Thursday, December 01, 2011

Medical Checkup Yang Menguji Kesabaran

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Seumur hidup, semalam adalah kali pertama saya merasai proses pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan seperti yang dilakukan oleh bakal siswazah lain di Malaysia. 'sabar' satu perkara yang sangat perlu dipraktikkan sepanjang proses medical checkup. nak dibandingkan dengan pemeriksaan kesihatan di Mesir, memang jauh bezanya. 

Di Mesir, bukan sahaja perlu sabar yang tinggi, malah perlu ketahanan mental serta ketahanan fizikal berasak dengan beratus mahasiswa negara lain yang badannya berkali ganda lebih besar berbanding kita. (lebih khusus, badan diorang jauh lebih besar daripada saya. hahaha..)

Walaupun begitu, tetap kecewa dengan layanan yang diberikan oleh klinik kesihatan kerajaan di tempat saya semalam. harapan tidak mengalami situasi menunggu terlalu lama seperti di Mesir berkecai..

Saya sampai di klinik pukul 2.00 petang, terus buat bayaran di bahagian pentadbiran. 2.40 petang selesai mendaftar untuk buat pemeriksaan kesihatan. angka giliran di tangan sekadar hiasan! angka yang muncul di skrin bilik pemeriksaan tidak langsung mengikut turutan..

Bila tiba angka saya, masuk ke bilik tersebut hanya untuk diberi borang urine test dan x-ray, kemudian nurse memberitahu bilik-bilik yang perlu saya masuk. dah selesai nanti masuk ke situ balik. okay, hampir sejam saya menunggu, itu je yang nak diberi. 

Pukul 3.40 selesai urine test, hampir pukul 4.00 petang selesai x-ray.. terus saya hantar semua keputusan tersebut ke bilik pegawai kesihatan yang saya masuk tadi. bagi by hand dengan dia. by hand okay! dia kata duduk tunggu kat luar sekejap. nasib baik duduk, bukan berdiri atau bersila di lantai. ye, saya akur sebab dia ada patient lain time tu.

Patient tadi dah lama keluar. jemu 20 minit menunggu, saya pun menyelak pintu bilik pegawai kesihatan tersebut, senang kata bilik doktor lah. diorang tengah bersembang. boleh pulak tanya saya nak apa?? heyy... tadi saya bagi result x-ray dan urine test, mana letak?? yang buat hati bengkak bengang semacam, folder x-ray bersama kad kesihatan saya tadi dia letak kat bawah meja tepi dinding! doc, saya nak selesai terus la medical checkup tu, bukan tahun depan baru siap..

Doktor tu pun semak result saya tadi, ade yang tak cukup. kena check mata, nadi, timbang dan sukat tinggi di bilik 7. kalau doc bagitau tadi, kan dah selesai saya buat! dapat rasa muka saya dah mula panas, hati memang bengkak giler lah. sabar... sabar.. Nurse yang timbang, sukat dan check nadi saya tu diam je tengok muka saya. hahaha..

Pukul 4.30 petang baru selesai semua. tension nya.. seriusly bengkak hati. member yang temankan saya dah lama menunggu. makanan tengahari pun dah habis tercerna. lapar.. cari makan, jom tengok wayang.. 

Bagi saya, Twilight Breaking Dawn sangat slow.. nasib baik tak tertidur dalam hall. siapa punya idea tengok movie tu, sabor je lah.. (tiba-tiba keluar kisah twilight si Bull nih)

27 comments:

Unknown said...

muehehe..aku pernah patah jarum kat mesir itu hari..trauma aku

Cik Nuyu said...

klik kerajaan ke tue.. emm.. biasa la tue.. dah abis2 dok berbual.. ada aje gosip nyer kan.. hahhaa

ceksumolek's said...

huhu~ sabo sajalah.. kabo bukan kerana nk buat medical check up kompem tak pergi klinik kesihatan kan?

Fareha Noor said...

blame those irresponsible people, bukan sistem.

cikpia said...

lenkali buat check up kat hospital besar alor setar or kangar,perlis..... aku buat kat situ, dodua bagi servis yang baik. bukan TERbaik tapi baik.

nurkaloi said...

perghhh memang berjam semata-mata nk check up jerk

tips: perut msti penuh n kenyang
lau tak lagi hangin satu badan haha

amalina wahida said...

kalau hospital atau klinik kerajaan memang macam ni, terimalah hakikat..untung asada boleh duduk, saya pernah sakit tak boleh duduk tunggu selama 4 jam untuk buat pemeriksaan. berdiri. *senyum sinis*

Azhafizah MN said...

tak semua tempat camtu..ade yang ok ade yang KO..tu la..sabar je lah kan..btw,twilight tu mmg slow..more drama less action..but still fiza suke..hehehe

D'ya Marshmello said...

tggu berjam-jam semata-mata nk check up adalah sesuatu yg mguji kesabaran , hehe :)

LATEST ENTRY : Sanggup Curang Dengan Celcom Broadband

[wani_mn] said...

panas pulak dgr cerita asada ni. HAHA.

btw, saya bru tgk twilight breakin down smlm. mmg follow habis movie ni. heheh ;P

Unknown said...

kmk faham..hehe..dan kmk rs kmk tauk klinik ne ya..huhuhu

twilight saga kali tok x banyak eksen kamen ya ktk rs cerita ya slow..tp bagi kmk cerita ya best..hehe

Hans Hanis said...

hahha
aku kalau nak budak medical checkup memang ambil masa sehari
lama tu bukan nya apa
lama menunggu je

twilight aku xlayan
:-)

Ieqa Swetluv said...

ishh x suka gi klinik x kesahla klinik mana2, sebab x suka menunggu lagi x suka kalo pengurusan dia menyakitkan hati huk2

zahidahwahid said...

marek hari khamis...patutnya pergi hari jumaat...sik ramai orang....cayak sik?? ya klinik gigi lah..hehehe


New Entry: 02- The meaning behind your blog name

Jom buat Cabaran 30 hari

Jey said...

mana2 kebanyakkan cakap servis spital kerajaan x memuaskan..sabar jela sbb free

btw,
twilight breakng dwn memang slow ;D

Rawkzell said...

medical checkup memang lama . kepada sapa yang belum buat buat preparation bawak makanan dan bantal . sempat tido dulu .. ahahaha

cEro said...

itu mmg masalah lapuk utk klinik n hospital kerajaan...ntah mana silapnya...

azah sofi said...

biasanya kat klinik kerajaan mmg bz gler..lagi2 yg kat pdg pasir tu..tak sgka plak da gak yg wat prngai tyme bz hour cam tu..huhu..malu plak azah rasa..p yg psti tyme azah g med check up dulu pOn bleh thn gak kesabaran yg d uji..same as asada..kol 2 smpai.. nak kOl 5 bru siap..p jgn mudah 'jerak' k..hehe..mybe masa tu nsib asada tak brapa baik bila jmpa staff yg mcm tu.. :)

iPai said...

heheh .. gitu eh ?

bagi saya kalau dekat saudi lagi dasat ..

medical check up yang asada cerita ni antara servis yang plg terbaik di saudi .. uhuh

lagi laa banyak sabar ye

shandye. said...

haha.
sabar ajela...
but then again looking at the bright side at least you got to sorta enjoy the movie, right?
aku pn blom sempat tgk breaking dawn lg...
bz.
hurm...

=)

E'in said...

lebih laa doktor tu.. cmtu laa hospital government..

mysara ramlan said...

biasalah tu.. sabar jela.. nak buat camne...

twilight tak best! haha

faizura rahman said...

klinik kerajaan kita byr seringgit dua..tu yg servis pun slow je..gaji dorg tak setimpal dgn beban kerja yg byk..tu yg stress n malas nak buat keje tu kot..haha..sabar je la..myb ni kebetulan..ada sbnrnya yg bekerja dgn rajin dan tahu halal haram berkat atau tak gaji bila buat kerja mcm tu..tp kuantitinya sedikit jadi susah kita nak jmp..biasa la kan, sbb nila setitik, rosak susu sebelanga~

Syira Rara said...

hai..saya baru je follow ur blog n if u dont mind plisss singgah2la my blog dan follow yea..blh berkongsi cerita (^_^)

SABARINA said...

syukurlah...kalau kat negara lain cam India apa pon tak bley

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said...

.. huhh..
best yew ...

Anonymous said...

no memang tak ikut turutan. cz ada mula dgn no 1. cth utk kanak2.

mula no 2 biasa2.

mula no 3 org tua.

rotate2 jugak.