Saturday, June 11, 2011

Seram Sangat Ke?

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram sebarkan senyuman. yeah!

Saya bukanlah orang yang berani sangat, tidaklah penakut sangat. tengah-tengah lah. ustaz saya pernah pesan, kalau kita takut sangat nanti iblis setan makin mudah nak ganggu. tidak boleh over berani jugak, dikhuatiri sampai ke tahap takbur.

Alhamdulillah saya jarang diganggu jin atau makhluk alam lain. diugut dan dirompak manusia bertopengkan setan pernah lah. kisah seram yang paling saya ingat, semasa berada di tingkatan lima. tidaklah seram mana, tapi cukup membuatkan saya terus senyap tidak bersuara.

Gambar padang simen sekolah diambil dari depan asrama lelaki pada tahun 2000.

Malam tu saya dan classmate belum tido, rancak bersembang. lebih pukul 12 tengah malam kami berdua ke tempat mandi di belakang asrama, kepala paip tertanggal dan air keluar tak dapat dihenti. atur punya atur, memang tak dapat. atas rasa tanggungjawab dan tak nak membazir air, kami berdua ambil keputusan nak tutup paip utama.

Lokasi paip utama nun jauh di depan blok pentadbiran. kena ikut laluan baru di tepi blok kelas sebab jalan depan asrama menuju ke blok pentadbiran ditutupi oleh besi-besi dan cerucuk simen. maklumlah sedang dalam proses membina bangunan kelas baru.

Kami berdua menuju ke blok pentadbiran sambil bersembang. Najib jalan di depan, saya ikut di belakang. lalu di tepi blog kelas, suasana senyap sunyi. tiba-tiba, "WOI!!". suara garau menggertak. terus saya pandang di atas beranda blok kelas, tiada siapa. kami terus berjalan, saya senyap membisu. di depan, Najib menyanyi perlahan seperti tiada apa berlaku.

Lama saya senyap. selepas menutup paip utama di depan blok pentadbiran, saya tanya Najib. ada dengar tak orang panggil 'WOI!' tadi. rupa-rupanya Najib pun dengar, sebab tu dia nyanyi je. kalau tak nyanyi, kang jadi makin sunyi. hahaha.. akhirnya kami berdua meredah tengah padang yang sedang dalam pembinaan untuk balik ke asrama. tak berani lalu di blok kelas dah.

Lakaran pelan lama sekolah. line merah adalah laluan kami berdua ke paip utama yang bertanda X. bintang hijau, lokasi kami berdua disergah suara garau.

Tandas perempuan lama di tepi blok kelas yang agak menyeramkan. atas beranda blok inilah suara garau memanggil kami 'woi!'. gambar diambil pada tahun 2010.

Kawasan lapang ini bekas tapak asrama lelaki. hanya tinggal memori. asrama lama telah diroboh sebaik sahaja asrama baru siap dan dihuni. dulu di belakang asrama adalah hutan dan semak samun.

Semasa tahun 2004, sekolah saya dalam fasa pertama pembinaan menambah bangunan dan membesarkan sekolah. jadi hutan-hutan di sekeliling kawasan sekolah ditebang dan diratakan. orang yang tinggal berdekatan sudah tahu, kawasan sekolah saya adalah tempat jin bertendang dan 'keras'.

Pelbagai kejadian pelik dan mistik berlaku. salah satunya ular sawa sebesar paha orang dewasa banyak muncul dan dibunuh dengan jengkaut. beberapa hari selepas itu, jengkaut tenggelam dalam tanah. dahsyat.. nasib baik dapat di tarik semula dengan jengkaut lain. banyak kali terjadi jengkaut tenggelam semasa proses meratakan tanah. entah apa silapnya.

Kisah saya ni tak cukup seram, tiada kehilangan nyawa. kisah benar pelajar UiTM ini lebih dahsyat. saya baca pagi tadi. agak menarik.. KLIK SINI

Nota kaki :
nama sekolah saya menjadi SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud setelah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2006. pelajar pun dah ramai. zaman saya, jumlah semua pelajar dari form 1 hingga form 5 hanya 120 orang.

36 comments:

SweetyMui2 said...

sekolah berasrama nang salu ada benda ya ow..nasib kmk harian n alhamdulillah sampei kinek xpernah gik la nemu benda pelik2 camya.. ^^

Miera Hassan said...

huhu.,,hope xkan merasai mende mcm tu sebab sy penakut

Anonymous said...

kisah rumah sewa kt s.alam tu mmg top kan..sy punye la takut sampai terbawa2 dlm mimpi pas bace cite nih huhuhu...

Admin said...

mungkin kebetulan je kot? jom jawb soalan entri terbaru WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE edisi blogger :)http://www.kembarahadi.com/2011/06/tak-tahu-yang-mana-satu.html

Unknown said...

hamboi..ade ular sawa weh.hurm2..kadang orang kita ni soang bebeno percaya sebelom sempat berfikir ape2..

Faez Rusni said...

bro..sekloah aku dulu pun menyeramkan..ak kene sergah dengan p_c_ng kot..

besh cite ko...

Unknown said...

huhhh...cuak kalau hantu2 ni.nak2 kalau histeria.takutt.hehe...

asada naoe tak hoii balik?

wanita mutalib said...

duduk hostel mmg selalu kena kan..

thecomradz said...

zaman sekolah dulu aku rasa...ramai yang berperangai macam hantu dari hantu sendiri...sebab aku pun nakal dulu, pernah kacau budak lain masa sama sama berkursus...keangan weh...mana nak dapat dah...takde dah...

cik heroin said...

psl ksah bdk uitm tu menakotkan sungguhhhh. tp org ckp tu rekaan je. xtau lah

Hans Hanis said...

mana ada hantu
Pak Guard yang sergah korang tu
haihihh
positif2
lalalallaalal

safurara said...

hmmm takut nya.eeuuwww rara tak suke hantu2 ni.kalau rara dh pengsan dh kot.

Anonymous said...

salam~

mun sekolah asrama selalu jak macam ya. alu teringat ndah kisah seram masa mek sekolah dolok. haha. =.=

Azhafizah MN said...

kalau dah citer han** kompem seram..btw,yang citer student UiTM fiza ade buat review pasal tu..tak tahulah betul ke tak..

emieysandra said...

dulu bilik pernah kne ceroboh ng makhluk yg xdpt dikenalpasti, bile tringat mmg seram sb melibatkan nyawa sndiri..takoot~

Jujurara said...

kalau sy awal2 daa cbut lari daa time "woi" tuh..

Nur Hawa Mohd Zin said...

kat sek awe dulu banyak gak port2 menyeramkan ni..heheh...walaupun kaki berani berjalan.dada ni dup dap dup dap..sek sharodz terkenal ngan hantu nye..hehe

sugar2 kapas strawberry said...

so far masa ddk hostel takdelah kena kacau lagi masa skolah.

IMANSHAH said...

penah merasa benda pelik semasa dok asrama

nur aisya humaira said...

Assalam Asada..:)

Aisya tak suka duk asrama sbb ni laa...nk gi toilet mlm2 kompem takut...hoho

syuxer said...

sekolah berasrama selalunya ada yang berpuaka..hukhuk..

aku belum kena lagi..tapi selaltu tengok kelibat bayang2 putih selalu ada men lalu lalang kat beranda,dah la dia jalan goyang2 kepala..gila cuak tuh bro..huhu

Hans Hanis said...

aku masih merasakan itu suara pak guard
hahahaha

Cita - Cita Hans Dolu - Dolu

Aida Azryn said...

kat poli aida pun tempat keras juga.. time tengah malam kalau rasa nak pi toilet pun xberani nak pi. terpaksa postpone sampai pagi. =.=

HusnaShuib said...

Sekolah asrama selalunya byk dilema dilema mistik nie. Huu~ mintak dijauhkan. xD

budaksowt said...

hostel & cerita seram memang x bleh nak dipisahkan...hehehe

Botak said...

time skolah dulu pon byk cerita² misteri/mistik., tapi cuma 00.01% je boleh percaya, yg lain semua tak boleh pakai sebab tak logik langsung., hahahaha..

Fairuz Zainal said...

dulu name skola ni ape?

n!cK said...

keh3..tak seram...lagik seram bile balik time magrib lalu ikut kubur then nampak pocong duk atas wakaf...wooowooo

Gayahspears said...

aku tak pernah dok asrama so aku tak pernah rase suasana seram camni >_<

hahahah

teynteyn the doll said...

wahh die nk kawan dengan mu tu, tu yg die tegur tu~~~

Teyn xpernah lalui bnde2 seram ni lagi kat asrama, matriks mahupun hostel kat uni=)

CIK TOM said...

cik tom penah kn usik dgn bunyi pelik ms study dl..tp buat xtau je..huhu..

eh cntk r watermark baru...

[sutera kasih] said...

tak prnh dgr sekolah awk tu..
dylu tggl kt hostel, mesti ada hal2 berkaitan makhluk halus..depan2 mata tgk org dirasuk..berlari2 sekeliling surau..seram gilerr time tu

iPai said...

wah sikitnya pelajar 120 ...

aku pun tak pernah kena kacau lg .. dan mintak sgt jangan kena .. hehe

tak takut, tak berani juga .. tp rasanya kalau kene, menggelabah juga nanti .. hehehe

Anonymous said...

cerita rekaan semata2 tu. .

Anonymous said...

Sya prnh dudok asrama patm tu 2011,tp xlma sbb xthn😭

Unknown said...

ktk duak najib molah program waktu mlm kah salam hahaha