Sunday, October 21, 2012

Semangat Di Saat-saat Akhir

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Siang nanti adalah kertas pertama saya untuk peperiksaan akhir semester ini. ikut jadual mula pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang, saya akan memerah otak untuk mengarang kisah sejarah kebanggaan negara. rekaan atau ke laut kisahnya, esok baru boleh tahu. 

Semangat mentelaah sejarah dan dasar-dasar kerajaan di minit-minit akhir sebelum peperiksaan sememangnya berkobar-kobar sekarang ni. bukan sahaja semangat patriotik membara dalam diri, malah semangat pulun mahukan keputusan gempak juga sedang membara. semoga saya diberi ilham untuk menjawab soalan yang dikemukakan esok. jawapan betul atau salah belakang kira, yang penting usaha untuk menjawab kena ada.

Kalau tengok carry-mark saya untuk subjek Pengajian Malaysia, bukan menjadi satu masalah untuk lulus.  tambah beberapa markah sudah confirm lulus. tetapi apa saja yang ada pada lulus? biarlah puas hati dengan keputusan tertinggi hasil usaha dan kegigihan.

Seriusly saya tak nak buat ala kadar untuk paper ini. sangat berharap semangat yang ada ini tak pudar ditelan tarikan-tarikan seperti movie-movie best, game yang mengasyikkan dan lain-lain lagi. entah kenapa  di saat-saat nak menempuh peperiksaan pelbagai jenis hiburan datang dekat. bisikan syaitan sungguh. uhh!!

Geng kelas Pengajian Malaysia group Muamalat 

Kepada sahabat-sahabat yang akan turut sama berjuang di medan peperiksaan esok, jom sama-sama gunakan masa yang ada untuk buat review akhir sebelum exam. buat yang terbaik dan jangan pernah berputus asa. selamat maju jaya..

Sempena dengan peperiksaan yang bakal berlangsung ni, saya dengan rasa rendah diri ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memohon maaf andai ada silap dan salah yang mengundang ketidakselesaan, menjadi punca terguris perasaan dan lain-lain. saya akui, saya bukanlah insan yang sempurna. semoga dengan kemaafan dan doa yang diberi saya dapat menduduki peperiksaan ini dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Semoga kita sama-sama dianugerahkan kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat serta berada di bawah lindungan Rahmah dan Redha Allah SWT. amiin..

1 comment:

MYSELF ! :D said...

lah ! student KIUN yek !
heheee .