Thursday, September 08, 2011

Ko Ingat Mintak Maaf Saje Dah Cukup Ke?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Garang tajuk entry hari ni. hahaha.. tapi bukanlah entry nak marah-marah yer. saje nak bagi nasihat. saya bukanlah baik sangat pun, tapi bolehlah setakat bagi sedikit sebanyak nasihat. kalau betul, boleh lah diguna pakai. kalau salah, tegur-tegur lah saya.

Akhir-akhir ni, banyak kisah berkenaan tuntutan supaya memohon maaf, orang memohon maaf, dan orang yang tak reti minta maaf. maka terfikirlah oleh saya, macamana nilai kemaafan yang dipohon oleh si peminta maaf. adakah sekadar ucapan? cukup syarat? atau hanya debu di bibir saja?

Bermula kes Mat Sabu yang diwarkan sebagai pengkhianat bangsa apabila mengatakan Mat Indera sebagai wira sebenar negara kerana melawan polis British di Bukit Kepong. lalu waris daripada peristiwa Bukit Kepong menuntut supaya Mat Sabu memohon maaf atau menghadapi saman. persoalannya, permohonan maaf yang macamana mereka inginkan?

Muncul pula kisah Petknode yang kejam. pihak Petknode mengakui kesilapan mengabaikan haiwan peliharaan pelanggan yang ditinggalkan di premis mereka lalu memohon maaf. timbul dalam benak kepala saya, cukupkah dengan hanya memohon maaf?? (kisah penganiayaan Petknode ni betul-betul buat saya geram..)

Ade pula kisah orang yang tak reti nak minta maaf. ini memang keras kepala berhati batu punya orang. Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel apabila kerajaan Israel enggan meminta maaf selepas insiden serangan askarnya ke atas kapal bantuan Gaza tahun lepas. ini memang patut lah, biar je Israel tu sorang-sorang.

Daripada tiga kisah ini, timbullah persoalan nilai kemaafan. Rasulullah SAW mengajar kita supaya menjadi orang yang pemaaf, kerana dengan nilai kemaafan, ia dapat membendung berlakunya kekerasan. namun, cukupkah kita memaafkan tapi satu pihak lagi tidak merasa apa-apa?

Orang yang meminta maaf,

Sebagai pelengkap permohonan maaf, haruslah ada penyesalan dalam diri. sesali kesalahan yang telah dilakukan. berikrarlah kepada diri sendiri untuk tidak melakukan kesalahan yang sama di lain masa. kita dah buat salah kat orang, kadang tu memang tak mendatangkan kerugian apa-apa, tapi kalau hanya minta maaf sebagai ucapan, ape je hasil? takde effect langsung lah dalam diri..

So, penyesalan terhadap kesalahan dan kesilapan tu sangat penting dalam permohonan maaf. luahkan penyesalan dengan tindakan yang kita ambil seterusnya. baiki hubungan sesama manusia supaya tiada lagi benci, tiada lagi caci..

Setiap orang pun ade buat salah, jangan pula orang dah minta maaf sungguh-sungguh, kita duk ungkit kutuk lagi kesalahan orang tu. nampak sangatlah kita yang buruk kan.. jadi pemaaf tak merugikan..

22 comments:

puteraduyong said...

manusia kenkadang terlupa...dan kena memohon maaf...kenkadang memaafkan itu lebih baik...supaya terus terkesan di hati mereka... ;)

Umie Nadhirah said...

aku minta maaf..

iPai said...

betul tuh .. bukan setakat maaf sekadar kata2 di mulut tetapi maaf yang lahir dari hati ..

najihah sahami said...

hahaa....secara jujur, memang terkejut la baca tajuk entry asada. ingtkan asada ada marah kat sape. hehe..

setuju ngnn pendapat asada. yeah..lepas asada leh la jadi Menteri Keamanan di negara BLogger. hehe

- LIANA ASIF - said...

kata2 kemaafan itulah dapat menyejukkan hati yang panas.. marah mcm mn pun, bila dgr ungkapan maaf yg btul2 ikhlas, rs coolllll je... :-)

ekane said...

bak kata pepatah omputih
"sorry seems to be the hardest word"

[sutera kasih] said...

kmk suka entri tok..maaf bkn sekadar di mulut, perlu ada penyesalan dan sikmok ulang kesilapan lagik..org yg memaafkan pulak sik perlu nk ngungkit2 lg hal silam..

Farahin Ahmad said...

semua terpulang kepada diri sendiri.

nursakinah said...

egoisme

Shila said...

melafazkan maaf mudah..

melupakan salah tu susah..

Mr. Asada said...

@missSenget :

siyesli nak lupakan kesalahan orang tu susah. jadi, bila orang dah minta maaf sungguh-sungguh, tak perlu lah kita ungkit lagi.. makin diungkit, makin jadi buruk lah hubungan sesama manusia tu.

iKhRam said...

meminta maaf dan memaafkan.. mudah sukarnyer sesuatu perkara bergantung kepada kita juga.

bukan mudah menjadi pemaaf.. dan bukan mudah menyedari kesilapan dan memeohon maaf..

tp kalau kita sabar, dua perkara itu boleh menajdi mudah

saya cuma setuju dgn pendapat saudara tentang orang yg memohon maaf dan orang yang memaafkan tue..

yui said...

kdg2 setengah case.. memberi maaf lagi susah dari mintak maaf =p=p

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

saling memaafkan biar ada cinta sesama manusia. klu asyik duk berdendam, tak berpuas hati, memang gidup tak akan pernah jumpa akan ketenangan dan kedamaian....


kalau benar2 tutur kata maaf itu, pasti sudah cukup! Ikhlaskan....

MulutPayau said...

Biarlah ungkapan maaf lahir dari hati yg tulus dan ikhlas, bukan sekadar di bibir sahaja...

Shahirah Zainol said...

geram dgn kes kucing tuh grrrr

shandye. said...

semua yang baik harus dimulakan dengan maaf.

maafkan diri sendiri kalau pernah terbuat salah.

kalau sudah mampu maafkan diri sendiri, baru timbul kebaikan dan keikhlasan utk memaafkan orang lain...

=)

Hans Hanis said...

untuk kes petknode tiada maaf buat mereka dari aku

ciK LyndaWawa said...

kmk mintak maaf juakk..selamat hari raya...=]

adele said...

baru je terdengar pasal kisah maaf2 ni..lebih kurang sama isinya dgn entri ni..terima kasih atas peringatan :)

Cik Amni said...

sidak duak nak petknode ya sik cukup nak mintak maaf... berapa banyak pusak dah mati? berapa banyak pusak ilang? berapa banyak pusak kebulur.. kesian laluuuu... nang sik da reti kemanusiaan ka apa? pusak gik sayang anak.. haishh...

Anne Wahid said...

maafkan kesalahan orang untuk ketenangan jiwa... betulkah tok....rasanya nang cam ya lah....