu banyak chapter yang masuk dalam midterm, insyaAllah boleh cover markah kat presentation. transformasi demi untuk mencapai sesuatu yang lebih baik itu bagus. hehe.. 

Sebenarnya kita sudah merancang untuk itu dan ini. namun, kedatangan penyakit malas memang boleh merosakkan rancangan dan susun atur masa. saya yakin, apa yang boleh mengatasi penyakit malas saya sekarang ni hanyalah azam yang super tinggi untuk berubah kepada yang lebih baik. cer bagi rajin untuk ganti penyakit malas ni. haha.. 

Semoga saya boleh buat yang terbaik untuk semester ini. amiin.. (^^,)

Saturday, August 04, 2012

Kembali Bernafas

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!! 

Sudah berkurun lama laman ini saya tinggalkan. bukan kerana tidak sudi hendak menulis, tetapi banyak sungguh kekurangan yang menghalang saya melakar bicara di blog kusam ini. Setelah lebih sebulan berada di perantaun, apa pun tak dak. saya terpaksa berjauhan dengan dunia blog buat sementara. walaupun sebenarnya nak sangat jenguk blog. tapi bila internet tak dak, laptop tak dak. duk senyap gitu je lah. 

Alhamdulillah sekarang dah punya laptop sendiri untuk buat assignment, nak menaip blog dan lain-lain. tak perlu dah nak pinjam meminjam ber'booking' bagai. ikut suka lah nak buat lagu mana pun. bak kata promoter kedai komputer tu, laptop ni tahan lasak. errr.. statement agak meragukan sebenarnya. tapi mungkin ada betulnya. 

Saya tidaklah pakar dalam memilih laptop yang bagus. kalau promoter nak tipu saya memang senang je lah. tapi sebab kawan yang temankan saya pakar bab laptop, takde lah saya takut kena tipu dah. ngee.. 

InsyaAllah, dengan adanya kemudahan yang dibekalkan, ada wifi, ada laptop.. saya akan cuba mengisi blog kusam ini dengan pelbagai perkongsian. ayat nak hebat, buatnya entah ada ke tidak.. apa-apa pun, terima kasih kepada yang sudi datang berkunjung ke sini. mohon maaf andai penulisan saya tak seperti yang anda inginkan. bulan baik ni, maafkan je lah saya.. ngee =D 

Akhir kata, selamat berpuasa kepada yang berpuasa. yang tak berpuasa pulak, nak makan tu, sembunyi-sembunyi la sikit ea. tak yah la duk makan terang-terang tunjuk dengan bangga. selamat beramal (^^,).

Nota kaki :
dah berapa banyak ntah entry macam ni terhasil ea? hahaha..