Friday, December 30, 2011

Aku Hanya Insan Biasa

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!! (^^,)

Giler punya lama tidak menjenguk blog, sehinggakan orang bagi warning supaya me-renew domain blog ni. dahsyat tak dahsyat jugak la. takde la sibuk sangat hidup saya ni sebenarnya, tapi tak sempat jugak nak buat itu ini. ade je alasan yang boleh diguna pakai. lalala~ 

Sekarang sudah berada di dunia baru. masih lagi berjuang untuk bertapak dengan stabil di sini. semoga segalanya dipermudahkan. selalu dipesan oleh ayahanda, kalau nak mintak, mintak lah daripada yang Maha Esa. Dia yang berkuasa menentukan segalanya. kita hanyalah merancang. yang lebih expert merancang semestinya Allah SWT. 

Mohon doa daripada semua, semoga urusan saya di sini dipermudahkan. dengan restu semua, insyaAllah itu akan menjadi asbab urusan kita dipermudahkan. amiin.. 

Taipan segera lagi nak cepat di Cyber Cafe 'Monster' Stargate, Alor Star, Kedah Darul Aman. (^^,)

Thursday, December 01, 2011

Medical Checkup Yang Menguji Kesabaran

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Seumur hidup, semalam adalah kali pertama saya merasai proses pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan seperti yang dilakukan oleh bakal siswazah lain di Malaysia. 'sabar' satu perkara yang sangat perlu dipraktikkan sepanjang proses medical checkup. nak dibandingkan dengan pemeriksaan kesihatan di Mesir, memang jauh bezanya. 

Di Mesir, bukan sahaja perlu sabar yang tinggi, malah perlu ketahanan mental serta ketahanan fizikal berasak dengan beratus mahasiswa negara lain yang badannya berkali ganda lebih besar berbanding kita. (lebih khusus, badan diorang jauh lebih besar daripada saya. hahaha..)

Walaupun begitu, tetap kecewa dengan layanan yang diberikan oleh klinik kesihatan kerajaan di tempat saya semalam. harapan tidak mengalami situasi menunggu terlalu lama seperti di Mesir berkecai..

Saya sampai di klinik pukul 2.00 petang, terus buat bayaran di bahagian pentadbiran. 2.40 petang selesai mendaftar untuk buat pemeriksaan kesihatan. angka giliran di tangan sekadar hiasan! angka yang muncul di skrin bilik pemeriksaan tidak langsung mengikut turutan..

Bila tiba angka saya, masuk ke bilik tersebut hanya untuk diberi borang urine test dan x-ray, kemudian nurse memberitahu bilik-bilik yang perlu saya masuk. dah selesai nanti masuk ke situ balik. okay, hampir sejam saya menunggu, itu je yang nak diberi. 

Pukul 3.40 selesai urine test, hampir pukul 4.00 petang selesai x-ray.. terus saya hantar semua keputusan tersebut ke bilik pegawai kesihatan yang saya masuk tadi. bagi by hand dengan dia. by hand okay! dia kata duduk tunggu kat luar sekejap. nasib baik duduk, bukan berdiri atau bersila di lantai. ye, saya akur sebab dia ada patient lain time tu.

Patient tadi dah lama keluar. jemu 20 minit menunggu, saya pun menyelak pintu bilik pegawai kesihatan tersebut, senang kata bilik doktor lah. diorang tengah bersembang. boleh pulak tanya saya nak apa?? heyy... tadi saya bagi result x-ray dan urine test, mana letak?? yang buat hati bengkak bengang semacam, folder x-ray bersama kad kesihatan saya tadi dia letak kat bawah meja tepi dinding! doc, saya nak selesai terus la medical checkup tu, bukan tahun depan baru siap..

Doktor tu pun semak result saya tadi, ade yang tak cukup. kena check mata, nadi, timbang dan sukat tinggi di bilik 7. kalau doc bagitau tadi, kan dah selesai saya buat! dapat rasa muka saya dah mula panas, hati memang bengkak giler lah. sabar... sabar.. Nurse yang timbang, sukat dan check nadi saya tu diam je tengok muka saya. hahaha..

Pukul 4.30 petang baru selesai semua. tension nya.. seriusly bengkak hati. member yang temankan saya dah lama menunggu. makanan tengahari pun dah habis tercerna. lapar.. cari makan, jom tengok wayang.. 

Bagi saya, Twilight Breaking Dawn sangat slow.. nasib baik tak tertidur dalam hall. siapa punya idea tengok movie tu, sabor je lah.. (tiba-tiba keluar kisah twilight si Bull nih)

Wednesday, November 30, 2011

Saturday, November 26, 2011

Kisah Dari SK Empila

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Sudah masuk cuti sekolah sekarang, tak perlu tulis surat tidak hadir ke sekolah. maka berubahlah rutin harian. takde dah gelabah-gelabah bersiap nak ke sekolah bila bangun pagi. hihi.. satu lagi pengalaman yang best telah dilalui selama dua bulan mengajar di SK Empila. semoga suatu hari nanti akan ada lagi pengalaman yang best macam tu.

Walaupun sibuk dengan itu ini di sekolah. tapi kesibukan itulah yang sangat menyeronokkan. terasa kepuasan bila selesai satu-satu program.

Saya bersama Cikgu Bakerya dan Cikgu Basya di meja perangkaan markah Sukan Tahunan Sekolah.

Sukan Tahunan Sekolah aktiviti pertama saya sertai bersama barisan guru dan kakitangan SK Empila. buat pertama kali saya berada di bahagian perangkaan markah, tapi jadi tukang tulis je. kira okay jugak lah.. saat-saat akhir hari sukan, cikgu lain take over kerja menulis markah sebab terlalu ghairah menyokong atlit Rumah Kelisa. murid bersukan, cikgunya over bagi sokongan. hehe..

Kelas omputih (CPD).

Oleh kerana SK Empila di bawah Program Sekolah Amanah, cikgu-cikgu juga diajar cara mengajar dengan lebih efektif. yang mengajar pulak adalah advisor kelas internasionalle. pada pandangan saya, banyak kebaikan yang diperolehi daripada program ini. antaranya, cikgu-cikgu menjadi sangat rajin!! sebenarnya terpaksa rajin sebab segala tindakan diperhati dan akan dikomen. hahaha..

Saya dah lupa susunan program dan aktiviti di sekolah sebab banyak sangat. tempek saja lah mana-mana..


Jadi guru pengiring lawatan pelajar tahun 6 ke tiga lokasi, Rumah Seri Kenangan Kuching, Perpustakaan Negeri Sarawak dan Planetarium. boleh pulak pagi hari lawatan saya bangun lambat. gara-gara blogwalking di tengah malam lah tu. hahaha.. kelam-kabut bersiap pergi sekolah. 7.35 pagi baru tulis nama dalam buku kehadiran guru. nasib baik lah lawatan tu pukul 8.00 pagi.takde lah kena tinggal dengan bas..


Majlis Khatam Al-Quran untuk pelajar tahun 6 SK Empila 2011.. pentas tu saya yang tampal. lalala.. kalau ade yang nak tempah buatkan pelamin masa kawen, boleh hubungi saya. hihi.. yang bestnya, Majlis Khatam Al-Quran ni dapat liputan Utusan Sarawak. malangnya takde muka saya yang ditempek dalam akhbar. saya tempek sendiri dalam blog ni pun kira okay laaa... hahaha..

Banyak lagi kisah dari SK Empila nih. mau tak nya, folder gambar semasa aktiviti sekolah saje lebih 10GB. tahap keaktifan sekolah pada hujung tahun mencecah tahap maksimum. itu lah yang seronok nya.. insyaAllah, ada masa saya tulis lagi di episod akan datang dalam sinetron Budak Malaysia. ngeee =D


SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH.. (^^,)
selamat datang 1433H..

Monday, October 31, 2011

Surat Tidak Hadir Ke Sekolah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Kisah kaki terseliuh dalam entry sebelum ni dah berkurun lama tak diupdate. dah sembuh 99% kaki ni. Alhamdulillah syukur saya masih dapat berjalan seperti biasa. terasa lagi bila melompat sebenarnya. mungkin akan kekal kot. tapi kisah kaki terseliuh bukanlah alasan tidak meng-update blog sebulan ni.. hehehe.. 

Sibuk Sangat Ke Jadi Cikgu?

Kalau saya nak ceritakan kisah kesibukan minggu sebelum minggu peperiksaan akhir, kemudian minggu peperiksaan akhir tahun dan sekarang ni selepas peperiksaan, memang tak habis tercerita dalam satu entry. mungkin boleh jadi episod sinetron Budak Malaysia. bila dah habis exam, ada pulak pelbagai aktiviti dan program untuk murid-murid.. paling dekat, esok saya akan turut serta dalam lawatan pelajar tahun 6. eh? bukan saya ke yang teruja nak ikut? lalala~

Minta maaf lah kepada pengunjung yang datang bertandang tetapi tidak ada tampalan baru disajikan. rasa bersalah pulak bila blog ni terabai. huhu.. mungkin saya patut tulis surat tidak hadir menulis di lain masa. ye lah, murid tak hadir ke sekolah pun kena tulis surat. pekerja tak datang bekerja pun kena ada pengesahan doktor. hihi.. 


Ini contoh surat tidak hadir ke sekolah yang murid bagi minggu sebelum minggu lepas. bagus surat ni, ada kenyataan yang kukuh bahawa dia tengah sakit perut yang sangat. ada usaha menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sempena Bulan Bahasa. menurut guru kelasnya, memang budak ni selalu tak datang sekolah. masalah jugak tu..

Blogger kena bagi surat jugak kot kalau tak hadir menulis. ngeeee.. kat Blog Seratus Penulis pun saya dah lama giler tak datang. kalau kerja company, mau dah kena buang kerja saya ni. adeh.. 

*** Entry ditaip di bilik guru siang tadi, malam baru dapat nak publish. ngeee =D

Saturday, October 01, 2011

Baru Kau Tahu Nikmat Sihat

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Sekarang saya sedang menjalankan amalan hidup sihat. selain mengawal tabiat makan almost 24 jam sehari, sejak Selasa hari tu, setiap petang saya akan berjogging di Halaman Kota Samarahan kemudian bersenam sambil meng-usha awek-awek yang bawa adik bermain di taman. dalam tidak sedar, ada jugak awek berjogging sambil meng-usha abang body ketul-ketul. hahaha..

Namun, hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah.. Semalam saya terjatuh semasa syok melompat-lompat palang besi. biasa okay je saya lompat, entah macamana semalam boleh pulak kaki saya 'terpelecok' lalu terseliuh. terus saya jadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah merawat diri sendiri. dah rasa okay sikit, saya sambung renggangkan badan kemudian terus balik ke rumah.

Ingatkan dah sembuh setelah diberi rawatan PBSM diri sendiri, rupanya malam tu bertambah perit. langsung tak dapat berdiri dengan kaki kiri! itu lah, baru kau tahu nikmat sihat. hahaha.. sekali lagi saya jadi PBSM, sapu minyak, urut kaki sendiri. sampai tertidur menahan sakit..

Bangun je pagi tadi, tengok buku lali kaki kiri dah kembang membengkak. aduyai.. dugaan sungguh. dah la plan nak pegi berenang di Kem Permai petang Ahad ni. berjalan pun payah, apatah lagi nak berenang..

Setelah disarankan oleh mak dan ayah, lepas zohor saya pergi ke rumah Wa (abang ayah). mulanya degil, dah diri sendiri perit menahan sakit, baik pergi je betulkan kaki terseliuh kat rumah Wa. actually, Wa memang terkenal dengan kebolehan mengatur tulang yang terkehel, seliuh dan patah. lepas dibetulkan tu, Alhamdulillah.. rasa kurang sakitnya. cuma kembang je yang belum susut. ni nak pergi sepak bola pun boleh rasanya. lalala~

Hope kembang kaki ni susut dengan cepat. sakit betul-betul dah kurang sekarang. dah boleh berjalan dengan elok. kadang bagus jugak sakit ni. bila sakit macamni, baru kita sedar betapa besarnya nikmat sihat yang kadang kita persiakan. so, jagalah kesihatan kita dengan baik.. (^^,)

Wednesday, September 28, 2011

Hilang Ghaib Ku Sangka Mati

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! (^^,)

Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya..

Kisah ni nak kata musibah pun ye, nak kata kelakar pun boleh. minggu lepas kami serumah dikejutkan dengan kehilangan kucing kesayangan seantero rumah. tak lain tak bukan, si Boboy tu lah. biasa ade je nampak Boboy ni mendagu di kerusi ruang tamu. kalau tidak pun, terbongkang atas kerusi di dapur.

Lewat petang Ahad nampak lagi Boboy ni ikut makan bersama kucing-kucing lain. pagi Isnin tak nampak dah. mula ingat Boboy pergi main rumah jiran sebelah, so takde la tercari-cari sangat. tengahari tak nampak bayang, masa bagi makan lewat petang pun masih tak nampak. mula dah rasa kehilangan Boboy. dalam kepala takde lain, samada mati kena langgar atau diambil orang yang lalu lalang. tapi yang menjadi kemusykilan, kalau mati mana jasadnya?

Pasrah dengan kehilangan Boboy. awal pagi Selasa, semasa menyidai di ampaian saya dengar bunyi macam periuk besar ditolak sesuatu di belakang rumah. takde lah nak tengok, nak check ke ape sebab saya sangka kucing tengah bermain kat kawasan tu.

Tengahari Rabu, mak saya tergerak hati nak selongkar tempat menyimpan periuk besar sebab dengar bunyi kucing mengiau seolah-olah terperangkap. akhirnya terjumpa lah si Boboy yang menghilang dua hari. kesian sungguh, dua hari tanpa makan minum. mujurlah periuk tu tidak terlingkup rapat sebab menindih kotak telur. ada la ruang udara nak bernafas..

Dari cerita mak, Boboy keluar dari bawah periuk besar tu terhuyung hayang. memang lemah sungguh dah. kotor kemain.. yang bestnya, Boboy tak buat 'kuih' pun kat bawah periuk. cuma dia sendiri kotor kena 'air ketumban'. kalau tak dijumpai lebih lama, mungkin Boboy mati kebulur terperangkap bawah periuk. yang kelakarnya, macamana lah dia boleh terperangkap. sungguh-sungguh sangat bermain lah tu kot. hahaha..

Boboy yang kepondanan..

Monday, September 26, 2011

Jadi Cikgu Lagi

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Lebih seminggu tak dapat update blog. siyes tak dapat! sibuk yang tak dapat disangkal lagi. sejak Isnin minggu lepas, saya sudah berkhidmat menjadi cikgu di Sekolah Kebangsaan Empila, Kota Samarahan. kebetulan pula, minggu lepas adalah minggu persediaan untuk temasya Sukan Tahunan Sekolah. saya datang melapor diri terus dipanggil attend meeting Sukan Tahunan! hahaha..

Hari Selasa ada pemilihan atlit rumah sukan. saya ditempatkan bersama cikgu di Rumah Kelisa yang bertemakan warna merah sebab ikut nama cikgu yang saya ganti. agak digeruni jugak Rumah Kelisa ni sebab ada atlit terbaik dan terhebat sekolah. saya pun kalah bila lumba lari 100meter. tapi itu mungkin sebab saya dah lama tak berlari, dulu saya atlit jugak okeh!

Hari Rabu dan Khamis saya menjadi guru pengiring kepada empat pelajar SK Empila ke Kem Bina Juara Seni Khat. walaupun takde lah letih macam hari buat pemilihan atlit, tapi saya khusyuk belajar teknik menulis khat bersama budak sekolah rendah. banyak jugak benda baru saya dapat tahu. satu hari suntuk di dalam dewan pun tetap best.

Hari Jumaat buat raptai perbarisan lintas hormat perasmian Sukan Tahunan Sekolah. siyes punya panas Jumaat hari tu. nasib baik raptai habis sebelum tengahari. pagi saje dah membahang, kalau tengahari mau terbakar terus gamaknya. hahaha.. 

Tahun ni agak special sebab buat julung kalinya temasya Sukan Tahunan Sekolah diadakan di Stadium Mini Kota Samarahan. sebelum ini pihak sekolah adakan di padang sekolah sahaja. so semestinya memerlukan persediaan teliti untuk bawa rombongan beratus murid yang perlu sentiasa diawasi. itu pun ade jugak yang terlepas kawalan! uhh.. 

Semalam dah selesai temasya Sukan Tahunan Sekolah. dengan kerjasama guru-guru dan PIBG SK Empila, semuanya berjalan lancar. cuma part penutupan je ada sedikit tersasar daripada rancangan asal disebabkan hujan lebat. overall, semua okay.. 

Syok jadi penyokong setia Rumah Kelisa semalam. cikgu memang perlu over dari budak-budak. hahaha.. walaupun dapat tempat kedua keseluruhan, acara balapan lelaki 12 tahun ke bawah di sapu bersih oleh Rumah kami. acara balapan perempuan 12 tahun ke bawah pun tak kurang hebatnya. hehehe.. 

Seperti biasa, bila dah all out semalam, hari ni badan pun dah rasa sengal sana sini. nasib baik lah ada cuti hari ni. boleh la buat rehat-rehat. walaupun berhabisan letih, pengalaman tu sangat best. ditambah dengan cikgu-cikgu semuanya sangat-sangat friendly dan menceriakan. tensen yang datang pun boleh hilang..

Nota kaki :
Belum ada lagi gambar nak dikongsi dalam entry ni, insyaAllah akan menyusul gambar-gambarnye. ngeee..

Friday, September 16, 2011

Malaikat Maut Lalu Di Kampung

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Malam hari Rabu lepas, kira-kira pukul 11.30 malam, anjing menyalak sayu. lain benar bunyi mereka menyalak bersahutan, seolah-olah ketakutan oleh sesuatu. ohh.. anjing nampak malaikat maut lalu di kampung lah tu, bisik hati saya. kalau tidak penduduk kampung ini, penduduk kampung sebelah yang meninggal dunia esok pagi. lalu saya suarakan kepada mak, apa yang saya rasa.

Pagi Khamis, mak saya dapat berita seorang penduduk kampung meninggal dunia, suami kepada orang yang pernah bekerja di rumah kami semasa saya kecik dulu. Innalillah Wa inna ilaihi Roji'uun..

Sebenarnya sudah banyak kali terjadi, bila anjing menyalak sayu begitu pasti disusuli dengan berita kematian keesokan paginya. ini mungkin bukan fakta kehadiran malaikat maut, hanya firasat saya. walaupun begitu, kita harus tahu, malaikat maut sememangnya sentiasa dekat dengan kita yang hidup. kita je tidak sedar akan kehadirannya.

Al-Fatihah untuk arwah Mohammad Sahi Bin Leman. semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman kepada Allah SWT. amiin..

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. persoalannya, sudahkah kita bersiap menempuhi sesuatu yang pasti itu?

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday : Raya Kedua 1432H


Gambar raya paling ramai tahun ni dengan family mak uda..

Saturday, September 10, 2011

Makin Sunyi Dah Rumah..

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Habis sudah suasana hari raya kat rumah saya, sunyi... tinggal Syawal je yang belum habis. sekarang ni rumah terbuka aidilfitri masih lagi berlangsung di sana sini. tanya sama perut, larat ke tak larat je lagi nak makan. ini pun baru balik dari pengilan (kenduri kahwin) di Kampung Mang, Kota Samarahan.

Makin ke tengah Syawal, makin sunyi rumah saya. petang semalam hantar adik saya ke airport. balik ke life kampusnya, kelas nak mula Isnin ni. tinggallah mak, ayah dan saya di rumah semasa hari bekerja. kakak dan abang ipar pula memang jarang-jarang ada di rumah kalau siang hari. bertemanlah kami bersama kucing-kucing yang ramai. sunyi betul lah..

Kucing pun ramai yang buat hal sekarang. lebih-lebih lagi tiga ekor si kenit yang diberi oleh auntie cina jiran selang sebuah rumah. terpaksa dikuarantin dalam sangkar sehingga mereka reti buat 'kuih' di tempat yang sepatutnya. macam dah okay sekarang ni, tapi masih perlu diteruskan latihan buat 'kuih'. hahaha..

Ika yang aktif. bila ajak bergurau, kemain bising suaranya..

Tiba-tiba melalut cerita kucing pulak kan. tapi kucing-kucing ni lah meriuhkan rumah yang sunyi. ade jugak untuk dipanggil time duduk-duduk bersantai.

Friday, September 09, 2011

Nak Bantah Ke 6% Cukai Beli Topup Dan Simpack?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bila saya dapat mesej daripada Celcom petang tadi, terkejut tengok nilai cukai yang bakal dikenakan bila beli topup dan simpack bermula 15 September nanti, 6%!! bayangkan beli topup RM10, kita perlu bayar RM0.60 untuk cukai.. maksudnya, orang yang topup RM10 dua kali seminggu macam saya akan bayar cukai RM4.80 sebulan. kalau keje cop duit, memang tak rasa lah bayor banyak tu bulan-bulan.

Menurut apa yang terpampang dalam announcement di laman web Celcom, cukai berkenaan adalah cukai kerajaan. sebijik sama macam cukai kita makan kat restoren besar atau hotel. bapak lah! makan dah kena cukai, sekarang nak bercakap kat telefon pun kena bayar cukai?!!

Seperti biasa, muncul lah pelbagai page bantahan di Facebook. antaranya Kami Bantah Cukai 6% Untuk Produk Reload & Simpack dan lain-lain lagi. itu je lah medium paling dekat dengan rakyat untuk menyuarakan bantahan ke atas cukai yang bakal dikenakan. entah didengar entahkan tidak oleh kerajaan Malaysia..

Negara kita merdeka sudah 54 tahun, tetapi perasaan masih dijajah tu seolah kekal dalam jiwa. ye lah, bila nak buat itu, buat ini dikenakan cukai. duit gaji habis ke cukai. beli kereta bayar cukai, makan mekdi, makan KFC pun bayar cukai, buat rumah kena cukai pintu pulak, bukak company kena cukai hasil. terbaru ni, beli topup nak kena cukai. hurmm...

Ye.. cukai tu untuk kemajuan dan kepentingan bersama dalam negara. masalahnya, cukai yang dikenakan terlalu membebankan rakyat. sampai nak berhubung dengan telefon pun kena bayar cukai. orang bergaji besar memang lah tak rasa, bagi rakyat berpendapatan rendah, benda macam ni lah yang membebankan mereka. lebih-lebih lagi golongan pelajar universiti. nak buat discussion mesti jadi lebih perit nanti. berat dah nak contact sana sini sebab bercakap kat phone kena bayar cukai dulu.

Nak melalut panjang-panjang, takut jadi mengarut. begini je lah.. saya tak kisah tax tu berapa tinggi pun, saya suka.. suka sangat!! tapi saya risau nanti kerajaan Malaysia tidak lagi mendapat kepercayaan daripada rakyatnya.

Nota kaki :
kalau kira cukai ni, siyes punya besar yang kerajaan Malaysia dapat. tapi rakyat jadi sengsara.. saya harap slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dapat direalisasikan. (^^,)

Thursday, September 08, 2011

Ko Ingat Mintak Maaf Saje Dah Cukup Ke?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Garang tajuk entry hari ni. hahaha.. tapi bukanlah entry nak marah-marah yer. saje nak bagi nasihat. saya bukanlah baik sangat pun, tapi bolehlah setakat bagi sedikit sebanyak nasihat. kalau betul, boleh lah diguna pakai. kalau salah, tegur-tegur lah saya.

Akhir-akhir ni, banyak kisah berkenaan tuntutan supaya memohon maaf, orang memohon maaf, dan orang yang tak reti minta maaf. maka terfikirlah oleh saya, macamana nilai kemaafan yang dipohon oleh si peminta maaf. adakah sekadar ucapan? cukup syarat? atau hanya debu di bibir saja?

Bermula kes Mat Sabu yang diwarkan sebagai pengkhianat bangsa apabila mengatakan Mat Indera sebagai wira sebenar negara kerana melawan polis British di Bukit Kepong. lalu waris daripada peristiwa Bukit Kepong menuntut supaya Mat Sabu memohon maaf atau menghadapi saman. persoalannya, permohonan maaf yang macamana mereka inginkan?

Muncul pula kisah Petknode yang kejam. pihak Petknode mengakui kesilapan mengabaikan haiwan peliharaan pelanggan yang ditinggalkan di premis mereka lalu memohon maaf. timbul dalam benak kepala saya, cukupkah dengan hanya memohon maaf?? (kisah penganiayaan Petknode ni betul-betul buat saya geram..)

Ade pula kisah orang yang tak reti nak minta maaf. ini memang keras kepala berhati batu punya orang. Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel apabila kerajaan Israel enggan meminta maaf selepas insiden serangan askarnya ke atas kapal bantuan Gaza tahun lepas. ini memang patut lah, biar je Israel tu sorang-sorang.

Daripada tiga kisah ini, timbullah persoalan nilai kemaafan. Rasulullah SAW mengajar kita supaya menjadi orang yang pemaaf, kerana dengan nilai kemaafan, ia dapat membendung berlakunya kekerasan. namun, cukupkah kita memaafkan tapi satu pihak lagi tidak merasa apa-apa?

Orang yang meminta maaf,

Sebagai pelengkap permohonan maaf, haruslah ada penyesalan dalam diri. sesali kesalahan yang telah dilakukan. berikrarlah kepada diri sendiri untuk tidak melakukan kesalahan yang sama di lain masa. kita dah buat salah kat orang, kadang tu memang tak mendatangkan kerugian apa-apa, tapi kalau hanya minta maaf sebagai ucapan, ape je hasil? takde effect langsung lah dalam diri..

So, penyesalan terhadap kesalahan dan kesilapan tu sangat penting dalam permohonan maaf. luahkan penyesalan dengan tindakan yang kita ambil seterusnya. baiki hubungan sesama manusia supaya tiada lagi benci, tiada lagi caci..

Setiap orang pun ade buat salah, jangan pula orang dah minta maaf sungguh-sungguh, kita duk ungkit kutuk lagi kesalahan orang tu. nampak sangatlah kita yang buruk kan.. jadi pemaaf tak merugikan..

Wednesday, September 07, 2011

Boboy Yang Terlebih Lemak

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Walaupun masih lagi hari raya, saya nak jugak cerita pasal kucing kesayangan di rumah ni. gara-gara kisah Petknode semalam lah ni. isk, rasa geram pulak dengan tuan punya kedai tu. sampai hati biarkan kucing dalam sangkar tanpa makanan berhari-hari. duit nak, tapi jaga tak nak. uhh! boleh baca kat Blog Hans Hanis tentang kisah penganiayaan Petknode Online Pet Store.

Boboy taiko paling power kat rumah saya..

Di rumah saya, ada berbelas ekor kucing sebenarnya, tapi yang paling mendapat perhatian, si Boboy ni lah. mungkin sebab Boboy berbadan besar dan paling aktif dulu. namun sudah kebiasaan, bila dimanjakan sangat, terus jadi kucing malas. berat saje cecah 3.9kg, gemok dan berperut buncit pulak tu. huh..

Menurut cerita kakak saya, Boboy jadi besar terlebih lemak sebab curi makan sebalang pil vitamin untuk kucing. balang tu takde la besar, tapi untuk seekor kucing, dah overdose. yang lain dapat sebiji seekor, dia sebalang! mana tak mengembang.. sekarang ada lipatan lemak kat bawah leher Boboy. gemok kemain..

Tengoklah kemanjaan Boboy bila ade orang layan..

Boboy ni badan je besar, tapi agak kepondanan. tak reti nak berlawan dengan kucing jantan lain. budak baik kononnya. hahaha.. sebab tu lah muka Boboy banyak calar. masa gaduh, dia tunggu je si John dan Abon cakar muka. sah-sah pengecut. kita pulak yang tolong halau Abon dan John. (John dan Abon kucing jantan jiran belakang rumah.)

Bulan puasa hari tu Boboy kena gigit anjing. tak reti nak lari bila makhluk lain serang lah tu. terkejut tengok badan dia banyak luka. cepat-cepat mandikan, pastu sapu minyak gamat. alhamdulillah dah okay..

Kat rumah ni, kalau tak nampak Boboy, mesti akan tercari-cari. yang bestnya, panggil seekor, serombongan yang datang. hahaha..

Monday, September 05, 2011

Kesunyian Melanda...

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Masuk hari ketujuh di bulan Syawal. kat rumah saya ni masih lagi menerima tetamu yang datang beraya. walaupun begitu, suasana agak sunyi bila dua adik lelaki saya sudah kembali ke asrama sekolah semalam. hanya tinggal, mak, ayah, adik perempuan dan saya di rumah waktu ini. siang hari bekerja, kakak dan suaminya memang takde kat rumah. mana tak makin sunyi..

Hari Raya pertama dengan baju pink berkilau-kilau..

Dari hari pertama raya hingga semalam, saya jarang betul ada di rumah. hari ni je takde plan nak ke mana-mana. tapi rumah pulak sunyi.. terasa sungguh perbezaan daripada hari semalam. kawan-kawan pun ramai yang dah balik ke tempat kerja. kesunyian melanda..

Selamat menjalankan tugas kepada yang dah mula bekerja hari ni. semoga bekerja dengan penuh semangat sama seperti Semangat Raya hari tu. hehe..

Nota kaki :
Biasanya, selepas raya, ramai yang pokai.. so, cepat-cepatlah cari duit semula sebelum jadi lebih kedana..

Wednesday, August 31, 2011

Macam Tu Ke Sambut Merdeka?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Alhamdulillah.. Malaysia telah menjadi sebuah negara yang merdeka selama 54 tahun. kalau dikenang pengorbanan pejuang yang menuntut kemerdekaan ini dulu, sungguh besar jasa mereka. paling saya kagumi pengorbanan Rosli Dhobi di Sibu, Sarawak. walaupun dianggap sebagai pembunuh oleh penjajah, di mata rakyat Sarawak beliau adalah pencetus semangat dalam menuntut kebebasan di negeri sendiri. bayangkan di usia 16 tahun, beliau sudah mempunyai semangat berjuang yang hebat demi tanah air.

Bila saya tengok remaja zaman merdeka malam tadi, hati saya jadi sakit. kononnya sambut merdeka, tapi sebenarnya kekacauan yang mereka timbulkan. melalak laung merdeka tengah malam sambil minyak motor dipulas-pulas, bunyi sungguh memekakkan telinga. tak dapat bayangkan macamana bentuk telinga mereka yang boleh tahan bunyi bising macamtu. uhh!

Belum lagi yang main mercun.. lontar sana sini. pesta itu, pesta ini. timbul dalam benak kepala saya, macam tu ke sambut merdeka? apapun, saya harap semangat menghayati kemerdekaan mereka sekuat bunyi mercun yang mereka mainkan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54. sama-sama kita hayati kemerdekaan yang telah kita kecapi ini. semoga dengan adanya penghayatan itu, kita lebih mencintai tanah air dan lebih bersemangat mencurahkan bakti kepada negara.

Sunday, August 28, 2011

Nak Tengok Anak Bulan Syawal Dah??

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah! Selamat berpuasa.. (^^,)

Ape punya cerita lah blog ni. berhabuk kemain lagi sebab tak dijenguk oleh tuannya. cerita gadis gojes hari tu pun belum bersambung! maafkan saya.. ampun.. serius punya bizi. entah apa yang bizi sangat, saya pun tak tahu. kalah tugas perdana menteri.

Sedar-sedar je sekarang ni orang nak tengok anak bulan syawal 1432 Hijrah. ya ampun, esok! esok ye adik-adik.. dah nak raya rupanya kita ni. Ramadhan kian meninggalkan kita. samada kita dapat apa yang sepatutnya kita dapat daripada Ramadhan, itu tanya kepada amalan kita sepanjang empat minggu lepas. cemana?

Lebih separuh daripada Ramadhan tahun ni saya jalani di kampung. cerita pasal makan untuk berbuka kat Malaysia memang sungguh heaven! kat bazaar ramadhan seolah-olah ada banjir makanan. macam-macam makanan yang sedap-sedap. tapi ada jugak yang suam-suam saje. hehehe.. (tiba-tiba cerita pasal makanan, ini memang saje nak bagi jeles perantau kat Mesir dan sewaktu dengannya).

Buat BBQ untuk berbuka pun senang sebab semua bahan mudah nak dapat. lalala~

Sambung cerita tengok anak bulan Syawal tadi, sebenarnya saya baru tahu esok orang nak tengok anak bulan syawal, 29 ogos 2011. saya sangat berharap Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Rabu sebab banyak benda belum settle kat rumah ni. hahaha.. itulah sibuk sangat sampai dah nak raya baru gelabah!

Mungkin hari ni hari yang sibuk untuk saya. adeh... hari-hari pun sibuk!

Nota kaki :
Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat yang menyambutnya.

"hari raya dirai, Kemerdekaan dihayati." (ini slogan TV1 punya..)

Monday, August 15, 2011

Kisah Musafir Ke Tanah Air

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Hampir seminggu berada di Malaysia, baru nak update. siyes punya busy memanjang sampai tak terjenguk blog ni. kesian sungguh.. actually sekarang dah berada di Sarawak setelah bermusafir sejak 9 ogos. bermusafirlah sangat kan..

Ini dia cerita yang nak dikisahkan. bermula dari Cairo Airport, barang-barang saya overweight. entah macamana pekerja Gulf Air boleh pulak timbang hand luggage saya. 16 kilo! memang sah-sah la overweight sebab sumbat PC dalam tu. boarding pass saya ditahan sehingga saya kurangkan isi dalam beg. sumpah frust! terpaksa keluarkan monitor 19 inci bagi kat member yang masih tunggu di luar kaunter check in.

Sudah keluarkan monitor, masih jugak overweight! merayu punya merayu, akhirnya uncle tu bagi lepas.. berat hand luggage hanya dibolehkan 7 kilo tapi beg saya 10 kilo lebih. yang buat saya frust dan bengkak hati, ade je passenger lain bawak hand luggage bapak lebih besar dan lebih berat daripada saya! redha je lah.. memang takde nasib monitor tu nak jejak Malaysia.

Selesai part check in, bersedia untuk masalah kat imigresen pulak. saya ni jenis yang malas buat visa masa duduk kat Mesir. saya balik hari tu dalam keadaan visa dah expired. hehe.. nasib baik akak imigresen tu baik, tunjuk kad pelajar je, terus dia bagi lepas. risau jugak kena denda sebab ada pelajar sebelum ni kena bayar denda LE150.

Flight Gulf Air terbang seperti yang dijadualkan. bayangkan saya tempuh semua tu dalam keadaan selsema, batuk-batuk dan sakit tekak. ade sekali tu hingus meleleh tanpa sedar.. siyes tersipu-sipu malu dengan para gadis yang sama flight. tak dapat nak macho-macho depan diorang dengan baju K-POP baru saya. hahahaha..

Transit di Airport Bahrain lebih 2 jam, berbuka puasa di situ dengan makanan disediakan dari dalam flight. kenyang jugak dengan sandwich. takde selera sangat sebenarnya, makan apa yang ada sebab saya nekad tak nak keluar duit kat Bahrain.

Tak banyak cerita di Bahrain. hanya duduk-duduk sambil tengok orang. sempat berkenalan dengan Dede Sukander dari Bandung, Indonesia. beliau bekerja di Bahrain, tetapi dihantar balik ke Indonesia atas sebab masalah visa. yang sadisnya, Dede ditahan di lokap imigresen Bahrain lebih 3 bulan, keluar sehelai sepinggang dengan tiket balik dan duit 300 Dinar. tengok muka dia, boleh nangis kesian..

Sambung perjalanan ke Malaysia. dalam flight, aktiviti saya tengok movie hindustan, tapi lebih banyak tidur dari menonton. hahaha.. tukar-tukar tempat duduk memang dah kerja saya. duduk lama-lama di satu tempat boleh mengundang kebosanan. Alhamdulillah sampai ke KLIA seperti yang dijadualkan..

Ade gadis gojes menanti ketibaan saya di KLIA.. kisah bersambung. lalala~

Tuesday, August 09, 2011

Entry Sebelum Kembali Ke Tanah Air

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua. kat mesir sekarang, cuaca panas memang sangat mencabar keimanan. jalan di siang hari boleh mengundang pengsan kalau tak betul gaya. tapi takpe, ini Ramadhan terakhir saya di Bumi Anbiya'.

Hari dalam minggu ni rasa macam panjang giler walaupun sama je 24 jam sehari. haha.. tak nak rugi minggu terakhir berada di Bumi Mesir. selain sibuk berpindah rumah sementara Asrama Pelajar Sarawak dibaik pulih hari tu, saya juga sibuk jalan sana sini beli sumthing untuk bawa balik Malaysia.

Tinggal lagi 15 jam sebelum saya terbang ke Malaysia. flight saya pukul 1.30 petang dari Cairo Airport (6 jam lewat dari waktu Malaysia). singgah di Bahrain dua jam lebih kemudian terbang ke Malaysia. jika lancar perjalanannya, insyaAllah akan sampai ke KLIA pukul 9.40 pagi, 10 Ogos 2011.

Selepas ini akan bersambung pengembaraan saya di Malaysia pulak. tak tahu nak gambarkan perasaan saya macamana. sedih ada, happy pun ada. sedih bila akan berpisah dengan sahabat-sahabat dan member-member di sini. bertahun-tahun bersama menempuh susah senang di negara orang. entah bila akan bertemu lagi.

Happy pulak sebab akan balik ke tanah air. well, bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. tetap jugak baik di negeri sendiri.

Semoga perjalanan balik saya dipermudahkan dan Allah SWT sentiasa memayungi perjalanan saya dan pelajar lain yang balik ke Malaysia. amiin..

Nota Kaki :
Merana sakit tekak dan batuk-batuk sekarang. takut pulak orang tak bagi naik flight. uhh..

Monday, August 01, 2011

Secebis Nota Sepatah Kata

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Pertama sekali saya minta berbanyak-banyak maaf kepada pengunjung blog ini sebab tak dapat meng-update sekerap dulu. maklumlah sekarang baru saja berpindah rumah yang mana tidak ada perkhidmatan internet. nak update pun kena ke cyber cafe. ni lepas habis solat terawih, terus ke CC. memang moden sungguh lah. hahaha..

Sebenarnya masih belum habis proses berpindah rumah. hopefully esok akan selesai kerja pindah memindah ni semua. selagi tak habis kerja pindah rumah dan angkat barang ni, saya memang tak boleh duduk diam. walaupun sebenarnya boleh lagi keluar jalan-jalan. hehe..

Terima kasih kepada yang memberi ucapan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan saya. semoga dengan doa anda semua, usia yang dikurniakan mendapat berkat daripada Allah SWT. amiin..

Tiada majlis besar-besar, takde potong kek, hanya makan-makan di KFC yang sahabat saya belanja bagi meraikan hari lahir saya. sangat-sangat berterima kasih. takde gambar! langsung tak terdetik nak tangkap gambar. huhu.. dah tua, terus jadi malu-malu nak tangkap gambar. hahaha.. (kenyataan ni perlu dipercayai!!)

Akhir kalam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini kita sama-sama dapat meningkatkan amal demi mendapat redha dan keberkatan daripada Allah SWT.

"Kullu Amm Wa Antum Bikhair.."

Nota kaki :
puasa hari pertama ni, mesti ade yang lupa, pastu minum di siang hari. jangan buat-buat lupa sudah! (^^,)

Wednesday, July 20, 2011

Tuesday, July 19, 2011

Hidup Tidak Selamanya Indah

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Kadang memang susah untuk menghilangkan suram hanya dengan senyuman. oleh itu pentingnya teman dan orang di sekeliling kita menceriakan suasana. dalam masa yang sama menjadi pendukung dalam menghadapi masalah dan dugaan.

Hidup kita tidak akan selamanya indah, kadang akan datang dugaan menjadi satu ujian. siapa yang bijak, dugaan hari ini akan menjadi guru kepadanya bagi menghadapi kehidupan di masa akan datang. siapa yang leka dan alpa pula akan menilai dugaan yang datang hanya sebagai 'penyusah'.

Dalam menghadapi sebarang dugaan, jangan lupa untuk memohon doa kepada Yang Memberi Pertolongan. semoga diberi kekuatan menghadapi apa jua rintangan.. Amiin.

pesanan untuk diri sendiri jugak ni.

Masjid Sultan Hasan, Cairo. Jumaat, 15 Julai 2011.

Lepas habis exam hari tu, nampaknya saya sibuk dengan hal lain pula. semalam baru saja selesai Malam Tautan Kasih 2011 untuk pelajar Sarawak di sini. sekarang sibuk mengemas barang nak pindah rumah.

Asrama pelajar Sarawak di sini akan dibaikpulih bermula Ogos 2011. bermula 23 Julai, kami perlu memindahkan barang-barang ke rumah sewa baru yang terletak di Hayyu Sabek (7th District). bila saya tengok banyak barang yang perlu dikemas, terasa lumpuh pula tangan ni. hahaha..


Nota kaki :
Oleh kerana masa yang sangat terbatas, saya hanya update Bloglist Pengkomen Terkencang bagi minggu 10 hingga 17 Julai di sidebar blog sahaja. belum punya masa yang cukup sekarang. aduyai..

Sunday, July 17, 2011

Kisah Di Sebalik Pepsi Float

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bila di musim panas, menikmati air yang sejuk sangat terasa nikmatnya. lebih-lebih lagi dihidangkan bersama ice cream yang sedap. hari tu semacam mengidam nak minum pepsi float, singgah di kedai terus beli ice cream vanilla dalam bekas sederhana dan sebotol pepsi 2 liter. baru puas nak buat pepsi float.

Resepi pepsi float sangat simple, air pepsi dan ice cream. isi air pepsi separuh gelas, lepas tu masukkan ice cream vanilla. boleh je guna ice cream lain. tapi bagi saya, lebih sedap dengan ice cream vanilla. kalau beli pepsi float di kedai, ice cream tak banyak berbanding kita buat sendiri. baik buat sendiri.. lalala~

ini pepsi float yang saya buat.

Saya mula kenal pepsi float ni zaman sekolah menengah dulu. sekitar 2002 hingga 2004, bila balik cuti ke kampung, saya dan beberapa member kadang-kadang akan ke bandar Kuching. bukan buat apa pun, jalan-jalan, duduk-duduk di Waterfront sambil tengok orang. kononnya dah cukup cool lah tu. hahaha..

Dalam banyak-banyak stall sekitar Waterfront Kuching, ada sebuah stall dijaga oleh gadis lawa menjual ice cream dan pepsi float. semata-mata nak mengusha akak stall, kitorang beli pepsi float kat situ. lepas beli, lepak di tepi stall sambil mengusha. rasanya beza umur kami dalam 2 ke 3 tahun kot, entah-entah sebaya. tak pernah pula tanya umur akak stall..

Masih kah akak stall ingat kami bertiga? untuk makluman akak stall pepsi float, kami masih ingat paras wajahmu. hahaha.. tak pernah dah jumpa akak tu lepas tahun 2006. mungkin dah kawen kot..

Friday, July 15, 2011

Anugerah Sihat Dan Kelapangan Masa

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Kepada yang masih berada di dalam kesedihan atau musibah, semoga terus tabah menghadapi segala dugaan. semoga dengan ketabahan itu, kita dihadiahkan dengan kebahagiaan.

Peluang dan ruang kali ini, ingin saya berkongsi tentang satu hadith yang pendek, akan tetapi memberi makna yang besar di mana hadith ini membawa kita untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan kita supaya tidak mempersiakan segala nikmat yang telah dianugerah Allah SWT.

Hadith dipetik dari buku Empat Puluh Hadith Penawar Hati.

Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikmat Iman dan Islam. namun, ramai orang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ini kecuali selepas kehilangan keduanya.

Ketika mempunyai badan yang sihat dan kelapangan masa, ramai orang mempersiakannya lalu menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah dan melalaikan. atas perkara yang sebegitu, golongan ini menganggap ibadah yang sebenarnya mudah sebagai halangan untuk melakukan tugas lain.

Mengerjakan sembahyang bukanlah memakan masa yang lama. apatah lagi membaca Al-Quran dan berzikir yang mana boleh dilakukan sambil berjalan, memandu, bahkan ketika bekerja. namun malas yang menguasai menyebabkan perkara mudah menjadi sukar.

Beginilah orang yang mempersiakan anugerah kelapangan masa dan kesihatan badan. sehinggalah mereka terlantar sakit dan tidak bermaya, maka ketika itulah baru menyedari akan besarnya nikmat ini.

Time sakit baru nak sembahyang, nak nazar macam-macam, baru nak mengaji Al-Quran, baru nak berzikir. aduhai.. macamana nak mengaji, masa lapang dulu tak pernah belajar. belajar time dah sakit susah. dua kali lebih susah berbanding masa sihat.

Tepat sangat kalau nak bagi pepatah melayu, "nasik sudah menjadi bubur.. kena pi goreng ikan bilis, buh kicap sikit, boleh makan campur dengan bubur..".


Saudara saudari pembaca yang dihormati, cuba kita renung kembali, adakah kita menggunakan nikmat sihat dan kelapangan masa dengan sebaik mungkin atau telah mempersiakannya. adakah masa cuti bekerja sabtu ahad digunakan sebaik mungkin? adakah kesihatan kita hari ini sudah digunakan dengan baik? sama-sama muhasabah untuk memperbaiki diri.

Syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat-Nya. hargai segala nikmat tersebut. sudah diberi kesihatan, jangan pula kita 'rosakkan' kesihatan. janganlah hisap gam, janganlah hisap dadah. nanti jadi tak sihat. bila tak sihat tak dapat nak buat apa. sendiri juga yang susah..

Nota kaki :
syukur masih ada kesedaran akan nikmat tu waktu sakit. ada juga yang dah terlantar sakit masih tak sedar nikmat yang telah diberi.. nauzubillah, mintak dijauhkan daripada sifat kufur nikmat.

gambar : tengok sunrise dari puncak Gunung Sinai (Thur Sina), satu ketika dahulu tempat Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT..

Thursday, July 14, 2011

Selamba Je Diorang Ni..

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Bangunan asrama pelajar Selangor di Malaysian Students Complex, Hayyu Asyir (10th District), Cairo dalam proses baik pulih sejak Ogos 2010. sekarang pun masih belum siap kerja membaik pulih bangunan tu. mungkin darurat di Mesir tempoh hari menyebabkan proses renovation tergendala.


Walaupun dengan kemudahan asas agak terhad, pekerja arab yang giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih tetap tinggal di dalam asrama tersebut. siap ada jamban sementara mereka buat di tepi bangunan. yang kelakarnya, bumbung jamban sementara dibuat dengan kurang sempurna. kalau saya menjenguk di tingkap bilik, boleh nampak apa orang buat dalam jamban tu. bukan sengaja mengintai, tapi saya tertengok!

Paling menakjubkan adalah tempat tidur mereka. berbumbungkan langit terbentang, berlantaikan padang futsal Dataran Malaysian Students Complex. hebat tak hebat mereka nih.

Dataran Malaysian Students Complex, 10th District, Cairo.

Hari dah terang masih lagi membuta. gambar sekitar 6.30 pagi.

Mungkin tidur di dalam bangunan agak membahang pada musim panas, lalu mereka ambil keputusan untuk tidur di padang. lagipun barang-barang di luar bangunan harus dijaga sebelum disapu pencuri.

Hari tu ada anjing liar nak datang dekat, tiba-tiba orang dalam selimut merah tu bangun dan lempar batu. rupa-rupanya dah ready batu di tepi tilam. deria dia hebat, sensitif woo! paling hebat, mereka masih boleh tidur di padang semasa geng budak-budak Malaysia main futsal di situ! hahaha..

Selamba je diorang ni..

Nota kaki :
Asrama pelajar Sarawak pun akan buat renovation bermula Ogos ini. 25 Julai 2011, semua penghuni akan dipindahkan ke rumah sementara di 7th District. harap ada internet di rumah sementara nanti supaya senang nak jenguk blog.

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Makanan Sedap : Bakso Gami' Termantap Di Cairo

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Kali ini ingin berkongsi satu lagi makanan yang sedap di Mesir. walaupun sebenarnya bukan makanan Mesir, tapi di Mesir lah pertama kali saya merasa bakso.

Ramai warga Indonesia mengusahakan perniagaan kedai makan di Mesir. sekitar kawasan kediaman saya di sini terdapat lebih 10 buah rumah makan yang menyediakan menu makanan Indonesia. Bakso Gami' antara kedai makan kegemaran saya, khusus menyediakan pelbagai jenis bakso yang sedap.

Lokasi Bakso Gami' yang berdekatan dengan kediaman pelajar Indonesia dan Malaysia menjadi salah satu faktor kedai makan ini sentiasa hangat mendapat sambutan. tambahan pula rasa bakso yang super sedap dan harga berpatutan, sangat tepat dengan tema mereka "Rasa Bintang Lima, Harga Mahasiswa".

Menu pelbagai jenis bakso yang tersedia di Bakso Gami'.

Hidangan Bakso Super dan Bakso Ping pong.

Bakso Biasa yang paling saya minati.

Es Pandan dan Es Lemon Tea.

Selain menu menyelerakan dan super sedap, ruang makan yang selesa menyerlahkan lagi imej Bakso Gami' sebagai sebuah kedai makan pilihan ramai. mereka menyediakan dua ruang makan di mana terdapat ruang bebas asap rokok untuk keselesaan pelanggan. tambah best, di ruangan itu kita makan di meja rendah yang comel. hihihi..

Di ruangan bebas asap rokok.

Bakso Gami' hanya dibuka pada sebelah malam sepanjang Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin. kalau nak pergi makan bakso kena datang sekitar pukul 8 hingga 9 malam. sebab kalau dah pukul 10 malam, kebanyakan bakso sudah sold out.

Bagi saya, Bakso Gami' adalah tempat paling best untuk merasa keenakan sup bakso Indonesia di Cairo. habis semangkuk, rasa nak order lagi. hahaha..

Akhir sekali, tempek muka sendiri sedang menikmati sup bakso sedap.

Nota kaki :
saya belum jumpa lagi Bakso Cinta yang dibuat oleh Abdullah Khairul Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih di Mesir. hehe..

Monday, July 11, 2011

15 Blogger Terkencang Di Blog Budak Malaysia


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Selamat hari Isnin dan selamat memulakan minggu baru. semoga minggu ini lebih baik daripada minggu sebelumnya. di bawah adalah senarai 15 blog pengkomen terkencang bagi minggu 3 hingga 10 Julai 2011 di Blog Budak Malaysia.

1. SUTERAKASIH : http://suterakasihyann.blogspot.com/

2. Reminiscene of mine : http://ipai-ans.blogspot.com/

3. Hans Hanis : http://hanspunyablog.blogspot.com/

4. bila orang nogori celoteh : http://bilaorangnogoriceloteh.blogspot.com/

5. nEscaFe+MilO : http://nesloo.blogspot.com/

6. Pelangi CHENTA : http://pelangi6767.blogspot.com/

7. Seg@l@ny@ Disini : http://watieawang.blogspot.com/

8. Belog Cik Aish : http://getmedean.blogspot.com/

9. Dunia Emieysandra : http://duniakuemieysandra.blogspot.com/

10. Rottkappchen's : http://kimmyfar43171.blogspot.com/ (lama tak nampak)

11. ngomelsikit : http://ngomelsikit.blogspot.com/ (baru masuk ranking)

12. Mish LolLyPurp : http://najihahsahami.blogspot.com/

13. AISYA HUMAIRA : http://www.aisyahumaira.com/

14. The Chapter of My Life : http://miramohd84.blogspot.com/ (baru masuk ranking)

15. Bukan Calang Calang : http://bloqkami.blogspot.com/ (baru masuk ranking)


Senarai ini berdasarkan Widget Pengkomen Terbanyak sepanjang minggu di sidebar blog. lima nama teratas saya masukkan ke dalam Bloglist Pengkomen Terkencang Mingguan yang akan dikemaskini pada setiap Isnin.

Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung yang sudi meluangkan masa di dalam blog ini. terima kasih juga kepada yang sudi meninggalkan komen, berkongsi kisah serta pendapat di dalam entri. saya sangat menghargai semua itu..

Terima kasih daun keladi,
Komen-komen lah lagi.

Tiba-tiba keluar pantun dua kerat. hehe.. alang-alang terus promote, sesiapa yang ingin menunjukkan bakat berpantun, boleh lah turut serta dalam pertandingan berbalas pantun yang dianjurkan oleh Uncle Al-Lavendari. klik sini untuk lihat terma dan syarat pertandingan.
.

Saturday, July 09, 2011

Anak Kecil Main Api


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara


Hari ini sebahagian daripada kita telah berpecah, tidak bersatu hati. kerakusan ingin menjatuhkan sesama sendiri melenyapkan kesatuan bangsa Malaysia. masing-masing ingin berkuasa..

Sampai bilakah kita harus begini? 9 Julai 2011, satu lagi titik hitam bangsa Malaysia. murid-murid sekolah rendah pasti tertanya-tanya, apa yang terjadi kepada orang-orang dewasa di Malaysia. sangat berharap semangat patriotik dan cinta mereka kepada Malaysia tidak hilang kerana mereka lah yang bakal meneraju negara kelak.



Nota kaki :
sumber gambar MalaysiaKini & Blog D_Hatie
.

Membalas Pantun Orang Hebat

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!


Tuan tanah Blog Komensen, uncle Al-Lavendari mengadakan pertandingan berbalas pantun yang menyediakan hadiah RM100.00 untuk seorang pemenang. pertandingan ini bersempena genap 100 orang follower di blog PU.E.C ORANG X RE.T yang juga blog kedua Tuan Haji Al-Lavendari.

Saya cukup berminat kalau bab berbalas pantun. bila dengar ada contest macam ni, teringin sangat nak menunjukkan bakat walaupun sebenarnya tak lah hebat mana. tapi, tidak salah jika mencuba, mana tau dinobat sebagai pemenang. bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. hehe..

Dengan otak yang hampir berkarat dengan pantun merapu selama ini, saya beli tiga rangkap pantun yang dijual..

pantun dijual :

Anak sepat di dalam sawah,
Elok dimasak dengan pegaga,
Bila dah dapat gading bertuah,
Tanduk hendak letak di mana ?

saya jawab :

Sekalipun Jebat dibunuh Tuah,
Setianya tetap sampai ke mati,
Sekalipun dapat gading bertuah,
Tanduk tetap di dalam hati.

pantun dijual :

Pisang emas masak se sikat,
Masak pulut janganlah hangus,
Sudah kemas perahu ku ikat,
Kenapa hanyut di bawa arus ?

saya jawab dengan senyuman :

Niat hendak pergi tadarus,
Tapi lemas di Sungai Buluh,
Masakan tidak di bawa arus,
Ikatan kemas di tiang rapuh.

pantun dijual :

Anak senangin anak tenggiri,
Masuk ke kelong mengelak pukat,
Jika tak ingin dibuat isteri,
Kenapa diusung merata tempat ?

saya jawab :

Walau dingin di tengahari,
Mentari tetap bersinar jua,
Walau tak ingin dibuat isteri,
Kami tetap kawan setia.

Saya karang pantun selepas sahaja contest ini diumumkan hari tu. tak sangka pantun kedua saya hampir sama dengan pantun Kakcik Seroja. sebelum lebih banyak pantun lain keluar ikut serta, baik saya publish awal. tinggal lagi seminggu sebelum tarikh tutup Pertandingan Berbalas Pantun ini.

Sesiapa yang ingin turut serta mencuba bakat berpantun, boleh klik banner di atas untuk mengetahui terma dan syarat pertandingan. semoga ada juga ole-ole yang saya dapat dari pertandingan ni, teringin nak merasa kemenangan. hehehe..

Sebagai penutup, saya bagi lagi serangkap pantun..

Buah durian berduri-duri,
Jatuh terjepuk di atas tanah,
Kesian durian tu..

sekian.. ceria selalu.. (^^,)

Wednesday, July 06, 2011

Wordless Wednesday : Santai Berehat


view page Facebook Wordless Wednesday
.

Summer Di Mesir : Suasana Petang Di 10th District, Nasr City, Cairo

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Suasana petang semasa musim panas di Mesir sentiasa meriah. kalau dekat dengan kediaman saya di sini, kita boleh lihat orang bermain futsal di mana-mana terutamanya di dataran Suq Sayarat, 10th District(Hayyu Asyir). kalau hari Jumaat Suq Sayarat akan dibanjiri oleh kereta, pada hari lain pula akan dipenuhi oleh anak muda yang bermain futsal.

Di Mesir sukan bola sepak adalah sangat popular. tak hairan kalau tengok budak kecik tepi jalan main bola dengan skill yang super hebat. pasukan bola sepak Mesir sudah banyak kali menjuarai Liga Bola Sepak Piala Afrika.

Dataran Malaysian Students Complex Hayyu Asyir.

Dataran di kompleks kediaman pelajar Malaysia turut menjadi tempat budak-budak arab ni main. boleh kata sepanjang masa ada budak arab main bola. student Malaysia biasanya main futsal sekitar 7 pagi dan petang selepas asar je. waktu lain budak-budak arab lah yang conquer.

Dataran Suq Sayarat 10th District, Nasr City.

Banyak padang futsal boleh diwujudkan dalam dataran Suq Sayarat yang luas ni. orang yang main pulak dari pelbagai negara. Dari Arab Mesir, Nigeria, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi negara lain.

Pernah jugak main futsal di dataran Suq Sayarat. kawasan ni sangat sesuai jadi tempat beriadah sebenarnya. ingat lagi dulu rajin berjogging di Suq Sayarat, tapi sekarang kawasan ni jadi kawasan menakutkan di awal pagi dan lewat malam. banyak sangat kes ugut, geng mengugut berkumpulan guna parang pun ada!

Senja di Nasr City, Cairo. gambar diambil dari tepi jalan utama yang menghubungkan 10th District dan 7th District (Hayyu Sabek). Nasr City juga disebut sebagai 'Madinet Nasr' di Mesir.

Nota kaki :
Suasana Suq Sayarat pada hari Jumaat sangat berbeza pada hari lain. dalam entri Suq Sayarat : Pasar Minggu Jual Kereta Terpakai Di Mesir saya ada letak gambar sesak dengan kereta di situ.

Monday, July 04, 2011

15 Blog Pengkomen Terkencang Mingguan


Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Tiba hari Isnin untuk meng-update Bloglist Pengkomen Terkencang Blog Budak Malaysia. minggu lepas saya hanya sempat update dua entri sahaja disebabkan masalah internet selama tiga hari. walaupun begitu, kegiatan mengkomen di dalam blog ini berjalan seperti biasa. nampak ada nama baru yang muncul dalam senarai pengkomen dan kedudukan pengkomen banyak bertukar. terima kasih!

Senarai blog di bawah adalah pengkomen terkencang bagi minggu 26 Jun hingga 3 Julai. lima nama teratas saya masukkan ke dalam Bloglist Pengkomen Terkencang di sidebar.

1. Hans Hanis : http://hanspunyablog.blogspot.com/

2. SUTERAKASIH : http://suterakasihyann.blogspot.com/

3. nEscaFe+MilO : http://nesloo.blogspot.com/

4. Reminiscene of mine : http://ipai-ans.blogspot.com/ (nama baru masuk ranking)

5. Dunia Emieysandra : http://duniakuemieysandra.blogspot.com/

6. Seg@l@ny@ Disini : http://watieawang.blogspot.com/

7. AISYA HUMAIRA : http://www.aisyahumaira.com/

8. Pelangi CHENTA : http://pelangi6767.blogspot.com/

9. bila orang nogori celoteh : http://bilaorangnogoriceloteh.blogspot.com/

10. Gayah Spears : http://alyaamor.com/

11. Belog Cik Aish : http://getmedean.blogspot.com/ (nama baru masuk ranking)

12. d_hatie : http://dhatieku.blogspot.com/

13. cik rose : http://apirose.blogspot.com/

14. Mish LolLyPurp : http://najihahsahami.blogspot.com/ (nama baru masuk ranking)

15. wOrLd oF miNe : http://aleeya24-fairytaleprincess.blogspot.com/


Saya minta maaf kalau ada komen yang terlepas pandang dan saya belum membalas kunjungan. agak terganggu jugak rentak blogwalking setelah bercuti secara tiba-tiba hari tu. hahaha.. masih dalam mencari mood semula.

Berbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi singgah meluangkan masa ke blog ini. terima kasih juga kepada yang sudi meninggalkan komen dan jejak. insyaAllah saya akan berkunjung semula.


Nota kaki :
minggu ni cuba nak update banyak sebab ada banyak cerita tertangguh. hihi.. ceria selalu (^^,)