Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.
Dalam sibuk study sebelum menempuh exam tidak lama lagi, saya sempat mendengar rakaman ceramah motivasi oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bertajuk Menempuh Gerbang Perkahwinan buat ke sekian kalinya. selalu dah mengulang dengar.
Biarlah kali ini saya kongsikan apa yang saya dapat daripada ceramah motivasi tersebut. antara isi menarik adalah 15 punca pudar kasih sayang lelaki terhadap pasangan. ceramah ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam perancangan mendirikan rumahtangga. walaupun begitu, tidak bermakna sesiapa yang telah berkahwin boleh mengabaikan perkara ini.
Mungkin perkara ini nampak remeh bagi sesetengah orang. namun, tanpa sedar ia boleh menghakis perasaan sayang pasangan dan boleh mendatangkan benci jika tidak diambil perhatian.
15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar sayang lelaki terhadapnya :
1. Perempuan itu comot.
Orang lelaki cukup tidak senang apabila isteri atau pasangan dalam keadaan comot. kalau comot time buat keje sekejap tu okey la, boleh dimaafkan. tapi kalau dah sepanjang masa comot? err..
2. Perempuan yang cerewet.
Pandangan peribadi saya, tiada masalah jika seorang perempuan itu bersikap cerewet. namun, jika terlampau cerewet, itu boleh mengundang tension kepada si lelaki. buat itu tak kena, ini tak kena. adeh!
3. Cemburu yang melampau.
Cemburu sememangnya tanda sayang. namun apabila diekspresikan secara melampau, maka ia boleh mengundang rimas si lelaki. bayangkan kalau sampai tahap lelaki tak boleh menjeling ke arah lain, terus nak jeles. awas.. itu menimbulkan benci si lelaki.
4. Perempuan yang cincai, cuai.
Cincai dan cuai terjadi apabila tidak memberi sepenuh perhatian dalam melakukan sesuatu. cuba dan berusahalah untuk jadi seorang yang kemas dalam melaksanakan tanggungjawab. buat kerja dengan kemas, kan lawa..
5. Perempuan bermulut celupar.
Tak menjaga bahasa yang keluar dari mulut sangat berbahaya. kalau mulut bau longkang, mungkin ada yang masih tahan, tapi kalau bahasa setaraf dengan longkang, silap-silap kerusi meja boleh terbang. ada je lelaki yang diam, tetapi dalam hati mungkin akan timbul benci. take note yang ini..
6. Cabul. melawan cakap suami.
Tak salah melawan kalau memang perkara betul. melawan tak pasal-pasal tu yang bahayanya. suami dah bagitau jangan beli karpet abang pakistan, nak jugak beli. padahal karpet tahun lepas berlambak dalam stor. selalu sangat buat, fed up lah si suami..7. Mencabar pasangan.
Bukan bermaksud orang lelaki tidak boleh menerima cabaran, tapi kalau cik kak cabar yang bukan-bukan? mau rasa terhina si lelaki.
8. Perempuan yang cetek hati, pendek fikiran.
Orang yang cetek hati susah diajak berbincang dan tidak dapat memberi pandangan. dalam menyelesaikan masalah, cuba untuk bagi sedikit pandangan, idea dan buah fikiran. janganlah sepanjang masa jawapan 'entahlah' yang keluar. hehe..
9. Caci, mencela, mengutuk.
Perkara yang dinamakan mencaci, mencela, mengutuk ni, semua orang tak suka. kalau mengkritik, biarlah dengan berhemah. lagi lah kalau depan orang ramai, jangan caci maki. selalu jugak saya dengar cik kak mencela suami sendiri depan orang. ayat 'abang ni lambatlah..' itu pun mencaci tau. selalu buat, bahaya tu..10. Canggah. membangkang tak sudah-sudah.
Bukanlah bermaksud si isteri langsung tak boleh nak berbahas. kalau dah si suami salah, bersabar dulu, carilah waktu tenang untuk canggah dengan cara yang berhikmah. jangan cik abang tengah panas terus nak bangkang.
11. Culas. perempuan yang malas melampau.
Bila sampai point ni, teringat drama Dalil Cinta lakonan Fahrin Ahmad yang mendapat isteri super malas. sikap malas melampau sampai diri sendiri tak terurus memang dahsyat lah. buang sifat malas untuk jadi lebih disayangi.
12. Curiga yang keterlaluan.
Apabila langsung tidak dipercayai, lelaki akan punya kemahuan untuk memberontak. berilah kepercayaan kepada lelaki tetapi jangan melampau. si lelaki pulak, jangan hancurkan kepercayaan yang diberi. sekali kepercayaannya hancur, susah untuk si dia yakin buat kali kedua.13. Perempuan yang curang.
Ini memang benar-benar nyata. kalau lelaki itu menerima perempuan yang curang, maksudnya dia ada potensi untuk berlaku curang. please lah.. cuba sedaya upaya untuk setia. kalau tak serasi jugak, mohon dengan cara yang betul. jangan curang..
14. Canggih yang melampau.
Ini trend zaman sekarang, semua benda nak matching. apabila sudah sampai tahap melampau sehingga pasangan tak dapat nak mengadakan, ia boleh mengundang keretakan rumahtangga. bayangkan kereta kaler merah, garaj kete pun kena merah, sofa ruang tamu kena merah, kasut kena merah. saya pernah jumpa kes bercerai sebab suami tak dapat beli tv besar!!
15. Chance tak ade.
Kalau semua benda yang pasangan mintak tak boleh, jual mahal.. camane? nak suruh si suami ketuk lutut?
suami : pah, malam ni masak untuk abang ea.
isteri : malam ni tak boleh, kuku baru lepas kilat ni.
suami : kalau macam tu.. malam ni kita tidur awal lah.
isteri : isk.. abang ni, pah nak tengok wrestling la malam ni.
suami : (uhhhh.. kecewa...)
Ini antara yang dapat saya kongsikan buat kali ini. banyak lagi isi menarik dalam rakaman tu untuk sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga. bukan untuk bakal pengantin saja, malah untuk sesiapa yang sedang single, sedang meng-usha calon, juga untuk mereka yang sedang berumahtangga. tiada tarikh expired untuk perkara ini.
Semoga apa yang saya kongsikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah rumahtangga. dedikasi khas untuk kawan-kawan yang sudah kawen dan bakal berkahwin dan untuk saya sendiri. selamat menjalani rumahtangga yang bahagia. lalala~
Nota Kaki :
Entry ini adalah entry yang pernah saya kongsikan pada 5 Januari 2011. sekali lagi saya ketengahkan pada hari ini memandangkan isinya takkan pernah lapuk dan basi. tambahan pulak, saya dah semakin susah mencari masa aktif di blog. uhh..
Tadi ternampak ada salah satu lukisan dalam entry ini dikongsikan dalam page iluvislam.com di Facebook. terasa macam nak melukis semula. hihi..
8 comments:
yang last tu cm brutal je...
pah kilat kuku sambil tgk wrestling..haha
bini kongfu :D
Mak kaseh atas info tok. Nang benar info tok x lapok. Bahkn sentiasa sealiran zaman. Singgah jap. Singgah like fanpages kmk d Myhabibysuperb juak. Tqia.
Walaupun belum kahwin, tp dari psikologi kita dapat tahu yg mende2 ni semua mmg membuatkan kurangnya kasih sayang kpd pasangan, kan?
info yang wanita wajib tau. heee.
kalau sy lelaki, sy pun tanak isteri sy mcm tu. :P
salam kenal adinda asada (hehe, mcm tulis surat). bagus info ni & mmg kena print & tampal kat muka pintu bilik (especially utk special adinda asada ni). btw pendapat kekanda ros yg dah 11tahun kawin ni, ingatan ni mmg kena selalu refresh utk org2 lama sebab org2 yg baru kawin @ masih bercinta semua2 ni xde nampak (semua ok je/dpn boyfriend/new wed jaga semua tingkah laku). Bila dah lama kadang2 kita leka, tapi again kalau kita berpegang & ada ilmu agama yg kuat INSYAALLAH kita boleh kawal & elak benda2 di atas sebab semua yg Asada list tu semua DOSA2 besar utk isteri kalau dia buat....sekian, allahualam.
comel pulak asada lukis tu :)
sila turun padang beramai ramai untuk mengekalkan ain dalam terampuk ke-30!
lawa kartun tu.. ambut ada jambul.. :D
Terima kasih banyak untuk menulis ini, itu unbelieveably bermaklumat dan menceritakan tan
Post a Comment