Thursday, May 31, 2012

Trauma Selepas Pernah Kena Rompak

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh! 

Malam tadi, mata saya sangat degil untuk dipejamkan. habis dua naskah komik dari siri Dragon Ball saya baca, masih belum juga terasa mengantuk dan langsung tak nampak bibit-bibit mahu lena. mungkin penangan sakit gigi yang masih terasa. sungguh saya tak suka sakit gigi yang boleh jadi punca marah-marah. 

Jam dua pagi, dalam keadaan meniarap menekup bantal, mata saya masih buntang menatap skrin laptop membaca nukilan orang lain di dalam blog sambil tinggalkan jejak. puas sudah saya pejamkan mata, paksa diri untuk lena, namun sia-sia. memang dah tak boleh tidur gamaknya. 

Dalam sunyi pagi, tiba-tiba kedengaran seperti ada orang berjalan di tepi rumah. saya telitikan bunyi rentak langkahnya, yakin lebih dari seorang. sengaja saya berdehem dan batuk kuat sebagai tanda orang dalam rumah belum tidur. masih lagi bunyi derap daun-daun kering dan ranting-ranting halus pada batuan di tepi rumah seperti dipijak orang. bingkas saya bangun dan buka tingkap bilik. GRUBBB!! GRUBBB!! GRUBB!! bertempiaran sekumpulan anjing liar lari. hish! anjing rupanya, bisik hati saya. kawasan kediaman saya ni memang banyak anjing liar berkeliaran waktu malam. 

Sesungguhnya saya masih lagi rasa trauma selepas rumah kena rompak semasa di Mesir dulu. terbawa sehingga sekarang. selalu terbayang orang menyerang ke rumah, merompak dengan senjata di tengah  malam saat sedang lena tidur. kadang tak lena tidur malam sebab berjaga-jaga takut dirompak lagi. 

Kisah Diserang Perompak Bersenjata tahun lepas sangat memberi kesan kepada tidur malam saya. bila sudah lebih tengah malam tidak dapat tidur, mulalah saya akan berdebar-debar tatkala dengar apa jua bunyi pergerakan di luar rumah. walaupun sudah lama berlalu, aksi perompak mengacu pisau, mengugut mahu membunuh saya, aksi bergelut, segalanya masih jelas dalam ingatan. bila teringat kisah rompakan tu, hati saya jadi geram. seriusly sangat geram sebab tidak melunyai perompak dengan lebih teruk, lalu akhirnya perompak berjaya meloloskan diri. 

Luka di muka selepas bergelut dengan perompak. Alhamdulillah dah sembuh dan hilang parutnya. 

Tak tahu bagaimana lagi hendak membuang rasa berdebar saat ingin melelapkan mata di malam hari, saat terjaga di tengah malam dan tika bergadang sehingga pagi. setiap malam saya akan pastikan semua pintu dikunci rapi, tingkap tertutup rapat sebelum masuk tidur. tika berjaga, telinga saya teliti mendengar apa jua bunyi di sekitar rumah. bersedia dengan apa jua kemungkinan. huhu.. 

Tapi bila fikir balik, apa je la yang orang nak ambik kalau masuk ke rumah saya. bukan ada apa yang berharga. tak ada set televisyen yang kebabom mahal pun, apatah lagi set audio super canggih. laptop pun jenis cikai. jauh sekali wang ribuan ringgit. kalau nak pisang nipah, pisang berangan, pisang embun, buah kelapa siap kupas, itu ada la dalam kedai. entah lah, mungkin hanya perasaan saya je yang lebih-lebih. 

Apa pun, sama-sama kita minta dijauhkan daripada segala keburukan. keburukan daripada manusia, keburukan dari segalanya. mohon diperbanyakkan kebaikan, kebaikan daripada manusia, kebaikan dari segalanya. tidak ingin lagi berulang peristiwa hampir dibunuh tahun lepas. sungguh saya mohon perlindungan daripada Allah SWT dari segala keburukan makhluk-Nya. 

Banyak pengajaran yang saya boleh ambil daripada peristiwa tersebut. bersyukur masih lagi bernyawa, masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan hidup. walaupun sekarang terus dalam trauma. tapi baguslah, ia membuatkan saya lebih berhati-hati dan bersiap siaga. (^^,) 

15 comments:

Unknown said...

MUN KMK PUN MESTI AKAN TRAUMA JUAK..EIII,KESIAN KTK..WALAUPUN DH LAMAK BLAKU,PARUT PUN DH HILANG TAPI INGATAN YA X MUNGKIN AKAN DILUPAKAN NAK OWH...

Shila said...

bole lah nk ambik tugas jaga kampung memalam.. hohohoh..

Noor Atikah Ramli said...

pisang pon ok jugak pe org nk curi.huhuhu

Jujurara said...

setiap apa yg berlaku mst ade hikmahnyer..hah mcm sekarang kan lebih berhati-hati..:)

Zida said...

sungguhla trauma ni. btw, kat sini rompak rumah dah kurang kot, diorang directly rompak student tepi jalan, menyamar jadi polis, cissss

Moga Allah sentiasa melindungi kita semua. Allahumma Ameen~

meowwmania said...

mmg trauma bila kita ada pengalaman ngeri camtu

sy sndiri ada pengalaman menjadi mangsa ragut, perasaan takutnya smpai sekarang tak hilang

mintak dijauhkan drpd perkara2 camni berlaku lagi, amin..

CikRose said...

encik asada...

haney said...

smoga baik2 kt sana :)

Hans Hanis said...

owh...dkt kawasan rumah ko pun banyak anjing liar ek? nasib bukan perompak

Aida Azryn said...

huhu... harap-harap takkan berlaku lagi macam tu. heti-hati ye!

cEro said...

Kalau langkah berjaga2, ok laa tu..
Tapi takut2 ada trauma yg serius, PTSD mungkin...
So, apa kata pergi tanya pakar yang lebih arif..

Nor Zilla Sensei said...

alhamdulillah selamat....

aindzaya said...

ooww.yg peristiwa dulu tu...ain masih egt citer asada tu....

ceksumolek's said...

kejadia yg mcm gitu memang susah nk lupa..

Anonymous said...

airmata itu nikmat,duka itu indah, tiada yang lebih indah semasa kita berduka atau diduga kerana ada kesabaran dan keredhaan disitu dan pastinya kita akan merasa lebih matang dan dewasa bahawa segala-gala yang terjadi itu semua datangnya dari allah yang sentiasa menguji hambanya...