Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!
Kisah kaki terseliuh dalam entry sebelum ni dah berkurun lama tak diupdate. dah sembuh 99% kaki ni. Alhamdulillah syukur saya masih dapat berjalan seperti biasa. terasa lagi bila melompat sebenarnya. mungkin akan kekal kot. tapi kisah kaki terseliuh bukanlah alasan tidak meng-update blog sebulan ni.. hehehe..
Sibuk Sangat Ke Jadi Cikgu?
Kalau saya nak ceritakan kisah kesibukan minggu sebelum minggu peperiksaan akhir, kemudian minggu peperiksaan akhir tahun dan sekarang ni selepas peperiksaan, memang tak habis tercerita dalam satu entry. mungkin boleh jadi episod sinetron Budak Malaysia. bila dah habis exam, ada pulak pelbagai aktiviti dan program untuk murid-murid.. paling dekat, esok saya akan turut serta dalam lawatan pelajar tahun 6. eh? bukan saya ke yang teruja nak ikut? lalala~
Minta maaf lah kepada pengunjung yang datang bertandang tetapi tidak ada tampalan baru disajikan. rasa bersalah pulak bila blog ni terabai. huhu.. mungkin saya patut tulis surat tidak hadir menulis di lain masa. ye lah, murid tak hadir ke sekolah pun kena tulis surat. pekerja tak datang bekerja pun kena ada pengesahan doktor. hihi..
Ini contoh surat tidak hadir ke sekolah yang murid bagi minggu sebelum minggu lepas. bagus surat ni, ada kenyataan yang kukuh bahawa dia tengah sakit perut yang sangat. ada usaha menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sempena Bulan Bahasa. menurut guru kelasnya, memang budak ni selalu tak datang sekolah. masalah jugak tu..
Blogger kena bagi surat jugak kot kalau tak hadir menulis. ngeeee.. kat Blog Seratus Penulis pun saya dah lama giler tak datang. kalau kerja company, mau dah kena buang kerja saya ni. adeh..
*** Entry ditaip di bilik guru siang tadi, malam baru dapat nak publish. ngeee =D
28 comments:
pandai dia tulis surat ye..expert...
sakit perut ke sembelit tu
hihi
ko dah berkerjaya woo belanja
macam mane jadik cikgu encik asada..ok x??pengalaman berharga tu..:P
penat melayan kerenah budak2..bila balik rasa nak rehaaatttt je kan..kan...
ayat last dia lawak
hahahaha
hye cikgu!
nak belajar boleh??
be;ajar tulis surat jugak.:))
"Dear teacher, I am not going to write in my blog tomorrow because my grandpa will die. Thank you."
kacak tulisannya
New Entry: Top commentator
Samalah kita,, lamak x update blog eh.. Hahahaha.. Bz bla ofis d renovate.. Adeh!!!
Rasa nak baca surat ya, tapi x brapa nak jelas.. Paksa klik, hope dapat bacalah.. Hehehe.. Cam best jak isi kandung.. Ngee :)
Sama juak eh, blog 100 penulis ya dah x tauk kamek khabar berita.. Adoi..
surat itu rasanya boleh dipercayai kerana ada tulis pengakuan 'yang benar' di bawahnya.
penggunaan perkataan SANGAT bberapa kali menunjukkan sakit yang teramat. maafkan aje la cikgu. he he.....
wahh.. jadi cikgu ndah d ctok lok
alolo siannya dia sakit perut buang air besar selalu sangat..hahaha :D
Ooo. Dah jadi cikgu ke? Hye cikgu :)
Hehehe~
faham sgt.. tp kalau jadi cikgu pelatih lagi sibuk rasanya.. sampai nak nangis2 hahhaa
apapun
rindu jugak tulisan kat blog nie..
erk..cikgu keee???
wajib komen sebab dah sebulan kamu hilang! lama dah x bertanya khabar kan:)
pandai dia meulis surat ye cikgu.. xpe leh diperbaiki :)
cikgu makin sunyi yer sekarang nie...
lawaknyer...(",)
mmg berdikari budak ni. HAHA
haaa. tulis surat cepat! lalala~
Ni mesti Cikgu tak ajar lagi camne nak buat karangan surat rasmi.Hehe..
wahahaha..
pandai betol tulis surat,eh asal mcm surat cinta ja,takda format..heee
kesian betol budak nie..cirit-birit kowt..heee
seronok nya jadi cikgu yer.. :)
dulu masa izfa mengajar, kat sekolah tue jarang terima surat selain dari surat doktor. so, tak banyak sangat kes student tak datang sekolah. kalau tak, mengadap guru besar lah jawabnya..
hahahaha.. comel je surat dak ni..
buang air besar selalu sangattt ~~ kih3 ;P
Post a Comment