Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. (^^,)
Sebelum pergi jauh, terlebih dahulu saya kongsikan kisah Luqman Al-Hakim dan anaknya..
Well, banyak pengajaran boleh diambil daripada kisah ini. dalam kehidupan di dunia, kita tidak akan terlepas daripada penilaian orang lain. samada dinilai dengan baik atau mendapat cemuhan, itu berdasarkan pegangan si penilai dan apa yang kita lakukan.
Setiap orang mempunyai cara penilaian tersendiri, di mana penilaian itu berpaksi kepada pegangan dan apa yang baik kepadanya. seseorang yang positif, penilaiannya turut positif. begitu juga sebaliknya. contohnya, seorang pencuri akan menganggap polis yang hebat sebagai musuh, tetapi orang awam menganggap polis hebat sebagai hero.
Jika yakin sesuatu yang nak dilakukan itu betul dan tidak menyalahi syarak, just do it kata omputih. tapi, jangan yakin sajer, ilmu takde.. naya jugak. sebelum buat sesuatu, pastikan ada pengetahuan dan sudah dipertimbangkan. sekiranya belum tahu, sila tanya kepada yang pakar. perlu diingat, niat yang baik tidak menghalalkan cara. sebagai contoh, nak tolong orang susah, tapi pergi rompak bank. niat betul dah, caranya salah.
Nota kaki :
kita boleh menilai, tetapi jangan terus menghukum. pertimbangkan perkara lain yang mungkin mempengaruhi si pelaku. bersangka baik tak merugikan..
Sebelum pergi jauh, terlebih dahulu saya kongsikan kisah Luqman Al-Hakim dan anaknya..
Diriwayatkan Luqman Al-Hakim memasuki sebuah kota dengan menunggang keldai dan anaknya berjalan kaki. sedang Luqman lalu di hadapan sekumpulan orang ramai, terdengarlah akan kata-kata daripada mereka..
"Tengoklah lelaki itu, dia senang di atas keldai, anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah melalui kumpulan itu, Luqman bertukar kedudukan dengan anaknya. sekarang anaknya pula menunggang keldai dan beliau berjalan kaki. lalu di hadapan sekelompok orang ramai yang lain, terdengarlah akan kata-kata daripada mereka..
"Tengoklah anak muda itu, dia senang di atas keldai, orang tua pula dibiarkan berjalan kaki."
Setelah melalui kumpulan orang ramai itu, Luqman dan anaknya hanya berjalan kaki dan membiarkan keldai tanpa tunggangan. lalu di hadapan sekelompok orang ramai yang lain, terdengar pula kata-kata daripada mereka..
"Bodohnya orang itu! ada keldai tetapi tidak ditunggang. berpenat lelah dengan berjalan kaki."
Well, banyak pengajaran boleh diambil daripada kisah ini. dalam kehidupan di dunia, kita tidak akan terlepas daripada penilaian orang lain. samada dinilai dengan baik atau mendapat cemuhan, itu berdasarkan pegangan si penilai dan apa yang kita lakukan.
Setiap orang mempunyai cara penilaian tersendiri, di mana penilaian itu berpaksi kepada pegangan dan apa yang baik kepadanya. seseorang yang positif, penilaiannya turut positif. begitu juga sebaliknya. contohnya, seorang pencuri akan menganggap polis yang hebat sebagai musuh, tetapi orang awam menganggap polis hebat sebagai hero.
Jika yakin sesuatu yang nak dilakukan itu betul dan tidak menyalahi syarak, just do it kata omputih. tapi, jangan yakin sajer, ilmu takde.. naya jugak. sebelum buat sesuatu, pastikan ada pengetahuan dan sudah dipertimbangkan. sekiranya belum tahu, sila tanya kepada yang pakar. perlu diingat, niat yang baik tidak menghalalkan cara. sebagai contoh, nak tolong orang susah, tapi pergi rompak bank. niat betul dah, caranya salah.
Bergambar di makam Nabi Daniel dan makam Luqman Al-Hakim di Iskandariah, Mesir. makam kecil di belakang dikatakan Makam Luqman Al-Hakim.
Nota kaki :
kita boleh menilai, tetapi jangan terus menghukum. pertimbangkan perkara lain yang mungkin mempengaruhi si pelaku. bersangka baik tak merugikan..
Pesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya : "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
30 comments:
betul, yg penting kte positif....
kita tak suke orang menilai diri kita secara negative, melainkan kite benar2 seorang yg open-minded. begitu juga dgn org len. taksuke diri mereka dinilai secara langsung. tak kenal maka tak cinta. :p
ekceli hidup kat dunia ni kita mmg berhadapan dgn penilaian... apa lagi di alam kekal sana..
jom terjah ribut awan nano
baik ustaz..hihi...entry yang bagus..
sentiasa ingt kisah riwayat luqman al-hakim..sbb byk pengajaran..
ala.... baru nak jadik robin hood..... =)
don't judge a book by its cover.
luqman hakim yang banyak beri pengajaran pada kite
wow..nmpaknye ada banyak nasihat dalam entry ni.. :)
thanks..nice entry
kisah yg pnuh tauladan...
setiap orang ada penilaian seniri...
yakinkan diri slagi kita berada di jalan yg betul
ambik penilaian orang sebagai muhasabah.positif2..
betol..
mana kate2 yg baek kita amek..
=D
human not perfect rite...
menilai secara positif..jadikan pedoman hidup..tu yg terbaik :-)
Nice, banyak pengajaran dari entry nih. Suke. Thanks Asada.
betul tu...kita tak perlu menilai orang tanpa tahu niatnya...dan kita harus berfikiran positif..
fikirkan yang terbaik jgn terlampau pedulikan kata orang, kerana bukan semuanya ikhlas....
dok kg, lagi byk ckp2 berbisa..msg2 sibuk jge tpi kain org len..xsdar kein sndiri pun koyak :D
sebab tu tak kenal maka tak cinta.hee
terkesan dalam hati...~~
dapat ilmu yg berguna disini......~
ape2 pun...ilmu penting :)
abang asada
nanti aku nak copy yg kisah mula2 tu yer
:-)
Filem Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2
setuju.. tidak terlepas kita.. kadang-kadang bersyukur jugak.. sekurang-kurangnya kita masih lagi dalam perhatian orang ramai.. itu tandanya tuhan menyayangi kita..
mana yang baik kita ambik.. mana yang tidak.. jadikan pengajaran.
chop....bestnya merantau... mesti byk pengalaman kan..nice.
apa2 pun,persepsi org berbeza..susah utk kita faham..=)
orang hanye tahu menghukom :) Nenek rase itu dh seakan-akan trend mase kini plak :) menghukom tanpe usol periksa...setiap manusia lakukan kesilapan...kesilapan yg lepas jadikan sbg pengajaran...manusia ni rambut je same itam :) tapi hati lain2 :) hanye berusaha untok perbaiki diri dan jauhi sgale perbuatan yg boleh mengundang fitnah org lain :)
suka entry gini. saling mengingatkan agar tak lupa :)
nasihat luqman kepada anaknya perlu kita alert sungguh dan praktikkan. Pesanan tu jugak menjadi penawar tatkala rasa sedih dan kurang motivasi
Nice sharing :)
setiap tindakan kita ada baik buruknya, dan ia bergantung pada orang yang menilai je .. janji kita yakin benda yang kita buat itu terbaik, maka teruskan ..
makam nabi daniel di alex?? belum pernah pegi lagi... =.=!
Post a Comment