Saturday, February 04, 2012

Oh Charlie! Kini Jauh Dari Ancaman

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!! 

Semalam, kampus Stargate di bumi Kedah saya tinggalkan buat sementara. kampus di mana pernah menjadi medan peperangan saya menentang abang charlie yang kejam. setiap malam tidak boleh duduk tenang gara-gara ancamannya. bila-bila masa sahaja charlie boleh hinggap di leher dan mungkin boleh merobek kulit dengan racunnya bertaraf pH3!! 

Terbaru sebelum saya berangkat ke Kuala Lumpur, tengkuk Luqman menjadi mangsa. mungkin benar teori seorang doktor di Hopital Sultanah Bahiyah tempoh hari, kalau bukan orang Kedah, memang ada potensi digigit charlie. hahaha.. kejam charlie nih! serius, saya trauma selepas digigit charlie. termimpi sampai mengigau, saya berlari dari tempat tidur! 

Hasil tangkapan charlie oleh Meor Harith dan Luqman di bilik 244 kampus Stargate.

Kira-kira 3 petang semalam, bas ekpress Shamisha bertolak meninggalkan Shahab Perdana, Alor Setar menuju ke Kuala Lumpur. tidak ramai penumpang di dalam bas membolehkan saya berpindah tempat duduk ke kerusi single. sekejap di situ, sekejap di sebelah adik saya. sehinggalah saya sakit kepala akibat tidak makan tengahari. nasiblah ada singgah di perhentian, dapat beli actifast untuk melegakan sakit kepala dengan pantas. bagus bas ekspress Shamisha, selesa dan pemandunya berhemah. tidak memandu terlalu laju, tidak juga terlalu lambat. 

Sekarang berada di rumah Pak Anjang di Subang Jaya, menaip entry di dalam bilik dengan selesa tanpa takut ancaman abang charlie. oh charlie, seriusly kamu sangat berbahaya.. 

Kesan gigitan charlie di leher saya sudah sembuh sepenuhnya. hanya tinggal parut yang mana saya tidak pasti akan kekal atau hilang dengan mengambil masa. sangat bersyukur tidak merebak teruk.. kepada Luqman dan sesiapa yang baru saje digigit charlie, bertabahlah menahan sakitnya. ada la hikmah kena gigit charlie tu. mungkin sedikit masa nanti akan dapat tahu. (^^,) 


Nota kaki : 

Entry berkaitan : CIUMAN BERBISA CHARLIE 

21 comments:

Hans Hanis said...

betul cakap doktor
Charlie tak kacau orang kedah
hahahahah

Miera Hassan said...

pakai tektik ape tngkap charlie tu? bnyak... eh btw, kite pun baru balik dr alor star. naik dr shahab perdana jugak. knp xjumpa?hihi

Mr. Asada said...

@Hans :

engko pun pernah kena. hahahaha.. :P

Mr. Asada said...

@cik miera :

guna teknik sembur-mabuk-mati-tangkap. hihi :P

tak terjumpa tu mybe sbb saya sampai je kat shahab, terus naik bas. tak keluar2 dah. mai lambat. ngeee :D

[sutera kasih] said...

pelik jauk charlie ya milih urg mok dgigit hehe

::dAuZsHaNLeY:: said...

penah kena gigit charlie gak time kat penang dulu..kena kat hidung lagi..nasin tak berparut~

emy|farid said...

nama binatang ni mmg charlie ke?

aindzaya said...

hahaha...sebagai pengajaran kepada mereka yg tak pernah kena..

Dihimpit lelaki lelaki. Dilema!

Salwa said...

charlie..charlie..dah la name bukan men glamor. Tyme matrik dulu pun penah jumpe charlie kat hostel. Nasib bek tak kena. bahaye..bahaye..

Hafizin Jamil said...

tak pernah terserempak lg dengan charlie ni

Harith said...

Kami tangkap hidup2 and masukkan dalam air panas la yincik asada, Sekarang ni kalau nampak charlie berani tenyeh dengan tangan je wakakka...

Keyyah said...

10 thn dulu pernah kena gigit charlie..ms 2 kat penang..arghhh charlie mmg sgt mengerikan...

Sham said...

woo bahaya juga bahana si charlie ni...

dak eina said...

tkut ngan charlie nie.. kt perlis pon ade =.=

nurkaloi said...

slmt n9 n melaka takde charlie

Aida Azryn said...

menakutkan je natang tu huhu. -.-

eiza said...

oh charlie ek...sbb nama ie sgt comei so tamo pggil charlie...ktorg dlu2 masa kat hostel pggil "ulat tonggek" haha...mmg berbisa pun kalo kaco tempat yg kena akan merebak..tp selamatla sgt tak pernah kena..kot btl lah Dr. tu cakap Charlie ni mmg x gigit org penang+kedah kot .......pengalaman mai utara kan ^_^

Lai said...

byk gler doe CHARLIE tu.
hahaha

http://lai-journeyoflife.blogspot.com/

Ibu Ammar said...

tak kenal charlie tapi dgr selalu org citer mmg bisa kalau kena gigit lagi2 berbekas lama. benda tu ada kat kawasan bendang je kan. kat johor kl mmg tak jumpa kot.

Anonymous said...

waktu kt matrix dulu byk charlie...

Unknown said...

Pnah trjmpa sarang cali ni....tkot wooo...time tuh firstime mai sp...mcam adik bradik kongkiak ni