Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!!
Orang kata, takkan ada yang kedua kalau takde yang pertama. 13 November haritu, buat pertama kalinya saya menyertai pertandingan pidato Bahasa Inggeris mewakili Kolej Universiti Insaniah sempena Karnival Amal Islami Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (IPTIM) kali ke 4. dapat menjadi wakil pun sebab takde yang datang audition, saya sorang je datang audition! siap mintak diawalkan masa audition sebab saya ada urusan lain. huhu..
Lepas terpilih, saya diberi tujuh tajuk pidato untuk mencari bahan dan menulis teks sendiri. tetapi saya sangat sibuk dengan peperiksaan akhir yang akan menjelma, so teks tu memang tak menjadi langsung. saya hanya mengharapkan Miss Hafiza, lecturer Bahasa Inggeris saya selaku pengurus peserta untuk mencari isi sebelum tarikh pertandingan. sempat jugak la buat tiga kali meeting, sama-sama cari isi dan bahagikan tajuk untuk bangunkan teks. tapi teks tu tak berapa menjadi.
Lepas je habis peperiksaan akhir saya 10 November, team pidato Bahasa Inggeris bergabung kepala buat teks sepenuhnya, tapi tak habis jugak. saya terpaksa minta tolong cikgu English sama mengajar dulu dan cikgu English New Zealand untuk menterjemahkan teks pidato. actually, team pidato Bahasa Melayu dah siap beberapa teks yang mana tajuknya sama je, so boleh guna isi untuk teks pidato bahasa Inggeris. masalahnya, format teks untuk pidato bahasa melayu dan bahasa inggeris adalah berbeza! so??
Rombongan peserta daripada Kolej Universiti Insaniah yang akan menyertai Karnival Amal Islami bertolak ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan 11 November. bayangkan team pidato Bahasa Inggeris hanya bersedia dengan dua tajuk daripada tujuh tajuk yang akan diundi pada 12 November. saya memang dah get ready untuk menggoreng speech di atas pentas. hahaha..
Sampai masa undian tajuk, Alhamdulillah, tajuk pidato perempuan adalah 'Technological Advancement Pampered One's Life', dah siap teks tu. tambah pulak memang Nadia sendiri yang buat. tapi malangnya saya dapat tajuk 'Student's and The War of Thoughts' yang mana tajuk tu kitorang tak ready pun lagi!! hambik.. dari petang sampai ke malam siapkan tajuk tu sebelum pertandingan esoknya. tiga orang lecturer English bergabung kebijaksanaan buatkan teks untuk saya. hehe..
Sepanjang malam saya pulun menghayati teks pidato yang baru siap. pukul tiga pagi saya masih beraksi di depan tingkap melihat bayangan sendiri di cermin. huhu.. berbekalkan semangat confident nak menang, saya tak nak mengaku kalah. selagi belum naik pentas, selagi tu masih ada masa untuk berusaha. sehingga masa menunggu turn naik pentas pun saya masih pulun! siap kena warning supaya rendahkan suara sebab juri nak dengar orang kat depan sedang berpidato. hahaha..
Dengan konfidennya saya berhujah..
Saya naik pentas dengan 80% ready. well, memang tak sempat lah nak 100% bersedia. semua last minutes. walau bagaimanapun, saya dapat present dengan agak baik meskipun ada sangkut kat part nak sebut contoh solutions untuk masalah war of thoughts. yang bestnya, ngam-ngam masa untuk buat conclusion. tapi, bila tengok rakaman saya berpidato, seriously saya tak puas hati dengan diri sendiri. saya yakin, boleh buat lagi power dari tu.
Keputusan pertandingan diumumkan pada majlis penutupan Karnival Amal Islami pada 14 November. saya kurang yakin dapat masuk ranking tiga teratas sebab persembahan saya takde lah hebat mana. tambah-tambah, ada lima lagi peserta lelaki lain dari universiti berbeza yang mana saya rasakan diorang lebih hebat walaupun saya tengok persembahan dua orang je. maklum lah, saya pertama kali ikut pidato Bahasa Inggeris. pronunciation pun bukannya betul sangat. masa tunggu keputusan diumumkan, tak tau nak nervous atau tidak..
Apa yang mengejutkan saya, bila diumumkan keputusan, nama saya disebut untuk ambik hadiah tempat ketiga! huishh!! siyes terkejut..
Sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral dan semangat kepada saya. tak lupa juga komen-komen negatif, insyaAllah saya ambik secara positif sebagai motivasi untuk memperbaiki diri. kepada Miss fiza, Miss Sha, Miss Zu serta teammates yang beri tunjuk ajar, thank you so much. lihatlah duniaaaa.. ops! macam anugerah artis popular plak. lalala~
InsyaAllah kalau ada lagi pidato Bahasa Inggeris, saya nak join lagi. dengar desas-desus, Karnival Amal Islami kali ke 5 akan dianjurkan oleh UIA, tak pun IKMAS di Sarawak. kalau kat Sarawak, boleh la balik kampung dengan tambang kapal terbang free. kehkehkeh.. (^^,)
14 comments:
wahh2 tahniah2 .
eh , ingatkan ada ideo tadi . hehe . klu tak boleh jugak tgk berhujah :)
bukan senang nak bercakap depan orang . tahniahh ! sekali lagi . hehe
Wah congrats!tak sia sia msuk wlaupun first time.cayalah!
uiyoooo...
tahniah...!! weewit..weewit.. haha..
Tahniah...betul tu kalau takde yang pertama, manakan ada yang kedua... hehe
Tahniah asada...kak sue nak tunggu asada masuk pidato bahasa sarawak pulak.... lps dah transfer balik smnjg, mmg rindu nk dgr org klaka srawak
tahniah...
hebat la tu klau hr ni br dpt teks esok dh kena lawan...kiranya cpt dok hapai la kan...
YODEH..TERER EN.ASADA KTA TOK..TAHNIAH2...
wahhhh...
tahniah3,..
bukan senang nk menang ni,..
gud job!
Tahniah..(^^,)
waa..tahniah! mmg nmpak konfiden dan kacak di situ..hehe ;)
wah org hebat ni pndai pidato
tumpang bce cni jgk, jom ke blog sy jgk ye, follo taw
Tak Mungkin Benar
tahniah...
^_____^
Suke dengan azam anda.... doakan yg terbaik... ;)
Tahniah....
Suke dengan keazaman anda..
^_____^
tahniah...
^_____^
Suke dengan azam anda.... doakan yg terbaik... ;)
Post a Comment