Saturday, November 26, 2011

Kisah Dari SK Empila

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Sudah masuk cuti sekolah sekarang, tak perlu tulis surat tidak hadir ke sekolah. maka berubahlah rutin harian. takde dah gelabah-gelabah bersiap nak ke sekolah bila bangun pagi. hihi.. satu lagi pengalaman yang best telah dilalui selama dua bulan mengajar di SK Empila. semoga suatu hari nanti akan ada lagi pengalaman yang best macam tu.

Walaupun sibuk dengan itu ini di sekolah. tapi kesibukan itulah yang sangat menyeronokkan. terasa kepuasan bila selesai satu-satu program.

Saya bersama Cikgu Bakerya dan Cikgu Basya di meja perangkaan markah Sukan Tahunan Sekolah.

Sukan Tahunan Sekolah aktiviti pertama saya sertai bersama barisan guru dan kakitangan SK Empila. buat pertama kali saya berada di bahagian perangkaan markah, tapi jadi tukang tulis je. kira okay jugak lah.. saat-saat akhir hari sukan, cikgu lain take over kerja menulis markah sebab terlalu ghairah menyokong atlit Rumah Kelisa. murid bersukan, cikgunya over bagi sokongan. hehe..

Kelas omputih (CPD).

Oleh kerana SK Empila di bawah Program Sekolah Amanah, cikgu-cikgu juga diajar cara mengajar dengan lebih efektif. yang mengajar pulak adalah advisor kelas internasionalle. pada pandangan saya, banyak kebaikan yang diperolehi daripada program ini. antaranya, cikgu-cikgu menjadi sangat rajin!! sebenarnya terpaksa rajin sebab segala tindakan diperhati dan akan dikomen. hahaha..

Saya dah lupa susunan program dan aktiviti di sekolah sebab banyak sangat. tempek saja lah mana-mana..


Jadi guru pengiring lawatan pelajar tahun 6 ke tiga lokasi, Rumah Seri Kenangan Kuching, Perpustakaan Negeri Sarawak dan Planetarium. boleh pulak pagi hari lawatan saya bangun lambat. gara-gara blogwalking di tengah malam lah tu. hahaha.. kelam-kabut bersiap pergi sekolah. 7.35 pagi baru tulis nama dalam buku kehadiran guru. nasib baik lah lawatan tu pukul 8.00 pagi.takde lah kena tinggal dengan bas..


Majlis Khatam Al-Quran untuk pelajar tahun 6 SK Empila 2011.. pentas tu saya yang tampal. lalala.. kalau ade yang nak tempah buatkan pelamin masa kawen, boleh hubungi saya. hihi.. yang bestnya, Majlis Khatam Al-Quran ni dapat liputan Utusan Sarawak. malangnya takde muka saya yang ditempek dalam akhbar. saya tempek sendiri dalam blog ni pun kira okay laaa... hahaha..

Banyak lagi kisah dari SK Empila nih. mau tak nya, folder gambar semasa aktiviti sekolah saje lebih 10GB. tahap keaktifan sekolah pada hujung tahun mencecah tahap maksimum. itu lah yang seronok nya.. insyaAllah, ada masa saya tulis lagi di episod akan datang dalam sinetron Budak Malaysia. ngeee =D


SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH.. (^^,)
selamat datang 1433H..

14 comments:

Hans Hanis said...

mesti cikgu kesayangan murid2 sekolah nih
hehehe
selamat tahun baru :-)

Unknown said...

seronok ke jadi cikgu praktikal ye?

'Athifah Markzzaki said...

Hai cikgu !

Bestkan layan budak-budak sekolah.. hehe.. :)

Qad Iskhall said...

Saya student sainsku. dulu pnah pgi empila join outreach. cikgu, student and family kat empila best!

Unknown said...

salam maal hijrah..asada :)

Unknown said...

lamak jadi cikgu tok,sunyik jak blog ktk..

tapi best juak sekolah ya owh,walaupun agak pendalaman tapi aktiviti sekolah meriah jak..

mekasih add kmk rah fesbuk..

kim salam ngan gerek..hihihi

Azhafizah MN said...

teringat aktiviti sekolah dulu..seronok!

p/s:Salam Maal Hijrah

♥ p a a n i ♥ said...

salam maal hijrah :)

محمد رازيق said...

salam maal hijrah bro.. nice blog.. first time samapi ni.. free-free jmput ke blog kami.

.:: dieylah :: said...

yodeh...dah jd cikgu asada nektok duhal...hihihi...cikgu ke ustaz?opsss..hihihi..selamat bcuti cikgu...

Kyra Ismera said...

cg dgn ank murid muka lebih kurang sme je..hoho

toko baju muslim said...

wow great post thanks

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

cikgu sihat? cikgu makin sibuk nampak? sampai entry pun dh jarang2 benar tercatat di laman blog.. hehe...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

oh ye ...salam ma'al hijrah cikgu asada!:D