Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeahhh!!
Sudah dua hari berada kat rumah di kampung. lega setelah selamat menempuh perjalanan yang jauh balik ke kampung halaman. jauh bumi Stargate di Alor Setar saya tinggalkan buat sementara.
Sudah dua hari berada kat rumah di kampung. lega setelah selamat menempuh perjalanan yang jauh balik ke kampung halaman. jauh bumi Stargate di Alor Setar saya tinggalkan buat sementara.
Sunset di Stargate, Alor Setar, Kedah.
Stargate di Alor Setar merupakan kawasan yang baru dibuka untuk tujuan perniagaan. buat masa sekarang hanya ada Tesco dan beberapa buah kedai yang baru beroperasi kat blok-blok kedai di situ. hostel kitorang tak menyediakan dapur untuk memasak, so kena menapak keluar beli makanan. jadi satu masalah buat saya, kedai yang dekat, lauknya tak sepadan dengan tekak. ada kedai yang lauk sedap, lambat pulak servisnya. pernah beberapa kali perut masuk angin sebab lama menunggu order tak kunjung tiba.
Memang susah nak memenuhi kehendak pelanggan, tapi mungkin komen di bawah ni boleh jadi panduan untuk meningkatkan prestasi kedai makan berkenaan di masa akan datang. semester depan nak kena duduk mengadap makan lagi kat situ. ngeee..
Nasi Ayam Singapore
ruang dalam Nasi Ayam Singapore
- Kedainya super okay, kebersihan gred A. terletak di blok bahagian belakang Tesco Stargate. dekat dengan hostel pelajar.
- Specialist dalam nasi ayam tetapi mempunyai banyak variasi nasi ayam, begitu juga dengan minuman. rasa memang super sedap. paling best, Three Layer Tea.
- Harga makanan dan minuman tetap, tidak terlalu mahal untuk orang yang bekerja, tetapi agak membebankan untuk pelajar. boleh je nak makan, tapi tak boleh selalu.
- Banyak dan pelbagai promosi yang ditawarkan untuk menarik ramai pelanggan. antaranya makan 10 pinggan nasi ayam diorang, nanti dapat free sepinggan. pada saya, kedai makan ni mempunyai strategi yang superb dalam menjalankan perniagaan. page facebook pun ade. nak tengok lagi gambar diorang, boleh pegi kat page Nasi Ayam Singapore.
Nasi Ayam Stargate
makan kat Nasi Ayam Stargate
- Kedainya okay, kebersihan gred B tetapi tengok keadaan memang payah nak masuk gred A. terletak di tengah Stargate, senang nak singgah.
- Makanan tidak banyak variasi. hanya ada nasi ayam dan satu dua menu lain. rasa okay jugak la.
- Harga makanan dan minuman tetap, tidak terlalu mahal. sesuai untuk pelajar.
- Promosi tu ada, tapi jarang. kadang diorang beri nasi lebih untuk pelanggan. servis sangat cepat dan memuaskan. ada wifi.
Warung Geng Pondok Burger
- Kedainya okay, menarik. ada layar besar, boleh tengok bola ramai-ramai. dekat dengan hostel pelajar. kebersihan gred B, susah nak masuk gred A kot.
- Makanan dan minuman banyak variasi. ada burger dan menu western. rasa pun boleh tahan sedap.
- Harga makanan dan minuman tetap, tidak terlalu mahal, sesuai untuk pelajar.
- Ada pelbagai promosi ditawarkan. ada set combo, juga set masakan special dengan harga berpatutan. cuma masalah kedai ni, servisnya terlalu lambat. pernah sejam menunggu order tak sampai-sampai. ada wifi.
Mega Bayu Restaurant
- Kedainya okay, kebersihan gred B boleh masuk gred A. dekat dengan hostel pelajar.
- Makanan dan minuman banyak variasi, rasa okay-okay je la.
- Harga makanan dan minuman tidak terlalu mahal. sesuai untuk pelajar.
- Tiada promosi untuk pelanggan. servis okay-okay je, tidak terlalu teruk. pada saya, kedai ni sederhana dalam semua aspek.
Adam Corner Lot
- Kedainya best, kebersihan gred B, belum boleh masuk gred A. lokasi agak jauh dari hostel, terletak di hujung Stargate. kena menapak sikit kalau nak pergi.
- Makanan dan minuman banyak variasi. rasa pun boleh tahan sedap. sesuai untuk makan tengahari je.
- Harga yang ditawarkan berubah-ubah ikut mood penjaga kaunter. adakala mahal, adakalanya murah walaupun lauk tu sama je macam yang kita makan semalam. harga sesuai untuk pelajar.
- Tiada promosi untuk pelanggan seperti diskaun atau lauk percuma. servis okay-okay je, tidak terlalu teruk. ada wifi tapi diorang tak kasi guna sebab tu untuk penghuni yang menyewa di atas kedai makan.
Restoran Nasi Briyani dan Nasi Kampung
- Kedai ni baru bukak. kedainya okay, kebersihan gred B, boleh masuk gred A kot. dekat dengan hostel pelajar.
- Makanan dan minuman banyak variasi. menunya banyak kelainan dari kedai makan lain. rasa okay-okay je. ada Nasi Ayam Penyet.
- Harga yang ditawarkan untuk menu nasi campur dan lauk sangat murah, tetapi harga untuk menu masakan panas sedikit membebankan untuk pelajar yang nak berjimat
macam saya. - Mungkin ada promosi yang saya tak tahu kot. saya baru tiga kali makan kat kedai ni. kali pertama tapau makanan dapat harga yang sangat murah!
Stall Goreng-Goreng Makcik Wan dan Kawannya
- Makcik Wan antara peniaga kecil yang berniaga kat kawasan Stargate. jual menu masakan panas sahaja bermula sekitar 7.00 malam. stall makcik Wan sentiasa jadi tumpuan pelajar lelaki sebab sangat murah dan menu dihidangkan dengan kuantiti yang banyak.
- Makcik Wan selalu bagi makanan free untuk siapa yang singgah. kadang air sirap free, cucur pisang, cucur ubi, cucur tepung, bagi free je. pernah saya pergi kat situ, kenyang makan yang free tu je. pastu balik. ngee..
- Kalau bab rasa pulak, memang boleh tahan. tambah-tambah kalau menu masakan Thailand sebab makcik Wan ni orang Siam.
- Makcik Wan berniaga guna stall bergerak yang boleh diusung dengan basikal roda tiga. tapi tempat biasa diorang kat tepi jalan tak jauh dari Adam Corner Lot. jauh jugak menapak nak makan malam.
Ada lagi kedai makan lain bawah khemah di sekitar Stargate. tapi saya tak singgah dah, tak nak citer jugak kenapa, sebab saya tak tahu kenapa saya tak nak singgah dah. hihi..
Kedai makan kat Tesco Stargate pun ada, cuma jarang makan kat situ sebab nak berjimat. tapi sebenarnya kalau makan kat Tesco tu la murah. malas nak menapak jauh pergi Tesco je. pihak Tesco buka satu stall makanan Tesco, jual makanan siap dibungkus seperti nasi goreng, mee goreng, ayam goreng, sosej dan lain-lain lagi. murah, tapi rasanya pulak tak berapa nak cun.
Semoga semasa kedatangan saya ke Stargate di semester akan datang, lebih banyak kedai yang menawarkan makanan sedap dan menyelerakan dengan harga berpatutan. lima bulan di Stargate, ini lah kedai makan saya, termasuk juga Cafe di hostel. cafe lebih kurang macam Adam Corner Lot, bezanya rasa makanan di Cafe tidak dapat menandingi rasa makanan di semua kedai saya tulis tadi. huhu..
5 comments:
hostel dekat stargate? hostel apakah?
Heee.. selalu lalu stargate tapi tak pernah pula singgah makan.. gud review! mungkin boleh cuba lepas ni..=D
salam asada..masa jd student ni takpe la makan yg kurang sedap..kena jimat2.. nanti dah keje boleh la order yg special tiap hari..
nice laa, siap bg gred.. nanti senang nk pilih port yg best ^^
satay aku mana?????????????????
salam...saya nak tny klu2 awak boleh tolong saya buat laman web sekolah..hehehehhee...klu kena byr berapa ek?
kasi murah2 yer...
heheheheh
Post a Comment