Tuesday, May 22, 2012

Sembilan Hari Bersama Cinta

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeahhh!! 

Lebih seminggu tak update blog, penangan teman pilihan hati datang bersama family ke Kota Samarahan, Sarawak. excited pun ada, berdebar pun ada menanti tarikh 11 May hari tu. mereka bukanlah datang merisik, tetapi datang untuk majlis konvokesyen beliau di UiTM Sarawak. bila dah dekat, hari-hari mau jumpa. apartmen tempat beliau sekeluarga menginap pun dekat je dari rumah. hehehe..


16 Mei 2012 - Istiadat Konvokesyen ke-76 UiTM Sarawak 
nak jugak kongsi bersama.. 


Beliau bersama mak dan abah tersayang.. 

Setelah pelbagai cabaran dihadapi selama 3 tahun lebih berjauhan merantau di tempat orang, akhirnya beliau berjaya menamatkan pengajian dengan sempurna. tahniah, tahniah dan tahniah. mungkin ada yang anggap 'biasa je' habiskan diploma account, tapi dugaan yang beliau hadapi seriusly buat saya kagum dengan semangat dan ketabahan beliau sepanjang pengajian.

Tak nak ungkit kisah lama, biarlah sejarah pengkhianatan, sejarah penganiayaan, sejarah beliau dipergunakan terkubur. itu asam garam yang akan jadi pengajaran kepada kehidupan yang akan datang.

20 Mei 2012, kira-kira jam 10 malam saya nampak lambaiannya sebelum melangkah ke dalam pesawat Air Asia. sekarang berjauhan lagi dengan dirinya yang dirindu. entah bila akan bertemu lagi. hanya kenangan sembilan hari bersama cinta jadi peneman dikala hari-hari merindu..

14 comments:

Unknown said...

makin rndu makin syg..
=)

monalea said...

sabar...semakin jauh semakin sayang bah........

Izan Ishak said...

wahhh... tahniah untuk cinta hatimu tu ye. mesti lepas ni rindu2an kan. 9 hari yg jadi sangat indah utk dikenang...

Jujurara said...

wah..konvo..bile dah konvo segala pnt lelah selama nie pn berbaloi kan.

wah sweet jerk bersama..:)

Aida Azryn said...

Tahniah untuk si dia.. hehe.. ;D

Anonymous said...

eeee. rindok ati kekasih ati datang time konvo. hehehe. maok juak pia!

kirimkan salam congrats rah nya.
padah ngn nya, suruh sambung gik sampe master. account pun bukan calang2 course juak bah kinek :DD

p/s kelak mun dah sampe seru,jgn lupak jemput kmk ke majlis. heheh

Angah said...

cewahh tahniahh2

zana-norzana said...

tahniah.....

sarah mohamad said...

Tahniah diucapkan. Memamg kuat dugaan bercinta jarak jauh ni. =P

miss niedNied said...

cinta jarak jauh lebih indah . ehheee :D

ceksumolek's said...

wahh~ tahniah ^_^

Ery Farieha said...

wah wah. ingat aku lagi dak? akakaka.

oh ada makwe dah rupanya. kikikiki

laskar pelangi said...

makin hari makin sayang..chewah! dah tu cepat2 kawen..boleh jmpe setiap masa..hehehe

caliph shuriken said...

tajuk en3 ni terbaik laa, mcm tajuk movie ^^