Friday, July 15, 2011

Anugerah Sihat Dan Kelapangan Masa

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman..

Kepada yang masih berada di dalam kesedihan atau musibah, semoga terus tabah menghadapi segala dugaan. semoga dengan ketabahan itu, kita dihadiahkan dengan kebahagiaan.

Peluang dan ruang kali ini, ingin saya berkongsi tentang satu hadith yang pendek, akan tetapi memberi makna yang besar di mana hadith ini membawa kita untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan kita supaya tidak mempersiakan segala nikmat yang telah dianugerah Allah SWT.

Hadith dipetik dari buku Empat Puluh Hadith Penawar Hati.

Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikmat Iman dan Islam. namun, ramai orang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ini kecuali selepas kehilangan keduanya.

Ketika mempunyai badan yang sihat dan kelapangan masa, ramai orang mempersiakannya lalu menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah dan melalaikan. atas perkara yang sebegitu, golongan ini menganggap ibadah yang sebenarnya mudah sebagai halangan untuk melakukan tugas lain.

Mengerjakan sembahyang bukanlah memakan masa yang lama. apatah lagi membaca Al-Quran dan berzikir yang mana boleh dilakukan sambil berjalan, memandu, bahkan ketika bekerja. namun malas yang menguasai menyebabkan perkara mudah menjadi sukar.

Beginilah orang yang mempersiakan anugerah kelapangan masa dan kesihatan badan. sehinggalah mereka terlantar sakit dan tidak bermaya, maka ketika itulah baru menyedari akan besarnya nikmat ini.

Time sakit baru nak sembahyang, nak nazar macam-macam, baru nak mengaji Al-Quran, baru nak berzikir. aduhai.. macamana nak mengaji, masa lapang dulu tak pernah belajar. belajar time dah sakit susah. dua kali lebih susah berbanding masa sihat.

Tepat sangat kalau nak bagi pepatah melayu, "nasik sudah menjadi bubur.. kena pi goreng ikan bilis, buh kicap sikit, boleh makan campur dengan bubur..".


Saudara saudari pembaca yang dihormati, cuba kita renung kembali, adakah kita menggunakan nikmat sihat dan kelapangan masa dengan sebaik mungkin atau telah mempersiakannya. adakah masa cuti bekerja sabtu ahad digunakan sebaik mungkin? adakah kesihatan kita hari ini sudah digunakan dengan baik? sama-sama muhasabah untuk memperbaiki diri.

Syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat-Nya. hargai segala nikmat tersebut. sudah diberi kesihatan, jangan pula kita 'rosakkan' kesihatan. janganlah hisap gam, janganlah hisap dadah. nanti jadi tak sihat. bila tak sihat tak dapat nak buat apa. sendiri juga yang susah..

Nota kaki :
syukur masih ada kesedaran akan nikmat tu waktu sakit. ada juga yang dah terlantar sakit masih tak sedar nikmat yang telah diberi.. nauzubillah, mintak dijauhkan daripada sifat kufur nikmat.

gambar : tengok sunrise dari puncak Gunung Sinai (Thur Sina), satu ketika dahulu tempat Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT..

29 comments:

al-lavendari said...

cantik pemandangan dari atas gunung itu.

sekarang pakcik sakit belakang .. dulu tak tahu pun bagaimana rasa sakit belakang. bila dah sakit baru sedar nikmat tidak sakit dulu. tapi syukur kerana sakit ini sedikit sahaja, berbanding orang yang kena kenser, buah pinggang, stroke dsb.

nak rukuk sakit, nak masuk kereta sakit, nak keluar kereta sakit.

tapi sekarang ini sedang menikmati kelapangan masa .. insyaallah akan digunakan sebaiknya.

iKhRam said...

kadang2 uda nikmat besar ini selalu dipersiakan..

semoga nikmat ini terus berdampingan. amin.

CikRose said...

alhamdulillah..dpt input yg berguna dari sini....

Unknown said...

huh tapi hanya sedikit golongan yg pandai bersyukur

Hafizin Jamil said...

hargailah nikmat sihat sebelom sakit

BCJ said...

nice entry

miss fiza said...

nice entri,, nice sharing... owh that pic kat gunung sinai eh... cantik sunset.. subhanAllah :)

merahitujambu said...

terima kasih share..=)

ieza ashaari said...

manusia itu lupa.. sebab itu ada 5 sebelum 5.. :)

terima kasih berkongsi ilmu bermanfaat..

cantik pemandangan di sana..

Unknown said...

mesti ada unsur makanan kan? sedap gak bubur tu..hehe..

ok ok..actually biasa la..dah terhantuk baru terngadah..time susah baru ingt nak sujud..time senang tak ingat..sama2 la muhasabah diri hari2 jumaat ni.. posa nak dkt da.. :p

Hans Hanis said...

yups
sokong sangat2
kadang2 kita nih mudah lalai dengan nikmat yg Allah beri
bila diuji baru sedar
nice entry
:-)

Fariza Othman said...

pengisian yang baik.

Fathiah Hamim said...

bersyukur selalu.

♥ shiMawar ♥ said...

betul2..cuainya sy selama ni..mensia2kan masa yg ada.. :(

cantek le pemandangan tu! :)

fatinShuk said...

hadith tu muka surat brape ekk asada ?.

najihah sahami said...

huhu..betul2...diri sendiri pun terasa.bilanak exam, nak apa2 bantuan. baru duk terkejar buat solat hajat. ish..muhasabah diri lepas ni..T_T

cEro said...

sebab kita manusia, kena saling ingat mengingati tanpa ego masuk membelahi...

razierahiem. said...

selagi diberi peluang untuk bernafas. selagi itu lah nikmat yg tak terhingga dariNya. subahanallah. hanya Dia PEMBERI yg teragung. ^_^

[sutera kasih] said...

ingat lima perkara..sebelum lima perkara...

beruntung ktk bepeluang pegi puncak gunung sinai ya..kmk jeles T___T

makseh kongsi link website tmpt ktk ngga terjemahan surah2 ya :)

[wani_mn] said...

trima kasih atas tazkirah ni. saya amek sbg pedoman hidup. lately ni, mmg ada problem. dgn exam n keja blablabla... :D

RHI said...

mekasih, masih banyak kekurangan diri yang harus diperbaiki

Raihana said...

ingat lima perkara sebelum lima perkara.=)

salam perkenalan.=)

Liyana Zahim said...

Eh sy tidak mbuang masa.. T pas raya sy akn mencari kije.. Skrg masa utk family.. Puasa ngan family.. Herherher..

Alif Haris said...

nice sharing bro:) thanks buat peringatan kita semua

btw cantik pemandangan atas tu ye .. memang tenang ^^

shandye. said...

really really really love this quote from this entry:

"Mengerjakan sembahyang bukanlah memakan masa yang lama. apatah lagi membaca Al-Quran dan berzikir yang mana boleh dilakukan sambil berjalan, memandu, bahkan ketika bekerja. namun malas yang menguasai menyebabkan perkara mudah menjadi sukar."

thanks for sharing...

^^,

Unknown said...

kacak view eh..
p,kenak org lam gmbr nampak tembam glak..hahaha..

laskar pelangi said...

ye..semoga kita semua sentiasa dibukakan hati untuk bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh kita;)


wah! cantiknya pemandangan tu~~~

iPai said...

peringatan utk aku juga .. terima kasih

Dr Afifah said...

Beautiful reminder. terima kasih bangat!^.^