Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!
Kali ini ingin berkongsi satu lagi makanan yang sedap di Mesir. walaupun sebenarnya bukan makanan Mesir, tapi di Mesir lah pertama kali saya merasa bakso.
Ramai warga Indonesia mengusahakan perniagaan kedai makan di Mesir. sekitar kawasan kediaman saya di sini terdapat lebih 10 buah rumah makan yang menyediakan menu makanan Indonesia. Bakso Gami' antara kedai makan kegemaran saya, khusus menyediakan pelbagai jenis bakso yang sedap.
Lokasi Bakso Gami' yang berdekatan dengan kediaman pelajar Indonesia dan Malaysia menjadi salah satu faktor kedai makan ini sentiasa hangat mendapat sambutan. tambahan pula rasa bakso yang super sedap dan harga berpatutan, sangat tepat dengan tema mereka "Rasa Bintang Lima, Harga Mahasiswa".
Selain menu menyelerakan dan super sedap, ruang makan yang selesa menyerlahkan lagi imej Bakso Gami' sebagai sebuah kedai makan pilihan ramai. mereka menyediakan dua ruang makan di mana terdapat ruang bebas asap rokok untuk keselesaan pelanggan. tambah best, di ruangan itu kita makan di meja rendah yang comel. hihihi..
Bakso Gami' hanya dibuka pada sebelah malam sepanjang Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin. kalau nak pergi makan bakso kena datang sekitar pukul 8 hingga 9 malam. sebab kalau dah pukul 10 malam, kebanyakan bakso sudah sold out.
Bagi saya, Bakso Gami' adalah tempat paling best untuk merasa keenakan sup bakso Indonesia di Cairo. habis semangkuk, rasa nak order lagi. hahaha..
Nota kaki :
saya belum jumpa lagi Bakso Cinta yang dibuat oleh Abdullah Khairul Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih di Mesir. hehe..

59 comments:
mcm sedap jer.. :)
betul2, teringat azzam.. hihi.. ada bakso cinta x?
sodapnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!
waaaa...best3x...beso gaban bakso dia ye..
ya allah , sakit jiwa tgk blog budak hensem ni . asyik makanan jer . ckuplh mempengaruhi sye ngah nak diet nie ..
mcm bakso ketika cinta bertasbih tu ke? hehe
ohh bebola daging tersebut nampak sedap. apesal promote kdai kat cairo, camne nak pergi try~sob sob ..haha
nmpk sggh menyelerakan! slurppp....
macam2 nama bakso ada..hehe...
nyamannnn ;P
wah asada..kat sana ada jugak ye bakso..dah la bakso yang macam2..bakso ping pong lagi.bakso unyil cam mana plak dah?
nampak menyelerakan..rasa nak cari bakso gak nie..dah terliur nie..he3
Kat Malaysia ni pon ramai jeks Indonesia jual Bakso...Sodap!!!~
bakso cinta tu tu die bukan wat kat indon ke
makan bakso kalau xde bebola daging, bakso tak nama die??
ke nama mee sup je?
hehehe..
tak suka bebola daging.. T__T
nk mkn bakso cinta buat memang x dpt la..ahahaha..sedapnyaaa...leleh kot tgok..ayok!
sedang menelan air liur ni.
bakso paling sedap so far ada kat gerai orang indon ni kat bawah komtar, dekat dengan maybank.
sedap gle kot. dahla murah... around rm3 je semangkuk. fuhhh....
tiba2 rasa rindu nak makan bakso. alya merasa bakso lau kat johor je.hehe
*nak cari gak bakso cinta khairul azam tu..hihi
first time mkn bakso dulu dekat melaka..indon buat..pastu serik nak mkn lagi..sbb tak sedap..
tapi klu dlm gamba ni nampak sedap pulak...tapi ada meatball la..tak makan daging..tu yg lemah tu..
haish entry pasal mkn ni yg tak tahan ni..
okay saya officially lapar lepas baca entry neh.
pergh! cam sedap jek..
sllrrrppppp~
hehe..
terus rasa lapar nangga gmbr2 bakso kat sitok eh...
i love bakso..
sedapnye..
menyelerakan..
=)
perghh!! TERBAEKKK~ tak teringin pun sbb smlm baru jer makan bakso :P hehee..
besar gila baksoo tuhh! sedappnyaaa!
hehe . tempat Tia pun ada bakso . yang sedap tu bebola daging aje . mee tak nak . tapi tak boleh beli bebola aje . kena sekali dengan mee . hahaa ..
eh jap ! wahhh .. lagi hensem rambut pendek ala-ala otromen gituuuu . oke ! bakso tu kut yang menambahkan kehenseman si pemakan . err , ke kamera ni? musykil jap ! hahaa ~~
mesti rasa cam di malaysia kan?sebab orang kat malaysiapun dah biasa makan bakso..hehe
x pnh makanlah..jakunnye rase..hehe..
wooo..series bakso yg gabak2 ttuh npk sodap! mahu!
bakso tenis macam mana pulak rupanya?
bakso mana penah xsedap.. nyum nyum
Es Pandan tu nampak menarik !
bakso cinta is the best !!!!
sedopnyaaaa......yumyum..
besarnya bebola die... padanla ada adik blaja kat mesir siap kensel nak puasa sehari sebab nak pegi makan bakso.. hehe.
InsyaAllah next year sy dtg mesir lawat adik. belnja satu bakso ye? :D
uwaaaaaaaaaaaaaa dats my pebret..bakso oh bakso..cne jak ka nk nemu bakso cinta khairul azzam ya..
alahai nk leleh air liur. paling best meat ball tu.
tak pernah plak makan bakso... sedap sangattt ke??? :)
dapat telan air liur je ni...
kebetulan tgh puasa lak ni hehe
bila bace entri ni teringat cerita mas Azam..cerita indonesia..tasbih cinta
walawehhh
aku tgok harga dia macam mahal2
cuak lak kan
LE9 lah LE10 lah
hahahahaha
oit,ensem abang aku nih
:-)
Lirik Lagu Babak Pertama (OST Juvana) - Drama Band
bukan khairul azzam wat bakso cinta tu bila dia dah balik indon semula ke? hehehhehe... kalau tak silap lah...
bakso!! mcm bihun sup ke rse ye?? hehe. mcm serupa. tp xpnh mkn:)
FYI, ya first time kmk tengok bakso..makan jak belum..hehe
tak pernah pun rasa makana bakso walaupun byk terjual di penang nie.. hehehe..
nampaknye kene jugak la saya ke mesir.. hahaha
Terlioq Princess ngan Tuah :P~
Hahaa...
Bebola daging tu nk bli ktne la.. Nk terai wat kt umah sok yay!!!!
wahhhhh. nyaman jak rupa. mok blaja polah la kaktok! yeayyyy
mcm best jeeeeee! nak jgkkkk
mcm bihun sup kn bakso ni?! huh...
bila nak blanja mkn bakso pulak??????
hahaha
=D
BTW.asada ni mudah berkira orangnya
hari tu dpt mkn free time exam
tbaek ah
perghhh, sodap ni..
banyak gak jenis2 bakso ni..
nak bakso ping pong satu..:D
wah ..mmg sdp bakso...bakso cairo xprnh rasa ...huhu
ohhoiiii hari tu tak bawak !! nak jugak yang bakso super tuuuu...
hahahaha
nampak macam best je kan, kakak pun belum pernah makan lg bakso ni,,,
sedapnyaa.
saya pon suka bakso.hee
bakso...camno rasonye?
bakso di cairo..menarik2.heee
zie lom pernah lg mkn bakso...sobsobsob...sedih :(
hamboi .. kalau cam ni, tak yah tunggu balik malaysia r jawabnya .. heheh .. sana pun dah ada yang sedap punya
Post a Comment