Thursday, June 09, 2011

Gambar Sekitar Rewang Dan Majlis Perkahwinan Anak Sulung Haji Dahari

Assalamualaikum dan salam mesra. semoga ceria selalu dengan senyuman. hilangkan suram, sebarkan senyuman. yeah!

Minggu ni memang layan kisah majlis perkahwinan saje. excited saya dapat abang ipar ni tak habis lagi. frust jugak sebab tak dapat bersama dalam majlis perkahwinan kakak sulung. nasib baik ada internet, ada Facebook, dapatlah tatap gambar-gambar majlis. kalau orang duduk berjauhan zaman dulu, dah beranak pinak pengantin, baru dapat tengok kot.

Ini bahagian buat bunga telur. tengok lah betapa happening dan cerianya suasana masa ni. bukan main gelak sakan kak ijah dalam gambar ni. mesti kes gelakkan si tukang ambik gambar. suasana macamni lah menyebabkan saya rasa geram bila takde. isk..

Di luar rumah pula bahagian masak-memasak. kalau di Semenanjung, orang panggil acara rewang. tapi kalau di kampung saya, orang panggil 'hari duduk kerja'. maksudnya gotong royong menyediakan makanan untuk kenduri. masa ni lah ramai orang datang. di samping merapatkan hubungan, macam-macam info serta cerita dikongsi dan tersebar. hahaha..

Kumpulan Hadrah Kampung Tanjung Bundong menunggu ketibaan pengantin. ini kumpulan veteran, mungkin kumpulan hadrah remaja ada jemputan lain. dua jejaka kameraman juga di situ, ada yang berkenan? haha..

Flower girl yang tabur-tabur bunga. macam laju giler je pari-pari kecik ni jalan, jauh pengantin tertinggal. lagi dua orang pari-pari terus tak nampak! haha..

Majlis berlangsung di tingkat bawah Dewan Suarah Kota Samarahan.

Antara tetamu yang menyerikan majlis.

Bahagian menghidang hidangan tetamu. di hujung sana bahagian minuman. ini memang lauk kenduri feberet saya, ayam masak merah, daging masak kicap dan sambal nenas. satu lagi saya tak dapat kesan lauk apa. siyes nak sekarang! tak pe, makan megi pasni bayangkan sedang makan ayam masak merah. hahaha..

Bahagian mengelap pinggan untuk menghidang. satu kelebihan duduk di kampung, masa kenduri-kendara macam ni, semua pakat turun gotong-royong. tapi agak jarang lah anak muda join sekaki.

Bahagian mencuci pinggan. pada saya, ini bahagian paling banyak gossip. hihi.. mungkin sebab agak jauh dari orang ramai. selalu gak join cuci pinggan ni kalau ada kenduri. tapi kalau dah semua perempuan, saya akan pergi ke bahagian lain. saya kan pemalu orangnya. hahaha..

Bila tengok gambar-gambar ni, saya dapat rasa macamana meriahnya majlis hari tu. tak dapat bersama dalam majlis, ambik feel tengok gambar pun jadi lah. dari jauh kirimkan doa, semoga pasangan kakak saya dan suami bahagia bersama hingga ke syurga. semoga dikurniakan anak yang soleh solehah serta comel, cantik serba serbi. amiin..

Nota kaki :
malam ni ada majlis doa selamat untuk pasangan pengantin di rumah. semoga berkat doa semua, pasangan pengantin bahagia selamanya. tak sabar nak ada anak sedara. hee (^^,)

klik sini : lagi gambar majlis akad nikah

klik sini : lagi gambar majlis persandingan

.

30 comments:

Unknown said...

seronoknya..da lama tak ikot pi rewang..hihi

lau kat kampung alya yg cuci pinggan tu budak2 muda lelaki..hihi
makcik2 duk kat dapur gossip2 je..ngeee

alya doakan cepat2 la asada dapat ank sdare..hehe

aque said...

nk tgok gambar kat pelamin!!! hehehe sangat perempuan.. n statment mcm kenal je ngan pengantin hehehe...

flower gurl cumel :)

Hans Hanis said...

dapat tgk gambar pun jadi lah yer
hehehehehe
kesian dia

Review Filem KL Gangster

Tieah Madian said...

Owh tedahnya.. Hehehe.. Yalah kan,, 1st time ada kenduri besar umah sendiri nang xcited.. Lagi2 mun adik beradik kawen.. Ngee :) Kmk ujung taun tok kakak no6 kawen.. Meriah lagi.. Dolok ingat lagi masa kakak 1st kawen time ya kmk lagi darjah 1 x tauk papa.. Nektok dah besar dah.. Anak kakak no1 pun dah besar.. Huhuhu.. Sayang owh ktk xpat sama dalam gambar ya.. Entah entah ktk balit klak anak buah dah da.. Net ndak,, balit bukan boleh salu nak??? Raya pun lom tentu..


Entry Terbaru : Day 1 : 10 Things About Hate

Unknown said...

ehehe nnti ko punye majlis..buat lagi ramai kanak2..

Shila said...

bayangkan makan ayam masak merah tu, buat saya rasa bersyukurnya berada di bumi malaysia..

kehkehkeh..

lady-D said...

baru prasan dah lama rumah dla x buat kenduri kawin rupanya..bestnye kenduri ni walaupun penat..
selamat pengantin baru tuk kakak asada..hope bahagia n kekal hingga ke akhir hayat..Amin^^

MieZa said...

bestkan rewang =)

Nur Hawa Mohd Zin said...

suka sangat aktiviti merewang...heheh..kat melaka pun kalu sepupu kahwin...mmg semua 10 adik beradik abah akan turun merewang

♥ p a a n i ♥ said...

cantikkk purplee

hidayah azman said...

meriahnya rewang.tak ramai dah org pakai rewang sekarang.biasa dekat kampung2 byk.mmg salute lah kalau org kenduri buat rewang.sekarang org pulun catering je.kalau buat rewang biasanya lagi meriah sbb semua sanak saudara jiran tetangga datang tolong.barulah gempak majlis.:D.

nur easy said...

suka suasana rewang2 cam ni..

cantik baju pari2 kecik ;)

arekymz said...

jeles x sebab x dpt join same?
mesti jeles kan.
kalo x gambar dye je bnyk kat dlm tuh.

cikpia said...

nak kawen jugak!!!!!

amy shuhada said...

memang semangat berkobar2 buat entry kahwin ni!

http://wowimstillamyshuhada.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam~

Masa majlis rewang kedak tok lah best. meriah jak. :)

p/s: makanan fevret kita sama. haha. time raya, xsah mun xda tiga2 msakan ya. :D

laskar pelangi said...

bab aktiviti merewang pelangi paling suka time sepupu sepapat nak kahwin.. dapat tgk semangat kerjasama saudara mara..mana sedara yang dah lama tak nampak batang hidung, dap gak sembang sampai habis topik..last2 kuar topik artis. hahaha =D

bila part merewang gak, pelangi akhr sekali jd tukang basuh pingan yg berwibawa.. hahaha..=)

aryu said...

meriahnya org serawak kenduri.
mmg paling seronok tyme gotong royong

TunTeja said...

Hehehe.rewang2 yang best tu asada.eh.asada tau tak kendarat tu pe.hehehe.pena denga?

sHi Ma said...

susah dah nak jumpa gotong royong memasak mcm nie kalau kat semenanjung, meriah bergotong royong nie, zaman kecik2 dulu merasa lah tp zaman sekarang semuanya katering yg gotong royong...

ayam masak merah owh maggie.. hehehe.. jangan marah ha...

Anonymous said...

asada kawen nati macy dtg ea.. dtg taruk gmbr cm asada jgk. keke

merahitujambu said...

seronokan ada majlis kawin di rumah..meriah tpi lepa smajlis penat la nk mengemas kan...lama x mkn nasi minyak..=/

emieysandra said...

klu kt klntan, acara rewang tu org panggil bekwoh..ehehe, dr perkataan 'bigwork' ;)

cik jannah said...

wwaa...best sangat dapat kawen..haha

abglan said...

He he ha ha... dok blogwalking, tengok gambar pengantin.. macam kenal, skrol lg bawah ada lg entry dan ada namanya he he anak en. Arpa rupanya.

Pengantin lelaki nie member student masa kat Melaka, tak silap dia dah jd cikgu kan? Dulu nik name dia SINTOK..

Xdapat datang le.. jauh sangat nak berenang kat situ...

P/s: Cantik gambar!!

Hanim Mahali said...

kat sana pun tak de orang muda suka rewang ke??? patutlah selalu p rewang mana-mana kena berborak dengan orang-orang tua ja... hoho

Shazwani said...

0hh , orng sarawak panggil hari kerja duduk ..
bru tahu , hhe ,
meriahnyeee , hhu :D

Gayahspears said...

aku salu gak tgk org rewang.. tapi kat kampung2 yelah.. kat kawasan bandar da xde rewang2 nih >_<

[sutera kasih] said...

kesiannn asada tak dpt plg...syukurlah skrg ni ada kemudahan internet..

iPai said...

wah.. mesti cam sedeyh2 sikit sebab tak dapat tgk live ..