Friday, December 31, 2010

Cukuplah.. Kita Tidak Ditakdirkan Bersama Selamanya

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. senyumlah dengan seikhlas hati kerana senyuman itu pasti menenangkan insan lain.

Berat hati ini untuk menceritakan segalanya. namun tiada cara lain yang dapat menggambarkan perasaan saya. biar saya coretkan di sini. mungkin dengan perkongsian ini, kurang lah beban yang menyeksa jiwa.

Setiap pertemuan pasti akan berlaku perpisahan. untuk apa kita bertemu jika ditakdirkan untuk berpisah? tak perlu dipersoalkan kerana Allah maha mengetahui. saya yakin bersama sebuah perpisahan itu, berjuta hikmah bersamanya. redha dengan ketentuan Ilahi.

Pada mula bersama, saya akui perasaan sangsi sudah wujud dalam hati. walaupun begitu, saya teruskan jua untuk bersama kerana saya tahu, saya perlu tabah bersama awak menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. saya berdoa dan berharap semoga kebersamaan kita mampu mencipta kebahagiaan bukan untuk saya seorang, malah kebahagiaan insan lain. saya mengaku saya masih lemah. saya mengaku saya masih kurang berusaha untuk memartabatkan diri saya sebagai insan yang terbaik.

Semoga perpisahan ini tidak menjadikan saya lemah. saya nak jadi lebih kuat. saya nak jadi lebih berusaha, lebih bersemangat dan tidak mudah menyerah kalah. saya tahu saya perlu lebih bersemangat untuk menghadapi apa jua cabaran yang datang.

Cukuplah.. Kita tidak ditakdirkan bersama selamanya dan tidak mungkin akan bertemu lagi. namun, perpisahan ini tidak akan memadamkan kenangan kita. saya pasti merindui saat kita bersama. selamat tinggal 2010!!

Nak letak jugak sedikit kenangan bersama 2010.

Pergi ke Dream Park Cairo ramai-ramai dengan member. pertama kali naik roller coaster. lagi gambar kat Dream Park Cairo di entry ini. gunting rambut style ini pun baru pertama kali saya buat. hahaha..

Makan ramai-ramai semasa birthday saya di Pizza King Abbas Aqod. biasa sambut birthday orang lain je kat sini.

Ohhh.. makin berumur lah saya bersama 2011. mana calon isteri ni?? kawan rapat yang membesar bersama sudah bertunang 25 Disember hari tu!!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H. bukanlah Aidilfitri pertama disambut di perantauan. mungkin sebab sudah lama tak beraya semeriah ini. seronok jugak walaupun tidak dapat bersama keluarga di kampung. siap buat video ucapan raya lagi. hehe.. raya tahun 2009 sangat sedih, kitorang beraya 8 orang je!

Jalan-jalan ke Tanta, Mansourah dan Alexandria. pertama kali buat trip gamble macam ni. bermula 29 mac hingga 1 april 2010. actually ada urusan lain, sambil-sambil tu berjalan tengok orang. entry lengkap kat sini.

Pertama kali picnic di Hadiqah Al-Azhar. bulan november rasanya. tak ingat bila.. Kimmy Ai pun ada sekali. beliau masak spagetti, sedap katanya.. lalala~ saya tak sempat mengarang entry pasal picnic ni. hehe..

2010 menutup tirai. segala yang bersamanya akan menjadi nostalgia..
Selamat Tinggal 2010..
semoga kita lebih bersemangat menempuh segala cabaran di tahun baru. selamat maju jaya!!


Taktik Pencuri Zaman Moden

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu senyum selalu. hilangkan suram sebarkan senyuman.

Menyinggah di Blog Sarang Platipus, tampalan beliau bertajuk 'Siap La Kau Nanti!' menarik perhatian. marah dengan siapa platipus ni? detik hati kecil saya. rupa-rupanya, platipus marahkan pencuri yang menceroboh rumah jiran beliau. pencuri zaman moden!!

Saya pernah menjadi saksi taktik pencuri zaman moden. kisah ni berlaku tahun 2007 di bangunan asrama kitorang di Cairo. bangunan asrama adalah kawasan private, bukan warganegara Malaysia di larang keras masuk tanpa kebenaran. lebih-lebih lagi orang Arab Mesir.

Petang yang ceria, saya dan dua orang kawan berjalan balik ke rumah. berada di tengah dataran Malaysian Students Complex, seorang kawan menelefon ajak makan bersama di restoran Indonesia. dalam kepala sudah terbayang ikan tiga rasa dan ayam bakar padang. kawan-kawan lain semua dah ada kat sana. cuma seorang lagi tengah bersiap di rumah, akan menyusul sekejap lagi.

Dataran Malaysian Students Complex. takde simpan gambar penuh lak.

Dua orang kawan bersama saya tidak berhajat mahu ikut serta sebab nak berehat di rumah. saya pulak nak naik ke rumah tingkat lima memang tak nak dah, jadi saya tunggu kawan yang sedang bersiap di tepi dataran. dekat sangat dengan asrama kitorang. selang beberapa minit, saya nampak seorang lelaki segak berkot gelap keluar dari pintu bangunan asrama. tak lama lepas tu muncullah kawan yang ditunggu, kami jalan seiring ke restoran Indonesia.

*****

Malam yang dingin, tak ingat kami mahu keluar ke mana. kawan saya masih belum muncul, lalu saya ke apartmen beliau. mukanya resah, biliknya berselerak seperti dilanda tsunami. lalu beliau bersuara, duitnya lesap. LE950. sudah habis benua digeledah masih belum jumpa.

Lelaki Arab berkot biru gelap mula menjadi persoalan. siasatan pun bermula..

Azhar yang sedang bersiap petang tadi, bertembung dengan seorang lelaki Arab berkot biru gelap turun dari tingkat lima ketika beliau naik. bersembang sekejap bertanyakan pelajaran, kuliah dan sebagainya. ramah penuh mesra..

Dua orang kawan yang berpisah dengan saya di dataran petang tadi pun bertembung dengan lelaki Arab yang sama di depan pintu masuk utama. sembang jugak.. tanya tujuan lelaki Arab tersebut datang ke asrama. katanya berjumpa dengan Ustaz Aminuddin yang ketika itu YDP persatuan. tidak ada apa yang disangsikan apabila si Arab menyatakan tujuan keberadaan dia.

Si Arab pun tanya kawan-kawan saya belajar apa, kuliah macamana. exam okay ke tidak. malah mendoakan kejayaan dua kawan saya sebelum berpisah. pada tanggapan mereka, lelaki Arab tu adalah seorang lecturer. paling tidak pun kawan Ustaz Amin yang sama-sama ambik master.

Apabila cerita ini dikisahkan kepada Ustaz Amin, beliau menafikan ada orang Arab berjumpa beliau hari tu. maka terbuktilah si Arab berbaju kot biru gelap itu adalah penceroboh asrama kami. mangsanya duit LE950 milik kawan yang sama-sama bersembang di depan pintu masuk!

Kami syak lelaki arab tu tahu nama Ustaz Amin melalui tandatangan di papan kenyataan lalu menggunakan nama tersebut untuk meloloskan diri. saya yang melihat lelaki itu keluar dari asrama pun tidak syak apa-apa sebab tahu dua kawan saya baru saja masuk.

Taktik Penjenayah Zaman Moden. susah nak kenalpasti identiti sebenar mereka. kalau zaman atok-atok kita dulu, pencuri, penyamun dan orang jahat sudah sedia dengan watak bengis, bermata satu atau watak brutal bawak parang kejar orang. tapi zaman sekarang, perwatakan sebegitu bukan untuk menilai seseorang. bak kata omputih, "don't judge a book by its cover".

kalau terang tang tang jahat camni, senang nak tau..

Bila ingat semula kisah ni, geram pun ada, kelakar pun ada. geram sebab dia rembat duit yang kawan saya keluarkan dari ATM sehari sebelum hilang, baru belanja LE50. kelakar sebab mereka duk sembang dengan pencuri dan pencuri tu mendoakan kejayaan mereka dalam pelajaran!

Hope benda camni tak jadi lagi. lepas kes kecurian tu, kitorang sentiasa kunci pintu apartmen masing-masing. entah siapa yang membiarkan pintu masuk utama terbuka luas masa keluar hari tu. sepatutnya pintu utama sentiasa ditutup dan berkunci. ayat kawan saya, dah bukan rezeki. redha je lah.



Nota Kaki :
berwaspada di mana jua berada. kalau dah berwaspada, benda jadi jugak, itu dinamakan takdir. kena redha.. setiap yang berlaku pasti ada berjuta hikmah yang kita tidak tahu. (^^,)

apa yang saya tahu, mencuri hati seseorang hingga terpikat tidak menjadi satu kesalahan. lalala~

Wednesday, December 29, 2010

Gejala Gian Internet

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga berada dalam limpah rahmat-Nya dan ceria sentiasa. senyum-senyum selalu kerana senyuman anda menceriakan insan lain. mahukan bukti? senyum je untuk diri sendiri depan cermin, mesti lepas tu akan rasa happy. jangan orang kata mereng sudah. hehe..

Bangun pagi tadi, mood sungguh ceria. rasanya dah lebih dua minggu tak tidur secara normal. maksud normal tu, tidur sebelah malam yer. sebelum ini agak sukar melelapkan mata waktu malam, mungkin disebabkan terbiasa tidur petang yang boleh dianggap sebagai pengganti tidur malam. sejak internet takde hari tu, masa tidur dapat diselaraskan.

Menempuh hari-hari tanpa internet, sangat mendera perasaan. ibarat ada kereta tapi takde minyak. ada telefon tapi takde kredit. duduk selenga di depan PC tak dapat buat apa.

duduk selenga depan pc [gambar dari uncle google]

Ya ampuuunn.. serius internet ni dah macam dadah! kalau tak ada memang kena cari. takde internet umpama hilang sebahagian nikmat dunia. sanggup menapak pergi cyber cafe pukul 7 pagi bila internet takde kat rumah. kononnya nak ambik feel tak ramai orang. harapan jer.. budak-budak arab sebelum pergi sekolah, 'berjihad' kat CC main game perang!

Alhamdulillah internet dah okey sejak dua hari lepas. tapi, bila dah ada internet, takde plak 'sangap gian' menghadap. umpamanya bila takde tercari-cari, dah ada kita tengok je. hahaha..

Walaupun begitu, kisah gian internet tak sama dengan kisah mencari calon isteri. kita perlu berusaha mencari calon isteri. dah dapat cari, jaga dengan sebaik mungkin. jangan sia-siakan. bak kata ayat iklan, kerana dirimu sungguh berharga.

Melalut pulok...

Apa pun, hope ada internet ni, tak merosakkan masa tidur yang dah normal. haha.. kena guna taktik blogging awal pagi. kalau tengah malam, boleh mengundang tak tidur malam. macam la update blog hari-hari.


Nota Kaki :
Orang yang berjaga malam itu adalah insan luar biasa. insan luar biasa ni terbahagi kepada dua kelompok. satu kelompok yang berlumba mencari redha Allah SWT dan satu kelompok lagi berlumba mencari redha iblis laknatullah. yang mana satu kelompok kita? tanya hati, tanya jiwa, tanya iman..

actually ada satu lagi, kelompok yang tengah-tengah malam update blog. (^^,)